Sunday, 20 March 2011

HANYA ENGKAU YANG KAMI SEMBAH

Salams,

Teruskanlah berzikir!


_________________________________________________________________


Hanya Engkau Yang Kami Sembah


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV| Bahagian XV|Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

`ibadah

Matlamat Kita – Menyembah Allah

Ibn Taimiyah menyatakan Allah s.w.t. mendedahkan 104 buku kesyurgaan. Kesemua maksud buku-buku ini ditemui dalam Qur’an dan kesemua maksud Qur’an dapat ditemui dalam surah al-Fatihah. Yang utamanya, kesemua surah al-Fatihah dapat ditemui dalam ayat berikut:

1:5

“Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan” (Qur’an 1:5).

Setelah menyedari keagungan dan kasih sayang Allah, dan menyedari bahawa kita akan kembali kepadaNya, dalam ayat ini fokus kita adalah kepada tujuan kita di dunia ini – menyembah Allah dan meminta pertolonganNya.

Engkau Yang Kami Sembah – Keikhlasan

Salah satu cara hati beribadat ialah dengan melakukan seikhlasnya kerana Allah. Rasulullah ﷺ bersabda,

قال الله تبارك وتعالى أنا أغنى الشركاء عن الشرك من عمل عملا أشرك فيه معي غيري تركته وشركه

“Allah Maha Besar telah mengatakan ‘Jika seseorang melakukan sesuatu yang menyekutukanKu, aku akan meninggalkan dia dengan apa disekutukannya pada Allah’” (Muslim)

Apabila kita menyebut “Hanya Engkau yang kami sembah,” kita sebenarnya mengisytiharkan keikhlasan kita dan mengingatkan diri kita tentangnya. Jadi tanya diri kita sendiri – apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, adakah kita mengharap pujian daripada orang lain? Adakah kita kisah jika kita tidak dihiraukan? Ini bermakna kita tidak melakukannya ikhlas kerana Tuhan, atau kerana orang lain. Ibn Al-Qayyim menyatakan untuk merawatnya adalah dengan menyedari dan menanamkan bahawa pujian orang lain tidak akan member manfaat kepada kita, mahupun kutukan mereka tidak akan merugikan kita. Contohnya, jika orang fikir kita benar, tapi bagi Allah adalah sebaliknya, adakah ia memberi manfaat kepada kita? Atau jika seorang yang kaya disebut-sebut dan orang berkata “dia berhutang, bukannya kaya sangat sebenarnya,” adakah itu akan mengurangkan kekayaan kita?

Lagipun, kita perlu tahu jika orang lain tahu kebaikan yang kita lakukan sekadar untuk mendapat pujian, mereka akan mempunyai persepsi yang buruk kepada kita. Jadi bagaimana kita menyembunyikan niat kita daripada mereka kerana bimbang dengan persepsi mereka, tapi kita tidak hiraukan Dia yang mengetahui apa di dalam hati kita? Ini dipanggil riak.

Riak yang paling teruk disertai dengan penipuan, seperti seseorang yang mahu dipuji akan sesuatu yang tidak dilakukannya. Allah berfirman,

3:188

“Janganlah engkau kira mereka yang bersuka ria atas perbuatannya dan suka dipuji orang dengan sesuatu tidak mereka lakukan, janganlah engkau kira mereka itu akan lepas dari seksaan; dan untuk mereka itu azab yang pedih.” (Qur’an, 3:188)

Penawarnya? Selalu perhatikan niat kita dan betulkan, jika melakukan banyak perkara di khalayak ramai, kita perlu banyak lagi melakukannya secara bersendiri tanpa memberitahu sesiapa pun. Ini adalah intipati ayat ini, dan juga mengapa kita membacanya setiap hari,

1:5

“Kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan” (Qur’an 1:5).

Riak tersembunyi

Malangnya, dalam kebanyakan masyarakat, kita dibesarkan dengan riak. Macam mana? Kita diajar, “jangan buat macam tu – nanti apa orang kata?” Atau kita diajar, “jangan buat macam tu – nak ke orang fikir kamu tak beradab?”, bukannya diajar kita tak patut melakukannya kerana Allah sedang memerhatikan. Jadi masalah terbesar kita adalah kita telah dibesarkan dengannya. Jika orang tidak melihat, kita boleh teruskan untuk melakukannya. Jadi kita lebih malu di depan orang daripada malu di depan Allah.

