Saturday, 10 March 2012

400+ KILOMETER

Salams,


Allah, adik saya kata, mengapa menulis 'salam' sahaja? Serasa tidak lengkap. Dasar pemalas. Makanya, Assalamualaikum - saya mendoakan kalian tetap berada di jalanNya.



1
Saya mencabar diri untuk setiap hari menulis disini, berpaksikan niat kerana Allah swt.. Kalau dahulu, mungkin saya bertemankan laptop hampir 15 jam sehari, makanya, blog terasa sangat dekat dihati. Kalau sekarang, saya tidak punya energi di petang hari. Tidak punya idea untuk dicoretkan disini. Tapi sebenarnya, saya kira, keberkahan waktu saya sudah berkurang. Allah. Dosa yang bertimbun pasti adalah puncanya. Doakan saya diberi izin Allah swt untuk memberi peringatan disini sebagai investment saya diakhirat kelak.



2
Semalam saya memandu dari negeri Pahang ke negeri Perak. Sejauh 400+ kilometers. Sepanjang perjalanan, terus terang saya katakan, saya mengeluh dan menyumpah seranah kerana terpaksa memandu terlalu jauh untuk sampai ke kampung halaman. Tetapi pabila saya melihat muka saya dicermin - masyaAllah - huduhnya saya ketika saya marah. Dan pabila saya sudah masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan, hati berdendang girang. Saya akan menemui Abah, Nenek dan seluruh kaum keluarga. SubhanAllah. Inilah perasaan menuju ke kampung, semoga inilah perasaan saya mahu menuju ke kampung kita sebenar, iaitu Akhirat.



3
Saya tersenyum memandang langit yang kadang-kadang biru ceria, kadang-kadang mendung kelabu. Jumaat, bisik hati saya, adalah hari paling mulia untuk jatuh cinta.




4
Dalam surah Al-Mutaffifin, Dalam ayat permulaan, Allah menegaskan bahawa segala amalan orang-orang kaffir akan di catatkan di dalam kitab Sijjin. Kemudiannya, amalan orang-orang yang berbakti akan dicatat pada kitab 'Illiyyin!

Wah, insyaAllah kita akan diberi kitab 'Illiyyin.

Apa itu kebaikan? Segala perkara-perkara baik, yang berpaksikan mencari keredhaan Allah swt. Seperti tersenyum dengan penuh ikhlas. Menutup aurat dengan sempurna. Belajar mencari ilmu untuk kebaikan ummat.

Anda, saya kira, lebih tahu lagi.



No comments: