Wednesday 30 March 2011

JUANG AJA

Salam

Barangkali dengan berkongsi akan mengurangkan beban yang tertanggung di pundak.

Alhamdulillah, kami di sini OK, di sebalik dengan tugasan yang selalu sahaja melimpah ruah. Tapi kami panjatkan sahaja dulu dengan kesyukuran, kerana sudah jauh berjalan hingga ke tahap ini, kami telah banyak perkara.

Kalau dulu setiap kali kami dizalimi, kemarahanlah yang bersarang. Setiap kali dibebani dengan kerja yang terlalu, kami selalu rasa terniaya.

Tapi bila memahami, bahawa Allah mustahil mendatangkan ujian yang tidak mampu ditanggung kepada hambaNya, kami belajar untuk menjadi manusia yang tunduk.

Bila dizalimi, kami fikir, Allah ada dan melihat setiap masa. Allah ada dan Dia tidak sepincing akan belaku tidak adil kepada hambaNya. KeadilanNya inilah kami tuntut. KeadilanNya inilah kami sandarkan sepenuh pergantungan. Kerana dengan penuh yakin kami percaya, Dia Maha segala-galaNya, masakan dia tidak tahu kami sedang derita dizalimi dan disakiti.

Bila rasa dianiaya, kami berfikir, Alhamdulillah, sekurang-kurang kami terus-terusan diberi kesempatan untuk upaya bekerja. Dan diberi kerja lebih untuk kami terus belajar membina watak diri dan peribadi. Kerja yang banyak, refleks kepada signifikan wujud kami disini, bahawa kami perlu ada sesuai dengan kapasiti yang terbina atas apa yang Allah anugerahkan. Dan yang lebih indahnya, akhirnya, ALlah memberi kami peluang untuk menyumbang. Berkongsi ilmu, dan mereka mendapat manfaat darinya. Bukankah ini lebih baik?

Bukankah begitu juga ditakdirkanNya untuk kamu?

Kamu berada di sana, atas kapasiti yang terangerah untuk kamu. Kerana itu Allah menakdirkan.
Sudahkah kami bercerita pada kamu? Sekarang kami sudah menjadi pelatih. Kami melatih baik pensyarah yang sudah berpuluh-puluh tahun mengajar, meski yang seusia pengalaman mengajar dengan kami, apatah lagi yang baru masuk mendaftar.

Begitulah Allah meninggikan kami, insyaAllah, kami harapkan agar ia disebabkan kerana ikhlas kami menuntut ilmu keranaNya. InsyaAllah, kami harapkan agar ia disebabkan oleh ikhlas kami tunduk keranaNya. Dan kami terus-terusan kami berdoa, agar ikhlas kami tidak sirna. Agar kami tidak mula mendongak, sebaliknya terus tunduk. Kerana ilmuNya tetap ilmuNya. Syarat diberi dan dipermudah untuk faham, agar kami dapat berkongsi dengan lain dengan hati yang penuh.

Moga yang kami harapkan kebaikkan, kebaikkanlah yang mereka terima. Agar impian kami untuk melihat masyarakat mengejar kecemerlangan dan kesempurnaan, mereka kongsi bersama, dan akhirnya berjuangan bersama-sama.

Begitu Allah, Nur, meninggikan hambaNya kerana ilmu, dan benar belaka janjiNya.

Allah akan meninggikan manusia kerana ilmu. Dan jika tidak, tidaklah kalam pertama yang ditanzilkan (ya, Quran itu diturunkan, maka kerana itu Quran telalu hebat. Kerana Quran Kalam Tuhan, kerana kasih sayangNya, Tuhan sedang berbicara dengan kita). Ayat itu ialah Iqra'.

Sungguh malang kami , baru kami faham perkataan Iqra' itu telalu hebat. Kalam Quran itu lebih hebat, kerana baru kami betul-betul rasa dan dapat mengindera, Tuhan sedang berbicara dengan kami.

