Thursday 30 June 2011

DISAMPUK RINDU

Salams,


Terdengar pintu dibuka, dengan bunyi kunci dipusing.

Dalam hati - eh Abah dah balik dari surau.

Tiba-tiba tersedar - he's not here anymore.

Menangis.

I want to see him, for the last time. To talk to him. To laugh with him. To tease him. To walk with him. To have a dinner together. Just one last time.

Monday 27 June 2011

CATATAN ABAH - DAY 7 GOING TO SPAIN






Salams,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahuma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa'ali Sayyidina Muhammad.


Semoga kalian tetap berada di jalan-Nya. Mintalah pada-Nya, iman yang sebenarnya, hati yang khusyu', ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Disini saya persembahkan kepada kalian tentang catatan Arwah Abah pada hari ke 7.

_________________________________________________________


DAY 7 4/5/09 Isnin

3.30 pagi
Bangun solat subuh. Hari ini cuti umum "Bank Holiday"


5.00 pagi
Makan roti prata (roti canai) yang dibeli di Durham, made in Malaysia. Tido lagi.


10.30 pagi
Makan nasi. Bersiap-siap nak bertolak ke Newcastle airport untuk fly ke Spain.


1.04 petang
Solat Zohor.


1.15 petang
Naik kereta bertolak ke Airport Newcastle. Terus check-in masuk dua beg bagasi.


3.15 petang
Masuk untuk fly - 2 botol syampoo dan sabun mandi di rampas.


3.35 petang
Masuk ke pintu gate


3.55 petang
Fly to Malaga Airport. Order teh untuk minum di udara, harga 2 pound.


6.45 petang
Sampai di Malaga. En. Khairul dan 3 lagi peserta tunggu di kenderaan. Menuju rumah penginapan. Singgah dahulu di Mall, makan kebab di Mall. +- 1 jam. Kebab halal.

Sambung perjalanan sampai rumah penginapan. En. Khairul memandu kereta dengan 6 peserta. En. Khairul masak untuk makan malam. Jam 10 + malam makan malam.

Dengan Mem sebilik, akak tido bilik lain dengan pensyarah UPM yang baru habis dapat PhD dari Cardiff University, UK.

Nama penginapan dan alamat:

Ville Ellen-Maria.
Calle marbella 1219,
Pinos de Alhaurin
Alhaurin de la Torre
29130 Spain.

Kos perbelelanjaan: 3 orang = 1230 pounds. 1230 pound * 5.35 = RM6568.20. Seorang RM 2189.40.


Komentar -

Wah, he's an accountant too! They, both of my parents, cant shake the habit of converting pound/euro to ringgit malaysia, which is scary. You won't eat or buy things out of fear of wasting money. I teach them to just enjoy it, money won't be a problem (ceh, cakap macam orang kaya).

Today is a tiring day, a day journey is always tiring. Alhamdulillah both of them are healthy at this time. I haven't realise this rezk and nikmat until now, silly me. Alhamdulillah, ya Allah swt. Alhamdulillah.

I am contemplating of visiting his grave today. I still feel this is unreal, he is there, out there, somewhere. Imagine the feeling of an orphan, or worse, the child from a broken family, where his/her father is gone, without knowing where they are.

Huh.

I miss him. Abah, I miss you, very very very much. Al-fatihah to Haji Marwan Bin Saliman/ Binti Gemi.





Sunday 26 June 2011

CATATAN ABAH - DAY 6 DINNER AT UST MAZLEE'S PLACE

*Idok le teman pasti depe bincang pasei ape, udoh intellect jumpe intellect, politik le, ekonomi le, rakan-rakan di UIA le, perjuangan le, teman lebih berminat dengan kuih muih*






Salams,

Bismillahir-Rahman nir-Rahiim,

Allahuma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad, Wa'ala ali Saiyyidina Muhammad.


Saudara saudari yang ku kasihi sekalian. Semoga hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidup kita. Apa keajaiban yang anda lakukan untuk orang lain hari ini? Memberikan senyuman yang maha ikhlas untuknya? Memberikan pemberian dari sesuatu yang sangat anda cintai? Memberikan hati anda yang cantik itu? Atau mendoakan ia supaya hidup bahagia di dunia dan di akhirat?

