Saturday, 6 August 2011

ISN'T THAT AMAZING?

Salams,

Ramadhan Kareem,

Sahabat-sahabat yang dimuliakan, semoga anda dimuliakan oleh Allah swt kerana memuliakan Ramadhan.

Jumaat ini, sangat indah. Jumaat pertama di dalam bulan Ramadhan. Semasa berjalan ke sekolah, saya merasakan hati saya terbang ke langit biru. " You are so pretty," kata saya kepada langit yang membiru. Semasa melewati St. Mary College, pohon-pohon hijau yang sebelum ini masih lagi tidak berdaun pada musim semi lepas, kini terlalu lebat, dan ada pokok-pokok yang mengeluarkan buah-buahan yang tidak saya ketahui selama ini, walaupun jalan itu saya gunakan untuk berulang alik dari rumah ke sekolah!

Ah, musim panas yang sangat indah.

Semasa di masjid menunaikan solat jumaat, hati mengewap menuju langit ke tujuh. Nikmat apa yang lebih besar daripada berupaya sujud dengan sempurna? Kaki saya pernah terkehel, tergeliat sehingga menyebabkan saya begitu sukar sekali menunaikan solat dengan sempurna. Seaktu bulan-bulan terakhir arwah Abah, Abah ngga boleh lagi sujud, beliau hanya mampu solat secara duduk. Tidak terhitung solat berjemaah yang Abah ngga mahu jadi imam lagi - katanya imam harus sempurna gerak geri solatnya.

Abah - I miss thee.

Semasa melalui deretan kedai makanan, aroma makanannya sungguh menusuk jiwa. Alhamdulillah, nikmat apa yang lebih membahagiakan selain daripada dapat menghidu dengan sempurna? Bau kopi yang memekat, bau french fries yang menggoda, bau daging bakar yang sungguh enak. Bau bunga yang harum.

Dan melihat pelbagai warna hijau daun. Engga percaya? Cuba lihat pohon-pohon disekeliling, dan kira ada berapa warna hijau yang diciptakan oleh Tuhan Sang Maha Pengasih itu? MasyaAllah. Dan syukur sekali kita tidak dilahirkan dan diuji dengan buta warna. Sahabat saya pernah bertanya - how does he view me? He is colour blind.

Allahim! Terduduk saya mendengar tentang lelaki yang dicintainya itu. Tapi saya katakan padanya - he must see your heart, instead of you.

Isn't that amazing?



6 comments:

pakurawan said...

Amazing it is.
Amazing it is.

Sampai hari ini saya memandang ke atas, sering terlintas,dek birunya,
'ya, Jordan punya langit yang istimewa.'

-haniff-

Aishah Nur Hakim said...

:)


semoga rindu menjadi tali
buat sampai ke sana,
dengan cinta



Allahu Akram






hujan sekarang di tanah melayu kak :)

din said...

Argh, tak sangka kau pula sudah di durham. aku pulang ke msia sekejap. Nak call ko, tak da no. msia. aku balik uk 15august insyaAllah.

Nur said...

Haniff,

Ingat Hazen tadi, share account kah?

Benar, Jordan punya langit, subhanAllah..sangat cantik. Masih teringat-ingat lagi. Di tambah pula dengan padang pasirnya.

Nur said...

Gadis buah delima.

Syukran. Hujan jua di bumi Durham, buka-buka langsir, masih basah bumi ini. Rahmat bukan? Kerana pohon-pohon ngga mampu mengeluarkan buah sekiranya kekurangan air.

Semoga kita jua dipertemukan atas tali cinta-Nya, tidak disini, di sana kelak, insyaallah.

Semasa di London, ternampak buah delima yang sangat besar, dari Iran rupanya, dan rasanya, masyaAllah, masyaAllah! Tidak pernah rasa delima sesedap itu.

Nur said...

Din,

Allahim! Maaf tak sempat balas msg fbook kau, memang lah busy memanjang..insyaAllah kalau ada rezki aku dtg leicester.