Salams,
Sahabat-sahabat yang dimuliakan, semoga Allah swt menjadi segala-galanya pada kalian. Jumaat sudah, bak kata Dikma, salah satu pintu kematian adalah kebahagian bertemu dengan Rasulullah saw, sahabat-sahabat baginda dan saudara-mara kita yang beriman. Semoga, ya, semoga kita ketemu kerana-Nya.
Daisy Chain. I fall in love with this simple flower. Its simplicity is mesmerizing, and its unpretentious is charming. Its boldness in accepting reality is an act of bravery for me. They say daisy is traditionally used to ask the Divine about this question - He loves me, He loves me not. And when it's clearly the latter, nonetheless, the presence of daisy should heal the scar of broken-heartedness. This flower, she never holds back, and give everything, isn't she?
And the daffodils the stealer of hearts. Its shape reminds me of the star. Have you fallen for one, the star I mean?
2
Kalian tahu bukan di negara Perancis itu, burqa dan niqab telah diharamkan? Allahim. Memetik kata-kata Hebah Ahmad:
And if we want to really talk about the oppressive situation of women, let’s talk about all the eating disorders, all of the plastic surgery, all of the unhealthy diets that are being done, all in the name of having the perfect body. To me, this is liberating and this is empowering."
Kasihan perempuan-perempuan zaman ini. Segala-gala yang dikenakan ditubuh badan adalah kerana manusia - "apa kata orang". Ini adalah alasan-alasan yang sering dilemparkan kepada kami, kalau kami tidak bermekap, tidak memakai sepatu tinggi, atau memakai jubah! Kita mengejar perfect body dan perfect face, bukan? Bercerita mengenai kecantikan, definasi cantik bagi kebanyakan orang Melayu adalah wanita yang berkulit putih, atau cerah. Beruntung anda.
3
Berita tergempar mengenai madu. Baru-baru ini saya terbaca di NewsWeek, bahawa pengeluaran madu di kebanyakan negara seperti Turkey, Japan dan China sudah berkurangan sebanyak 40%-60% tahun ini, berbanding tahun lepas (caranya, pengeluaran pada January- April 2010 akan dibandingkan dengan pengeluaran pada January-April 2011). Mengapa ini sangat merisaukan saya? Kerana lebah-lebah ini bertanggungjawap untuk 80% pendebungaan di seluruh dunia. Angin, air, atau agen-agen lain cuma bertanggungjawap untuk 20% lagi. Sekiranya ini berterusan, adakah Albert Einstein dakwaan bahawa sekiranya lebah-lebah ini pupus, manusia hanya punya empat tahun untuk hidup akan menjadi kebenaran?
2 comments:
oh kakak! Nukilan minda dan rasamu disini selalu bikin bibir menguntum senyum!!!! Senyum kerana menjadi 'trigger' penggerak minda :)a
sas,
Anda ok? Kerana akak tak mampu nak komen di tumblr, hopefully everything is all right with you.
Remember, we aren't supposed to carry the burdens. let's Allah swt take care of everything, including all the burdens that you are currently facing. Because He is The Most Powerful.
*hugs*
Post a Comment