Wednesday 20 April 2011

KANGEN BANGET


Salam pembaca yang dimuliakan.

Gerimis pulak petang petang ini. Mengingatkan saya kepada suatu petang dimana Abah membawa saya makan di kedai makan baru di Batu 6. Tepi sungai. Saya selalu sahaja takut dengan sungai, kerana selalu sahaja membayangkan ada buaya bersedia menerkam. NGAP! Mati gue.

Makanan nya tidak sedap (I’m a fastidious eater). Tapinya Abah selalu sahaja makan dengan gembiranya. Dan selalu nya mencuba menu baru yang kadangkala tidak masuk akal bagi saya – contoh utama, semasa saya berumur 9 atau 10 tahun, Abah memesan sup ekor. Sup ekor! Membayangkan ekor lembu sahaja sudah memualkan saya.

Saya selalu perhati, sekiranya saya sedih (saya tidak pasti adakah konsep ini Abah praktiskan untuk adik-adik yang lain), Abah akan membawa saya keluar makan. Mencuba sedaya upaya menggembirakan hati saya yang sedih, dengan harapan saya tidak akan tenggelam dalam kesedihan. Kerana dia tahu, masalah saya selalunya teramat besar-besar belaka. Yang tidak tertanggungkan oleh saya. Oh ya, dalam hidup saya pembaca yang dimuliakan, ujian nya aneh aneh belaka, kerana ya, saya ini seorang yang aneh.

Mau sekali pulang menemui Abah dan Mak. Saya mahu sekali menangis di bahu mereka. Teringat perenggan di dalam Seteguh Karang yang ditulis oleh Tuan Faridah Syed Abdullah itu - berkata Budi, seorang anak muda merantau dari Indonesia bekerja di ladang kelapa sawit di Johor, kepada Anisa (the narrator) – ku kira, sampai mati aku tidak kapan berjumpa ibu bapa ku, kerananya tambang kapal terbang itu sangat mahal.

I know exactly how you feel, Budi.

2 comments:

Aisyah said...

salam,

nur, hows u doing? could you please give me your phone number so i can keep it as my record. Mine is 07733041024.. text me ok, hope "it" is fine now. From: aisyah jintanmanis

Nur said...

Aisyah,

I'm doing fine, alhamdulillah.

Take care, anything that I can help, just let me know ya. Let's us be strong for the sake of Allah swt and ummah, insyaAllah...