Friday 9 December 2011

KISAH HAJI: KAMI MASIH TERLALU MUDA

Salams,

Bismillah hir-rahman nir-rahiim,

Allahumma Solli "Ala Saidina Muhamad, wa'ala Aa'li Saidina Muhamad,

Sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa dihati, yang sentiasa mempercayai keajaiban, yang mencintai kebenaran, yang mencari erti kehidupan sebenar.

Yang sentiasa mempercayai kekuatan doa.

Yang sentiasa memerangi segala seteru; diluar dan didalam diri.

Alhamdulillah, kerana diberikan peluang untuk menulis lagi. Seperti perasaan Prof. Kamil, saya jua agak ragu-ragu mahu mencoretkan pengalaman-pengalaman indah di sana. Bimbang dikatakan riak', takbur dan segalanya. Tetapi sekiranya segala tindakan kita niatnya berpaksikan kepada Allah swt, insyaAllah segala pandangan manusia akan menjadi enteng belaka. Bukankah Allah swt sudah berfirman: "dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)" - Ad-Dhuha 93-11? Semoga segala kisah ini, akan menambahkan iman saya dan kalian dan meneguhkan pendirian kita terhadap Kebesaran-Nya.

Ramai yang bertanya, muda-muda sudah berhaji, kalian memang sudah lama minta kah? Tidak, jawap kami, surat rayuan kami hantar pada hari terakhir. Dan memang sudah rezeki kami yang amat besar, dipanggil mengerjakan Haji tahun ini. Kami memohon pakej yang dikelolakan oleh Tabung Haji pada akhir bulan 5. Mengapa? Kerana kedangkalan kami, kami tidak tahu ada syarikat-syarikat lain yang turut sama menawarkan pakej haji. Lagipun, Abah kata eloklah poie dongan Tabung Haji. Mudah. Mengapa kami tidak pergi secara muasasah? Kerana kami sudah cukup wang (yang dikorek sana sini, yang didermakan oleh ibu bapa kami), dan saya terutamanya, cukup bimbang dipanggil Ilahi ke alam barzah sebelum sempat menunaikan Rukun Islam yang terakhir ini. Makanya, kami perlu pergi secepat mungkin.

Menunggu panggilan secara muasasah memerlukan beberapa tahun lagi, mungkin belasan, mungkin puluhan.

Segala urusan permohonan berjalan dengan lancar. Tetapi, masih ada kebimbangan permohonan kami ditolak. Ya, kami terlalu muda untuk pergi. Ya, urusan visa yang amat memeningkan kepala itu diluar kekuasaan Tabung Haji. Segala ketidakpastian selepas memohon terjawap ketika menerima surat tawaran. Sewaktu Ija menelefon Kak As untuk memberitahunya, beliau menangis teresak-esak. Sukar dipercayai, kerana beliau memang amat jarang menangis. Saya masih di UK ketika itu, menyelesaikan segala urusan akademik saya. Dan sewaktu menerima sms dari mereka, saya menangis semahu-mahunya.

Tuhan, Kau panggil jua hamba mu yang paling hina ini. Yang punya dosa yang tidak terpikul lagi. Yang sudah tidak punya imam lagi. Yang kekhilafan dan kejahilannya meliputi langit dan bumi.

Saya tidak pernah yakin bahawa Sang Maha Pengasih itu akan memanggil saya. Saya takut. Bimbang. Seribu kebimbangan bersarang dihati. Terbayang cerita-cerita ngeri bahawa ramai sahaja yang sudah menerima surat tawaran tetapi terpaksa di batalkan diatas pelbagai sebab - visa dibatalkan, sakit, kematian, ketidakcukupan wang, dan pelbagai masalah yang melanda disaat-saat akhir. Ada yang sudah menaiki kapal terbang terpaksa turun, dihalang berpemergian. Bahkan saya dengar, syarikat Andalusia, seramai 700 orang masih menunggu visa. Dan salah satu syarikat di Pahang, hanya 300 visa sahaja diberikan.