Tiada siapa akan menafikan jalan kamu, jalan berliku. Jalan menempuh payah. Jalan memerah segenap keringat lelah.

Tapi bukankah setiap jalan yang kita tempuh, ialah jalan-jalan yang kita pilih. Meski dari jauh kita melihat enau dan belukar, serta hutan yang terhidang di depan mata, kitalah yang memilih untuk mengambil sabit, kapak, cangkul dan mula merintis jalan itu? Kitalah yang memilihnya Nur, tiada siapa yang memaksa kita untuk memulakan langkah pertama itu.

Kami, sebaliknya percaya, bahawa ia rintis jalan orang berjuang.

Kami tidak pernah tahu juang itu bagaimana selain yang ditonton di kaca-kaca TV, dari mata pejuang Hamas dan Intifadah. Dari semangat bridged Al Qasam. Dari mata Hassan Nasrullah dan pejuang Hezbullah Lebanon. Juga dari semangat tentera Mujahiddin juga dari Bosnia. Jarang mata mereka berbicara, selain dipertontonkan juga darah mengalir dari tubuh mereka.

Tapi kami seluruhnya sedar, Allah tidak (atau belum lagi) beri kami kesempatan mempunyai mata itu. Semangat itu. Tapi Allah tetap tunjukkan kami landasan untuk diri kami menjadi manifestasi keagunganNya, dengan jalan yang sedia ada. Untuk kami buat yang terbaik. Paling baik dari diri kami. Kerana itu barulah yang lain melihat bahawa Tuhan sedang menghantar mesej kepada yang lain melalui kami.

Nur, Tuhan tidak pernah minta hasil yang terbaik, tetapi Dia cuma meminta agar kamu memberi yang terbaik untukNya. Dari dalam kamu, setulusnya kamu. Seikhlasnya kamu. Sehabis juangnya kamu. Itu yang Tuhan akan beri ganjaran.

Meski kecil dan seninya usaha kita di mata orang lain. Apa yang dilihat orang lain tidak pernah penting Nur, Tidak pernah menjadi kudis pun. Kerana yang lebih nyata, adalah yang dilihat Tuhan, Kerana Keadilan ada ditanganNya, Dialah Yang Mengadili, tempat ultimat perbicaraan, dan Dialah yang membalasi setiap inci, meski sekecil zarah atau lebih kecil dari itu.

Harap kamu masih ingat cerita anak-anak Nabi Adam ketika mereka menyerahkan hasil ternakan dan tanaman.

Cerita itu mengajar kami antara lain, tiada gunanya menjadi tamak dan kedekut pada Tuhan, kerana Allah bukan meminta yang terbaik dari hamba untuk apa-apa, malah tiada akan menambah KeagunganNya, apatah lagi mengurangkan keagunganNya. Tetapi Allah menguji, adakah hambaNya bersyukur, jika syukur ia perlu dimanefestasi. Adakah hamba ikhlas, jika ikhlas akan diterima amalan. Dan cerita itu mengajar kami, Dia meminta kesungguhan dari hambaNya, supaya Dia dapat memberi lebih lagi.

Kerana kesungguhan memberi yang terbaik dari dalam diri seperi yang ditunjuk Nabi-nabi, akhirnya kami faham itulah cara untuk diterima sebagai hambaNya. Dan Allah meninggikan mereka (Al Anbiya' kullu) ditempat yang terlalu tinggi, dan mendapat redhaNya, dunia dan akhirat.

Juang aja Nur. Jika lelah mengadulah. Kerana ia perlu untuk rehat sebentar untuk perjalanan yang serasakan terlalu panjang dan tiada titik noktah.

