Thursday 2 June 2011

AL-FATIHAH TO ABAH HAJI MARWAN

Salams,

This will be my last entry.

Dari dahulu lagi saya sudah mau menutup blog ini, atas sebab-sebab kecil. Tetapi ya, kali ini, saya sedar, saya sudah tidak akan mampu menulis lagi. Mungkin jua saya akan kembali ke dunia blog, insyaAllah, di masa akan datang. Mungkin.

Abah saya bertemu Rabbul Izzati pada 1/6/ 2011. Bermula dari kemasukan di dalam wad kecemasan, dan di pindahkan di ward biasa, dan kemudiannya ke ICU Hospital Ampang. Dan di sepanjang masa, tidak putus-putus air mata dan doa. Terutamanya ketika beliau berada di dalam ICU. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa beliau, yang tidak bisa saya tuliskan disini.

Hari terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, kondisinya sangat bagus berbanding hari pertama di ICU. Saya sampai percaya yang beliau akan dipindahkan ke ward biasa, dan mula merancang untuk pulang ke rumah di kampung atas beberapa urusan penting.

How wrong I am, or was.

Ketika saya melawat Abah pada tenghari itu, luruh air mata saya melihat keadaannya yang nazak. MasyaAllah. Kalimah tauhid tidak putus-putus saya bisikkan di telinga.

Dan pada saat-saat akhir Abah? Siapa bisa melihat ayah sendiri menghembuskan nafas terakhir?

Saya kira, saya tidak akan pernah bersedia menghadapi ujian ini. Pernah jua saya berniat, biarlah Abah pergi semasa saya di luar negara, supaya saya tidak menghadapi segala pengalaman ngeri ini.

Ya, ngeri sekali melihat orang-orang yang anda paling cintai menghadapi sakratul maut. Berat, sangat berat. Entah kenapa setiap kali saya datang melawat, Abah akan memberikan respon yang lebih. Tangannya yang saya genggam akan diangkat-angkatnya. Pehanya jua. Abah jua akan cuba bercakap-cakap dengan saya, sayang tiub di mulut tidak mengizinkan. Matanya akan terbuka memandang saya, sambil berkedip-kedip. Padahal dengan adik saya, cuma tangannya sahaja yang akan bergerak-gerak. Dan semasa di ward kecemasan dan di ward surgery, hanya meraung sahaja yang Abah saya lakukan, sakit perut yang teramat sangat. "Kakak, sakit Kak."

Tahu apa rasanya, saudara saudari sekalian, melihat Abah di dalam kondisi tersebut? Mendengar raungan itu?

Tahukah kalian bahawa saya serasa mahu gila melihat Abah begitu?

Dan saya sudah merancang, sehabis talkin dibacakan, saya mahu ke KLIA dan pergi ke London, atau Istanbul, supaya segala kenangan yang teramat pahit ini dapat, setidak-tidaknya, saya lupakan.

Percayalah saudara-saudari sekalia, saya tidak sekuat yang kalian sangka kan.

Saya berasa teramat benci dengan kehidupan saya.

Cuma ada satu peristiwa yang menyelamat saya dari menjadi separuh gila. Ya, Tuhan itu, Amat Baik. Maha Baik. Jenazah Abah sangat lembut, Abah tersenyum gembira dan dahinya berpeluh. Semasa saya mencium dahinya buat kali terakhir, dahinya basah walaupun sudah di lap berkali-kali. Dan semasa tangan saya mengelus lembut dahi Abah sebelum jenazah di turunkan ke liang lahad, dahinya masih basah.

Dan itu adalah tanda-tanda mati di dalam Husnul Khotimah, insyaAllah.

Saya cuma punya Tuhan yang akan menjaga Abah saya di alam barzah. Cuma punya Allah Yang Maha Pengasih untuk menerima taubat Abah dan Maha Baik untuk tidak menyeksanya disana.

Kubur Abah bersebelahan dengan kubur Nenek. Petang tadi, saya melawat kedua-duanya. InsyaAllah pasti bahagia mereka disana. Sudahkah mereka berjumpa dengan Rasulullah saw yang mulia itu?

Walaubagaimanapun, saya rasa, ini mimpi belaka. Adik kata saya menjerit-jerit di hospital, melihat kereta sorong mayat. Saya tidak sedar, atau mungkin separa sedar. Alhamdulillah, saya masih waras lagi. Cuma mungkin rasa hidup ini kosong, sekosong-kosongnya. Berilah saya masa 3 hari berkabung, dan insyaAllah.

Ramai bangat kawan-kawan Abah yang datang melawat, memandikan dan menyembahyangkan jenazah Abah. Ramai sekali kawan-kawan Abah yang menangis ketika melihat wajah Abah. Ketika di surau, adik kata, sewaktu doa seusai solat subuh, ramai sekali yang merah mata. MasyaAllah, SubhanAllah. Ramai sekali yang menyayangi Abah.

