Saturday 25 August 2012

KUATKANLAH AZAM ANDA!

Salams,

Bismillah hir-Rahman nir-rahim,

Allahumma SOlli 'Ala Saidina Muhamad, wa'aala 'Aali Saidina Muhamad.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan kerana Allah swt.

Saya sangat cemburu dengan Prof. Kamil yang kini bermastautin di Madinah. Allah Allah Allah. Semasa saya di sana selama 8 hari, Allah swt hanya mengizinkan saya menjejak kan kaki ke Masjid Nabawi hanya untuk 3 waktu solat, dan ke Raudhah hanya sekali iaitu pada malam Jumaat. Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, dan saya diserang demam selama 5 hari semenjak saya menjejakkan kaki ke Madinah. Hanya 3-4 kali sahaja saya mampu menziarahi Baginda Rasulullah saw. Itu pun banyak nya cuma dari jauh. 

Mahu sahaja bersangka buruk dengan takdir ini, tetapi saya sudah berjanji supaya saya mesti menjadi salah seorang umat Rasulullah saw yang terbaik. 

Cita-cita saya adalah mahu dikuburkan di Baqi'. Salah satunya. Ini kerana saya mahu bangkit bersama Baginda, mahu sekali di beri minuman dari telaga Kauthar', dicedok oleh tangan Baginda yang mulia. Kerana itu setiap kali rakaat, kalau tidak surah Al-Ikhlas, surah Al-Kauthar' yang saya lantunkan. 

Kadang-kadang saya terasa dejavu', tiba-tiba saya sudah berada di Masjid Nabawi, di depan saya adalah kubah hijau yang mulia itu, di waktu petang, rona-rona merah dan jingga mewarnai alam. 

Ya Rasulullah saw!

Saya mahu ke sana lagi. Tetapi nama saya sudah di 'black' listkan oleh Tabung Haji. Saya ngga mahu mengambil hak orang lain, yang pastinya mereka mahu menyempurnakan rukun Islam mereka. Ya, ini sudah pasti memerlukan saya solat hajat dengan lebih kuat lagi. Prof Kamil solat hajat selama setahun untuk menunaikan haji. Sedangkan saya? Dasar tidak tahu di untung. 

Bantulah saya, doakanlah saya supaya istiqomah!

Kepada rakan-rakan yang membaca post saya ini, yang sudi mengambil iktibar, kuatkan lah azam anda mahu ke sana, biarkan setiap sen dan ringgit yang anda 'earn' itu, diniatkan ditabungi untuk urusan haji. Anak kecil, keluarga, ladang-ladang, reban ayam itik kambing lembu kerbau, urusan perniagaan atau pekerjaan, jangan lah ia melalaikan anda! Pergilah di waktu muda ini! Kuatkan niat anda! Ini kerana, kita tidak tahu usia kita. Rakan adik saya, meninggal di umur 24. Pelajar saya, meninggal pada umur 18. Nah, sekurang-kurangnya, jika anda sudah berniat mahu menunaikan haji, mungkin kan anda akan terlepas kalau anda tidak sempat mengerjakannya?






5 comments:

Inspector Saahab said...

first timer
nice
keep it up

Anonymous said...

betul tu, kumpul duit dan pergi masa usia muda..kerja haji memerlukan tenaga dan sangat seronok mengerjakannya jika dalam keadaan sihat dan tenaga masih kuat..

Anonymous said...

Salam'alaik.
Salam dari Temerloh, Pahang :). Saya ana.saya terkesan dengan apa yang dikongsikan oleh saudari ni.Memang ada niat nk ke sana untuk tunaikan haji.boleh saya tau camana prosedur untuk ke sana?saudari guna pakej apa ye? camana nk apply?

Andaikata saya nk pergi tahun depan, masih sempat lagi tak kalau nak apply pakej haji? Berapa pakej yg paling murah ye? (mampu pergi guna pakej paling murah je kot hehe)..memang teringin sangat nak jadi tetamuNYA lagi. Tahun 2010 dulu pernah pergi ke sana mengerjakan umrah.

Jazakillah ya ukhti.Semoga Allah merahmati awk.

Salam Perkenalan.

zorana_@yahoo.com

Enno said...

assalamu 'alaikum, Nur,
saya doakan semoga terkabul keinginan kamu untuk pergi berhaji. aamiin.

tahun depan saya ada rencana untuk pergi umroh dahulu.
mudah-mudahan tak ada halangan.

by the way, apa kabar?
biarpun terlambat, maafkan saya lahir batin ya.

salam :)

Ermayum said...

salam Nur- hope not to late to wish u salam Aidil Fitri

Saya belum pergi Haji Nur - but rezeki yang melimpah ruah waktu ini memang diniatkan setiap waktu utk ke sana. Moga Allah jemput cepat and moga dijemput untuk buat umrah setiap tahun juga - jelos dgn orang yang bawak orang ke sana , 4 , 5 kali pergi dalam setahun-


adoi Nur can u take the word verifiation away - sudah masukkkan more than 5 times tidak betul - makin susah nak baca tulisan nya huhu