Trip bersama Along ke Amsterdam pada winter 2008. Menaiki kapal 'cruise'. Segala-galanya indah, walaupun cuma 4 jam sahaja di darat. Pertama kali memakan KFC halal. SubhanAllah. Melihat X-Mas di Durham, dan seterusnya meraikan tahun baru bersama Along.
Friday, 17 December 2010
AMSTERDAM WINTER 2008
Trip bersama Along ke Amsterdam pada winter 2008. Menaiki kapal 'cruise'. Segala-galanya indah, walaupun cuma 4 jam sahaja di darat. Pertama kali memakan KFC halal. SubhanAllah. Melihat X-Mas di Durham, dan seterusnya meraikan tahun baru bersama Along.
Wednesday, 15 December 2010
TOLONGILAH
Bismillahhir-Rahman nir-Rahim
Assalamualaikum,
Sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa dihati, yang sentiasa mempercayai keajaiban, yang mencintai kebenaran, yang mencari erti kehidupan sebenar. Entri untuk kali ini panjang sekali. Entah, mahu memuntah segala-gala yang terpendam selama 2 minggu ini.
1
Ah, sudah terlampau lama saya tidak meng'update' blog. Rindu bangat sama tulisan-tulisan sahabat-sahabat sekalian, saya keluar daerah dan tidak diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk membuka laptop ataupun pc. Pulang-pulang, saya dapati beberapa sahabat maya sudah mem'private'kan blog mereka. Owh Allah swt! Hati saya gundah gulana, saya mahu sekali membaca tulisan-tulisan baru mahupun lama mereka. Sahabat yang menulis betapa indahnya hidup di Turki, sahabat yang menulis tentang ilmu dan kehidupan di Sudan. Sahabat, sudilah dikau sekiranya memberikan ku kesempatan untuk membacanya.
Saya jarang blog hoping. Melihat beribu-ribu blog yang sudah hilang rohnya kerana busuk dan huduhnya bahasa membuatkan saya mual. Kerana itu pabila beberapa sahabat maya yang sangat indah bahasanya sudah tidak menulis untuk memberikan peringatan secara halus, saya rasa kehilangan yang sangat besar. Bisa sahaja kita membaca blog-blog yang menulis secara direct untuk mendapatkan ilmu, tetapi saya, saya lebih mudah tersentuh dengan kehidupan harian yang dipaparkan secara bersahaja, tetapi menusuk kalbu. Bukan kan Al-Quran itu memberikan peringatan melalui kisah-kisah indahnya?
2
Saya melihat cantiknya senja di Kuala Perlis. Sesekali teringat Scotland dan Ireland. Indah, sangat indah. Berteman kan Bonda dan Ayahanda sambil mencicip delima, kami melihat matahari dengan senyumannya yang malu-malu merebahkan diri, mengucap selamat tinggal dan mahu pergi menyapa sahabat-sahabat di Timur Tengah, dan seterusnya di Eropah. Ya, bawalah salam cintaku kepada mereka. Ah, Kuala Perlis ini nakal sekali, menggemukkan saya dengan laksanya, serta makanan lautnya yang segar bugar, kurnian Allah yang tiada taranya pada pekan kecil ini.
3
Saya benci hospital. Mungkin jua kebencian saya berdasarkan ketakutan saya melihat pelbagai jenis penyakit yang membuatkan saya sangat sangat menggeletar jiwa raga. Allahu, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku. Jangan lah kami diuji dengan penyakit-penyakit yang akan membuatkan kami kufur, munafik, dan lantasnya dicampakkan di dalam api neraka. Bebaskan lah kami dari cengkaman penyakit-penyakit yang sangat ditakuti dan digeruni ini, yang memungkinkan kami kehilangan iman di atas Nama-Nama-Mu yang indah. Bantulah kami, kerana kami hanya hamba-Mu yang tidak punya apa-apa.