Benarlah - LabbaikAllah humma Labbaik. Semua ini, adalah panggilan-Nya. Jemputan-Nya.

Kemari, Nur, kemari ke Rumah-Ku. Mari menjadi tetamu-Ku.

Tuhan, Engkau terlalu Mulia untuk memanggil ku yang teramat hina dina ini, yang terlalu cetek pengetahuannya mengenai menasik Haji, yang bergelumang dengan dosa dan kejahilan. Meskipun demikian, Engkau terlalu Akbar, Terlalu Pengasih untuk tidak menyambut lantunan hatiku ini.

Kepada kalian, kuatkan hati untuk mengerjakan haji sewaktu muda. Haji adalah physical movements. Dahulu saya tidak faham mengenai hal ini, tetapi setelah melaluinya, syarat pertama untuk kesana perlulah sihat tubuh badan dan minda yang cerdas dan terbuka. Jangan dirisau anak-anak di rumah, ibu-bapa di kampung, ayam itik di lumpur, lembu kambing di kebun, kerja-kerja dipejabat, itu semua urusan Allah swt untuk Menjaganya. Bukan kah dia - Al-Hafizd? Sang Maha Pemelihara? Bahkan, bukankah Dia yang Memelihara kita selama ini?

Sewaktu dihantar oleh kaum keluarga di Tabung Haji Kelana Jaya, keluarga Ija yang kebanyakannya saya kenali turut sama memeluk saya. Saya kuatkan hati supaya tidak menangis teresak-esak sewaktu dipeluk Emak dan adik-adik. Sesampai diatas bas, didalam kegelapan, barulah saya berani menumpahkan air mata. Perjalanan paling agung ini, tidak disertai dengan lambaian dari Abah. Abah yang sepatutnya pergi bersama-sama. Atau turut sama menghantar saya, mendoakan saya, memeluk erat saya, mencium pipi saya.

Allah Ar-Rahiim, cukuplah Engkau sebagai galang gantinya.

Didalam kapal terbang, saya lebih banyak mendiamkan diri. Dan sesampainya di Qarnul Manazir, kami bermiqat di atas kapal terbang, dan saat itu, saat membaca talbiah berulang kali, hati saya seakan pecah. Seakan masih tidak percaya bahawa akhirnya saya menjadi Tetamu-Nya. Yang panggilan-Nya saya sambut berkali-kali.

Sewaktu di Lapangan Terbang Jeddah, dan akhirnya memijakkan kaki ke dalam Hotel Taiba di Mekkah - barulah saya percaya, ya, Dia, Dia Tuhan Yang Amat-Amat Pengasih lagi Mengasihani itu, berkenan menerima saya menjadi tetamu-Nya. Alhamdulillah, Ya Allah. Alhamdulillah hi Robbul A'lamin.

Ka' abah, akan saya tatap dan lemparkan segala kerinduan yang selama ini bersarang didada esok.

Disaat ini, saya sudah terlalu penat, emotionally and physically, to even think about anything. Yet, I'm overjoyed. This is my home. I'm home, at last.


























10 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Fakhzan...

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! Syukur serta segala puji bagi Allah, sudah selamat tiba di tanah air....Afwan sangat tak dapat nak sambut di KLIA hari tu....seperti biasa, masih lagi di perak...

Kak fakhzan, teruskan berkongsi cerita berkenaan perjalanan haji ini ya...InsyaAllah, untuk kebaikkan bersama...Moga Allah redha....

Ok sis, tak nak ganggu sis rehat
:-)kirim salam pada mak kak fakhzan ye...

InsyaAllah, panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi nanti...

Moga Allah menjemput along dan keluarga pula nanti untuk ke Tanah Haram yang barakah itu...ameen Ya Rabb

Salam sis...take care!

ps: Miss youuuuuuu!

As said...

Sister

I did reply to your comment.

Btw, at first when I'm in Haramain, I thought that if ada rezeki, it's better to go for Hajj at young age. Due to the load, distance etc..

