Thursday, 22 December 2011

THE ATOM - I MISS YOU

Salams,

Bismillah hirRahman nir Rahiim,

Allahumma Solli A'ala Saidina Muhamad, wa'aala A'li Saidina Muhamad.

Pada mereka-mereka yang hatinya di Arasy Tuhan Yang Maha Esa, tetapi jasadnya dibumi - saya mencintai kamu.

Saya tidak pernah berhenti mencintai mereka-mereka yang membuat kebaikan. Waima sebesar hama. Tepatnya, saya mencintai mereka yang gemar melakukan kebaikan. Automatis.

Saya tidak pernah pandai menulis seperti kamu, dan kamu, dan kamu. Bahasa saya tidak halus seperti Bonda atau arwah Abah. Bahasa melayu saya semakin cetek, dangkal dan memuakkan. Bahasa Inggeris saya sudah saya lupakan sedikit demi sedikit. Bahasa Arab saya? Huh, toksah tanya. Bahasa jawa saya? What I regret most - is to never have the strength to learn about it.

Post ini bukan mengenai kisah haji saya. Saya tidak selesa menulis di ofis (ya, saya punya ofis, terasa begitu mewah gitu). Mungkin saya akan menulis pabila saya di kampung yang amat saya cintai itu, insyaAllah.

Kala ini, saya ingin meneriakkan kerinduan saya pada Sang Nabi itu.

The atom.

Kubah Hijau.

Entah kenapa, saya benar-benar merindui Dia.

Mahu menangis, benar-benar mahu menangis kala ini, tapi ini ofis, ofis!

Kawan saya kata - How could you?

How could you allow us to come back?

Itulah soalan saya jua.

Ya Nabi - aku benar-benar merindui mu.














5 comments:

Unknown said...

sollu 'alanabi.

nahwanNur said...

Assalamualaikum kak fakhzan,

apa khabar? akak sudah mula kerja ya? jika berkelapangan boleh hubungi saya di no lama ya.

Jaga diri, insyaALLAH pasti ALLAH sentiasa bersama kita :)

Salam rindu & sayang,
nahwanNur

Nur said...

-HAZEN,

Sangat cantik gambar-gambar dalam blog awak, subhanAllah! Mana lagi cantik, through your lenses, or your eyes?

Nur said...

NahwanNur

Dik! Adik dimana? Akak masih disini. Ya, sudah bekerja. Baru 4 hari, sudah mahu kembali menjadi pelajar, Allahim. Doakan.

No lama awak akak dah takde, tukar hp, ambil hp arwah Abah, dan hp akak sudah mati tidak charge. Give me your number, it would be great if we can meet.

Salam sayang jua.

ASaL said...

Ketika saya menunggu ketentuan takdir Allah atas musibah diri, saya bertanya Nabi, "tegarkah kau menghantarku pulang tanpaku mengucapkan selamat tinggal, bersujud di hujung kakimu?"

Allah, kubah hijau itu agamnya terlalu magis, diamnya dalam dada orang-orang yang menyinta.

Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku kucup tanganmu.