Friday, 13 April 2012

JATUH KASIH

Salams,


Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli 'Alaa, Saidina Muhamad, wa'aali Saidina Muhamad.


1
Selama ini, saya cuma membaca sahaja bahawa ahli zikir itu akan bercahaya-cahaya wajahnya. Redup hati melihatnya. Jatuh kasih hanya dengan sekali memandangnya. Saya tidak pernah merasakan semua ini, barangkali saya tidak pernah berkawan dengan mereka-mereka ini. Ya, saya akui, saya memang selalu berada di dalam golongan elit, golongan elit dalam kacamata dan neraca pandangan manusia.

Tetapinya, saya ngga pernah berada di dalam golongan elit di dalam pandangan Allah. Ahli zikir. Ahli Al-Quran. Ahli selawat. Hatinya berdendang sayang pada Sang Maha Pengasih itu dan kekasih-Nya - Nur Muhamad. Hatinya sudah berada di syurga, sebelum syurga yang sebenarnya.

Hari ahad lepas saya diberikan peluang, dengan rahmat-Nya, melihat golongan elit kedua ini. Saya menghadiri Manhaj Nabawi sempena pelancaran Universiti as-Sofa di KL. SubhanAllah. MasyaAllah. Allahu Akbar. Indah sungguh wajah mereka. Terutamanya perempuan-perempuan ini (takkan lah saya nak memandang lelaki-lelaki pula). Cantik-cantik sungguh. Tidak berkelip mata saya. Ya, I'm the slave of beauty. Hingga saya berfikir, dimana mereka-mereka ini, saya ngga pernah bertemu dengan perempuan seindah ini? Hingga hari ini, tidak pernah saya ketemu dengan wajah indah bercahaya di institusi yang saya belajar mahupun mengajar.

SubhanAllah.

Yes, I'm jealous. Kalau boleh saya coretkan, saya cemburu dengan kecantikan mereka.



2
Dengan izin-Nya, saya jua diberikan peluang menghadiri majlis anjuran golongan yang cukup elit di dalam pandangan manusia, dan insyaAllah , Allah swt jua. Majlis ini adalah anjuran Majlis Professor Negara, dimana keahliannya adalah semua professor yang berada di dalam negara kita. Golongan cukup elit ini membincangkan cara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ekonomi di wilayah pantai timur.

Saya mencari-cari wajah-wajah yang akan membuatkan saya jatuh kasih lagi. Ngga ada. Mungkin sekali saya akan jatuh kasih dengan intellektual mereka, ya, pasti sahaja. Tapi, golongan yang sangat elit ini, ngga sekali pun menyebut tentang agama, tentang keadilan Tuhan, tentang rahmat Tuhan.

Bagaimana mahu membangun kalau tidak beserta redha Tuhan?



3
Semalam saya menyaksikan banyak kesedihan yang dialami oleh rakan-rakan yang sangat dekat dengan hati saya.

Cukup sahaja saya katakan, bahawa, ini semua ujiannya. Seorang rakan pernah berkata - semua manusia akan mengalami cabaran, rintangan dan ujian, tidak pernah sedetik pun manusia itu tidak akan diuji. Kunci untuk menghadapinya adalah dengan sabar.

Teruskanlah membuat kebaikan, tetaplah berbuat baik, dalam apa jua bentuk. Kerana orang-orang yang berbuat baik ini, akan diganjari Sang Maha Baik itu, di dunia dan di akhirat.

"Barangsiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya" - Al-An'am: 160.



4
Dalam perjalanan pulang ke rumah dari KL, kami ditemani dengan limpahan cahaya bulan penuh.

Ya Rasulullah, Muhamad saw, yang wajahnya lebih indah dari bulan.

Saya berangan-angan bahawa Nabi kita itu, sudi menemani kami yang dhoif ini.









4 comments:

Hikari-san said...

Wsalam

Fakhzan, awak juga telah menjadi ahli zikir - kerana wajah anda yang semakin berseri-seri walaupun dilanda ujian- wink

pakurawan said...

nampaknya saya belum betul-betul melihat wajah mereka yang bercahaya.

atau sebenarnya ada di sekeliling saya, cuma mata sendiri yang tak mampu melihat?

Nur said...

Huda,

Amboi2...hahahhaa, tetapi tidak lagi mencapai tahap anda, kerana wajah anda lebihhhhhhhhhhhhhhhh jauh cantik dan berseri2 dari saya!

*mencuba untuk melawan tahap zikir awak* *wink*

Nur said...

-hazen,

Ah, saya rasa sangat pasti anda sudah menemui mereka2 ini...cuma tak pasti sahaja...:)