Sunday, 17 November 2013

EUROPE TRAVEL IN SUMMER 2011

Salams Satu Malaysia,
Hahaha, what a joke. Salams, to all my dearest readers. Disini disampai sari berita utama.
DSC08590
Kami menginap di cabin berdekatan dengan pulau Venice. Erkk, maksudnya kami perlu menaiki feri sekiranya mahu ke Venice. Cuaca sangat best, maklum lah dari Germany ke Italy, syukur tidak terkira tidak lagi perlu memakai jaket. Saya sukakan suasana senja, ini kami jalan-jalan sebelum cari makan. Teringat Abah, pasti arwah suka pemandangan sebegini. Mak suruh basuh kain, dengan pengering sekali. Dan kami makan malam berbumbungkan bintang-bintang yang bergemerlapan, terlalu indah untuk dinukilkan. Tetapi, yang paling menjengkelkan, khemah makan berdekatan dengan sebuah kelab malam, kasihan mereka yang berkhemah. Anyway, this is Italy you know. The mafia country. The democratic country.
DSC08626
Florence. Kot. Ingat-ingat lupa teman. Kami cuma diberi masa 2 jam sahaja mahu berjalan-jalan. Dari tempat diturunkan bas hingga ke city mengambil masa 20 min. Apa kejadahnya benda mahu di explore selama sejam 20 minit? Anah saudara mahu makan tengahari, terpaksa lah mencari french fries. Dan kami makan gelato, atau ice-cream. Memang enak, tetapi saya tidak pernah gemar makan ice-cream.
DSC08700
The Vatican City. Kami beratur panjang, barisan membentuk bulatan 360 darjah. Dalam keadaan yang sangat panas ini, tidak saya memahami mengapa terlalu ramai yang beratur mahu melihat gereja ini. Ah, kalau saya tahu ini gereja, sumpah saya tak masuk. Seram bulu roma, kalau Abah ada, for sure he would be reluctant to enter. Silingnya dari emas. Mungkin jua ada perak. Kami cuma memasuki satu bahagian, dan kemudian saya mengajak Mak, Adik dan anak saudara meninggalkan kawasan.
DSC08771
Rome! Saya teringat Galdiator. Antara filem yang paling saya suka. “What we do in life, echoes in eternity”. Semacam dalam Islam pula. Kita semua akan dipertanggungjawapkan diatas segala tindak tanduk kita di dunia. Buat baik dibalas baik. Buat jahat jangan sekali. Rome bagi saya terlampau ramai manusia. Sudahlah terlalu panas, lupa pula bawa topi. Kami tidak masuk kerana masa diberikan terlalu suntuk, serta ongkosnya agak mahal untuk kami berempat. Kalau Abah ada, pastilah kami masuk.
DSC08926
Pisa! Apa menariknya? Ia condong beberapa darjah. Saya jua tinggal di bandar yang menaranya condong ketepi. Di Teluk Intan, sahabat-sahabat sekalian. Tiada bezanya dengan Si Pisa ini. Puaslah rombongan Cik Kiah kami mengambil gambar pelbagai gaya. Dan cabin saya pada kali ini sungguh besar sekali. Bersih dan teratur. Tilamnya lembut dan tebal seperti di dalam hotel. Semacam trailer pula.
DSC09058
Di Lauterbrunnen, Switzerland. Malam tadi tidur di cabin yang diperbuat dari kayu log. Heaternya tidak dibuka, ya ampun, saya menggigil-gigil tidur dalam kesejukan. Kata tuan punya cabin, kalau suhunya mencecah –5 baru dibuka heater. Nasib baik tidak study di negara ini. Kalau tidak, pasti badan saya membesar seperti johan dek kerana tidak mampu membuka heater 24 jam sehari setiap hari. Bandar ini, SubhanAllah, sangat cantik. Terlalu cantik dibandingkan dengan tempat-tempat lain yang kami lawati. Satu kekesalan saya, saya tidak sempat membawa Abah menziarahi pergunungan ini.
DSC09100DSC09104
Kami di dalam kereta kabel ke Murren. Rombongan Cik Kiah kami kali ini sedikit sahaja, dianggotai oleh mereka-mereka yang tidak mampu ke Jungfrau Mountain, hingga anggota lain menggelarkan kami the poor group. Kurang ajar betul. Tetapi terus terang saya katakan, trip ini lah trip terbaik ‘terbest’ di dalam perjalanan kali ini. Seorang ketua dilantik dari kalangan kami, bukan dari kalangan anggota Kelana Convoy, Wan namanya. Memang best gile, funny, sangat bertimbang rasa kepada orang-orang tua di dalam group ini. Itu yang paling penting sekiranya kita berada di dalam group yang ada pakcik makcik. Kaki mereka tidak lah sekuat kita yang mampu berjalan 60km sejam ini.
DSC09265
DSC09277DSC09290
Di Disneyland. Mungkin best bagi sesetengah pelancong, tapi bagi saya, ya ampun, ini bukan tempat saya. Disebabkan saya ngga pernah ke Genting Highland, saya tidak dapat membuat perbandingan. Semestinya hujan yang turun pada hari itu merosakkan beberapa rancangan untuk menaiki beberapa permainan, contohnya saya mahu menaiki gajah terbang. Saya jua melihat beberapa Disney charaters. Pernah menonton Tangle? Pemuda handsome itu, dalam real life nya, memang handsome sungguh saudara-saudari sekalian!
DSC09443DSC09499
Di Paris. Kami makan KFC halal, kerana tidak tahu makan dimana lagi. Ayam nya masyaAllah, besar-besar belaka, sudahlah saya membeli 24 pieces! Yang paling best adalah, kedai cenderahati berdekatan dengan KFC, barangannya murah-murah belaka. Pada mulanya, pemuda yang menjaga kedai itu sungguh sombong sekali, tetapi setelah kami membeli borong dengan banyaknya, barulah beliau tersenyum. Bang, senyum itu pemikat rezki. Saya terkenang kenangan bersama Abah dua tahun lepas. Di tempat inilah kami bergambar. Dan menyusuri Sungai Seine dengan feri. Indah, terlalu indah kenangan itu.
DSC09538
Akhirnya, kami menaiki feri melintasi sungai apa tah dari Port of Calais to Dover. Airnya jernih, sayang tidak nampak ikan lumba-lumba. Saya beli fish and chips, cuma itulah yang halal. Dan perut terlalu lapar kerana pihak penganjur tidak menyiapkan makanan tengahari. Syukur alhamdulillah lautnya tidak bergelora, kalau tidak, pasti perut saya merusuh. Ramai jua dikalangan kami yang muntah hijau, kasihan.