Jika lelah, berehatlah sebentar. Bukalah bekal dan berhimpunlah dengan rakan-rakan yang sama berjuang. Berbicaralah dengan aman bersama mereka, tentang birunya langit, dan putihnya awan. Betapa kicau burung tiung itu bingit. Dan sambutan pagi hari burung undan di ranting pokok, terlalu menakjubkan dengan warna yang begitu terang dan majestik. Tentang kokok ayam jantan yang membangunkan, ingat kita waktu masih subuh, tetapi sudah siang sehingga terlajak waktu bersolat. Tentang bunyi air yang jatuh masuk ke akuarium, mengimbang aura negatif yang bersarang dan akhirnya memberi kita satu perkara yang selalu kita fikir tidak penting, ketenangan.

Itulah apa yang pejuang lakukan. Itu apa yang kami mahu lakukan. Kami tidak tahu apa akhirnya, tetapi kami selalu mahu serahkan yang terbaik. Kerana Tuhan telah menciptakan kami sebagai makhluk terbaik, mustahil kami merendahkan kedudukan ini.

Benar kami tidak tahu apa yang ada dihujung sana. Buat masa sekarang, kami cukup dan rasa puas. Kerana sepanjang jalan melalui terowong ini, atau melalui jalan ini, tidak sekali kami rasa sunyi dari dinaungi langit!

Juang aja. Tuhan sedang memerhatikan kamu.

Salam dari jauh.



MENCINTAI PEJUANG ITU

Salam kasih,

Kak, khabarkan padaku, bagaimana rasanya mencintai pejuang itu? Aku ini tidak pernah mencintai pejuang islam, cinta ku ini selalu berdasarkan syarat2 yang ku buat sendiri. Tetapi ku kira, aku mahu cuba mencintai pejuang agama, yang berjihad melalui perlbagai cara.

Cuaca sangat dingin sekali, merasuk tubuhku, meratah iman ku, mencabuli pemikiran ku. Aku tidak bisa study dalam keadaan yang amat2 dingin ini, beku hatiku, kering hatiku. Heater itu tidak mampu menghangat kan aku, sementelah aku jua tidak mampu makan sebanyak mungkin hanya untuk menambahkan lapisan lemak ku.

Aku mau jihad, kepingin sekali, mau ke Palestine tidak mampu, mau menulis dengan pena itu jua tidak mampu, aku rasa tidak mampu lagi mahu mengharungi study ini, mau pulang! Mau sekali bertemu ayah dan bunda ku kak, mau sekali bertemu mu. Aku tidak tau bila akan dapat berjumpa orang-orang yang aku cintai, hidup ini aneh sekali, bisa jua aku dipanggil Tuhan dalam masa terdekat ini, ia kan? Adakah orang yang mahu menangisi pemergian ku kak?

Aku tahu semangat mu sangat membara sekali, aku belajar banyak perkara dri mu kak, kau sentiasa tahu bukan, kau ini inspirasi ku kak. Aku ini, semangat ku lari larian, bermain aci-aci dengan ku. Aku mau sekali menatap Kaabah itu sebelum aku berangkat ke alam lain, tetapi, mahukan Tuhan itu memanggil aku lagi, yang dosanya setinggi gunung Uhud?

Kak, khabar kan pada ku sekali lagi, bagaimana rasanya mencintai pejuang agama itu?






Salam Muharram, bulan dendam, bulan Cinta, bulan perwira, bulan langit dan bumi Ghaza disimbahi darah, bulan yang melihat ummat Islam masih membelenggukan kaki dan tangan untuk menghulur bantuan pada saudaranya yang dilapah dan dicabuli.

Rusuh apa yang mengganggumu?

Satu, sabarlah, kerana hikmahnya amat banyak.

Dua, bersyukurlah. Syukur pertama kerana kamu masih mempunyai seorang Ayah. Syukur kedua, kerana Ayahmu sering berbicara padamu dan selalu memberi dan membakar semangat. Percayalah, if I still have a father, dan mengalami ujian seperti kamu, my father will not say a thing, because he is a man of action. We have to learn from his action rather than his word. He don't speak as much, but his action always speak louder than what we can understand, and that is the most invaluable guidance through out our life time. That's for sure.

