Wednesday, 18 August 2010

THE BREATH OF PERFUMES

Salams Ramadhan,

Salam Penghidup Malam, moga-moga du’amu tiada hijab nya dalam menuju ke Rabbul Izzati, Salam Pembela Agama, moga-moga juangmu menjadi saksi, Salam Pencinta kebenaran, moga-moga kebenaran itu sentiasa melindungi mu, Salam sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa di hati dan tidak pernah mati, semoga Allah swt menjadi segala-galanya untuk kita.

Sudah juzuk berapa Al-Quran yang anda baca setakat ini? Macam-macam kisah berlaku di Teluk Intan, mahu malu atau sedih jua ia bukan satu pilihan. Semasa blog hopping, saya terbaca satu post yang membuatkan saya tertanya-tanya, penulisnya entah siapa tidak saya ingat:

*sigh* I fall in love with Tariq Ibn Ziyad over and over again.

Siapakah pemuda Tariq ini? Namanya sahaja sudah begitu hebat, menyebutnya sahaja memerlukan qalqolah di hulkum. Aura yang terpancar dari nama, membuatkan saya begitu malu sekali kerana tidak mengenalinya, padahal negara yang telah di 'conquer' nya telah saya jelajahi.

Ucapan Tariq yang sangat berkesan hingga kini, setelah membakar kapal-kapal perang beliau, adalah:

"Wahai tentera Islam. Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Maka pilihlah mana yang kamu kehendaki. Kamu di sini hanyalah yatim piatu dan tiada saudara-mara. Tiada yang menolong kamu di sini melainkan Allah Ta'ala"

Kalau mahu versi panjangnya, ia di dalam Bahasa Inggeris, sila rujuk The Breath of Perfumes.

Waduh, ucapan yang begitu berapi-api sekali! Ya, hidup ini bukan pilihan, sekali bertekad Allah swt itu Tuhan Yang Maha Esa, pilihan hidup apa yang terbentang untuk kita? Sungguh! Tidak hairan kalau blogger itu jatuh cinta sama pemuda ini.

Dan post di bawah sungguh lucu kerana ditulis begitu bersahaja sekali. Perlu diingatkan sekali lagi, saya ini aneh sekali kerana gemar sekali melihat sesuatu perkara yang terjadi sebagai lelucon, ya, lucu-lucu sekali hidup ini. Tetapi pengajarannya sangat dahsyat sekali, meggegarkan Arasy, ya, bilamasa pemuda disibukkan dengan dunia, Islam itu runtuh. Doakan saya yang faqer ini supaya sentiasa dirahmati Allah swt, dan diselamatkan-Nya dengan sifat-Nya Ar-Rahman dan Ar-Rahiim dari segala dosa yang akan menghantarkan bencana, baik di dunia mahupun akhirat.


Riwayat ke-2

Se-to-ri of the great history of Andalus. Well, well using my language okey. Its from the talk I listened long time ago. Past 4 years perhaps.

Pertama kali, spy dihantar ke Andalus.

Dia nampak sorang syab ni menangis. Bila ditanya kenapa? Syab tu jawab, mak dia tak bagi dia pergi jihad. Sebab dia belum habiskan hafalan Quran dia lagi. Dan spy tu pun balik, mengkhabarkan, sekarang bukan masanya untuk menyerang Andalus.

Kali kedua, ada lagi spy yang dihantar ke Andalus.

Dia nampak seorang syab ni menangis. Bila ditanya kenapa? Syab tu jawab, kekasihnya telah meninggalkan dia. Dan spy tu pun balik, mengkahbarkan, inilah masa yang tepat untuk menyerang Andalus.

See, tamadun se-gah dan sehebat itu jatuh macam tu je?

Kalau zaman sekarang ni, tengok sendiri pun dah paham. Syabab bergaduh berebutkan ‘perempuan’. Ouh, I’m sorry to say, But I think this is such a ‘very mindless-stupid’ matter. Pekehal? Pekdahnya kome ada ilmu tak reti nak amal ke?

Kalau dah gini gaya, agaknya kan, BILA ISLAM NAK NAIK AGAKNYA?

9 comments:

Hikari-san said...

Ayoo.. tak boleh la generalised kisah cinta sebagai kejatuhan empayar umaiyah di sepanyol.. mengikut history andalus jatuh sebab krisis politik dalaman menyebabkan pemberontakan waima antara puak2 islam. so bila perpecahan berlaku, islam jadi lemah.. kerajaan2 kecil menuntut autonomi.. dan kesempatan ini di ambil oleh kerajaan -kerajaan kecil sepanyol kristian yang dulunya dibawah perlindungan kerajaan islam mengkhianati dan menyerang balik..

Nur said...

Yep, sebab tuh saya kata, pengajaran nyer bile pemuda disibukkan dengan dunia. Kuasa, perempuan, harta. Lengkap.

Saya paling suka ayat paling last - Bile le Islam nak naik balik.

Huda, e-mail tak dibalas-balas...what should be our next step ya?

Hikari-san said...

Kita tawakkal je la ye,
sabr jameel.. :)

introspection said...

salam,
ini riwayat ke-2, ada byk lagi riwayatnya. tapi sengaja nak relate keadaan sekarang yang sangat teruk dengan sirah dulu.
sejarah tu berpusing-pusing.
terima kasih sebab letak post ni di blog yang ramai pengunjung ni. tapi dalam masa yang sama, seganlah juga sebab tumblr tu tempat merapu secara anon. ;)

p/s: salam taaruf.

Nur said...

Introspection,

Salam taaruf...anti dri mana ya? Cairo kah?

Syukran for the riwayat, sangat menarik, dan kita semua tahu kejatuhan sesuatu tamadun itu proses nya mengambil masa yang panjang. Kalau belajar dri segi labour economics, lagi mau menangis..:D

Ah, blog ini tidak banyak pengunjung, rasa mahu aktif tumblr pula selepas ini, tapi saya sgt suka blog...:D

introspection said...

salam,
ouh saya penyokong tegar blogspot.tumblr tu fungsinya lebih kepada 'shoutout' dan 'reblog' benda2 yang macam comel. ;)
link kita dekat je. blog hopping sikit, terjumpa. nanti saya bagi link blogspot di emel yang ada pada profile blogger ni.
tapi amaran awal ; saya language disaster.makanya, blog saya jarang ada orang 'bahasa' singgah. :P

Nur said...

Salams,

Wah mahu mahu, sila sila hantar ya, ah, jangan kata begitu, blog saya pun language nyer macammerba..:D...thanksssss

tulip jua kah? wah best, i love tulips the most..

introspection said...

link sent.check la kalo2 termasuk dlm spambox.
;)

tulip? oh...nama blog tu bukan tulip.
tapi tulip memang cantik. :D

Nur said...

Noted, thanks for sending it. Eh kata link kita dekat, blog hoping terjumpa, key word apa ya? :D

Your blog is awesome, like it!