Lakukan lah.

Disini saya persembahkan catatan Arwah Abah pada hari ke-6.

________________________________________________________


Hari ini tiada apa-apa rancangan nak keluar. Duduk rumah tengok TV dan tido.

7 Malam
Ustaz Mazlee (ambil PhD dalam politik di Durham University) dan isterinya juga ambil PhD - ajak makan malam di rumahnya tidak jauh dari rumah Akak cuma bukan di deretan yang sama.

Makan mee muar, laksa perlis dan kuih bengka tepung.

Cerita-cerita latar belakang persokolahan di Sekolah High Science JB lepas tingkatan 3 , masuk Maahad dan ke University di Jordan. Jadi Pensyarah di UIA dalam bidang feqah. Beliau ketua Persatuan Pelajar Islam Durham. Dia kata masa musim panas dibolehkan solat jamak Maghrib dan Isya' sebab tak tahu sebenarnya masuk Isya' (Komentar - waktu isya' tidak jelas ). Beliau akan dipanggil oleh Majlis Bandaran untuk beri ucapan dan bacaan al-Quran di Durham Cathedral (gereja) pada bulan Mei ini bersama dengan wakil-wakil agama lain.

Beliau kata desakan pelajar-pelajar Islam membolehkan pihak Durham University memberi tempat sebuah bangunan 2 tingkat untuk pelajar solat dan solat Jumaat.

Beliau kata setiap pagi minggu ada jualan murah yang dipanggil 'carboot. Beliau baru balik dari Sunderland untuk beli barang-barang terpakai ini.


8.30 malam
Balik rumah (kira-kira 50m). Solat Maghrib dan Isya' .

Tengok TV, mak dan akak kemas-kemas nak ke Spain esok.

Tido.



Komentar -

I know that today is an unproductive day, mainly it is because that I want them to have enough rest for a 6-days trip to Spain starting tomorrow. I want to bring them to the carboot in Seaham, but alas, the situation hasn't permitted me to rent a car, and most of my friends used their cars for their own private purposes. But actually, I want to have a lazy Sunday. Perhaps he doesn't write it here, but he always remarks that our little village is quite charming, perhaps a hint to take a walk? But I'm afraid of the dogs.

:)

I'm recovering. I'll meet him, insyaAllah, that's the reality. But I want to meet him in my best condition, which I need to improve my Imaan, and do many many good deeds with the best intentions.

Missing him? More than you know. But I know that many people are suffering more than me. To those who are - I heart thee.

And ya Allah, alhamdulillah hiRobbul 'Alamin, for giving me these abundance rezk. Alhamdulillah. You are, indeed, the Most Kind. The Most Giving.

"Adapun terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebutnya (Adh-Dhuha -93:11).


 








Friday 24 June 2011

CATATAN ABAH - DAY 5 NEWCASTLE


Assalamualaikum,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim.

Salam Pencinta Kebaikan, semoga kebaikan dari Tuhan itu sentiasa datang menghampirimu, memelukmu, melindungimu dari segala kejahatan. Salam Pencinta Kebenaran, moga segala kebenaran itu tetap bertapa didadamu. Salam Pencinta Keajaiban, moga segala keajaiban itu selalu berlaku di dalam hidupmu, setiap masa dan ketika, lebih-lebih lagi di dalam raja segala bulan ini.

Saya persembahkan kepada kalian catatan dari Arwah Abah untuk hari kelima.


DAY 5 2/5/09 Sabtu

Hari ini pelan untuk ke Newcastle. Bandar terbesar di bahagian utara england.

9.00 pagi
Pagi minum pagi di rumah Tengku Adlina. Makan roti dan bihun berkuah.

10 pagi
Akak pinjam kereta kawan (isterinya orang perak, rumah awam pekan baru TI). Suami isteri ambil PhD. Akak pandu kereta jenis Honda -auto. Suami nama Nasaruddin.

Melalui highway Durham ke Newcastle. Parking kereta di Metro Centre (Green Mall). Banyk kedai beli belah. Naik bus ke Newcastle.