Bebaskan lah negara kami dari pengkhianat agama-Mu, yang hanya memikirkan kekayan materi tanpa menghiraukan penderitaan kami. Bebaskan lah negara kami dari cengkaman pembesar-pembesar yang jahat akal budi dan hati. Bebaskanlah negara kami dari pemimpin-pemimpin yang tidak sudah-sudah mahu memecahbelahkan kami, menabur fitnah, dan memakan harta kami. Bebaskanlah negara kami dari pemimpin-pemimpin yang kufur, munafik dan sentiasa mengajak anak muda kami berhedonism dan melupakan Engkau. Bebaskan lah negara kami dari ulama'-ulama' yang tidak mahu berkorban harta dan jiwa raga untuk menegakkan agama-Mu.
Janganlah Engkau menghancurkan negara kami kerana kemaksiatan dan ketololan kami. Janganlah Engkau menghapuskan kaum kami kerana dosa kami. Janganlah Engkau menghalang Rahmat-Mu kerana Kemurkaan-Mu. Tolongilah kami yang tidak berdaya ini, Ya Allah swt, tolongilah kami, tolongilah kami. Bukankah Engkau, Tuhanku, Yang Maha Gagah dan Maha Berkuasa? Kepada siapa lagi kami mahu memohon dan meminta? Ya Tuhanku, ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Perkenankanlah permintaan kami.
4
Mungkin saya akan terbang lagi dua minggu, mungkin. Segalanya bergantung pada gerak hati yang saya mohon sungguh-sungguh datang dari ilham Ilahi. Saya sangat perlu menyediakan diri untuk menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan buruk yang akan berlaku. Bahkan, saya kira saya sepatutnya sangat perlu menyiapkan diri untuk belajar mencintai takdir saya, bersabar dengan segala ketentuan Allah swt, Sang Maha Baik itu. Bahawa saya perlu belajar bersabar dengan sabar yang baik (sabron jamil), dan bertawakal ke atas segala perbuatan-Nya. Bahawa perancangan saya adalah lemah, bahkan perancangan Allah swt itulah sebaik-baik rancangan. Ah, sahabat -sahabat sekalian, bukankah kita ini sangat perlu bersedia untuk mati? Ya Allahu! Engkau Tahu benar bahawa lemahnya aku, janganlah Engkau meninggalkan aku walaupun sesaat, janganlah Engkau menyerahkan segala urusanku diatas pundakku sendiri.
Tapi, sahabat-sahabat sekalian, saya sangat benci kesejukan. Sangat. Mahu menghadapi hujan, ribut petir, angin puting beliung, salji yang membeku - ah, saya tidak mahu menjejakkan kaki ke tanah Inggris itu lagi pada saat ini. Waktu solatnya tidak menentu dan berubah setiap hari. Waktu dhuhanya, waktu tahajudnya, waktu sahurnya, waktu berbukanya. Inilah sabahat-sahabat sekalian, cabaran yang sangat besar sekali. Dan benar kata-kata Abah, hanya orang yang kuat sahaja mampu menghadapinya, kamu ini, kalau di campakkan ke laut pun, masih akan berjaya untuk survive. Abah, saya tidak sekuat itu. Bahkan, saya ini sangat lemah dan cengeng sekali untuk menghadapi takdir saya.
5
Lagi beberapa hari akan terbang dan meninggalkan segala yang dicintai disini, dan menuju segala yang dicintai disana. Hati saya yang basah ini, sentiasa sahaja basah dengan berduka diatas perpisahan. Tapi mengingatkan hati, menghiburkan roh dengan satu cerita yang sangat bererti pada diri saya. Seorang wanita lemah, miskin dan mungkin jua tua (maaf saya lupa!) menanyakan tentang keadaan suami, bapa dan anak-anaknya yang turut berjuang di Perang Uhud. Diberitakan bahawa mereka semua terkorban syahid, beliau cuma mengeluh kecil. Kemudian ditanya tentang keadaan Rasulullah saw, parajurit-parajurit Uhud memberitakan bahawa keadaan Rasulullah saw itu baik-baik sahaja. Wanita tua itu tidak percaya dan mahu melihat sendiri keadaan Rasulullah yang mulia itu. Dibawakan Rasulullah dihadapannya, mahu tahukah kalian apa kata-katanya yang menggugah gunung itu? Sambil tersenyum, wanita itu berkata:
"Apa-apa sahaja musibah yang menimpa, soalnya enteng sahaja kalau tidak mengena anda."