Akhir sekali, syukran tidak terhingga kepada ucapan takziah dari rakan-rakan di Durham dan di mana-mana. Doa kalian amat kami butuhkan. Please, send al-Fatihah to my arwah Abah, Haji Marwan B. Saliman / Binti Gemi.

Abah, I miss you so, so, so much. It's really hurt, really really hurt, when you are not around anymore.

I love you very much.

Kepada pembaca sekalian, syukran kerana sudi membaca tulisan saya selama ini. Saya doakan kalian tetap berusaha untuk berada di Sirotol Mustaqim, insyaAllah.

Salam sayang.





23 comments:

Aishah Nur Hakim said...

Assalamualaikum kak nur,



...
Innalillah,
salam takziah.

i wished i have something comforting and brilliant to say, but no

T_T


saya yakin, apabila arwah meninggalkan akak, dia juga meninggalkan Allah dan rasul untukmu.


salam sayang.
-aishah-

MualimaH yg CHILL..=) said...

salam kak nur...

Innalillah....
salam takziah buat kak nur dan keluarga...
sungguh...Allah lebih menyayanginya Kak Nur...
Moga bahagia dan gembiralah arwah di alam sana..

moga Kak Nur diberikan kekuatan dan ketabahan...

Anonymous said...

salam Nur. innalillah wa inna ilaihi rajiun. takziah buat Nur dan keluarga. semoga roh Abah Nur ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Dia. amin. semoga Nur tetap kuat.

soliloquy said...

salam. takziah untuk akak dan keluarga.
InsyaAllah dia sedang berehat di sana. Tenang di sana. Dalam nikmat yang Tuhannya limpahkan.

I can see how messed up you're.
Semalam 1 jun, bukan 1 mac.

Dan beliau pergi dalam 'Husnul' Khatimah.

Dan perpisahan ini hanya sementara. Sementara amat. Kita akan disatukan semula dengan mereka yang telah pergi.

Moga kita juga mendapat kesudahan yang baik itu. Ameen.

Be weak sis. Be weak. Its fine. We're weak indeed. But when we admit we're weak, it shows that we know we've a Great Lord to give us strength.

jyss said...

fakhzan,

innnalillah... wish i was there. nothing brilliant to say...just to hold your hands and hug you :(

~PENCHENTA~ said...

Salaam.

Takziah saya ucapkan. Semoga anda sentiasa tabah. Ingat, setiap kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah pinjaman, even ourselves. Dan setiap pinjaman perlu kembali pada yang Haq.

Tapi saya faham, sebagai manusia, mana mungkin kita boleh hidup tanpa rasa sedih. Saya juga hampir kehilangan keluarga tersayang. Sangat hampir. Saat diberi peluang kedua sebenarnya lebih sukar. Sebab kita takkan pernah berpuas hati atas setiap usaha kita. Kita akan mengharapkan ia menjadi yang terbaik. Tapi siapa tahu apa yang terbaik, selain Allah?

Maka yakinlah ini adalah jalan yang terbaik buat kita. Yakin!

Ingat Allah selalu. :)

dianakamal said...

Salam dear kak nur,

I'm speechless...

Takziah and al-fatihah for the late Haji Marwan. May Allah place him among the mu'minin. May Allah too bestow you strength to go through this test. Ameen. Please do keep in touch, sis. Let me know if you're to write again.

fsj said...

salam kak nur,
innalillah hi wainna ilaihiraujiun.

kaknur, saye tak tau di mane saye harus mulekan, tp takziah buat kak nur sekeluarge, be strong dear, saye doakan semoge kesabaran, keredhaan dan kekuatan milik kak nur sekeluarge. cekal kan hatimu, kuatkan iman mu, sesungguhnye pemergian abah tanda Dia lebih menyayanginya. jage diri k, ade pape yg bole dibantu, kak nur bagitau la..

fathen

tepianmuara said...

Assalamualaikum kak.

...

Takziah atas pemergian ayah akak.

moga pertemuan seterusnya pertemuan bahagia.

selamat untuk langkahmu, kak.

Ermayum said...

Takziah Nur

I thought it was hard for me but I believe that it is harder for you
and I believe that you are strong enough for this

I pray for you and I pray for your abah

Whatever you have told me before I hope it is now for you- mereka pergi tempat yang lebih baik , so kita tak patut bersedih kan?

You takkan gila Nur
You will be OK

Please be strong and take your time and I hope that you come back later to write here

Unknown said...

Salam kak, menangis saya bc tulisan akak..Allah menyayangi arwah dan juga kakak sbb tu diberi ujian ..semoga terus tabah~love from malaysia

Anonymous said...

Allahuakbarrrr!

aku minta maaf, aku busy with preparation for my seminar kemarin petang (khamis), jumaat hari ni pula berjalan ke leeds ziarah rumah member, mmg tak sempat buka internet. ini baru buka.

