Wednesday 28 November 2012

BUSY?

Salam,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahhumma Solli wasallim A'ala Saidina Muhammad, wa'aali Muhammad.

Alhamdulillah.

Saya masih diberi oksigen free untuk bernafas.

Ini lanjutan kisah hidup saya, apa Tuan-Tuan sekalian mampir ke pondok blog saya ini kerana gemar akan cerita saya?

Alhamdulillah. Betapa indah-Nya Dia, ya Kareem. Ya Jalal liwal ikram.

Saya berjalan ke pantai timur semenanjung Malaysia, kerana mungkin sahaja ini trip terakhir melancong ke sebelah sini. Ya, saya akan berpindah ke Utara. Tiada sebab, sebenarnya, tetapi manusia ini jelas benar mahukan alasan.

'sigh'

Seperti rakan saya yang ditinggalkan kekasih hatinya yang dicintai hampir 6 tahun, tiada alasan diberikan, cuma dilafazkan melalui sms. Mahukah saya memakinya? Mengapa saya pula? Kerana rakan saya yang cantik dan lembut hatinya itu, tidak mampu melakukannya.

Tentu, tentu sekali saya mahu. Tetapi, ini ketentuan Allah bukan? Walaupun hampir seluruh rakan-rakan saya mahu mengetahui mengapa, alasan itu cuma dikongsi antara lelaki itu dan Tuhan kami. Nah, tunggu sahaja semasa hari perbicaraan.

Oh, bukan ini yang saya mahu ceritakan.

Saya memilih tidur semalaman di Swiss Garden, yang harganya lebih mahal dari sewa rumah saya sebulan. Tetapi Bunda dan Adik ngga pernah menjejakkan kaki ke situ. Dan biliknya besar sekali, dan breakfastnya, masyaAllah, mereka kekenyangan hingga ke afternoon tea.

Petang-petang saya dan Adik berjalan ke pantai, mahu sekali berenang, tetapi saya penat bangat. Lantasnya kami berposing menangkap gambar. Tahukah Tuan-Tuan sekalian, yang iphone ini tidak mampu meng'capture' wajah alam yang sebenar? Warna air lautannya tidak sama, warna senja nya, warna alamnya. Saya rasa cukup bahgia, benarlah, kalau anda runsing, pandanglah laut. Bahkan saya pernah mendengar, memandang laut itu mendapat pahala, Tuan-Tuan!

Sekembalinya dari pantai, kami perlu melalui kolam renang. Saya melihat satu keluarga berbangsa cina sedang berposing untuk bergambar, dimana anak lelakinya mengajar ayah tuanya bagaimana mahu menggunakan kamera DLSR , where the other family member are posing patiently.

Allah Allah Allahim. Sebak hati saya teringat Abah.

AlFatihah.

Berapa ramai diantara kita ini yang mahu membawa ibu bapa berjalan2? Mengajar menggunakan DSLR?

Busy?



Monday 26 November 2012

CAHAYA CINTA

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh.

Bismillah hirrahman nirrahim.

Allah humma solli wasalim 'ala saidina Muhamad, wa'ali Muhamad.

Pasti sahaja ramai menyangka bahawa saya sudah jatuh cinta, berdasarkan entri terdahulunya.

Salah saya jua kerana menulis perkataan 'cinta', kerana ramai sahaja yang akan berprejudis, menyempitkan definisinya antara lelaki dan perempuan, terlebihnya kerana saya masih belum disatukanNya dengan belahan jiwa ciptaanNya.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan, cinta itu, kalau boleh saya nukilkan, merangkumi semua, kerana kalau tidak cinta Tuhan kita itu pada Nur Muhammad, pasti sahaja kita ini tidak wujud, bahkan seluruh alam semesta ini.

Cinta pada ibu bapa, persembahkanlah yang terbaik bagi mereka, dan tidak ada yang lebih baik dan mulia kecuali doa, dan tidak ada doa yang terbaik melainkan al -Fatihah. Al-Fatihah itu, yang dikatakan mempunyai 18 nama.