Allahu! Sungguh, Rasulullah saw yang masih tercarik hatinya diatas perlakuan kaum musyrikin yang mencincang dan merosakkan mayat Saidina Hamzah ra itu, merasa terhibur dengan hiburan yang khusus di hantar oleh Allah swt. Ya sahabat-sahabat sekalian, wanita tua dan miskin itu, yang kehilangan pergantungan kerana suami, bapa dan anak-anaknya terkorban syahid, hanya menyambut berita yang sangat gelap ini dengan keluhan kecil! Dan lebih membimbangkan keadaan Rasulullah saw daripada dirinya! Ujian kepada wanita itu sangat sangat sangat besar dari saya.
6
Thesis saya masih dalam pembikinan - maknanya secara formalitinya, saya masih perlu menulis lagi. Apa yang saya gusarkan adalah kehilangan semangat dan willpower untuk menyelesaikannya dalam tempoh yang sangat sedikit ini. Ya, membetuli niat, insyaAllah segala-galanya akan dipermudahkan. Bahkan saya ini tolol benar sebelumnya, kadang-kadang melakukan sesuatu kerana 'saja-saja'. Ah, rugi benar kantung pahala saya. Sudahlah kantung dosa beratnya bertan-tan, kerana ilmu yang cetek, saya terlepas peluang keemasan untuk menggandakan pahala saya. Sahabat-sahabat sekalian, jangan pernah memandang remeh dengan perbuatan-perbuatan baik yang perlunya sahaja diawali niat kerana-Nya, hanya kerana-Nya.
7
Menonton Harry Potter mengingatkan saya kepada London. Sahabat di London, apa khabarkah anda? Masih bergelut kah dengan thesis mu? Masih sejuk benarkah di sana? Saya tidak pernah menyukai bandar-bandar besar. Saya datang dari bandar kecil. Bandar yang sangat kecil. Jiwa saya ngga akan pernah sebati dengan bandar. Canggung. Janggal. Walaupun saya menerima pendidikan tertinggi saya di luar negara, saya tidak pernah tinggal di bandar besar. Indah bukan takdir-Nya? Dia tahu benar saya ini budak kampung.
8
Sahabat, yakinlah, bahawa hidup ini, sangat indah.
Monday, 29 November 2010
I'M SO TWISTED
Salams,
I'm so twisted lately. Or perhaps for the rest of my life. Here I repost the blog entry written during my earlier days in Durham. Dare I challenge you guys to enjoy it? :)
__________________________________________________
I have fallen in love with :
Durham.
You have to come here to fully appreciate what the place has done to me. Jengka managed to murder the best part of me while I was there, but Durham alhamdulillah, has restored my faith.
The sunshines.
Again, you have to come to any four-seasons countries to fully comprehend this love. I need it. And I think at last, my friends back in Jengka understood my feelings when they were stranded in Jengka because of the flood. The gloomy , murky dead feelings are unspeakable. I will die disgracefully if I am without it.
The twilight. The sunset. The nightfall.
Have you watch any of it lately? In here, it comes with the beautiful bonus: the moon and the stars. They come out earlier, to greet me I think J.
The Elvet River. The way to Elvet River.
The name sounds romantic, don’t you think? Compare it with Sg. Perak. Or Sg. Buaya. Waaaaaa…
The yellow tulips.
It is one of the greatest gifts on earth. And I lie, not only yellow, but in every imaginable colour. When I see any of these flowers, my heart simply stops beating for a few seconds. The beauty, is breathtaking. Glorious. I’m soaked with its exquisiteness.
Daisies. The lovable daisies. No pretending.
Have you seen a field full with daisies? Laughing, teasing with the impish winds? Owh I suspect the puckish elves who dwell in every daisy are having too much fun, dancing and celebrating with the blue sky.
The castle. Whether it is from afar or near.