My dear friend, i am absolutely sorry for your loss. Innalillahiwainnailaihi rajiun.

tp aku tau kau kuat, kau tabah, insyaAllah.

Semoga arwah ayahanda ko bersama mereka yg dilapangkan kubur, dijadikan ia taman dari taman2 syurga insyaAllah. Yakinlah abah kau kini berbahagia di sana, terbang bebas dari penjara kesusahan dunia. dia kini lapang dan tenang menuju syurgaNya. Dia tersenyum kembali di sisi Sang Penciptanya, amin amin amin...

aku doakan kau tenang dan tabah selalu.
din, leicester.

Chai Tea said...

Salam,
harap ko dirahmatiNya dengan ketenangan dan ketabahan yang bertambah-tambah dari hari ke hari. Keep in touch

t.hanizaki said...

salams.
hi thar, im not anybody.
but a reader of ur blog, who really motivated with u.
dear, moga kuat2 dan sabar bnyk.
but 1 thing u cant do is..
do not stop blogging.
hear?
dont stop!
i tot it will makes u more tougher than b4

hazafra said...

Salam,

Miss, inalillah di atas pemergian itu..

Kuatkan dan tabahkan hatimu..

Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...

Hanya doa yg dapat saya panjatkan untuk kekuatan dirimu...

enriching soul said...

Dear Nur

Innalilllahi wainna ilaihairaajiuun. Love reading your writing all this while. When I saw the heading of this entry, it's hard to believe my beloved Nur are facing this painful moment. I calm myself first before reading as I know it is the saddest part in your life. The entry about Cikgu Marwan never fade in my thought. May his soul rest in peace, he deserved it, raising a great daughter like you! Be strong Nur, I cry for you, my beloved Nur..

manny said...

Salam.
I'm Amani, a follower of your blog. I'm so shocked to have read this latest entry of yours. Sebelum ini saya tak pernah komen to any of your entries, pretty much a silent reader.

I cried as I read this entry. My sincere condolence to you and your family. I cannot imagine what you're going through right now as I have never lose someone who's so close to me. Harap banyakkan sabar. Semoga Allah permudahkan you and your family to go through this.

-Amani

Annabuadiary said...

salam kak nur ...alfatihah untuk arwah abah kak nur ...smoga kak nur ..betapa kita sayang dia , Allah lebih menyayangi abah kak nur

Hazwan Mohd Nor said...

al-fatihah....

kak.....

ASaL said...

Innalillahi wa inna ilaihi rajioon.

But we do know that, he will live a better life 'there', to compare for what we can provide him here.

Fasabrun jamil, innallahu ma'ana.

Hope you will return to write, wisdom that already inspired many of your reader here.

Waiting.

Enno said...

Innalillahi...

Nur, ikut berdukacita yang sedalam-dalamnya. saya faham benar rasanya, karena saya juga menemani mendiang ibu saya ketika menghadapi sakratul mautnya....

insyaAllah, abahmu berada di tempat terbaik di sisi Allah.

tetaplah sabar dan menjalani hidup dengan baik. akan saya kirimkan Al-Fatihah untuk abahmu.

salam :)

Ayza Gursoy said...

Selamun aleykum Nur,
Baru berkesempatan membuka blog Nur hari ini, dan ya, saya ucapkan takziah atas pemergian ayahmu, Nur. Semoga Allah menempatkannya di tempat-tempat orang yang dikasihiNya, dan kepada kamu Nur, bertenang dan bertahanlah dari terus bersedih.. saya sudah melaluinya dan InshaAllah kita juga bakal menyusul mereka.

Salam takziah dan salam kasih daripada kami di sini. Allah'a emanet olun. Vesselam.

Nur said...

Salams kasih pada semua,

JazakAllahhul khair, pada semua doa-doa, tiada apa yang lebih bernilai dari sepotong doa, terlebih lagi dari hati yang ikhlas.

Dan saya mohon pada Allah swt, Tuhan kita yang Maha Baik , dan Maha Pemurah itu, supaya sentiasa menuntun kita ke jalan-Nya yang benar, merahmati kita dengan rezki yang luar biasa hebatnya, dan memelihara kita dari Murka-Nya atas segala dosa-dosa kita.

Semoga kita tetap tunduk menyembahnya, dan doakan saya tetap tabah dan kuat seperti gadis Palestine yang kehilangan Ayahnya.

Al-fatihah kepada Almahrum Ayahanda tercinta, Hji Marwan B. Saliman, serta Ayahanda kepada Ermayum, ASAL dan Ayza, dan jua mendiang Bonda Enno, juga kepada semua muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita.

Bak kata SAS, perpisahan ini amat sementara. InsyaAllah, kita jua akan pergi dengan girang gembira, bertemu Sang Maha Pencinta itu.


Salam kasih.