Sampai di pusat bandar. Ramai orang muda-mudi di medan Square (atau padang). Ambil hambar termasuk Stadium Newcastle. Kemudian naik bas ke ke Jambatan tergantung si sungai (?). banyak ambil gambar di sekeliling sungai ini. Sebelum ke jambatan, minum coffee di Starbuck Stall dan makan roti yang dibekalkan oleh Tengku Adlina (roti telur rebus).


4.30 petang
Naik bas dari town centre ke Metrocentre (Green Mall) - bus di sini boleh diturunkan bahagian depan kiri ronda supaya sama tinggi dengan tebing kaki lima untuk orang mudah masuk bas (tak ada tangga bas). Bahagian belakang dalam bas tempat duduknya lebih tinggi dan tempat picit untuk turun di tiang bahagian tengah dalam bas.

Sampai di Green Mall tengok-tengok kedai-kedai jualan - beli bag for 'hand luggage'.

6 petang
Sampai rumah (Bowburn)

7.30 malam
En. Nasaruddin dan Puan Zarina Baharuddin Zamani ajak makan malam di rumahnya - makan nasi, ayam kari dan ikan goreng, pecal.

Malam tido.



Komentar

We spend a short time in Newcastle, as there isn't much to see. He's into museums, arts and history but I have no idea where the museum is in Newcastle, being a much more ardent shopper than a tourist.

Thank you so much for your kindness, Kak Lin and Kak Zarina.

I miss you Father, we were in Sabak Bernam yesterday and having a late lunch in your favourite shop. I wish you were here. To listen to your stories about your childhood spent in Sabak Bernam. Al- Fatihah to Haji Marwan Bin Saliman.








Wednesday 22 June 2011

CATATAN ABAH - DAY 3 & 4 BOWBURN & DURHAM

* Depan Bowburn Library. Saya tidak pernah meminjam buku disini. Shame on me*



*The famous Durham Cathedral. They refused to get inside, on the religious ground*






Salams,

Here I present what my late Dad wrote on our third and fourth days journey in Europe.

________________________________________________________

DAY 3 30/4/09 Khamis


2.30 pagi
Bangun Subuh - solat.


5.30 pagi
Akak masak nasi - makan. Ada ayam yang dimasak oleh kawan Akak. Sambung tidur lagi. (komentar - Abah tidak makan semasa sampai dirumah. Logik lah kelaparan pada pukul 5.30 pagi ini).

11.30 pagi
Makan nasi lagi.

1.30 petang
Solat Zuhur -Asar. Tidur lagi. Hari ini aktiviti tidur sebab keletihan/jetlag.

8.30 malam
Masuk waktu Maghrib. Solat Jema'ah lagi. Makan malam. Tidur lagi.

2.30 pagi
Waktu Subuh (Baca surah Sajadah dan Insan).



DAY 4 1/5/09 JUMAAT

Program tidur lagi. Penat tak hilang lagi.

6.00 pagi
Sarapan pagi

10 pagi
Makan nasi.

12 tengahari
Keluar bertiga jalan kaki dari rumah ke tempat tunggu bas untuk pergi solat Jumaat di bandar Durham. Dekat tempat tunggu bas jumpa kawan akak (Fauzi) dengan anaknya balik sekolah. Dia pelawa naik keretanya. So kita balik semula rumah.

1 petang
Emak dan Akak naik kereta Fauzi, manakala saya naik kereta depan rumah (juga pelajar malaysia) dengan seorang lagi kawan untuk ke Durham solat Jumaat. Sebuah rumah dua tingkat dijadikan surau untuk solat Jumaat. Khutbah dalam bahasa Ingeris dan ada 200+ orang jemaah. Majoriti jemaah orang Pakistan dan timur tengah.

Lepas solat kita jalan kaki ronda bandar Durham. Bangunan lama-lama 2 tingkat. Lalu sebahagian University Durham. Ada sungai - ada cruise lalu bawah ramai orang menyusur sungai.

Melawat gereja bangunan lama seperti di Rome dan masuk laman Castle zaman dahulu, malangnya tak boleh masuk. Then ronda lagi ke shopping complex. Minum teh sebab perut senak. Hujan renyai. Tiada kedai makanan halal disini.