A friend from Dundee told me that he has seen too many castles, and Durham castle perhaps is nothing for him. But for me, it is a miracle to witness it. I always try to picture it before. But the imagination doesn’t do the justice.
The freedom.
Ask any prisoners what freedom means for them. And feel free to interpret what is meant by a prisoner. And for me, the greatest freedom will be able to go to the kitchen and cook without wearing a veil!
The conscience.
The best gift from The Most Al-Mighty to me. The best. Nothing can beat this gift. I’m thankful, grateful, indebted and syukur. I guess my parents kind of planted it for me, and my former schools and teachers nurtured it. Alhamdulillah. May you and I stay on the sirotal mustaqim, forever. InsyaAllah.
The kindness.
What makes I love thee? Some people say love doesn’t need a reason. But I always do.
Meditation. Pondering.
I love to ponder. Yesterday I bombarded a friend with questions regarding to physic concepts and how can it relate to the Dooms Day. And I would like to know how Mathematic, the so-called great knowledge (acclaimed by my formidable Essex lecturer), can prove the existence of the Highest Power (a.k.a God). I also create a havoc inside my new flat mate’s brain by asking what is meant by long kong- she was struggling for words. I know now even the most brilliant scientists could not fully clarify the photosynthesis process. And how can ants gather together and do the selling and buying activities in their spare time? (like a pasar malam concept back in Malaysia). And why are the male seahorses getting pregnant, not the female? Before a migration, certain birds’ species will gather together in one place, how could they communicate to each other? Do they have a wireless technology? Owh the gift of ponderings. The power of thinking.
Dan kak, masihkah kau ingat soalan aku yang bertubi2 mengenai cerpen pendek itu? Pembaca yang dimuliakan – cerpen itu lebih kurang begini (betoikan yerrr kalu salah):
“Abah, kami pulang dulu. Batu yang Abah guna untuk bunuh Emak ada dibawah tangga”
Wahhhhhhh….cerpen apa ini?
Hope. Believe. Faith.
The thought that these concepts exist make me happy. Enough. I have no sorrow that couldn’t be cured by these conceptions.
Dreams. Daydreamings. Delicious daydreamings
I can sail away in my golden boat full of dreams. To the realms that where the hearts will follow. Some are disgusted with the daydreaming concept, where they view it as a profligate escapism. Everyone needs a diversion. Choose it well.
p/s: penat gile baca labour market….waaaaaa….
Monday, 22 November 2010
BAHASA KALBU
Salams, cerpen ini di tulis oleh Faisal Tehrani, tetapi saya sudah mengubah nama asal heronya dari He ke Alps. Harap maaf. Harap maklum.
Bahasa Kalbu
Seperti kata Ryo Suzuki di kamar 2026 The Grand Pacific Hotel, alangkah bagusnya kalau kita manusia seperti spirals. Kemudian seingatku yang semakin diperkosai kantuk, Ryo meniup harmonica dengan key tinggi dan Alps menyanyikan lagu itu – Let It Be – Mimar kadang-kadang menyertai tetapi lebih jadi pemerhati.
2
Semua bermula tiba-tiba. Dia tidak pernah percaya pada cinta pandang pertama. Lebih-lebih lagi dia berstatuskan tunangan orang. Dia sudah dimiliki, tetapi ada kuasa luar biasa yang menyampuk seluruh penglihatan. Alps ketika itu duduk tenang, dan matanya menyimpan sejuta jiwa derita dan apabila Alps tersenyum; ia adalah bahasa sukar dalam kamus kalbu yang besar. Walaupun dia cuba menafi berkali-kali, dia dapat merasakan, dia sudah jatuh cinta dengan Alps. Alangkah bebalnya dia yang sudah berpunya tetapi masih menagih cinta daripada seorang lelaki yang tidak pasti.
