Tuesday 1 March 2011

OLD WRITING PART 13

Salam Pencinta Kebenaran,

(Al Ahzab 35.) Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Ada lagi 5 minit mahu subuh, kebiasaannya saya menghantar SMS pada Bunda dan Abah, mereport makan sahur apa dan activity sepanjang puasa pada hari tersebut. Bunda sangat suka membalas SMS, makanya saya perlu ada dua handphone, bukan kerana saya kaya, bukan! Satu handphone itu untuk sahabat-sahabat di UK, kerana ia dibayar secara bill, dan akan mengcharge saya harga yang tinggi sekiranya saya meng “SMS” keluarga di Malaysia. Maka kerana itu, saya perlu satu lagi handphone, kerana saya tau Bunda dan Abah gembira sekiranya mendapat SMS dari anak2 nya. Dan saya tahu kebimbangan mereka mengenai makanan sahur dan berbuka saya, serta akidah saya, serta pelajaran saya. Maka, apalah sangat 10 pounds itu berbanding dengan kegembiraan satu SMS dari saya? :D (owh, satu SMS itu 10 pences). Dan tahukah kau Ajit, bilamasa Bunda dan Abah menerima SMS/call dari kamu semasa kamu disini, mereka akan meng’war’2 kan apa sahaja cerita-cerita dari kamu? They are so damn proud of you.

Saya teringat sewaktu saya darjah 5, guru Bahasa Malaysia saya itu menyuruh saya membuat karangan, dan kerana Bunda cikgu BM, saya memaksa meminta Bunda meng’evaluate’ karangan tersebut. Mahu tahu markah Bunda beri? C!!! dan kemudiannya setelah saya hampir menangis-nangis menyuruh Bunda membaca lagi, Bunda naikkan gred itu, dari C kepada C+!

Dan Abah yang kasihan melihat saya yang cengeng itu, meminta karangan saya dan memberi B-, pada masa itu, saya masih cengeng dan tidak tahu perbezaan antara C+ dan B-, tetapinya, saya sangat gembira, kerana sekurang-kurangnya saya tidak berada didalam kelompok C! Arghhh pembaca yang dimuliakan, saya masih di dalam darjah 5!

Sungguh kejam tough Bunda itu, tetapi walaupun saya masih sangat kecil masa itu, disaat itu, saya mengerti, bahawa Bunda telah meng’set’ kan satu standard yang sangat tinggi sekali. Dan terima kasih Bunda, sehingga kini, saya akan memastikan setiap kerja saya itu, perfect (in my opinion anyway).

Ah, subuh sudah, mahu jumpa Boss. Salam sayang.

No comments: