Wednesday, 7 December 2011

ALHAMDULILLAH

Salams,


Bismillah hir-rahman nir-rahiim.

Allahhumma Solli A'la Muhamad, wa'ala A'li Muhamad.


Saya baru tiba semalam dari Madinah, dengan penerbangan Saudi Arabia. Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNya yang tiada taranya.

Cukup saya katakan untuk post kali ini, bahawa untuk ibadah haji, pergilah sewaktu kalian masih muda, dan kalau mampu, diulangi lagi saban tahun.

Saya demam di Madinah. Hati ini terubat ketika tahu bahawa Saidina Abu Bakar r.a dan Bilal jua demam sekembalinya dari Haji. Ah, mungkin jua hati saya tertinggal di pancur emas di Hajar Ismail.

Dan mahu tahu? Saya ngga pernah mimpikan Abah. Seteruk mana saya menangis, merayu dan merintih pada Allah Yang Maha Esa supaya diberikan peluang bermimpikan Abah, tidak pernah doa itu diperkenankan selama ini.

Dan saya mimpikan Abah sebanyak 4 kali semasa di Mekkah.

SubhanAllah. Allahu Akbar!

Terlalu banyak kisah-kisah indah yang berlaku sepanjang pengembaraan ini.

Dan doa-doa kalian, telah saya titipkan ke langit biru, semoga doa-doa kita diangkat dan tidak dihijab dek terlalu hinanya kita dengan dosa-dosa.

Jumpa lagi, insyaAllah kalau umur panjang, akan saya kisahkan segala keindahan yang berlaku di sana, tanah yang sangat suci, lagi mulia, tanah yang penuh berkah, dan kota-kota yang penuh dengan keajaiban.

How I wish I was there.






















8 comments:

madziani said...

Salam kak nur,

hati saya sayu membacanya. Bermimpikan seseorang yang kita rindui. Subhanallah.

Semoga segalanya diberikan keberkatan dan kemudahan oleh Allah.

Semoga kak nur tetap tabah menghadapi setiap ujian dariNya.


Doa saya dari jauh buat kak Nur

pakurawan said...

menanti kisah-kisahnya :)

Semoga saya pula dijemputNya

tepianmuara said...

akak!

selamat pulang setelah pulang (?)

yup, menanti kisahnya. =)

Aishah Nur Hakim said...

Alhamdulillah kak

;)

glad you're back, safe and sound.



pasti kembali merindu

masMZ KaKiJaLaN said...

Alhamdulillah....
Selamat kembali sahabat....

dianakamal said...

Salam dear kak nur,

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan akak. Tahniah juga ya, kak nur. Waiting 4 da next entrieS.:)

Hikari-san said...

TaqabbalAllah...

Welcome back!

:D

Nur said...

Madziani,
Dik, syukran, benar, bermimpikan Abah adalah salah satu nikmat yang tiada taranya, Alhamdulillah. Semoga Ani tetap tabah mengharungi segala-galanya. Gambattee!!



Hazen,
Sudah didoakan, maka usahakanlah. InsyaAllah, akan dipanggil pula Tuan ke Baitul Allah al-Haram itu.Jangan pula melupakan kami untuk didoakan.


Haniff,
Syukran, ya, selepas pulang dari mana? (?). :)


Aishah,
ALhamdulilah, glad to hear that your big day is approaching. Alhamdulillah. Yah, pasti kembali merindu.


MasMZ,
MAS! Miss you deh! Bila mau pulang ke TI? Aku sudah makan durian cenderung balai. Meh ah balik, nak jumpa ko.



Diana,
Teruskan menjadi guru yang sangat berdedikasi. Saya doakan Diana akan dipanggilNya ke sana dalam sedikit masa lagi, insyaALlah.


Huda,
I misssssssss misssssssssss you. You miss the Hajj journey too, aii? That's the greatest feeling, I guess. Wish we can go there again, soon, insyaAllah. Waiting for you to be home!