Akak masukkan sebahagian wang yang kami bawa di bank dan tukar ke Euro untuk Euro500.

Pergi stesen bas - canggih. Infrastructure berkomputer. Tambang bayar pada driver juga ada printer (komentar - tiket keluar pada mesin). Sampai rumah Bowburn jam 6 petang.

Jumpa Ustaz Mazlee ajak usrah rumah jiran jam 8 malam, tapi letih sangat.

8 malam
Makan nasi. Aktiviti - tido.


Komentar
This is only a short writing. Notice that the sentences wrote are never full. He noticed things that I wasn't - worse - took for granted. The thing happened that scared me on the 4th day was he suddenly stop walking and sitting, telling us that he wasn't well. That was why we had tea. And curse me, I didn't even know the existence of Kebab Halal shop, as I never explore the other side of the town. Otherwise, we will never visit the tea shop.

Durham was wet on that day, I suspected that he was really cold, that was why he was having a stomachache. My wild guess.

I miss him, so much until it hurts like hell. My dad, my only dad. Please send al-Fatihah to Haji Marwan bin Saliman.







Tuesday 21 June 2011

CATATAN ABAH - DAY 1 & 2 LCCT, STANSTED & NEWCASTLE

Di Stansted Airport



Di LCCT le agoknye, teman tak perghnoh pegi




Salams kasih,

Moga-moga kita tetap berada di jalan-Nya. Meskipun pahit untuk tetap berada di jalan-Nya, saya doakan kita sama-sama tetap melangkah, biar mungkin terpaksa mengesot, atau merangkak, tetaplah kedua belah kakimu, sahabat, biarkan magis doa-doa kita berterbangan di angkasa raya.

Di bawah ini, saya persembahkan catatan Arwah Abah semasa kami mengembara ke serata Europe sepanjang 43 hari, semoga ada manafaatnya kepada para pembaca. In a way, I'm so blessed with this amazing rezk. In many ways.


______________________________________________________


DAY 1 28/4/09 Selasa

Teluk Intan to KL

4.00 petang
Bertolak dari TI ke KL. Abang memandu AFA bersama kami berdua dan Amin. Singgah di Bandar Baru TI ambil baju sejuk dan teruskan perjalanan. Singgah R&R Ulu Bernam untuk solat asar dan rihat minum (rihat? bahasa lama :) ).

6.00 petang
Meneruskan perjalanan ke KL. Singgah di Jalan Masjid India KL untuk tukar wang RM ke Pound tapi semua kedai money changer kehabisan wang pound. Amik Yol di KL Central (dtg dari Serawak nak bagi camera). Tukar wang di 3 buah kedai money changer (1 bank Maybank) tapi tak dapat penuh. Singgah di Mid Valley tukar wang pound. Dinner di Kinrara (kedai).

11 malam
Tidur di rumah Kinrara.




DAY 2 29/4/09 Rabu

5.30 pagi
Bertolak ke LCCT, Abang drive lagi dan Yol & Amin pergi sama.

6.15 pagi
Sampai LCCT, counter belum buka lagi. Solat Subuh dulu.

7.15 pagi
Check-In bagasi. Then minum pagi di restoren Asian Ford LCCT (makan nasi lemak RM9 per plate).

9.30 pagi
Masuk untuk menunggu.

9.50 pagi
Fly to Stansted. Dapat duduk di tengah. 13 jam on board. Dapat lunch yang telah ditempah oleh Ajit. Dapat makan nasi beriani + ayam. 3 jam sebelum mendarat dapat makan lagi - "Nasi Lemak Pak Nasir". Ada order Nescafe ketika di udara. 13 jam on board amat membosankan. 4 kali ke tandas untuk 'move' dari kekejangan.

11 malam
Sampai di Stansted Airport (4 petang waktu tempatan). Cerah lagi, akak dah tunggu kat airport. Masih 29hb lagi.Alhamdulillah di Airport tak ada masalah. Clear tak dibuka beg oleh pegawai2. Minum Capucino di Airport. Tak ada tempat solat.


6 petang
Check In

7.30 malam
Masuk untuk fly to Newcastle.

7.50 malam
Fly with Easyjet.

8.50 malam
Sampai di Newcastle Airport. Kawan akak dah tunggu, dia ada merc bawa kita balik terus ke Bowburn, waktu dah gelap.30+ minit perjalanan sampailah rumah akak melalui bandar Durham. Rumah teres 2 tingkat - 4 bilik. Ada 2 kawan akak tunggu dirumah. 1 orang Brunai dan 1 lagi tumpang tidur dari rumah lain (juga belajar di durham). letih sangat. Lepas solat terus tidur keletihan. Bilik ada heater, cuaca 11-10 darjah Celcius.



Komentar -

I remember everything that happens on that day. What I remember most is the hug from my Father. Strong, warm, and I nearly cry. They look really happy, anticipate the happy journey ahead.

I miss you Father, Al-Fatihah.


Lupa plok nak kabo. Ayah Teman ni putih, lagi putih dari Mak. Bayangkan betapa putihnya Arwah Ayah teman ni sebab Mak teman sangat putih. Tapi kulitnya berubah sebab makan satu ubat chemo, tah haper-haper tah namanye. Teman le anak perempuan deme yang paling gelap. Sabo je le.




Monday 20 June 2011

THE UTMOST KIND





Salams,


Syukran for the encouraging words, to live strongly, to accept (redha) and to be grateful and syukr. Many bloggers have made a personal entry about me, and I am really touched. Ya Allah Ya Maha Pengasih, please grace your unbounded blessings to these friends and strangers.

Yesterday, I was deeply, extremely sad.

It really hurts, until now, and to be honest, I'm not good. Not good at all. Broken, all over the places.

Tetapi, sahabat-sahabat yang dimuliakan, sudah ku khabarkan bahawa Allah itu Maha Baik? The Utmost Kind. Kerana hiburan yang dihantarkan kepada saya bukan calang-calang nilainya. yang membuatkan saya begitu humble sekali, dan mengutuk diri sendiri yang tidak pernah berasa syukur dalam erti kata sebenar.

Saya ditegur oleh rakan lama semalam. Dia, yang mengerti bahawa peritnya erti kehilangan. Dia, yang mengetahui bahawa luka saya, akan mengambil masa yang panjang untuk sembuh.

Dia, the only child.

Dia, who lost a mother at the tender age of 16.

Dia, who has a severe relationship with a daddy.

Dia, yang masih 'sane', and still able to smile.

Dia, yang masih solat, tunduk mengadap Allah swt dan memohon keampunan untuk ibunya.



Seharusnya saya patut lebih kuat dari dia.


Alfatihah- to my late dad, to all deceased muslimin and muslimat, mukminin and mukminat.



Thursday 2 June 2011

AL-FATIHAH TO ABAH HAJI MARWAN

Salams,

This will be my last entry.

Dari dahulu lagi saya sudah mau menutup blog ini, atas sebab-sebab kecil. Tetapi ya, kali ini, saya sedar, saya sudah tidak akan mampu menulis lagi. Mungkin jua saya akan kembali ke dunia blog, insyaAllah, di masa akan datang. Mungkin.

Abah saya bertemu Rabbul Izzati pada 1/6/ 2011. Bermula dari kemasukan di dalam wad kecemasan, dan di pindahkan di ward biasa, dan kemudiannya ke ICU Hospital Ampang. Dan di sepanjang masa, tidak putus-putus air mata dan doa. Terutamanya ketika beliau berada di dalam ICU. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa beliau, yang tidak bisa saya tuliskan disini.

Hari terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, kondisinya sangat bagus berbanding hari pertama di ICU. Saya sampai percaya yang beliau akan dipindahkan ke ward biasa, dan mula merancang untuk pulang ke rumah di kampung atas beberapa urusan penting.

How wrong I am, or was.

Ketika saya melawat Abah pada tenghari itu, luruh air mata saya melihat keadaannya yang nazak. MasyaAllah. Kalimah tauhid tidak putus-putus saya bisikkan di telinga.

