Saturday, 10 July 2010

Salams,

Saya suka hadis-hadis yang membicara kan kelebihan-kelebihan, ganjaran-ganjaran yang Allah swt janjikan kepada mereka-mereka yang membuat amal ibadat yang ikhlas. Dan di dalam al-Quran sudah terlalu banyak ayat-ayat yang menyatakan janji Allah swt kepada mereka yang beriman dan beramal soleh.

Tetapi kebelakangan ini, saya sudah mulai dengar bahawa hadis-hadis ini palsu, dan kita seharusnya beramal kerana Allah swt, bukan kerana ganjarannya. Ya, saya ini naif, maafkan saya sekiranya tulisan ini akan memberikan provokasi dalam diri anda.

Yang saya tahu, Allah swt itu Maha Baik, ganjarannya, masyaAllah, tidak terhitung. Apa salahnya saya percaya sekiranya kalau saya solat terawikh misalannya, di malam pertama Ramadhan yang mulia, keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah? Apa salah nya saya membuat amalan kerana mahu ganjarannya? Ganjarannya itu, saya sangat percaya, bukan setakat mendapat keampunan misalannya, bahkan perlindungan-Nya, rahmah-Nya, kasih-sayang-Nya, cinta-Nya, bantuan-Nya, redha-Nya. Apa anda ngga mahu semua ini? Mustahil.

Saya mahukan perlindungan Dia, dari segala yang saya takuti, dari fitnah jin dan manusia, dari serangan binatang buas dan binatang melata, dari fitnah Dajjal, siksa kubur dan neraka. Saya mahu bantuan-Nya dalam membuat analysis saya, dalam menulis thesis saya, dalam memahami segala theories berat, dalam segala perbuatan saya. Saya mahu redha-Nya dalam apa jua saya lakukan, misalannya turun ke London kerana silaturrahim. Saya mahu ampunan-Nya, kerana saya ini punya dosa setinggi langit, ya, terlebih-lebih lagi dosa dari anda.

Dan kalau ganjarannya di ampuni dosa kita misalannya, wah, ini tawaran lumayan bukan? Sedangkan SUKUK saham yang dikatakan menurut landasan syariah (shari'a compliance) itu sudah berjuta-juta ramainya memburu kerana ganjaran menarik menanti di akhir waktunya (period), ini kan pula kelebihan-kelebihan bulan-bulan Ramadhan, Sya'ban dan Rejab misalannya. Atau ganjaran kepada sesiapa yang selawat ke atas Rasullulah saw misalannya, atau mereka yang beramal membaca yassin pagi petang siang malam misalannya. Atau membaca maksurat misalannya. Atau sahaja melakukan apa-apa sahaja, kerana dia percaya atas janji Tuhannya yang akan membalas segala amal-amalnya.

Kerana mereka yang menentang hadis-hadis ini mungkin punya kebimbangan yang lain, yang ngga mungkin saya dapat kupas disini. Tetapi bagi saya, pedulik sahaja kepada mereka yang mahu merendah-rendahkan agama kita ini, merendah-rendahkan hadis-hadis yang menyatakan ganjaran-ganjaran menanti, saya percaya, Allah swt itu lebih-lebih lagi membalasnya.

Kerana bagi saya, hanya tiga perkara sahaja yang kita boleh puji berlebih-lebihan, Allah swt itu sendiri, Rasulullah saw serta Islam agama yang syumul. Kepada sesiapa yang berani menyatakan Rasulullah saw itu hanya manusia biasa, biar sahaja saya nyatakan pada anda, Rasulullah saw itu maksum, bebas dari dosa. Masih lagi yakin Rasulullah saw itu seperti anda, manusia biasa? Cukup lah saya nyatakan ini, kalau mahu menulis mengenai Rasulullah saw, mungkin jua beratus ribu kitab ngga mungkin lagi habis mengenai nya.