Tiga, mahu atau tidak kamu berada dalam medan juang. Syukur dan sabar kerana Tuhan menentukan itu untuk kamu. Dalam medan, dalam juang, dan medan kamu medan pembelajaran. Usaha kamu setiap satu akan diganjari, dan gue selalu sahaja percaya, ia ganjaran sama seperti orang yang berjihad. Jika kamu mengikhlaskan diri, dan membetuli niat. Kata orang, 'berpantang orang di dalam medan juang untuk menyerah kalah. Lari dari medan perang, itu tidak pernah dibolehkan dalam agama Islam. Sekali melangkah, teruslah melangkah, kerana hanya ada dua kemungkinan, membawa pulang kejayaan atau terbunuh dalamnya'.

Apa rasanya? Gue ajari loe dulu, apa itu cinta.

Cinta, seperti hamba kemabukan Tuhan.

Cinta, seperti apa yang kamu boleh pelajari dalam cerita Wall.E.

Cinta, seperti apa yang kamu boleh hayati dalam novel Pak HAMKA, Tenggelamnya Kapal Van De Wijdk.

atau, kamu lebih faham dengan novel Shakespear, Romeo and Juliet.

Tapi cinta itu lebih mulus dan tulus,

seperti kisah Ibrahim, terbakar & dibakar demiNya, mengorbankan anak demiNya, meninggalkan isteri demiNya, meninggalkan segala-galanya demiNya

seperti kerelaan Ismail dikorban ditangan bapa sendiri demiNya

seperti apa yang ditunjukki Rasulullah dan keluarganya, Imam, rahmat seluruh alam, dan kamu lebih tahu korban apa yang telah lakukan untuk kita, tidak terbanding, sejagat, tanpa orang pernah mengerti, derita dan rusuh apa dihati Rasulullah. Yang kita ummatnya, saban hari tegar mengkhianati, sedang Rasulullah tetap sahaja sabar dan mendoakan ummatnya selamanya hingga ke hari kiamat.

dan kalau kamu pernah mendengar peristiwa di Karbala, seperti Hussien yang rela dilapah, diri dan seluruh keluarganya?

...dan itulah cinta, demi Cinta. Lebih tulus, mulus, dan maqamnya tertinggi.

Nur, gue belum dapat merasai rasa seperti itu. Tetapi, rasa yang loe tanya pada gue, meski belum mencapai rasa maqam tertinggi, mencintai pejuang agama sudah cukup melengkapkan hari dan malam. Rasa itu akan melengkapkan loe. Dengan cara yang cukup magis, meski rasa itu tidak berbalas.

Dan rasa itu akan membuatkan loe mahu hidup setiap hari, mahu juang setiap hari, mahu ingin agar dapat membahagiakan dia setiap hari, meski tidak dapat membahagiakan dia, sekurang-kurangnya loe akan mahu hidup agar loe boleh berdoa untuk kebahagiaan dia setiap hari. Itu rasanya Nur. Itu rasanya.

Dan bila mana orang melihat loe terbakar dan menyakiti diri sendiri kerana rasa itu, itu apa yang orang lihat pada mata kasar yang berlaku pada diri loe. Tetapi, loe, jauh di dalam, loe tahu yang loe sedang merasa bahagia, bebas, terbang di angkasa. Meski pada masa yang sama, loe sedang menderita.

Hebat bukan?

Nur,

Luputkanlah rusuh apa sahaja dalam hati loe. Jika rusuh, serahkanlah pada Tuhan, kerana Dia Maha Mendengar. Kerana setiap air mata yang tumpah kerana mengadu pada Dia, adalah amalan. Dan Dia Maha Mengasihani. Dia MengasihiMu, sangat kasih.

Dan kamu, tidak perlu menulis, juga tidak perlu ke Palestin. Cuma betuli niat, dan ikhlaskan hati. Ada kamu disana, untuk belajar dan membawa kepakaran untuk dibawa pulang untuk Tuhan dan ummah, adalah jihad, adalah juang, dan sekiranya kamu tewas dan terbunuh kerananya, kamu tetap diganjari syahid. Itu pasti!

