Slm,
Saya teringat lagi, selepas terlalu gembira planning untuk berjalan-jalan lagi, saya menerima sms dari adik- adik yang mengatakan abah sakit, kanser stage 3.
Terdiam saya.
Kemudian mencapai telefon, menelefon abah nun jauh di rantau sana.
Belum cakap apa-apa, saya sudah teresak-esak. Ya, saya ini cengeng sekali.
Tidak sempat untuk menuturkan waima sepatah. Dan Abah bertanya, "kenapa kamu ini."
Barulah saya ada kekuatan untuk bertanya, "Abah sakit ke".
"Tak lah, Abah ok je. Kamu jangan risau.. Siapkan kerja kamu.. Etc etc etc.. "
Abah tidak pernah mengadu sakit. Dalam berjuraian air mata, saya disabarkan olehnya. Bukan saya yang menyabarkan Abah untuk lebih kuat dan tabah.
Seusai menelefon Abah, saya sms Ajit, bertanyakan patut kah saya pulang sedangkan kesemua papers saya tidak complete lagi.
Ajit membalas- aku tak tahu lah kak, tapi Abah dah tua. Maybe ada masa dalam 2 months lagi.
2 bulan?
2 bulan sahaja lagi?
Saya terus membeli tiket pulang saat itu juga dengan pinjaman boleh ubah dari Ajit. Ya, kami dengan mudah boleh membeli tiket ke mana-mana dalam masa 5 minit kerana kami mempunyai debit card, dan urusan jual beli cuma melalui internet. Ngga perlu tiket juga kerana kami ada e- ticket.
Telefon hari Rabu, beli tiket hari Rabu, Jumaat terbang dan hari Sabtu nya saya sampai.
Melihat wajah Abah yang terlalu tua serta sakit itu membuatkan saya hampir hilang arah.
Dah bagaimana rasanya perasaan anak-anak yatim di Gaza, di Syria, di selatan Thai dan di Myanmar?
Seperti saya inikah?
Alfatihah to my dad, and all of the ancestors. I'll meet you again insyaAllah, soon. InsyaAllah khair.
No comments:
Post a Comment