Thursday 25 August 2011

MAAF

Salams,

Is it too early to say this kind of thing?

But I was thinking about it almost every Ramadhan Day.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari memohon sejuta keampunan, diatas apa jua kesalahan saya. Harapan saya adalah - semoga kita kembali ke fitrah.

Puasa tahun ini sungguh mencabar. Dengan ketidakupayaannya mengharungi puasa selama lebih 19 jam pada awal Ramadhan, dan seterusnya menyediakan diri dengan segala perkara yang berkaitan dengan akademik, ini benar-benar melelahkan jiwa saya. Dipaksa dengan takdir untuk berpindah rumah, dan dihalang dari berjumpa dengan Huda, benar-benar menyedihkan hati saya.

Sungguh, puasa yang benar-benar menguji iman.

Tetapi, sudah ku khabarkan pada kalian bahawa Sang Pengasih itu, benar-benar Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana? Dia lebih mengetahui apakah keperluan jiwa dan raga saya. Dihantarnya saya kepada sebuah keluarga yang benar-benar baik hati, yang memberikan perlindungan, makanan, tempat tinggal dan pakaian. Allahim, saya benar-benar fakir pada masa ini.

Dan Dia Maha Mengetahui bahawa saya memerlukan sebuah keluarga untuk menghilangkan rasa kehilangan yang sangat menekan jiwa saya semasa di UK, dan diberinya keluarga ini. Tidak akan dapat saya balasi segala jasa baik mereka, hanya dengan doa supaya perjalanan hidup mereka, di dunia maupun di akhirat kelak, segala-galanya dipermudahkan. Allah, hanya Engkau sahaja yang mampu membalasnya.

Tidak dapat menziarahi kubur Abah, Nenek dan Abang Uji di pagi raya ini. Kematian Abang Uji yang secara mengejut itu sangat menyiksa batin saya. Kematian Nenek, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan hati saya, dan kematian Abah (it is still weird to write about his death), it doesn't make sense at all in my chaotic life.

Tidak ada lagi sms dari Abah bertanyakan makanan berbuka puasa. Tiada call/panggilan telefon dari Abah untuk mengejutkan saya supaya bersahur. Tiada kuih raya maupun kad raya dari Abah, ya, Abah saya itu setiap tahun mengirim kad raya kepada saya, dalam tulisan jawi, saudara-saudari sekalian! Tiada lagi tangan tua untuk disalam, dan pipi renta untuk dicium lagi.

Tetapi, kalau mahu ke syurga, kita harus menempuh alam barzah dahulu bukan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, sahabat-sahabat yang dicintai. Maaf Zahir Batin.







8 comments:

Ermayum said...

same to you Nur

Selamat Menyambut Aidil Fitri and maaf ye salah dan silap any comment yang terguris hati

Yang Pastinya raya tahun ini memang kekurangan but we will be ok.

Going to visit my mum and dad again this Saturday :) before balik kg hubby
you take care

Hikari-san said...

Salam,

Puasa panjang itu rahmat :D, I'm/we're going to miss it :(,.. Betapa banyak dosa2 terampun/doa dikabulkan sepanjang 19 jam? insha'Allah mudah-mudahan.. ameennn

Saya percaya kubur ayah awak bercahaya hasil sedekah doa dan amalan2 dari anaknya yang solehah sepanjang ramadhan ini sehingga dicemburui oleh penghuni kubur yang lain. Setiap kali rindu itu datang.. bacakan zikir dan quran untuk mereka, itu tanda kasih sayang kita :).. insha'Allah..

P/s-doakan saya tanpa pengetahuan saya-apa2 je.. di mana2 malam2 ganjil? ;).. Thanksss.. muaahhh
sob..sob..sob.... ramadhan is leaving

Iliana said...

Selamat Hari Raya ^^

Enno said...

selamat hari raya idul fitri nur...
maafkan saya lahir dan batin ya...

:)

Nur said...

Salams Sis Erm,

Saya jua memohon seribu keampunan diatas segaal-galanya, tersilap kata yang mengguris hati.

Segala komentar Erm sangat saya hargai, memberi semangat ketika saya lemah.

Doakan ayah saya sekali ya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Nur said...

Huda,

Syukran, saya berharap jua kubur ayah saya sentiasa terang benderang dengan amalan2 sedekah kami, dan semoga amalan2 sedekah kami diterima Allah, dan balasan pahalanya mengalir ke abah.

InsyaAllah...jangan risau ya, segala yang terjadi bukan kah semuanya dengan kehendak-Nya? Hanya dipinta supaya kita sabar dan redha dengan takdirnya.

Ah, tak sabar jumpa awak, going to buy the tiket tomorrow insyaAllah.

Nur said...

Iliana,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Syukran for the visit.

Nur said...

Enno,

Selamat Hari Raya!

Enno, saya mau liat kamu bertudung...:)