Memohon perlindungan Allah
Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis
Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version
Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII
The Salah Series
Tahukah anda syaitan menjadi sangat cemburu apabila seseorang berdiri dalam solatnya di hadapan Tuhan? Lantas dia sanggup melakukan apa saja untuk mengganggu – dengan membuatkan seseorang itu berfikir tentang perkara lain. dan malangnya, selalunya, kita menerima ajakan itu. Kesungguhan syaitan ini seperti seekor lalat – setiap kali kita menghalaunya, ia akan datang balik.
Syaitan
Kita telah diajar untuk meminta perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam sebelum mula membaca ayat Qur’an dalam solat. Kesan ajakan jahat ini sangat berkesan – apabila kita bersolat kita mula ingat perkara-perkara yang kita lupa sebelumnya dan memikirkan penyelesaian kepada masalah-masalah kita. Apabila kita memberi salam pada penghujung solat, kita lupa apa yang kita baca dalam solat atau berapa rakaat yang kita solat. Jika kenyataan ini menggambarkan diri kita, Ibn Al-Qayyim berkata orang ini menghabiskan solatnya sama dengan ketika dia memulakannya – dengan semua solat dan bebannya tidak tertebus. Jika beginilah caranya, boleh kita bayangkan apa akan terjadi seterusnya? Dalam Qur’an, Allah memberitahu kita senario pada hari akhirat:
“Berkata syaitan, setelah diputuskan hukuman itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar dan aku telan menjanjikan pula kepadamum, tetapi aku memungkiri janjiku. Tidak ada kekuasan bagiku atas kamu, kecuali bahawa aku menyerumu, lantas kamu terima. Sebab itu janganlah kamu mencercaku dan cercalah diri kamu sendiri.” (14:22)
Bayangkan – ditipu dan diganggu dan ia akan berkekalan sehingga ke hari akhirat. Rasulullah (ﷺ) berkata:
“Seseorang hamba itu bersolat dan hanya mendapat satu persepuluh daripada solatnya, atau satu persembilan, atau satu perlapan, atau satu pertujuh, atau satu perenam, atau satu perlima, atau satu perempat, atau satu pertiga atau separuh.” (Abu Dawud)
Jadi syaitan mahu mengurangkan pahala kita dengan mencuri seberapa banyak dalam solat kita. Ia seperti kita telah diberikan semua ganjaran tapi kita mesti menjaganya – setiap kali kita lalai syaitan akan mencuri sebahagiannya. Dan sesetengah daripada kita, syaitan terus mencuri sehingga tiada apa yang tertinggal.
Penyelesaian
Sheikh Al-Shinqiti memberitahu Allah telah menunjukkan cara bagaiman untuk menjaga diri daripada kejahatan manusia dan kejahatan jin. Allah berfirman:
“Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin. Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan orang) dengan (cara) yang terbaik, lalu sekonyong-konyong orang yang ada permusuhan antara engkau dengan dia menjadi sahabat yang karib.” (Qur’an, 41:33-34)
Jadi untuk mempertahankan diri kita dari kejahatan manusia, lakukan perkara dia tas – membalas kejahatan dengan kebaikan. Ini bukan sahaja melindungi kita tetapi boleh membuatkan musuh menjadi kawan. Ini bukan senang, sebab itu Allah menyambungnya dengan:
“Tetapi tiadalah yang melakukannya (membalas kejahatan dengan kebaikan) kecuali orang-orang yang sabar dan tiadalah yang melakukannya, kecuali orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (Qur’an, 41:35).
Bagaiman dengan kejahatan daripada jin? Kita tidak boleh menggunakan cara yang sama seperti di atas. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Mohon perlindungan Allah, sebagaimana yang diberitahu dalam ayat yang seterusnya:
“Jika engkau dihasut oleh syaitan dengan suatu hasutan, maka berlindunglah engkau kepada Allah. Sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Qur’an, 41:36)
Telah diriwayatkan seorang lelaki tua bertanya seorang lelaki muda apa yang akan dilakukannya jika dia nampak syaitan.
“Saya akan pukulnya,” kata lelaki muda itu.
“Dan jika ia datang balik?”
“Saya akan pukul lagi,” balasnya.
Dan lelaki tua itu menanyakan soalan yang sama lagi, dan lelaki muda itu memberikan jawapan yang sama.
Menggelengkan kepalanya, lelaki tua itu berkata, “jika kamu berjalan di sebatang jalan dan seekor anjing yang ganas datang kepadamu, berapa kali kamu mahu memukulnya untuk memastikan dia tidak menyerang lagi? Padahal cara yang lebih bijak adalah meminta tuan anjing itu untuk membawa anjing itu jauh dari laluanmu.”
Dan sebab inilah kita memohon perlindungan Allah apabila kita memulakan solat. Ibn Al-Qayyim berkata telah diriwayatkan apabila kita mula bersolat, Allah memerintahkan penghalang di antara kita untuk dialihkan dan kita menghadap terus kepada Tuhan, tapi jika kita berpaling (tidak khusyuk) penghalang itu akan diletakkan kembali. Dan pada masa cuai inilah syaitan akan berusaha untuk mengganggu pemikiran kita tetapi apabila penghalang itu dialihkan, syaitan tidak berani mengganggu kita.
Maka, marilah kita meminta perlindungan Allah daripada diganggu syaitan, hayati maksud doa tersebut, dan pelihara diri kita daripada syaitan sepanjang solat.
No comments:
Post a Comment