Salams,
Nenek saya meninggal dunia Ahad lepas, setepatnya selepas azan maghrib berkumandang. Innalillah wa'inna ilaihirojiun. Mohon pembaca yang dimuliakan sudi menyedekahkan sekalung Al-Fatihah untuk nenda tercinta saya.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja saya meraung. Tetapi kerana malu, hanya air mata sahaja yang tumpah. Nenek, kita akan ketemu jua insyaAllah suatu hari nanti.
Nenek, yang menjaga saya beberapa bulan selepas saya lahir.
Nenek, yang sentiasa memasak gulai lemak cili padi kegemaran Mak.
Nenek, yang sentiasa menyuapi kami nasi lauk kicap digaul dengan ikan goreng.
Nenek, yang sentiasa menunggu saya menaiki bas dipondok bas semasa mahu ke kelas Bahasa Inggeris.
Nenek, yang menemani kami mengutip buah jambu air di rumah Nenek Yat, jiran Nenek.
Nenek, yang menjaga kami terkena demam campak semasa Mak dan Abah menunaikan haji.
Nenek, yang sentiasa menemani kami ke kedai Ah-Chong untuk membeli janjan.
Nenek, yang memimpin tangan kami ke masjid untuk jamuan hari raya Aidilfitri.
Nenek.
Saya sentiasa tiada ruang dan waktu untuk menjaga Nenek yang uzur tua. Sentiasa tiada. Maafkan saya Nek. Hanya Al-fatihah, selawat dan bacaan Al-Quran yang mampu saya hadiahkan.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa Nenekku, lindungilah dia daripada azab kubur, dan luaskanlah alam kubur untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Mu yang tiada batasannya. Sesuai dengan sifat-Mu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, aku memohon atas Asma'-Mu, kau peliharalah dia semasa di alam barzah, dan alam akhirat kelak. Masukkanlah Nenek ke dalam syurga tanpa dihitung-hitung.
Amin, amin ya Rabbal 'Alamin.
8 comments:
salam,
Ameennn... Ya Rabbal A'lamin
Takziah
Salam,
Salam takziah dan moga arwah ditempatkan dalam golongan solihin..
al-fatihah..
Huda and Amalina,
Many thanks.
:)
Gambar korang sama le, bunga2.
Takziah Nur, dan Al Fatihah utk arwah..
kak nurr...baru bce blog kak nur..
takziah bt kak nur n keluarga...
al-fatihah utk arwah..
Nur,
Nurrrrrrrr, i tak sempat post lagi pada my friend, but my suggestion is to try to stay in MARA house, it's nice. Ramai bebudak bukan under MARA scholarship stay sana.
Thanks Nur. I've post some commen in your blog, but it doesnt appear? :)
Love
Mualimah,
Thankssssssssssssssss, semoga Allah redha pada arwah Nenek dan kita semua. Doakan ya..
Moga roh nenek Nur ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman dan moga rohnya sentiasa dicucuhri rahmat Allah
Takziah
Saya hadiahkan Al Fatihah juga Nur
Post a Comment