Dan pada saat-saat akhir Abah? Siapa bisa melihat ayah sendiri menghembuskan nafas terakhir?

Saya kira, saya tidak akan pernah bersedia menghadapi ujian ini. Pernah jua saya berniat, biarlah Abah pergi semasa saya di luar negara, supaya saya tidak menghadapi segala pengalaman ngeri ini.

Ya, ngeri sekali melihat orang-orang yang anda paling cintai menghadapi sakratul maut. Berat, sangat berat. Entah kenapa setiap kali saya datang melawat, Abah akan memberikan respon yang lebih. Tangannya yang saya genggam akan diangkat-angkatnya. Pehanya jua. Abah jua akan cuba bercakap-cakap dengan saya, sayang tiub di mulut tidak mengizinkan. Matanya akan terbuka memandang saya, sambil berkedip-kedip. Padahal dengan adik saya, cuma tangannya sahaja yang akan bergerak-gerak. Dan semasa di ward kecemasan dan di ward surgery, hanya meraung sahaja yang Abah saya lakukan, sakit perut yang teramat sangat. "Kakak, sakit Kak."

Tahu apa rasanya, saudara saudari sekalian, melihat Abah di dalam kondisi tersebut? Mendengar raungan itu?

Tahukah kalian bahawa saya serasa mahu gila melihat Abah begitu?

Dan saya sudah merancang, sehabis talkin dibacakan, saya mahu ke KLIA dan pergi ke London, atau Istanbul, supaya segala kenangan yang teramat pahit ini dapat, setidak-tidaknya, saya lupakan.

Percayalah saudara-saudari sekalia, saya tidak sekuat yang kalian sangka kan.

Saya berasa teramat benci dengan kehidupan saya.

Cuma ada satu peristiwa yang menyelamat saya dari menjadi separuh gila. Ya, Tuhan itu, Amat Baik. Maha Baik. Jenazah Abah sangat lembut, Abah tersenyum gembira dan dahinya berpeluh. Semasa saya mencium dahinya buat kali terakhir, dahinya basah walaupun sudah di lap berkali-kali. Dan semasa tangan saya mengelus lembut dahi Abah sebelum jenazah di turunkan ke liang lahad, dahinya masih basah.

Dan itu adalah tanda-tanda mati di dalam Husnul Khotimah, insyaAllah.

Saya cuma punya Tuhan yang akan menjaga Abah saya di alam barzah. Cuma punya Allah Yang Maha Pengasih untuk menerima taubat Abah dan Maha Baik untuk tidak menyeksanya disana.

Kubur Abah bersebelahan dengan kubur Nenek. Petang tadi, saya melawat kedua-duanya. InsyaAllah pasti bahagia mereka disana. Sudahkah mereka berjumpa dengan Rasulullah saw yang mulia itu?

Walaubagaimanapun, saya rasa, ini mimpi belaka. Adik kata saya menjerit-jerit di hospital, melihat kereta sorong mayat. Saya tidak sedar, atau mungkin separa sedar. Alhamdulillah, saya masih waras lagi. Cuma mungkin rasa hidup ini kosong, sekosong-kosongnya. Berilah saya masa 3 hari berkabung, dan insyaAllah.

Ramai bangat kawan-kawan Abah yang datang melawat, memandikan dan menyembahyangkan jenazah Abah. Ramai sekali kawan-kawan Abah yang menangis ketika melihat wajah Abah. Ketika di surau, adik kata, sewaktu doa seusai solat subuh, ramai sekali yang merah mata. MasyaAllah, SubhanAllah. Ramai sekali yang menyayangi Abah.

Akhir sekali, syukran tidak terhingga kepada ucapan takziah dari rakan-rakan di Durham dan di mana-mana. Doa kalian amat kami butuhkan. Please, send al-Fatihah to my arwah Abah, Haji Marwan B. Saliman / Binti Gemi.

Abah, I miss you so, so, so much. It's really hurt, really really hurt, when you are not around anymore.

I love you very much.

Kepada pembaca sekalian, syukran kerana sudi membaca tulisan saya selama ini. Saya doakan kalian tetap berusaha untuk berada di Sirotol Mustaqim, insyaAllah.

Salam sayang.