Assalamualaikum,
Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim.
Salam Pencinta Kebaikan, semoga kebaikan dari Tuhan itu sentiasa datang menghampirimu, memelukmu, melindungimu dari segala kejahatan. Salam Pencinta Kebenaran, moga segala kebenaran itu tetap bertapa didadamu. Salam Pencinta Keajaiban, moga segala keajaiban itu selalu berlaku di dalam hidupmu, setiap masa dan ketika, lebih-lebih lagi di dalam raja segala bulan ini.
Saya persembahkan kepada kalian catatan dari Arwah Abah untuk hari kelima.
DAY 5 2/5/09 Sabtu
Hari ini pelan untuk ke Newcastle. Bandar terbesar di bahagian utara england.
9.00 pagi
Pagi minum pagi di rumah Tengku Adlina. Makan roti dan bihun berkuah.
10 pagi
Akak pinjam kereta kawan (isterinya orang perak, rumah awam pekan baru TI). Suami isteri ambil PhD. Akak pandu kereta jenis Honda -auto. Suami nama Nasaruddin.
Melalui highway Durham ke Newcastle. Parking kereta di Metro Centre (Green Mall). Banyk kedai beli belah. Naik bus ke Newcastle.
Sampai di pusat bandar. Ramai orang muda-mudi di medan Square (atau padang). Ambil hambar termasuk Stadium Newcastle. Kemudian naik bas ke ke Jambatan tergantung si sungai (?). banyak ambil gambar di sekeliling sungai ini. Sebelum ke jambatan, minum coffee di Starbuck Stall dan makan roti yang dibekalkan oleh Tengku Adlina (roti telur rebus).
4.30 petang
Naik bas dari town centre ke Metrocentre (Green Mall) - bus di sini boleh diturunkan bahagian depan kiri ronda supaya sama tinggi dengan tebing kaki lima untuk orang mudah masuk bas (tak ada tangga bas). Bahagian belakang dalam bas tempat duduknya lebih tinggi dan tempat picit untuk turun di tiang bahagian tengah dalam bas.
Sampai di Green Mall tengok-tengok kedai-kedai jualan - beli bag for 'hand luggage'.
6 petang
Sampai rumah (Bowburn)
7.30 malam
En. Nasaruddin dan Puan Zarina Baharuddin Zamani ajak makan malam di rumahnya - makan nasi, ayam kari dan ikan goreng, pecal.
Malam tido.
Komentar
We spend a short time in Newcastle, as there isn't much to see. He's into museums, arts and history but I have no idea where the museum is in Newcastle, being a much more ardent shopper than a tourist.
Thank you so much for your kindness, Kak Lin and Kak Zarina.
I miss you Father, we were in Sabak Bernam yesterday and having a late lunch in your favourite shop. I wish you were here. To listen to your stories about your childhood spent in Sabak Bernam. Al- Fatihah to Haji Marwan Bin Saliman.
6 comments:
Salam.
Akak, nak cerita sikit boleh?
Abah saya sedari kami kecil, suka menceritakan kesetiaan, kasih sayang, dan khidmat antara guru dan murid 'zaman dahulu'.
Antara cerita yang paling kerap diulangnya, dia dan 10 orang rakannya berbasikal berkampung rewang di majlis kenduri kahwin cikgunya. Kerana hormat dan sayang.
Hari ini baru saya tahu, cikgu itu ialah ayah akak, Haji Marwan, guru kelas abah ketika tingkatan empat, mengajar matapelajaran Sejarah.
Abah tidak dapat datang 'ngelayat' tempoh hari kerana berada di Terengganu. Abah memanjangkan takziah buat keluarga atas pemergian arwah.
Ah.
Buat saya terfikir, jasa seorang guru kan sentiasa hidup dalam anak muridnya kan?
Salams,
Ya Allah.
*sniffle, sniffle*.
Your father must know a lot about my father.
Menangis saya pabila membaca komentar Haniff. Sampaikan salam hormat pada Ayah Haniff, dan ucapkan terima kasih padanya.
Ayah Haniff tahu pada hari kematian, atau selepasnya?
Katanya pada hari meninggal.
Semalam sebenarnya ada kenduri di Bagan Datoh, rakan abah menyebut tentang ini. Orang kampung, kita tahulah, everyone knows everyone.
Saya tergamam. Saya tanyakan pada abah, kenalkah Haji Marwan.
Abah jawab, 'mana tak kenal, guru kelas Abah.'
Dan yang baik-baik diceritakan. Sepanjang jalan pulang, saya berkira-kira menuliskan di sini. Worried that I overstate or understate it.
Sejarah
ibu bapa
rasanya banyak yang kita belum tahu.
Tepian Muara,
Syukran. Hampir menangis lagi membacanya, tak sangka, sungguh tak sangka, what a small world.
Mau tanya, Arwah Abah saya mengajar Abah awak di sekolah mana? Di Sabak Bernam kah? Atau di Selekoh.
Thanks for telling me about it, nah, you didn't overstate it.
Memang banyak sejarah mereka yang tidak kita ketahui. Jangan jadi macam saya, sangat menyesal tidak merakamkan apa sejarah mereka.
di Selekoh kak.
Abah akak baru lepas keluar maktab, mengajar di situ katanya.
Thanks Haniff,
Arwah Abah baru keluar dari UKM, itu posting pertama beliau.
Post a Comment