Wednesday 19 October 2011

SEMAKIN HAMPIR

Salams,


1
Ada ustaz cakap, berkirim salam pada Rasulullah saw melalui orang yang mahu mengerjakan haji dan umrah itu bid'ah. Entah. Sudah berbincang dengan Huda, mahu pula bertanya pada pembaca blog ini.


2
Semakin hampir, semakin lompong ilmu didada. Allahim.


3
How's Teluk Intan? As usual. Mungkin memuakkan pada sesetengah orang, mungkin menggembirakan pada yang lain. Saya...gembira. I've been travelling around the world, except to a few continents, yet this small village gives me something beyond words. As long as you be grateful for whatever Allah swt has provided you - you will be the happiest person ever.


4
Dengar-dengar tahun ini Haji Akbar. Dan salah satu teori mengatakan Imam Mahdi akan muncul pada Haji Akbar. WaAllah hu'alam. Dunia semakin pelik - terlalu corrupt dan mengejar keduniaan. Membunuh dianggap biasa. Mencuri di anggap biasa. Zina dianggap biasa. Homoseksual dianggap biasa. Tidak menutup aurat dianggap biasa. Bergaduh dianggap biasa. MasyaAllah.

Apa yang tidak biasa? Membaca al-Quran di dalam bas/keretapi. Menutup aurat sepenuhnya. Bersolat ditengah-tengah kesibukan bermesyuarat. Dan perkara-perkara yang mengikut ajaran Islam.

Dalam masyarakat Islam sendiri ada yang berpecah belah. Dan tidak mahu berlapang dada dalam menerima perbezaan. Ingat, inilah lorong syaitan yang paling halus dan paling bijak. Dalam mahu 'membetulkan' umat, dengan tidak berhikmahnya dengan lidah dan hati kita, jangan-jangan kita dihumbankan dalam neraka. Nauzubillah. Dan tugas kita, sahabat-sahabat sekalian, hanya menyeru/mengingatkan/berdakwah, tidak memaksa mereka menerima pendapat kita.



"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)



Salam kasih.

Nur