5 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Salam

Abdul Munir Sanusi said...

Intro

Tidaklah setiap amal itu diterima oleh Allah kecuali telah ia membawa dua syarat ini:-

1. Ikhlas karena Allah SWT dan
2. Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW


"Dan Kami datang kepada amalan yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan.” (Al-Furqan: 23)


Outro


Saya bagi idea sahaja sebagai pencetus Nur untuk mengkajinya. Jika ingin lanjut, boleh khabarkan di blog saya. Selamat.

Nur said...

Salams,

Syukran ya, insyaAllah semoga amalan kita di terima Allah swt, walau dalam apa jua bentuk...“Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam”. (Al-An’am: 162)

Abdul Munir Sanusi said...

Tapi, bentuk ibadah itu perlu mengikut yang digariskan seperti di atas. Saya rasa Nur penat menerima pesanan seperti ini. Cuma saya perlu menyampaikan sedikit ilmu di dada ini.

Bacaan tambahan:-

http://bahtiarhs.net/2009/09/sudah-debu-beterbangan-lagi/

Nur said...

Salams,

Syukran saudara, biarlah kita sama2 perkuatkan hujah kita pabila berdepan dengan Allah swt kelak, nanti ditanya oleh Allah swt, insyaAllah kita sudah bersedia. Saudara, amalan kita , itu persoalan kita dengan Allah, apa yang kita percaya, yakin dan diiznkan oleh Allah swt untuk melakukannya, dan yakinlah, Allah swt itu Maha Pengampun dan Penyayang.

Ada berjuta2 jalan menuju Allah swt, dan kita hari-hari ini meminta ditunjukkan jalan yang benar seperti termaktub di dalam Al-Quran. Saya percaya benar bahawa Allah swt akan menunjukkan jalan kepada kita. Dan pastinya saudara yang belajar lebih mendalam ini mempunyai kepercayaan yang teguh dalam kefahaman saudara. Saya doakan saudara teguh berada jalan yang dipilih, istiqomah. Dan kalau saudara sudah yakin dengan segala amalan yang orang lain buat itu tidak dilakukan oleh Rasulullah yang mulia, makanya, apa pula hak saudara untuk melarangnya jikalau amalan-amalan itu boleh menambahkan kepercyaan mereka terhadap kewujudan Allah swt? Adakah saudara yakin amalan2 mereka itu ditolak Allah swt? Kalau sudah yakin, ya, silakan, saya yakin sekali mereka melakukan ibadah itu dengan penuh harapan untuk mendapatkan pengampunan dan kasih sayang dari-Nya.

Temphhari saya melihat ramai sekali wanita dari India, Pakistan dan negara-negara yang entah dari mana bersolat dengan tidak menutup kakinya. Apa saya ini dengan sewenang2nya mengatakan solat mereka itu tidak sah kerana tidak menutup aurat mengikut pemahaman saya yang terbatas ini? Owh saya tidak berani saudara, kerana tertolak atau diterimanya amalan ini adalah hak Allah swt, hak kita ini, cuma beramal ibadah setakat yang kita mampu. Dan itu adalah amalan wajib, solat 5 waktu, dan persoalan yang sedang kita bicarakan ini adalah mengenai amalan2 sunat sahaja.

Dan perlu diingatkan saudara, bahawa hadis2 yang saya percaya itu menunjukkan kelebihan2 dan kehebatan Allah swt, yang insyaAllah akan menambahkan iman di dada saya, dan semoga menambahkan iman mukmin yang lain.

Saya bukan pelajar agama, dan jangan risau, amalan saya ini sedikit benar berbanding saudara. Yang penting ikhlas berbuat demikian. Dan semoga Allah swt itu menerima semua amalan kita. Dan semoga Allah swt mengampuni segala kekhilafan kita.

Maaf kalau terguris bicara, semoga saudara menjadi pelajar terhebat disana, kerana Islam itu mengajak ke arah al-falah.