3
Alps adalah jurubicara demonstrasi pelajar di Pusat Rangoon, 1996. Alps tertangkap dan dipenjarakan 147 hari, memang seksaan keatasnya tidak begitu menekan. Barangkali kerana pengaruh bapanya, jurutera dalam Junta Tentera dan tanpa rela sepenuh hati mereka sekeluarga dipaksa keluar Burma, dan Alps kemudiannya tersadai di Bangkok dengan status pelarian politik. Memang cerita Alps sudah diringkaskan disini, aku tidak fikir aku boleh menceritakan seluruhnya tanpa duka dan anda pun tentu tidak akan betah membacanya. Setiap saat dalam hidup Alps selepas itu adalah penanggungan derita.
4
Persoalannya disini, pasti bukan Coca-Cola atau McDonald’s, dan sesekali menjamah di KFC atau Pizza Hut dengan berpakaian ranggi seluar jeans Levi’s. Menolak globalisasi atau penjajahan segelintir kapitalis bukan disitu letaknya, Niloy Banarjee berhujah mempertahankan pendirian kami ditengah dewan symposium Japan Foundation Center, Bangkok.
Seluruh umat manusia dalam ruang itu diam. Isamu-san, pegawai The International House of Japan angguk-angguk. Yang jadi persoalannya ialah menjaga dan mengawasi kebajikan dan keadilan social sejumlah manusia yang bekerja untuk Coca-Cola, untuk McDonald’s atau KFC, apa saja. Dan jangan kita terlupa Levi’s asalnya dari kelas bawahan tetapi kemudian diniagakan, tambah Niloy garang.
Kemudian Profesor Ishak mengiyakan, persoalan disini ialah supaya NGO misalnya, dapat berperanan memastikan tidak ada budaya yang lebih dominan daripada yang lainnya dan kemudian menelan seluruh pusat budaya yang terpinggir.
Masing-masing terkenang pertemuan WTO di Seattle. Aktivis NGO dari seluruh dunia sejak dua minggu lepas sudah berkampung disitu. Globalisasi tidak seharusnya menelan yang lemah.
Aku tersenyum, dan menyedari perbincangan itu akan menjadi lebih berat. Kemudian aku lihat dia tersenyum kepada Alps. Alps yang kebetulan dilantik panel untuk symposium itu mewakili peserta Asia Pacific Youth Forum 99 bersama Mari Miura; tersenyum kepada dia. Aku pasti semua orang mengerti, senyuman itu mengandungi rahsia antara mereka berdua. Brenton menyikuku, tanda terlihat jua aksi pasangan itu.
Dia lekas menjadi rapat dengan Alps. Ada persamaan dan kesecocokan yang sukar dijelaskan. Dari Grand Ball Room, Chiang Mai Orchid Hotel mereka dibawa penganjur ke kawasan pergunungan, untuk lebih merasa kedinginan, melihat banjaran Giri penuh misteri, yang memukau dan udara pagi nirmala. Disitu nanti, mereka boleh terus berbincang dan berbincang. Tentang buruk baik globalisasi, seputar komodifikasi budaya, tentang isu gender dan paling penting berpusat antara semua krisis ditimbulkan ialah keadilan social.
Dia dan Alps lekas jadi rapat, Chamaiporn, pensyarah University Thammasak kurang menyenangi idea mereka dipasangkan berdua, lebih mahukan Alps mengintimi Mimar, pelarian etnik Kayyan Burma yang tidak kurang membeban derita.
Aku mengingatkan Chamaiporn, kita berjuang untuk dunia yang demokratik, biarkan dia dan Alps. Francis, barangkali peserta yang tertua antara peserta lain senang mendominasi diskusi tetapi segala inti kata-katanya wajar dan mudah diterima, nilai-nilai universal manusia dan kemanusian terhakis oleh kegilaan kerajaan totalitarian dan segelintir manusia.
Seperti kata Aung San Suu Kyi kalau tidak silap perkiraanku, yang korup itu bukan kuasa tetapi kebimbangan. Kebimbangan hilang kuasa menjadikan yang berkuasa menekankan dan kebimbangan kepada kuasa yang menekankan itu menjadikan mereka yang ditekan tidak bangun melawan. Lantas korupsi itu ada empat jenis: Chanda-gati, korupsi yang didorong oleh keinginan jahat; dosa-gati, kesilapan memilih dan menjurus kepada kerosakan; moga-gati, keberantakan kerana ketidakpedulian dan paling berbahaya dan mencelakakan ialah bhya-gati, korupsi yang mewakili semua dan ia membawa bersamanya kebimbangan dan memamah segala aspek benar dan salah sehingga tiada lagi pertimbangan dapat dilakukan oleh manusia waras.
