Friday, 4 March 2011

LAPIS LAZULLI

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,

Assalamualaikum,

Allahumma Solli A'la Saiyidna Muhamad, Waa'la aa'li Saiyidna Muhammad.

Catatan dahulu. I have missed them , so much.

________________________________________________________________

Membuka YM, tertera offline msg:

salam sis, just to say hi to my lapis lazulli

LAPIS LAZULLI?

LAZULLI itu apa? Dan sungguh mata ku berkaca-kaca membacanya. Kasih sayang yang melimpah ruang, tanpa batasan dan ruang waktu, tanpa jarak. Aura kasih sayang mu berhembus lembut hingga ke sini. Moga-moga kita tergolong dalam golongan akhilla. Salam Sayang.

______________________________________________________________

Dedikasi untuk sahabat. Kamu adalah lapis lazulli, moga satu hari akan bersinar terang sehingga menyilau mata orang yang memandang. Gambate! Juang ajo, jangan lelah!

Kawan-kawan saya, mereka yang dihimpit rusuh. Tiada satu dalam kamus harian mereka tanpa ujian, kadangkala terlalu mencabar, kadangkala kecil tapi disebabkan amarah, hati dan bibir selalu saja merungut. Merungut untuk melepaskan tekanan, bukan untuk mencipta polemik.

Akhirnya saya melihat mereka dengan tersenyum. Saya bertuah sebenarnya dianugerahi dengan rakan-rakan jenis ini. Dalam tidak sedar saya berada di sekeliling mereka yang sedang dan bakal mencipta kehebatan, mungkin juga sejarah. Benar! Saya percaya ini dengan sungguh-sungguh.

Mengapa? Kerana fitrah duniawi sejak dunia tercipta seperti ini; mereka yang dibeban tekanan dan ujian adalah mereka yang terpilih.

Sama seperti batuan bumi yang paling diiktiraf dunia: berlian atau dalam Bahasa Inggerisnya: Diamond (pada rakan-rakan saya yang tidak berapa fasih Bahasa Melayu, berlian = diamond). Jika mengintimi maklumat geologi, anda akan segera tahu bumi adalah seperti ini. Lapis pertama di bawah kaki anda sehingga sejauh 100 ke 120 km ke bawah, apa yang kita panggil kerak bumi atau dalam terminologi litosfera. Bawah dari litosfera akan ada lapis mantel setebal lebih kurang 2900 km. Kemudian barulah kita akan bertemu dengan teras bumi. Jika masih lagi tidak berapa pasti mungkin gambar-gambar akan membantu.

Perjalanan vertikal jauh ke teras bumi bukanlah perjalanan yang mudah, mungkin hampir mustahil. Seperti ketika menyelam dalam air laut yang dalam, seperti itulah kesan yang akan dialami jika mahu mencabar bumi. Selain dari tekanan dari semua arah, suhu juga akan meningkat. Peningkatan suhu ini juga bukan calang-calang, bayangkan suhu yang mampu mencairkan batu; itulah suhu perjalanan ke dalam bumi. Lalu apakah kaitannya dengan berlian dan rakan-rakan saya yang dihimpit rusuh?

Berlian cuma akan terbentuk seperti ini; kebanyakkan berlian terbentuk hasil daripada kerak bumi yang mencair dan bergerak menuju ke lapis mantel. Di mana, di sini adalah tempat karbon boleh berubah menjadi cecair. Diberitakan tekanan di sini sangat tinggi antara 45 hingga 60 kilo bar, juga dengan suhu yang mencapai 1300 darjah selsius. Kerana itu tidak hairan apabila meneliti kata asal berlian (diamond) dari perkataan Greek, adamasyang bermaksud tidak boleh dimusnahkan.

Rakan-rakan saya yang dikirim perhatian khusus dari langit, sama seperti berlian. Seperti struktur belian yang dikenali sebagai struktur batuan paling sempurna di dunia (flawless), seperti itulah mereka. Sama seperti berlian, pembentukannya di dalam mantel bumi dengan suhu dan tekanan yang hebat, seperti itulah ujian dan musibah yang ditimpakan kepada mereka. Seperti mana berlian yang akan keluar ke permukaan bumi selepas berlaku kejadian perubahan geologi bumi (gempa bumi, gunung berapi), seperti itulah mereka akan menwarnai bumi dengan ilmu, hikmah, kebijaksanaan, kasih sayang dan cinta!

