Saturday, 25 August 2012
KUATKANLAH AZAM ANDA!
Friday, 24 August 2012
PAHALA SEMEGAH GUNUNG
"Walhasil, faedah Salawat tak terbilang, duniawi maupun ukhrawi. Tak terhitung, betapa sering ALLAH Membukakan pintu hajat, Melonggarkan keruwetan, dan Melipatkan Anugerah dengan Salawat. Salawat adalah amalan istimewa dan penuh berkah. Ia adalah penjamin rasa aman dari Murka ALLAH dan nerakaNYA. Ia adalah pelantar kesucian amal dan ketinggian derajat. Ia adalah perniagaan yang takkan pernah merugi."
Alangkah istimewanya Salawat. Hanya dengan sebaris kalimat itu, kita bisa meraup pahala-pahala semegah gunung. Tanpa terlalu berpayah-payah, kita bisa melampaui amalan-amalan umat terdahulu. Semua berkat Salawat kepada Sang Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.
Akan tetapi, perlu dicatat, ada adab yang mesti diperhatikan dalam Salawat. "Salawat adalah Zikir. Karena itu disyaratkan khusuk dan hudlur, serta takzim kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم saat bersalawat. Dianjurkan pula menghadirkan Zat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم kala berdoa dalam Salawat, dengan harapan agar curahan Anugerah kepada beliau senantiasa lestari. Dengan adab inilah, segala faedah Salawat niscaya tergapai. Bahkan bisa lebih dari itu. Salawat tak hanya berarti zikir, Salawat juga bermakna doa, bahkan ia adalah esensi doa itu sendiri."
Thursday, 23 August 2012
LAST TRAVEL
Wednesday, 22 August 2012
TRIPS ALL OVER IRELAND
CANDID - IRELAND
Tuesday, 21 August 2012
PALING AJAIB
Salams,
Sahabat-sahabat yang ku muliakan, yang sudi membaca dan mengambil ikhtibar, yang mahu berjuang menentang nafsu yang melelahkan, yang meletakkan segala harapan setelah segalanya usai – hanya pada-Nya. Memang hidup ini, indah sekali.
Syawal ke –4, barangkali kali ini adalah sambutan AidilFitri yang terpendek sekali, semestinya kerana kami dibebani dengan kerja dan urusan keluarga masing-masing, tapi sungguh, saya mengerti sekali mengapa keluarga yang kehilangan tonggak akan terus hanyut dibawa arus deras – ayah dan ibu, bak kata arwah Sudirman, ayah dan ibu, itulah permulaan kami.
Tetapi alhamdulillah, kami berjaya jua membuat bara’an pada malam raya, kami berjaya jua ke rumah Embah dan bibik-bibik di Sabak Bernam. Walau hanya berjaya memahami 4-5 patah perkataan jawa, senyuman hangat itu lebih berharga di dalam perhubungan. Seperti di Mekkah dan Madinah, kekangan bahasa tidak melumpuhkan cinta di dalam hati, insyaAllah.
Seorang rakan menulis – musuhnya habis dimaafi. Pasti sahaja yang terlintas dihati saya adalah dia- manusia terhebat yang pernah dicipta. Manusia yang paling agung, atau setepatnya, makhluk paling sempurna, paling indah, paling baik, paling dalam segala-galanya. Ah, rindunya padanya. Tetapi, pabila ditanya, benarkah penyataan itu menuju kepada Rasulullah saw? Oh tidak, ujarnya, ia adalah … Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Mahu keluar air mata saya tertawa, entah kepada diri saya atau dia. Kata asalnya adalah musuhnya habis binasa, tetapi dek kerana raya, habis dimaafi. Sungguh mulia hatinya. Semoga kita jua begitu, sudi merendahkan ego untuk memaafkan segala dendam yang terbuku.
Seorang rakan sedang merayakan kemenangan fitrah di tanah paling mulia itu, bertawaf sambil bertakbir. Sungguh, saya sentiasa cemburukan dia, yang mempunyai hati selembut wajahnya. Melihat merpati bersiut-siut, turut sama meraikan. Allahim, saya mahu meninggal di sana.
Saya keluar melihat bintang-bintang bersinar. Membayangkan pasti sahaja Abah sudah tahu apa bintang-bintang itu. Magis, saya mimpikan Abah dan Embah pada malam Ramadhan yang ke-20, dengan wajah yang sangat girang mahu ke surau menunaikan Solat Subuh. Lebih magis lagi, Shila rakan serumah saya jua mimpikan Bondanya, pada malam yang sama. Adakah roh-roh mereka-mereka yang sangat kami cintai ini dibenarkan melawat kami pada malam tersebut? Anehnya, saya ngga pernah melihat Embah. Beliau pulang ke rahmatullah selepas saya berumur lebih kurang 7 hari. Tapi saya tahu sahaja beliau itu Embah di dalam mimpi.
Tuhanku, Engkau Sang Maha Pengasih, yang selalu memberikan aku kejutan-kejutan manis.
Paling ajaib, rakan-rakan saya mimpikan saya, pada malam yang sama ( mungkin sahaja malam ke 21), dan kami menaiki kenderaan entah mahu ke mana. Seorang di Terengganu, seorang lagi di Pahang. Aneh, gimana mereka boleh mimpikan saya , pada malam yang sama?
Monday, 20 August 2012
SYAWAL KE-3 2012
Assalamualaikum,
Sahabat-sahabat yang dimuliakan, semoga kita dimuliakan oleh Allah swt.
Berikut adalah karya indahHubabah Halimah al-`Aydrus., yang di petik dari - http://ukhti27.blogspot.com/2010/04/karya-nan-indah.html
Katakanlah adakah seseorang yang lebih hebat darinya?
Yang ALLAH Tuhannya membagi padanya rahmat untuk dia
Bagikan pada semesta?
Yang jutaan Malaikat kepadanya tak berhenti bersholawat,
Matahari karena doanya tenggelam terlambat,
Bulan terbelah dan pepohon sujud padanya?
Katakanlah adakah yang lebih indah darinya?
Alif hidungnya, nun alisnya, dan mim bibirnya
Jika Yusuf mendapat separuh ketampanan
Maka dia telah diberi ketampanan sempurna
Adakah yang lebih indah darinya?
Di tangannya ada berkah, dihatinya ada cinta
Di matanya ada telaga
Di dalamnya kita bisa berenang dalam sejuk kasihnya
Katakanlah siapa yang lebih baik darinya?
Kasihnya dirasa hingga bahkan oleh si kafir yang durhaka
Dermawannya tak pernah takut kefakiran mendera
Tawadhu, sabar, syukur, ikhlas, dan selalu berlapang dada
Senyuman dari bibirnya tak pernah sirna
Katakanlah adakah selainnya yang sempurna?
Dia mengingat ALLAH di setiap waktunya
Memberi syafaat hingga selamat umatnya dari siksa neraka
Berkorban bahkan dengan darah dan air mata
Wahai...
Yang kami inginkan darimu
Adalah bisa bersama denganmu
Ya RasuluLlah...
When I wake up this morning, the realization hits me, that Ramadhan 2012 has truly gone, just like my father.