5
Pernahkan kalian melihat pelangi di tengah kegersangan gurun? Atau bintang-bintang terlalu ramah dilapangan langit luas? Itulah yang dia rasakan. Waktu itu, dia masih cuba merasa-rasa kegelisahan batin Alps. Yang lain sibuk menghanyutkan jambangan bunga di tebing sungai Ma Paeng.
Dentam-dentum mercun, bunga api dan cahaya bagaikan larut waktu mereka mengambil masa meminggirkan diri dari yang lain. Riuh Loy Khratong nampaknya bukan lagi kerana bulan penuh dan pengorbanan semangat kepada air tetapi lebih kerana sorak-sorai orang muda. Yang lain sibuk membantu Dr. Chayan menyalakan belon api dan bertepuk bising keriangan bila ia terbang ke udara.
Kata Alps kepada dia, aku tidak pernah berasa selamat disini, dan dia menggumpal diam memandangi bersungguh anak mata Alps yang berkaca-kaca. Waktu itu aku sudah berasakan yang ada lebih dari persahabatan sedang berlansung disini. Tapi alangkah tersilapnya dia, jatuh cinta pada Alps yang keliru.
Alps sendiri sedang bergelut untuk hidup. Alps manusia tanpa tanah, tanpa hak, Alps tiada masa hadapan, aku mengingatkan. Dia merenungi aku, lebih tahu apa yang terucap itu kebenaran namun dia membalas penuh tenteram, Alps tetap manusia dan sebagai insan, Alps ada maruah. Sahih mereka sudah jatuh cinta.
Hari-hari bergulir dikaki pergunungan itu mereka berbincang system yang korup. Bagaimana mengetahui system itu sudah korup? Terutama apabila masyarakat sudah membudayakan hingga mereka tidak lagi upaya menentang korupsi kerana telah mendarah daging..
System yang korup ialah apabila hak-hak manusia dinafikan dan rasa bimbang mengatasi kewarasan akal. Bimbang dipenjara, bimbang diseksa, bimbang dibunuh, bimbang kehilangan manusia tersayang, bimbang kehilangan harta, bimbang dipinggirkan dan bimbang kegagalan. Bimbang amat mewabak dalam benak dan bimbang menyebabkan korupsi makin bertakhta.
Aku tidak ingat siapa sebenarnya mengucapkan, Nehru atau Ghandi, bahawa anugerah paling istimewa untuk seseorang manusia atau nusa adalah abhaya, rasa tidak takut dan bimbang, dan ia terletak bukan pada keberanian secara fizikal semata bahkan terlepas dari rasa takut dan bimbang pada minda.
Professor Surichai dalam ucap utamanya sudah menegaskan krisis menjelang millineum (tema Asia Pacific Youth Forum) apakah orang muda boleh merubahnya? Professor Surichai memastikan dalam kertasnya, perubahan boleh dilakukan tetapi tidak dengan jiwa dan akal terpenjara.
Lantas apakah penafian hak universal manusia yang paling kejam selain menafikan kebebasan untuk bersuara, mengkritik dan menyampaikan pandangan dengan menyediakan kewujudan sekian undang-undang yang menafikan jiwa untuk merasa dan akal untuk berfikir? Apakah yang paling gila apabila undang-undang itu sendiri korupsi? Lalu mereka bertukar pengalaman: Burma sekarang, Filifina sewaktu Marcos, Indonesia kala Suharto dan senarai itu tidak henti lepas satu-satu bagaikan kuman menjangkit.
6
Alps akhirnya melafazkan rasa cintanya pada dia. Itu berlaku dimalam akhir, di Piano Lounge dengan Ryo Suzuki mengetik piano dan Alps menyanyi. Suara Brenton kemudian melagukan Imagine serak-serak basah mirip Bryan Adam mengapung. Semua jadi gulana kerana esok mereka akan berpisah setelah sepuluh hari mengayam persaudaraan yang aneh; sangat kental.
