Salams,
Bismillah hir-rahman nir-rahim,
Semoga menginspirasikan, dan terinspirasi.
1
Indonesia vs. Malaysia di dalam final Piala Suzuki. Masih ngga tahu mahu memihak di mana. MASIH NGGA TAHU, NUR? Harus sahaja di buang ke laut saya ini. Ya, my treacherous heart. Patriotism never grows on me. Dalam kekaguman saya terhadap USA, sama kagum dengan Indonesia.
2
Saya membaca beberapa artikel dari eramuslim yang sangat menyentuh hati. Mahu saya menyeru kepada rakan-rakan blog saya yang sudah tidak aktif lagi menulis - tulis lah! Tulislah dengan sepenuh hati, kerana anda tidak akan pernah tahu bagaiman kesan nya kepada para pembaca. Percayalah, kun fayakun, insyaAllah cerita-cerita anda, waima pada anda mungkin tidak ada nilainya, tetapi besar kesannya pada pembaca. Ya, memberi peringatan, menginspirasi dan terinspirasi!
Tambah-tambah lagi pada mereka yang tinggal di tanah asing, ah, pengalaman anda, sangat menyenangkan hati ini. Manis sekali.
3
Saat ini gas pembunuh nyamuk adeess sedang disemburkan di merata tempat di kampung saya. Kelmarin rumah kami mendapat amaran, ya, ditemui jentik-jentik di dalam besen menadah air hujan. Aduh, katanya kalau buat lagi, RM500 melayang. Dengarnya anak Cikgu Ramli masuk hospital diatas serangan demam denggi. Saya teringat kisah sahabat saya, yang cuma punya dua beradik. Adiknya diserang demam denggi berdarah, dan tidak sampai seminggu demam sudah pulang menemui Allah swt. Bonda berkata, kasihannya, anak cuma dua, dan kini tinggal satu. Satu jalur dalam jalur keturunan. Ah, tragis sekali. Tapi ini lebih tragis, sahabat saya yang lain meninggal dunia bersama tiga orang adik nya di dalam satu kejadian maut di Grik. Lantas tinggal hanya seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.Innalillah wainna ilaihirojiun. Al-Fatihah.
4
Maghrib sudah. Yuk, mari jumpa Tuhan? Mari bersama ku mengadap Sang Pengasih itu, yang sangat kasih sama kita.
Must dash!
Love, always.
No comments:
Post a Comment