Saturday, 15 August 2009

MELOLONG-LOLONG

Telinga ku mendengar suara-suara serak basah Keri Hilson (Feat. Kanye West & Ne-Yo). Aku baru mengetahui lagu ini dari adik-adikku, yang pastinya mempunyai pengaruh paling dahsyat dalam hidupku. Mereka menyihir deria pendengaran ku dengan menyajikan lagu-lagu yang ku kira tidak akan ku ambil enteng sekiranya aku berada jauh di rantauan, kerana bagi ku – halwa telinga jenis ini ngga cocok dengan jiwaku yang kadang-kadangnya halus. Wallah, memang mereka ini benar2 membuatkan aku menikmati alunan mendayu-dayu ini. Tambahan pula kalau bersama-sama melolong-lolong dengan girangnya didalam kereta!


Selain lagu ini, ku kira lagu nyanyian Katy Perry, Enrique Iglesias Feat. Ciara, Pink, Lily Allen, Miley Cyrus dan Beyonce jua sudah menusuk ke dalam hati ku. Not my usual crowd. Anehnya, aku lebih senang dengan melodinya berbanding lirik, kerana ku kira liriknya jelek dan jengkel sekali. Jarang aku ambil pusing dengan lirik sesebuah lagu, kerana aku tahu aku punya sifat paling celaka sekali – ini cuma kegilaan sementara, jemu menghinggap selepas aku berjaya mengetahui bait-bait itu, kerana misterius, daya penarik itu sudah hilang, ditelan awan gemawan hitam berat, lalu perlahan-lahan mematikan keghairahanku. Aduhai diri!


Aku menyukai lagu-lagu puisi, walhal aku mungkin ngga perna dengar seumur hidupku. Maksudku, puisi-puisi seringkali menggugah hatiku yang sering kebasahan, benar sekali, aku ini mudah benar hilang arah hanya dengan kata-kata. Tolol, ya benar, tapi ketololan itu membahagiakan, sangat membahagiakan.


Apa benar personaliti kita ngga mungkin dibentuk dari apa yang didengar? Berapa ribu kajian yang menunjukkan pendengaran itu seringkali memberi kesan yang mendalam dalam hidup? Justeru itu deria ini membutuhkan walang bukan sedikit perhatian maknawi. Dari segi ilmiahnya, tanyalah sang doktor terhormat, apa peri pentingnya nikmat kurnian Tuhan ini? Dari segi psyikologinya, tanyalah sang guru, apa tipe paling istimewa mahu menawan hati semua anak-anak murid yang polos itu? Hingga sekarang, setau aku yang goblok ini, para doktor masih bingung mahu menjelaskan dari mana datangnya kuasa pendengaran ini. Tidak lain tidak bukan wahai sahabat, ia anugerah dari Yang Tertinggi. Dipilihnya kita untuk bersama-sama belajar memeliharanya, tidak mengkufurkannya dan seterusnya mengakui dan membesarkan – betapa hebatnya Sang Rabbul Izzati itu.


Aku kini mengerti, du’a itu mempunyai kelajuan selaju cahaya, keutuhan sekukuh perisai besi, dan getaran paling halus, dan gema apa yang paling hebat selain alunan du’a hati? Apa kita sudah tuli benar tidak dapat menangkap bahasa kalbu itu? Ah, paling tidak, belajar lah mendengar bahasa paling agung itu- kerana ia terkandung lukisan kekuatan kasih sayang yang dahsyat!


(Sebenarnya disebabkan oleh deria ini, kami semua, aku dan adik-adikku, ingin benar-benar mahu membunuh anjing disebelah rumah! Atau ya, tuan punya anjing yang sengaja bercuti di waktu hujung minggu dan meninggalnya kebuluran! Melolong-lolong, membentak-bentak piring makanannya yang dari stainless steel sebagai tanda protest itu cukup menjerat dan membuah derita pada kami yang masih mahu tidur di tengah-tengah malam, diwaktu munajat dan tahajut, dilanjut hingga subuh yang bening. Rencana kami mungkin sahaja memberi daging yang diracun, nah, rasakan .)

2 comments:

cikMilah said...

MasyaAllah.Indah sungguh bahasa mau dik.

Faridrashidi.Com said...

Pokoknya bahasa kamu semakin mengancem gitu.. udah berbahasa indonesia ya?