Adakah kini hujan di syurga hatimu? Begitu bisik Alps kepada dia dan Al-Chaidar, si Acheh yang menyokong kemerdekaan wilayahnya dari Indonesia berkisar mengingatkan too much love will kill you, salah satu ayat dari lagu dendangan Queen jadi frasa popular sepanjang forum berlansung.
Saat itu dia merasakan, dia tidak mencintai tunangannya. Disini, disisi Alps, dia merasakan cinta tulen dan suci. Memang tiada sentuhan carnal antara mereka tetapi hati sangat bertaut.
Esok kita akan berpisah, kata dia. Itu cerita esok, saat ini kau masih disisiku, bisik Alps. Kita tak mungkin akan bersama, kata dia mengairkan kelopak mata yang bening. Percayalah, cinta kita terlalu agung, cinta kita ada disini, tunjuk Alps ke ulu ati, ia tidak terpisah oleh jarak ribuan batu dinamakan manusia atau jarak-jarak lain. Cinta kita adalah rasa saling bergantung. Cinta kita adalah sumbu untuk perjuangan kita, demi keadilan social, demi hak manusia universal yang kita dambakan; engkau dinegaramu, aku di negara asalku, mereka bertukar ikrar.
Kemudian mereka turun sama-sama berputar-putar keliling Bangkok, esok hari akan siang dan seorang demi seorang akan terbang pulang. Aku minta izin untuk minum kopi bersama Annoulack dari Laos.
Aku amat mengerti apa yang dirasakan oleh pasangan kekasih ini. Malam itu dikamar 1619, di mana waktu Ryo mulai bercerita tentang spirals dan pengalaman beli belah serta jalan isengnya dengan ku di pasar minggu yang besar dan melelahkan, aku kurang melayan, khayal menonton siaran CNN, kemudian lekas kantuk dan tertidur mati. Mereka yang lain berjaga dan pagi itu, Mimar berangkat pulang ke perbatasan Burma, kembali ke kem pelarian dan Francis akan kembali ke Manila, Je Ho sudah bergerak ke Seoul, Huay Leng menuju ke Hong Kong dan waktu sarapan pagi, Brenton memelukku, mendakap dia. Niloy dan Indika sempat berjenaka dan Takashi melambai tanda selamat berpisah.
Alps menghantar kami, atau setepatnya dia, ke hadapan pintu dan waktu teksi itu bergerak perlahan menuju ke lapangan terbang aku lihat air mata dia mengalir sedang Alps mengetap bibir tidak pasti apa yang harus dirasai.
Dalam perut pesawat aku menyabarkan dia. Dia membalas dengan senyuman sangat dipaksa. Dia kini menjadi insan yang lebih berpengalaman oleh forum itu, dia kini dinyalai cinta suci, aku tidak pasti bagaimana dia akan menghadapi tunangnya tetapi aku lebih dari tahu mereka berdua ada bahasa kalbu sukar diterjemahkan. Hanya mereka mampu menterjemahkannya. Aku menyanyi perlahan Bahasa Kalbu – lagu nyanyian Titi DJ.
Dalam khayalan dia, Alps akan datang membisikan cinta dan mereka mengimpikan sebuah dunia kecil cuma, yang tidak korup, dihiasi keadilan social, dalam dunia itu mereka tidak kaya pada benda, dan mereka tidak takut dan berasa bimbang kerana mencuri satu kritikan untuk system yang reput.
Disitu mereka kaya peribadi dan segala ketamakan manusia ada penawarnya tersendiri. Dunia itu nanti penuh dengan orkid yang berkuntum.
Aku sendiri mungkin akan ikut berhijrah ke situ.
BEAUTIFUL HANDS
To you, perhaps, who read it. (Though I have a doubt that you'll read it. Much doubts).
Do you know why I love doctors so much?
Because of their beautiful hands. Your beautiful hands. Because you learn, re-learn, de-learn and will learn things, the most honourable things, that will save lives.