But then, I realize that whatever it is, Allah the one who make ease. Mudah, lancar dan senang as in what we feel, not what others see. :)

However sister, it's so lucky to go for Hajj at young age. May Allah bless, moganya telah menjadi tetamu yang dimuliakan.

Ameen. :)

Warna alam said...

salam miznur,

Subhanallah, syukur alhamdulillah Allah telah pilih miznur untuk menjadi tetamu-Nya dan telah selamat sempurnakan ibadah haji.

i'm really glad for u. critakan la lagi pengalaman kt sana. mesti best sesangat.

Didoakan semoga miznur sentiasa diberikan kesehatan,dilindungi Ilahi dan dirahmati dengan kasih sayang Nya.

Saya harap sgt satu hari nanti dapat jmpa dgn miznur,inysaAllah.

with luv

Hikari-san said...

Saya memahami perasaan itu.. perasaan di atas flight menuju haji :D.

Alhamdulillah.

looking forward to hear the whole story of ur journey.

Annabuadiary said...

salam kak nur , tahniah dipanggil oleh yang Maha Esa menjadi tetamuNya .saya dapat nikmat dua minggu sewaktu umrah pun saya rasakan puas yang tiada penhujung dan senantiasa berharap mendapat kesempatan ke sana lagi ...damai bukan bumi Mekah itu? semoga hajah nur fakhzan mendapat haji mabrur dan sentiasa di dalam RedhaNya

Nur said...

Along!

Miss you, always. Takper, akak paham along sure busy, udoh le kami pulang on Tuesday, tapi memang ramailah yang menyambut Ija, eceh, sekaligus menyambut kami lah.

Waktu Mak Ija peluk akak tuh, fuh, berderai air mata. Banyak pula mak-mak baru akak dapat, alhamdulillah. Tak termasuk makcik2 kat Hotel Taiba ! Syukur, Syukur.


Pergilah long, bulat tekadkan azam Along. InsyaAllah ALlah panggil. Persedian rapi ke, tak rapi ke, belakang kira, tapi lebih afdallah kalau dah banyak persediaan, walau sebenarnya kita takkan pernah cukup bersedia untuk haji, bukan?

Akak doakan along, ibu dan 'raja melaka' pergi haji as soon as possible. Lain rasanya pergi dengan parents, perasaan yang teramat best tak dapat digambarkan.


Take care, was thinking of visiting you in sri iskandar, we'll see, we'll see..


Muahs...take care as I care. InsyaAllah ada rezki kita jumpa ya. Daoakan akak kat sini. Bedal pengat durian tadi, terus demam balik, wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Nur said...

As,

Thanks for the comment and the reply, I really appreciate it.

Ameeennnnnn, InsyaAllah haji mabrur, the same goes for you for praying for us too.

What ever is planned by Him, surely it is the best, isn't it?

:)

Nur said...

Aku dan Angin,

Ah, siapa kah ini, yang terlalu mulia mendoakan saya?

Syukran, jazakallah hul khair. Semoga apa yang didoakan mengenai saya, terlebihnya jua awak akan dapat manafaatnya jua.

Ya, saya jua ingin ketemu anda. :)

Nur said...

Huda,

Yah, perasaan yang sangat sukar digambarkan, kerana mereka yang benar-benar memahami kalimah LabbaikAllah sahaja yang akan dapat memahaminya.

Alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhh

I'm looking forward too, to hear your side of stories, sister!

Nur said...

Damia,

Syukran for the doa. Terlebihnya untuk anda jua, kerana malaikat akan mengaminkan doa-doa kita untuk sahabat kita, dan kita jua akan mendapat bahagian doa tersebut.

Ah, Allah itu, Baik Banget.

Janganlah panggil hajah, gelaran itu tidak kemana. Sebelum saya digelar apa-apa, saya adalah hamba-Nya.

:)

Umrah sangat manis, tetapi Damia, percayalah, haji terlebih beribu-ribu kali manisnya.