Riak tersembunyi ini menjadi semakin tertanam dalam diri kita, sehinggakan ada di antara kita masih mempunyainya semasa beribadah dan menitiskan air mata ketika sendirian. Macam mana? Dengan merasa bangga dengan dirinya kemudiannya dan berharap ada orang lain yang melihat. Atau kita membayangkan mati dalam terhormat, seperti ketika sedang sujud, tetapi kita terus membayangkan kata-kata pujian yang akan diperkatakan orang tentang kita, daripada kegembiraan menemui Allah dalam keadaan itu.

Dengan itu, kita patut sucikan hati kita dengan ayat ini dan berhati-hati dengan niat kita dan kepentingan ikhlas.

Mereka yang Lembut Hati

Surah ini dan ayat ini ada kesan yang sangat mendalam kepada orang yang benar-benar memahami maksudnya. Muzahim bin Zafar menceritakan tentang Sufyan Ath-Thawri, seorang tabi’i yang hebat (golongan selepas Rasulullah ﷺ) sedang mengimami solat Maghrib dan apabila dia sampai di ayat ini dia mula menangis sehinggakan dia tidak dapat meneruskan ayat seterusnya. Dia kemudiannya mengulangi surah itu dari mula.

Muhammad Al-Himsy pernah melihat Ibn Abi Al-Hawari, salah seorang salaf (Muslim terawal), solat Isyak di Kaabah. Apabila dia sampai di ayat ini, dia tidak dapat meneruskannya dan menangis semahunya. Jadi Al-Himsy meneruskan pusingannya di Kaabah, dan apabila dia tiba di tempat Al-Hawari semula, dia masih membaca ayat itu.

Adakah kita fikir orang-orang terdahulu sahaja yang merasakannya? Lihat ini:

Tahun tersebut adalah tahun pertama Sheikh Sa’ud Al-Shuraim mengimami solat terawih sepanjang Ramadhan. Biasanya, hari yang paling sesak adalah malam ke-27 (kerana ramai percaya itulah malam Qadar) dan malam ke-29 kerana ketika itulah bacaan Qur’an tamat. Namun, tahun tersebut mereka menamatkan bacaan Qur’an pada malam ke-27 – jadi lihatlah betapa ramainya orang yang mengingatkan kita tentang Hari Pembalasan. Mungkin kerana itulah sheikh merasa sangat terkesan ketika membacakan “Maliki yawmid deen” (yang menguasai Hari Pembalasan).

Kepada Engkau Kami Meminta Pertolongan – Kerendahan Diri

Kunci untuk membuatkan solat kita amat terkesan ialah keikhlasan; dan kita tidak akan mampu untuk menjadi betul-betul ikhlas melainkan meminta pertolongan Allah. Atas sebab ini Allah menyambung ayat “kepada Engkau kami sembah” dengan “dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.” Allah telah menyatakan dalam sebuah hadis qudsi:

كلكم ضال الا من هديته فاستهدوني اهدكم

“Kesemua kamu sesat melainkan yang telah Aku beri petunjuk, jadi mohonlah petunjuk daripadaKu dan aku akan memberikannya.” (Ahmad, Tirmidhi)

Dan inilah sebab mengapa Allah menyambung ayat itu dengan,

1:6

“Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.” (Qur’an, 1:6)

Subhan’Allah, betapa Allah telah menyusun kata-kataNya dengan sempurna!

Ibn Al-Qayyim mengatakan dia ada mendengar Ibn Taimiyah menyebut iyyaka na’budu mengelakkan riak, and iyyaka nasta’een mengelakkan keangkuhan. Apabila kita menyebut, “kepada Engkau kami memohon pertolongan” kita maklum bahawa kita tidak mempunyai kuasa untuk melakukan sendiri dan memerlukan pertolongan Allah dalam segala tindakan. Kita selalu mendengar seseorang yang terlalu angkuh untuk meminta, dia merasa dirinya terlalu hebat atau dia boleh melakukan segalanya sendiri. Sebaliknya kita mengaku kelemahan kita lantas kita meminta pada Allah – Yang Maha Sempurna.

Semoga Allah s.w.t. membimbing kita dalam beribadah kepadanya dengan ikhlas dan rendah diri.

No comments: