Friday 24 December 2010

1,2,3,4, (ii)


Salams,

Bismillahir-rahman nir-rahim.

Pembaca yang dimuliakan, ada yang kucintai sesungguh hati, ada yang ku rindu bagai separuh mati, ada yang ku ingat separuh sedar, ada yang tidak mahu ku ingat tetapi tetap menjelma di bawah pemikiran ku, tapi semuanya berada dalam du’aku. Moga-moga kita berada dibawah lembayung Rahmat-NYA yang tiada taranya.


1

Mahu pulang ke kampung, hati saya berdendang sayang, Sayupnya terbang hingga ke langit ke tujuh. Ah, walaupun kampung saya itu tidak ada apa-apa, tapi ianya tetap di hati. Sungguh, Kuala Lumpur ini mengajar hati saya menjadi keras. Dalam perjalanan ke cafe untuk membeli ikan cencaru yang diminta oleh Abah, tiba-tiba satu lintasan pemikiran hadir lantas membingungkan saya. Adakah 'KL' ini, adalah dunia, dan 'kampung' itu adalah akhirat? Banyak hadis-hadis dan ayat-ayat Quran yang boleh di interpretasikan seperti ini, bahawa dunia ini hanya debu nilainya di mata Ar-Rahman itu. Kalau begitu, sahabat-sahabat sekalian, I'll try my best, my hardest, to retain this kind of feelings.

2

Edensor. Derbyshire. Setelah membaca buku Andrea Hirata, saya punya satu keinginan yang tiba-tiba menggila untuk ke sana. Adakah tempat yang menjadi sumber inspirasi itu, benar-benar memukau dan menyihir segala deria ? Yuk, London friend, kalau kamu punya masa dan kesempatan, mari kita ke sana?

3

Dalam hidup ini, semua rakan yang saya anggap sahabat, adalah wanita-wanita pahlawan. Yang bertarung hebat dengan kekerasan hidup. Dengan kelemahan hati. Dengan segala seteru yang di akhir petang sungguh melelahkan. Tapi kamu, sahabat-sahabat yang ku cintai lillahi Ta'ala, adalah benar-benar seorang wanita pejuang. Kerana jihad itu, sahabat-sahabatku, adalah mengangkat senjata menentang segala pertentangan yang akan menyeret kita ke jalan yang salah. Angkatlah senjata itu, dan bidiklah setepat-tepatnya.

4

Esok adalah Hari Natal, dan lusa adalah Boxing Day. Owh I miss the shopping trips. And you. I wonder, always, do you remember me? A friend told me that if we remember someone, for sure we send that a person a kind of 'wave'. And by Allah's will, that person will receive it and remember us in return. If you, dears, remember me, even in a littlest time, please send me a du'a. Kerana saya, saya tidak membutuhkan apa-apa kecuali du'a.














4 comments:

Hikari-san said...

1-Haishhhs.. KL itulah 'kampung' saya-persinggahan dunia.huhu terasa orang KL - hehehe..

4-sending you XOXOXOXOXOXO..XD

~Dunia tempat bercucuk tanam untuk akhirat - kesusahan dan kesenangan adalah rahmat-asbab kesusahan itu moga Allah kurniakan kedudukan yang tinggi di akhirat insha'Allah-ameen

Nur said...

PB

2..? Takmo g? ekekekkek

1..hahahaha, yer, sebab tuh macamm berhati2 sgt nak tulis pasal KL...:)

Hikari-san said...

2- mahu juga, tapi bagaimana ye...? Sudah mahu pulang...:)... X sempat mahu tunggu spring datang.. Sekarang winter, bersalji apa yang boleh dilawati? Huhu

Nur said...

4- Lupa, sending you too ...XOXOXOXOXOXOXO


Ah, awak sudah fixed ticket kah? Macam tak sempat turun london jumpa awak...sedih la plak...huhuhu