Monday 25 April 2011

MAKAN

Salams,


Saya biasanya makan enam kali sehari, ya, sila bulatkan biji mata anda. Saya budak asrama, yang makannya enam kali sehari. Tidak kiralah kalau cuma makan sebiji (ke sekeping) karipap atau kuih onde-onde, ia tetap dikira sekali makan.

Kalau disini, ya ampun, sangat malas mahu memakai pakaian yang lengkap dan berjalan ke dapur. Ya, perlu tudung dan pakaian yang menutup aurat. Penat. Dan kalau tiba-tiba rakan-rakan satu flat masuk ke dapur, walah, saya malu bukan kepalang. Tiba-tiba English saya seakan seperti budak darjah satu. "You", erk, "me", erk, cabut lari masuk ke dalam bilik.

Dan natijahnya, saya akan makan sekali sehari, atau dua kali sehari, dan kudap-kudapan sudah tidak berminat lagi.

Saya tidak biasa makan pedas. Cili sos cap Aminah Hassan (tak ingat), atau cap Life pun dah dikira pedas bagi saya. Kalau cili potong, setakat hirisan halus pun tak mampu den nak makan eih. Rakan-rakan terbaik saya sangat suka masak pedas-pedas, mentang-mentang ada darah nogori. Walaupun saya pun ada darah nogori, saya lebih sukakan masakan/makanan yang manis-manis. Pelik. Dan kemudiannya mereka akan mentertawakan saya yang menggelupur mencari air. Haish, sabor je la.

Kalau disini, saya terikut-ikut pola pemakanan rakan-rakan yang suka pedas-pedas. Natijahnya, ya, kasihan perut saya menjadi mangsa. Kepedihan ulu hati dan sebagainya, medical term yang saya malas nak google dan tak tau pun.

Kesimpulannya, kenalilah diri anda, dengan mengenali diri anda, anda akan lebih bahagia dan ceria.

Sekian, terima kasih.



6 comments:

Enno said...

wah makan enam kali sehari? kalo saya begitu bisa naik berat badan 3 kilo dalam sebulan :P

Nur said...

Enno,

Ngga, saya cuma makan beberapa suap, tapi mesti banyak kali makan...hahahaha...wah, mbak Enno mesti makan sekali sehari, atau dua kali? Keliatannya begitu kurus sekali.

Masih rindukan Abe kah? :)

ASaL said...

saya sejak kecil tidak makan pedas. tetapi saya sudah berubah sehingga yang pedas pada orang lain masih lagi tidak menjadi hal buat saya (setakat statement ini ditulis la...).
Sekarang, emak saya sendiri tidak tahu yang saya sudah pedas tolerance, kecuali sambal tumis. bukan tidak tahan pedas, cuma tidak pandai makan.
rupanya, pedas ini nikmat.
sewaktu di Sabah, makanannya begitu lembut sahaja, sehingga telinga jadi nipis dan tak sabar pulang ke semenanjung.
conclusion: kenali diri anda, supaya jadi hot and spicy :)

Abdul Munir Sanusi said...

Saya dulu pun jenis tak makan pedas. Tapi, apa nak buat satu housemate ada orang Johor, ada orang Selangor dan ada juga orang Kelantan.


Makan menu yang sama nasi lemak tapi rasa lain-lain setiap kali masak. Ada sambal manis ya ampun, kadang pedas gila dan kadang boleh terima akal.


Unity in Diversity orang kata.

Nur said...

ASaL,

Wahaaaaa..your spicy-tolerance is far much better than me. Tidak pandai makan sambal tumiskah? Tapi nya hari2 dahulu bukan kan kita selalu menikmati nasi lemak bersama-sama bilis? Atau sahaja saya tidak perasan. Afwan.

Anda baru sedar bahawa anda ini sentiasa hot dan spicy? :P . Syukur.

Nur said...

Abdul Munir Sanusi,

Somehow I have an inkling that the school is named after you, isn't it?

Wah, sama dengan ASaL rupanya, boleh mengadaptasikan diri supaya menerima pedas dalam diri. Saya sampai sekarang ngga mampu lagi.

Dan sambal kamu, pedas yang boleh diterima akal, saya kira.