Rakan-rakan saya yang dipertemukan kerana cinta, dan saya mencintai mereka. Saya mahu tersenyum, kerana ujian yang ditimpakan pada anda tidak lain hanya akan merubah anda. Perubahan itu saya yakin sungguh-sungguh bersifat kimiawi. Dari satu logam ke menjadi satu logam yang lain (logam yang lebih baik tentunya). Perubahan itu saya yakin akan juga bersifat membangun. Ia akan dapat membangun suatu wujud menjadi wujud yang lain. Ia juga menjadi agen perubahan; iaitu merubah sesuatu yang lemah menjadi kuat, yang rendah menjadi tinggi, dan yang mentah menjadi matang.

Paling penting, ia punya karakter menjernihkan. Sungai yang hidup dan jernih sudah pasti dapat menghilangkan pelbagai kotoran dan kekeruhan.

Kerana segalanya, ia akan mempunyai sifat menggerakkan, menciptakan kewaspadaan dan kesensitifan, juga menghilangkan kelemahan.

Rakan-rakan saya, yang dipertemukan kerana cinta dan saya mencintai mereka. Saya akan terus tersenyum, sehingga satu hari anda akan kembang mekar, seperti kuntum bunga silver sword yang hidup antara celah rekahan aliran gunung berapi, dan anda akan pasti, menceriakan dunia dengan hak, dengan sumpah janji setia anda dengan Tuhan!

Sehingga saat itu, saya akan terus tersenyum.

8 comments:

Anonymous said...

perumpamaan yang sangat... kena/sesuai/sempurna. :) dan sangat indah juga.

tepianmuara said...

Tuan rumah,
nak cakap dengan kak Arina boleh?


"...and she said it's hard for her to write in bahasa. This is nowhere near to be an evident, right?"

Nur said...

Rossarina,

Thanks,hopefully we will be the lapis lazzuli, even though I am far from it.

It's written by my best friend.

Nur said...

TepianMuara,

Sila, sila, sembang ngan Arina.

But this isn't my piece of writing! This is my friend's, Wadi Kita. Mine is on the above part, end by salam sayang.

tepianmuara said...

blushing.

maaf saya.

=)

But still kak, I have no qualm of stating the same for your previous entries.

senyum lagi.

Nur said...

TepianMuara,

Owh no, please dont be, my fault anyway for not stated it clearly that the post is written by my friend.

Saya biasa-biasa sahaja deh, berbanding kamu dan rakan-rakan...:)

Hikari-san said...

additional info on diamond..:)

Diamond ada yang flawless, tiada yang sempurna kecuali sang 'pencipta'.. maksud 'flawless' di situ diamond adalah mineral yang stabil ikatan kimianya melebihi kebanyakan mineral2 lain menjadikannya sebagai mineral yang paling tinggi hardness (tidak boleh dipotong/diguris oleh mineral yang lain kecuali oleh diamond sendiri). Kandungan Carbon-C dalam diamond adalah lebih kurang graphite- ala2 pensil tulis 2B tetapi disebabkan susunan dan ikatan kimia yang berbeza graphite lebih rapuh dan kurang mantap dari segi ikatan kimia disebabkan atom yang mudah berpindah/digantikan dalam kekisinya :)

Apapun - berlian adalah sahabat sejati wanita - habib - hehe wink
:D

Nur said...

Huda,

Wow, rasa macam masuk kelas geologi. Heheh, thanks Huda, it really reflects Allah's Greatness, isn't it? To have the same/similar composition of carbon-C with graphite, yet have different chemical apa tu dalam english susunan and ikatan, it makes Diamond, so to speak, the most flawless stone ever created.

I tend to agree that diamond is a lady's bestfriend, but I like pearl more, reflecting the moon's beauty. Or ruby, so much like pomegranate, and of course emerald, gosh, i read about emerald in Hikayat Seribu Satu Malam once, and I fell in love with it, even without knowing its real look!

Owh I miss you.