Terima kasih kerana kamu menganggapku sebagai inspirasi, itu sangat bermakna. Sedang gue, setiap hari belajar melalui semua orang, dan kerana itu gue perlu menulis. Agar pembelajaran ini disampaikan kepada ramai lagi orang. Kerana gue telah tahu, bahawa Allah mengurniakan sesuatu pada seseorang, supaya orang itu dapat memulangkannya kepada lebih ramai orang. Seperti yang diajari Rasulullah, seperti yang diajari Rasulullah.

Nur, telah ku ceritakan rasa itu. Maka luputkanlah rusuh dalam jiwamu. Kerana kamu lebih bertuah, kamu dilimpahi 'rasa itu' dari Ibu dan Ayah.

Meski begitu, satu yang mengajariku, kekal dalam keabadian, bahawa Tuhan itu Satu dan Dia kekal, Dia Maha Mendengar. Kerana itu aku dan kamu perlu terus berdoa, kerana doa itu, syaratnya kabul. JanjiNya, Dia akan mengabuli.

Mahukah kamu, mendoakanku?



SURAT DARI SAHABAT

Balasan dari sahabat gue, moga-moga kalian yang membacanya akan mendapat manafa'at nya. Ya, dia penulis terbaik bagi gue.

________________________________________________________________________

Alastu kawan, bintang selalu sahaja berbicara aneh, yang aneh-aneh.

Pagi ini, ketika gue melangkah ke pejabat, untuk hari ketiga berturut,di waktu cuti hujung minggu untuk apa yang boleh disumbangkan pada anak bangsa, gue disampuk rindu berat.

Lalu, gue membawa bersama di dalam beg, kiffiyeh.

Aneh! Selalu, dalam kesibukan gue bisa sahaja melupakan. Bahkan gue mungkin sengaja menyibuk diri untuk melupakan. Lantas, mengapa gue membawa juga kiffiyeh itu ke pejabat?

Kawan, atas segala apa, gue mensyukuri apa yang loe anggapkan gue. Gue berbangga menjadi sebahagian dari hidup loe, menyentuh beberapa detik dalam pengalaman loe. Gue yang kerdil, yang tidak punya apa-apa mustahil akan meninggal kesan pada orang. Meski sekelumit, kerana gue tahu yang gue jauh sekali dari layak.

Yang gue ada, apa yang teranugerah dari langit. Dia mengilham lalu gue perbuat. Dan gue selayaknya hanya penyampai pada pesan. Kerana gue fana, gue tidak punya tempat mahupun ruang, kawan.

Gue tidak punya tempat dan ruang. Itulah gue. Yang sebenarnya. Noktah.

Kawan, selagi punya ruang dan peluang berjuanglah. Hanya itu pun bekal kita di hadapan, tiada lain. Itulah yang dinilai, itulah yang ditunjuki Nabi. Diajari Rasul. Disuluh jalan oleh Imam. Seperti diperbuat Ibrahim.

Kawan, loe kata mungkin loe mau banget menjadi seperti teratai. Atau menjadi silver sword. Kedua-duanya adalah kuntuman mekar yang sunyi. Meski, ia tetap manifestasi Pencipta yang terlalu Agung.

Kalau gue boleh menasihat, harus sahaja gue menasihati loe jangan mimpikan jalan itu. Ia jalan yang sangat asing lagi aneh.

Silver sword itu aneh sangat tumbuhnya. Dari rekahan lava yang sudah menyejuk dan mengeras. Tahukah loe seperti apakah lava itu? Tika ia masih lagi di dalam bumi, suhunya 3000 Celcius. Ketika ia menjumpai jalan keluar ke permukaan, suhu sudah menjadi 2000 Celcius. Dan Silver Sword muncul dicelahan itu!