6 comments:

pakurawan said...

wahaha. pernah sampai, pernah sampai!

haha. itu yang terucap bila nampak gambar2.

bezanya gambar2 kakak memang lawa2, kamera mahal nih!

Hikari-san said...

Banyak jugak this convoy covers ye..

Tengok gambar2 awak - reminiscence the old time/memories..

Florence-mesti orang pegi the golden bridge yg ada banyak shops along the bridge.
ya i don't like rome.. crowded! walking, walking walking tengah panas macam nak pengsan (it was spring and i heard during summer will be 40deg- so i can imagine) n i don't like roman history hahaha, still it was part of my trip, coliseum entry Eu20 - mahal, tapi saya masuk la jugak :D Pisa is overrated! takde apa la sgt, tapi apparently ada bnayk kedai souvenir bangla yang pernah keje kat mesia yang gembira boleh cakap melayu dengan tourist malaysia hihi.

Now, i think should visit swiss.. blame ur pictures- look gorgeous!

Amri said...

Kak Nur, banyakkah Jung Frau di Jungfrau Mountain?? Oh, mungkin kami lelaki-lelaki lebih berminat untuk ke sana :P

Nur said...

Hazen

Wah sudah sampai semua kah, alhamdulillah. Eh biasa jer gambar-gambar ni, Hazen, kamera pon tak semahal mana..

Nur said...

Huda,

Yeah, surprisingly, of all countries, I don't really like Italy! Maybe it's too hot and too crowded. We were really tired but we had to follow the group itinerary. Well, at least Mum has been there, that's the most important one.

Go go go go and visit Switzerland. I heard Geneva is really beautiful , and I'm aiming of working there for a year as an UN worker!

What do u think? shall we try it? Hahahhahah

Nur said...

Am,

Jung Frau itu apa, Am? Kes pemalas nak google.

Awoh, pergilah, it's really pretty, I heard :)