Begitu jua pada guru-guru yang dikasihi, teman-teman yang disayangi, adik-beradik yang dicintai, anak-anak kandung, anak-anak saudara, anak-anak kucing, kaum keluarga, sanak saudara, dan seterusnya kaum muslimin dan muslimat.

Pada yang masih hidup atau sudah menemui Sang Maha Pengasih itu.

Apa? Sedekah al-Fatihah pada mereka? Ini bid'ah, Nur! Tidak dibuat oleh Sang Nabi tercinta itu!

Main blog jua tidak pernah dibuat oleh Nabi, main FB jauh sekali, post gambar kembung-kembung pipi, pergaulan bebas antara bukan muhrim, study group lelaki perempuan, pergi menonton gig, main chess, menonton wayang atau tv, dan kalau mahu saya senaraikan, mungkin saya tidak pergi kerja hari ini.

Anda cukup dewasa untuk menilai segala-galanya. Ingat, kita akan dipertanggungjawapkan atas segala-galanya, janganlah nanti pabila bersimpuh didepan-Nya, kita menggunakan alasan-alasan yang dangkal.

Peringatan ini terlebihnya untuk diri saya sendiri. Sudikah kau, para pembaca ku yang dimuliakan, menghadiahkan al-Fatihah pada ruh ku yang hampir sesak ini?

Kerana cahaya ruh saya, sahabat-sahabat yang dicintai, sudah hampir malap dek dosa-dosa saya yang menimbun tinggi.

BISA

Bukan kah ingatan itu, antara anugerahNya yang paling ajaib? Kerna bisakah saya mengingati kamu, tanpa izinNya?

Dan saya terjemahkan ingatan saya, rindu saya, cinta saya padanya dengan al-Fatihah.

Itulah bukti cinta.

Saturday 17 November 2012

BETAPA BUSUKNYA

 

Salams,

Saya tidak dapat tidur. Partly it could be blamed on the tea that I drink, another part is due to my worries for the Palestinians in GAZA.

I was, and am a very selfish person. Saya tidak pernah ambil tahu konflik Palestine-Israel. Betapa busuknya hati saya, betapa kotornya hati saya, betapa matinya hati saya. Peduli apa saya, janji saya dapat A dalam exams saya, dapat kerja best, dapat duit banyak, bantu mak bapa dan adik-adik, jalan-jalan ke seluruh dunia, tunaikan umrah 10 kali, makan minum dengan gembiranya menggemukkan badan, menonton cerita korea – consequently, it kills my heart.

Saya tidak pernah peduli dengan darah bangsa Palestine (are they Arabs?) ini. Kalau ada pun, cuma tahun-tahun kebelakangan ini. Kasihan. Itu sahaja. Sepuluh sen pun saya tidak pernah menderma untuk GAZA. Saya ingat lagi, ketika ada kapal mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke GAZA dua tiga tahun lepas (sila google, saya malas untuk elaborate), dan Israel menembak mati these humanitarians, saya cuma mengicau-ngicau di blog tanpa berbuat apa-apa. Marah saya semusim, dan kemudian berlalu pergi.

Cuma saya pernah ingat – saya ingin sekali ke kem pelarian mereka, bagi membantu mereka. Tidak tahu apa yang saya dapat sumbangkan, tengok darah pun sudah mahu pengsan. Ya, cuma itu, cuma ada niat seketul.

2-3 hari kelmarin saya tersentak. Membaca berita di FB bahawa Ketua Panglima Briged Al-Qassam, as-Syahid Ahmad al-Ja'bari itu sudah syahid, hanya selepas 5 hari pulang dari mengerjakan haji.

Air mata gugur semasa makan roti canai telur tapi mampu juga makan dengan lahapnya.  Siapa si Syahid ini? Boleh dibaca disini. Hebat orangnya.

Apa yang buat saya paling sentap ialah, dia dipanggil sekali lagi oleh Allah swt, panggilan terakhir dari-Nya, hanya 5 hari selepas menunaikan haji.

Ya Allah, Allahim. Allah. Allah. Allah.

Apa sumbangan saya untuk Islam? Sumbangan saya untuk GAZA? Sumbangan saya untuk Allah swt dan Rasul-Nya? Patut dilempang sahaja saya ini. Saya ini lebih hina dari muslim children in GAZA.

