Thursday 25 August 2011

MAAF

Salams,

Is it too early to say this kind of thing?

But I was thinking about it almost every Ramadhan Day.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari memohon sejuta keampunan, diatas apa jua kesalahan saya. Harapan saya adalah - semoga kita kembali ke fitrah.

Puasa tahun ini sungguh mencabar. Dengan ketidakupayaannya mengharungi puasa selama lebih 19 jam pada awal Ramadhan, dan seterusnya menyediakan diri dengan segala perkara yang berkaitan dengan akademik, ini benar-benar melelahkan jiwa saya. Dipaksa dengan takdir untuk berpindah rumah, dan dihalang dari berjumpa dengan Huda, benar-benar menyedihkan hati saya.

Sungguh, puasa yang benar-benar menguji iman.

Tetapi, sudah ku khabarkan pada kalian bahawa Sang Pengasih itu, benar-benar Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana? Dia lebih mengetahui apakah keperluan jiwa dan raga saya. Dihantarnya saya kepada sebuah keluarga yang benar-benar baik hati, yang memberikan perlindungan, makanan, tempat tinggal dan pakaian. Allahim, saya benar-benar fakir pada masa ini.

Dan Dia Maha Mengetahui bahawa saya memerlukan sebuah keluarga untuk menghilangkan rasa kehilangan yang sangat menekan jiwa saya semasa di UK, dan diberinya keluarga ini. Tidak akan dapat saya balasi segala jasa baik mereka, hanya dengan doa supaya perjalanan hidup mereka, di dunia maupun di akhirat kelak, segala-galanya dipermudahkan. Allah, hanya Engkau sahaja yang mampu membalasnya.

Tidak dapat menziarahi kubur Abah, Nenek dan Abang Uji di pagi raya ini. Kematian Abang Uji yang secara mengejut itu sangat menyiksa batin saya. Kematian Nenek, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan hati saya, dan kematian Abah (it is still weird to write about his death), it doesn't make sense at all in my chaotic life.

Tidak ada lagi sms dari Abah bertanyakan makanan berbuka puasa. Tiada call/panggilan telefon dari Abah untuk mengejutkan saya supaya bersahur. Tiada kuih raya maupun kad raya dari Abah, ya, Abah saya itu setiap tahun mengirim kad raya kepada saya, dalam tulisan jawi, saudara-saudari sekalian! Tiada lagi tangan tua untuk disalam, dan pipi renta untuk dicium lagi.

Tetapi, kalau mahu ke syurga, kita harus menempuh alam barzah dahulu bukan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri, sahabat-sahabat yang dicintai. Maaf Zahir Batin.