Thursday, 4 August 2011

ANAK YANG SANGAT CENGENG

Salams,


Hujan di sini. Di Durham. Menulis perkataan Durham mengimbau sejuta kenangan. Terutamanya bersama Ayahanda tercinta. Mahu menulis - basah, sebasah hati saya. Tapi...

Semasa berkelana, selalu sahaja teringat mahu meng'sms' Abah memberitahu segala yang terjadi pada hari itu. Kalau bertemu masalah, mahu sahaja mencapai telepon bertanya padanya. Ya, saya cengeng, cengeng sekali. Masih keanak-anakkan.

Saya tahu ada berjuta-juta manusia yang kehilangan , setiap hari. Menderita beratnya kehilangan, setiap hari. Menanti cinta, setiap hari.

Tetapi, adakah sama derita kami?

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Benar sekali pepatah ini.

Tuhan, aku hanya anak yang sangat cengeng.





4 comments:

Enno said...

sama...
ramadhan ini saya sedih karena tak ada ibu...

tapi bagaimanapun kita harus ikhlas, iya kan nur?

keep strong, dear :)

Ermayum said...

derita nya sama dear - sapa yg tahu, tahu la - my heart cried everytime i doakan mereka

will visit them again tomorrow- hope they see me coming

Nur said...

Enno,

Thanks for keep giving me the motivational support, I need that. Sedih bukan kepalang, bukan, kerana orang yang sangat kita cintai itu sudah tiada disisi kita.

Ya, mahu belajar tunduk dan pasrah, dan gembira di atas segala yang ditakdirkan...ikhlas itu sangat payah untuk diamalkan...doakan saya...

Nur said...

Sis Erm,

Benar, cuma siapa yang pernah mengalaminya sahaja mampu mengetahui betapa beratnya derita ini. Tapi, saya ngga mahu jadi terlalu cengeng lagi...doakan..

I pray for your parents, Erm. Always.