Ini kata-kata terbaru paling sentap (rujuk petikan dibawah),

Tadi di kelas fiqih mazhab syafie, ustazku yang selama aku belajar dengan dia memakai serban putih tiba-tiba datang kelas dengan serban hitam dan mukanya penuh kesedihan dan matanya cengkung dan lemah. Salah seorang dari kami bertanya, "Maulana nampak cantik hari ni dengan serban hitam". Beliau merenung kawanku dengan muka serius dan berkata, "Memakai serban hitam semasa perang hukumnya sunat, nabi dan sahabat memakai serban hitam semasa perang. Telah sampai berita kepadaku bahawa saudara kita di palestin sedang dibunuh, dan daku sangat ingin ke sana berjihad bersama mereka, aku tak dapat tidur beberapa hari dan tak lalu makan beberapa hari, aku sangat ingin membantu tapi daku tiada kemampuan, daku jauh disini, maka aku keluar dari rumah hari ini dengan niat jihad. Sekiranya ada yang sudi membawaku kesana, sekarang juga aku sedia. Sebab itu daku memakai serban hitam pada hari ini... dengan harapan walaupun aku tak dapat ikut jihad tapi aku sangat berharap di akhirat nanti Allah tidak golongkan aku dalam golongan yang pengecut seperti tikus! Aku tidak mahu digolongkan sebagai muslim yang tidak pedulikan muslim lain. Di Amerika kalau seekor anjing mati dibakar, seluruh dunia kecoh anggap ia zalim, sedangkan di palestin bayi muslim, saudara muslim, ibu muslim, ayah muslim dibunuh sewenang-wenangnya tidak ada yang hiraukan? Bagaimana mungkin seorang muslim mampu suapkan makanan dengan tenang dalam mulutnya sedangkan di sana saudaranya dibunuh diseksa? Sekarang ini dunia hanya dipenuhi perempuan sebab lelaki-lelaki semua sudah jadi pondan! Tidak ada LELAKI dalam umat pada hari ini....sumber disini.

Wahai pemuda Islam, bangkitlah, jadilah lelaki, lelaki yang sebenar-benarnya! Lebih tepatnya, jadilah lelaki Muslim, yang sebenar-benarnya!

 

148427_504087799614893_432103188_n

NORLIN






Salams,
Dear Norlin,
My prayers are always with you. Don’t worry, my friend, Allah is with us, always.
Norlin ini punya hati yang secantik wajahnya. Ya, kalau Tuan-Tuan mahu tahu, kebanyakan rakan-rakan saya cantik-cantik sekali.
Norlin akan menghadapi vivanya pada Selasa depan. Semasa Gaza bermandikan darah dan air mata, perjuangan rakan saya juga tidak kurang hebatnya. Sudilah menghantarkan al-Fatihah pada pejuang Gaza yang syahid dan akan syahid, serta pada ruh rakan saya ini.
Ok Norlin, will start doing the job that you have assigned. Please take care.

Friday 16 November 2012

EASY JET



Alfatihah - Tuan Haji Marwan Saliman. I can't wait to see you again. 

Abah, Abah sudah tahu bukan bahawa Ketua Panglima Briged Al-Qassam, as-Syahid Ahmad al-Ja'bari itu sudah syahid Abah, hanya selepas 5 hari pulang dari mengerjakan haji. Pastinya beliau mendapat haji Mabrur. Akak pula, sudah setahun lebih tetapi tidak lagi dipanggil-panggil. 

Mungkin kah ini, Abah, ada tugas yang belum akak selesaikan?

Tetapi yang pasti, ada taubat yang perlu akak laksanakan dengan sebenarnya, tidak hanya di bibir. Doakan akak ye Abah

Di Gaza itu, ada beribu-ribu kanak-kanak yang kehilangan bapa, Abah. Kasihan. Mungkin lebih dalam lagi derita mereka. Mungkin Abah sudah bertemu dengan ruh-ruh bapa mereka. Doakan kami menyusul. Semoga pertemuan kita, akan berbuah dengan manis sekali.

And Dear Norlin, all the best!