And of course their beautiful hearts. Your beautiful heart.
Friday, 19 November 2010
DI PERUT NUN
Can't help to repost this blog entry - awesome.
Pada dinding putih, ada waktu yang tergantung
berlari, tak pernah jeda walau untuk berpesan,
demi aku, manusia dalam kerugian.
Di luar, ada rintik yang menyapa gersang tanah,
aku termangu, Mikail masih di situkah?
Anugerah untukku?
atau aku mesti terus menunggu
setelah doa-doaku tercicir
tiris dari bakul ibadah yang rompong.
Entah berapa lama, kali terakhir kumembilang titis hujan
dan mengutip butir jernih, buat dihimpun menjadi sekolam wudhu.
Pun, sekolam itu, aku masih sangsi,pergikah segala dosa semusim leka
seperti daun gugur meluhurkan sunah Allah?
Seorang umat, yang bersinar dan dikenali, akukah?
Atau gelap ini abadi? Gelisah ini membawa aku ke perut Nun
Dari situ, ada rintih Yunus yang kembali,
Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau,
Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.
Gelap ini; Yunus, aku dan sesiapa, tak punya siapa kecuali Tuhan.
Balam-balam malam ini, aku sendirian
kehilangan kasih-Mu. Tuhan, di hadapan pintu-Mu
aku berdiri.
Tuesday, 16 November 2010
A LETTER TO FRIENDS
Salam
How are u? Hope you are fine, be blessed by Him in any ways, in any means.
I’m good. But not mentally and spiritually. Just wanna share with you what had happened to me in this late evening. I’m taking a break, after reading 3 articles. It was very moving, it isn’t like articles at all, ops pardon me, academic journal at all. It was more like a story, and I love stories, which make me go and go and go.
I have a class between 4-6pm. It wasn’t a class actually; it was a film screening, The Battle of Algiers. Have you watch it? I recommend it. It will change your entire feelings about colonialism, and perhaps change my direction of academic life a.k.a my thesis. Never, in my entire life, I hasve experienced a greater feeling of being a patriot. And you know I was never a patriotic.
Algeria was ( I repeat was) asking, demanding independence from the colonist – the French. And of course, being an old bastard, the French never gave in. Thus, French involved in the most hallucinating war, in which they didn’t even acknowledge it as a war, instead they called it rebellion, terrorism etc. What draw me here are: first, the brutal, sadist ways of French use in attempts to defeat the rebel. I cried for many parts of the movie, and just imagine the women were wearing veils. Just like me.
Second, the length of the Moslem women took, Algiers women took/did in supporting the revolution. They bare their faces, bodies, throwing away the veils, and pretended to be Europeans, so they could plant the bombs in the café, stadium, cinema and disco in the European areas. ( Algiers lived in Kaswah, the lower caste place –imagine, again, u are the locals, the bastards come and conquer your country, and force you to live only in certain areas). I would never take my veil, I mean, in today’s time, not for any reasons. I could never imagine the heroic efforts , being naked not only for certain parts of your bodies, but your souls as well. God.
And third, the scene where the last rebels, Ali de Pinto (cant remember, blasah jer la) and his comrades, being cornered by the French, and were blown up as they refused to surrender, is really2 touching. The director was purposely took a shoot where many Algiers prayed ( by menadah tangan –tak larat nak translate ) while crying, hoping that Allah heard their pleas, their du’a, so there were, perhaps, some miracles happened, that there was an Act of God which could saved Ali etc.but of course their prayers weren’t granted.
I was almost praying myself. And wishing like hell that Ali etc will be saved. Or there was another version of this film. And I remember our ancestors, guard jealously our cultures, values, beliefs, tradition. Like what Faisal Tehrani is doing now. Tok Janggut. Dato’ Maharajalela. Mat Salleh. Mat Kilau..eh ader ker..hahahha…Temenggung Jugah Anak Barieng. And the nameless warriors that weren’t recorded as hero. The bastard Britishs.
And the reading is mocking about wearing veils.
Algiers fought for 6 years, genocide happened, and of course, they won.