Salam,
Sudah lama sekali saya tidak menulis. Merenung alam dan menumpahkan segala rasa. Cinta dan benci yang selalunya menjadi motivasi untuk menulis. Dan selalunya cinta yang akan menang, kerana menulis dengan penuh kebencian dan kemarahan ini selalunya membawa penyesalan yang tidak bermusim.
Tetapi, ya, saya ngga mampu menulis sekiranya hati saya beku, kering, dan layu. Tiada perasaan yang beraja dihati kecuali kosong selama dua bulan ini. Maksudnya, kosong dari perasaan cinta dan benci yang menjadi pemangkin. Cinta yang sudah saya lemparkan jauh-jauh ke perut Nun. Dan benci yang sudah lama saya sapa dengan senyuman.
Saya mengambil keputusan untuk berdamai dengan takdir saya.
Saya mencintai Merbok. Memandang langit biru semasa saya belajar Econometric di rumah, cinta itu mengewap di dalam hati. Seringkali saya terasa saya dibawa ke alam lain, ya, syurga sebelum syurga sebelumnya. Berjalan ke Tanjung Dawai sentiasa mengingatkan saya musim luruh di Germany. Dengan rendangnya pohon-pohon di kiri kanan, dan sekarang bunga-bunga berkembang mekar, dan hati saya, oh hati saya jua kembang setaman, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian!
Dan menghirup secangkir teh sewaktu rona-rona petang - Tuhan Sang Maha Pengasih - Engkau benar-benar Ar-Rahman nir- Rahiim.
Dan saya benar-benar rindukan Abah. Terutamanya hari ini. Serasa tiba-tiba mahu call. Kemudiannya teringat, eh bukan kah Abah sudah meninggal?
No comments:
Post a Comment