Dan kamu lebih tahu, seperti apakah lotus. Ia ada di permukaan kolam. Dan ia timbul sendirian. Lotus tidak berkongsi kembangnya bersama kuntum yang lain, kerana ia hanya akan kekal menguntum seorang, meski disekeliling masih lagi punya jiran. Seorang, seorang!

Namun, loe tahu, gue tahu, hidup ini aneh. Kita aneh. Lalu anehkah orang yang aneh mimpikan yang aneh-aneh? Gue sebetulnya tidak pernah terkejut.

Kawan, sekali lagi gue tidak akan jemu berbicara, selagi ada ruang juang, juanglah. Kerana itulah jerih payah Nabi. Dan Nabi tidak pula mengeluh, kerana baginda sudah tahu syurga itu mahal harganya. Dan lebih mahal redha Tuhan untuk menganugerahkan darjat hamba. Menjadi hamba Tuhan itu mahal, namun manis nikmatnya luar dari indera. Luar dari dunia. Lalu maqamnya hanya jadi halal di Firdausi.

Kawan, hari ini, bila gue menghadap wajah ke skrin, gue lilitkan kiffiyeh Ghazzah di leher.

Ya, gue rindu juang.

Lalu gue berdoa, pada mereka yang meletak kaki dan sedang berada di medan .

Sesungguhnya, kalian sungguh bertuah. Kerana dipilih dan menjadi insan terpilih. Terkorban kalian kerana jalan ini demiNya, ijabnya jihad, kabul hanya sah dengan syahid. Noktah.

Sambil gue menyelak langsir masih dengan kiffiyeh di leher, hari sedang lebat dengan hujan!

Selagi ada ruang, juang jangan lelah.

SURAT UNTUK SAHABAT

Surat gue untuk sahabat; balasannya pada post akan datang!
____________________________________________________________________

Salam

Loe yang gue kasihi selalu.

Selalu sahaja gue meninjau dari bilik kecil gue ini, menyelak langsir, tetapi tidak boleh lama, kerana langsir ini menghalang udara sejuk dari menikam-nikam tulang gue.

Kerana Gue selalu mencari-cari bintang timur itu. Kerana pada bintang itu ada Bunda, ada loe.

Kerana bintang itu seperti silver sword loe. Alone. Aloof. Tapi ada cahaya pengharapan pada nya. Seperti Bunda dan loe yang sentiasa sahaja mendu’akan gue, mengharap yang terbaik untuk gue.

Cahaya kegembiraan yang sentiasa dibawanya, cahaya yang penuh kasih dan sayang.

Loe pernah menulis, silver sword itu membesar dan menguntum di celah rekahan gunung berapi. Apakah ada bunga lain yang sebegitu berani? Dan dari mana bunga ini punya keberanian yang maha tinggi? Lahar api itu bukan main-main. Bunga ini jua cuma berbunga sekali seumur hidup, dan kemudiannya pergi mengadap Rabbul Izzati. Jelas sekali keutuhannya, keanehannya, kesunyiannya. Loe ini memang aneh-aneh.

Tapi gue, gue lebih mahu menjadi lotus, yang sangat pandai membersihkan dedaunnya yang dihinggapi debu, kerana gue tahu, gue masih lagi belajar erti penyucian hati. Seorang ahli filosofi mengatakan teratai tidak berkelopak itu adalah simbol hakikat kewujudan Tuhan. Loe tentu kenal gue ini bukan, mahu tahu, mahu lihat, mahu rasa menifestasi keagungan Tuhan.

Sentiasa.

loe sehat kah?

loe mahu tahu? setiap kali gue jatuh, setiap kali gue kesunyian, setiap kali gue perlukan semangat, pastinya gue baca semula kata-kata hikmah loe. gue tahu gue ini bukan siapa2 dalam hidup loe, tapi gue sangat2 bersyukur loe ada dalam hidup gue. gue mohon maaf sekiranya gue tidak berada disisi loe sentiasa.

tapi nya loe ini, loe ini selalu menyelamatkan gue dari musibah gue yang terlalu.

syukran ya ukht, syukran jazilan...