Tuesday, 13 April 2010

Wahai Perempuan, lihatlah Anak Syu’aib itu.

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,

In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

I have a lot to do before a day after tomorrow. And I would like the readers to read the below article penned by Hilal Asyraf, SubhanAllah, one of the best posts I've ever read. I hope to Allah swt that He rewards him more than we could imagine, and I pray to Allah swt that we, the readers and me, have His guidance and protection, 'till to end.

Must dash!
Love always.





Langit Ilahi Rotating Header Image

Perkongsian: Wahai Perempuan, lihatlah Anak Syu’aib itu.

Malulah, seperti malunya Anak Syuaib AS ~ Picture by yip87

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS ~ Picture by yip87

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin.

Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu’aib. Selama ini saya sudah tahu akan kisahnya, tetapi semalam saya mendengar dengan penjelasan yang sangat-sangat mendalam, mencucuk, dan memberikan kesan dalam jiwa saya.

Moga keluarga perempuan saya, bakal isteri dan anak-anak saya, semuanya Allah kurniakan sifat malu yang ada pada Anak Syu’aib. Sememangnya sifat malunya, perlu dicontohi perempuan yang ada.

Lelaki juga, apa salahnya mengambil pengajaran daripadanya.


Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

“Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.

Sifat malu yang sangat tinggi

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundag kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.

Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

“Mengapa dengan kamu berdua?”

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –

Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –

Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.

Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.

Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”

“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.

Bagaimana kita hari ini?

Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?

Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’ain mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.

Adakah kita mencontohi?

Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.

Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?

Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu’aib

Huraian ini diceritakan oleh pensyarah Hadith saya semester ini, Dr Samirah Tohir. Semasa dia menceritakan cerita ini, saya tak henti-henti tersengih. Entah kenapa, saya terbayang-bayangkan wanita yang mempunyai sifat malu seperti ini.

Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjagana anak-anak perempuan Syu’aib.

Semestinya, anak-anak perempuan Syu’aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu’aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu’aib itu kepada perempuan hari ini.

Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini.

Selembut rebung, sekeras buluh

Bismillah hir-Rahman nir-Rahim,

Entri kali ini dicedok dari Balqis, semoga pahala melimpah ruah untuk sang penulis, sang pembaca dan sang 'pengcopy', :)

Must dash!
Love always.

__________________________________________________________________________


Benar, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lembut dan mudah dibentuk. Setelah menjadi buluh, bikinan apa pun, payah mahu dibentur, melainkan ditetak, diambil jualah dibuat meriam. Pun begitu teman, beritahu padaku, benar payahkah melentur setelah rebung keras menjadi buluh?

Ada sebuah kisah berharga dipetik dari hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, At-Tirmidzi dan An-Nasai’ yang bisa dikongsi dan diambil pelajaran bersama. Kisahnya begini...

Al-Ghamidiyyah adalah sosok wanita sahabat yang hidup di Madinah dan bersuami dengan lelaki sahabat. Bayangkan, ia belajar Al-Qur’an dengan kedua telinganya dari lisan Rasulullah SAW, berIslam di tangan Nabi SAW dan hidup di Madinah. Setelah semua itu, ia berzina. Bayangkanlah!

Ia berzina, tetapi ia punya keinginan bertaubat, maka ia pergi kepada Rasul SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, aku telah berzina, dan kini aku sedang hamil. Sucikanlah aku, ya Rasulullah.”

(Perhatikanlah kalimat “Sucikanlah aku, ya Rasulullah!” Lihatlah yang dosa mereka menguasai hati dan fikiran mereka selama puluhan tahun. Al-Ghamidiyyah sekali berbuat salah, tetapi ia ingin bertaubat.)

Rasulullah SAW bersabda, “Pergilah sampai anakmu lahir, lalu datanglah kepadaku!”

(Apakah kita tahu, apa yang akan diperoleh penzina yang bersuami? Hukum rejam sampai mati! Ia menjadi tercemar, suaminya menjadi tahu dan keluarganya pun tahu. Tetapi menyucikan diri lebih utama)

Kemudian Al-Ghamidiyyah kembali setelah sembilan bulan. Keinginan taubat di hatinya masih membara. Ia hanya mendengar beberapa kalimat dari Rasulullah SAW.)

Setelah sembilan bulan ia datang sambil membawa anak kecil seraya berkata, “Sucikanlah aku, ya Rasulullah.” Rasulullah bersabda, “Pergilah hingga kau menyapihnya.”

(Apakah masuk akal? Ia akan menunggu dua tahun setelah menunggu sembilan bulan? Ia akan menunggu dan ia hanya berfikir, “Aku ingin menyucikan diri.” Hal ini tidak sesuai dengan kondisi kita, kerana hukum hudud tidak ditegakkan, sehingga taubat hanya dilaksanakan dengan tiga hal – menyesal, menghentikan dan bertekad kuat untuk tidak akan mengulanginya.)

Setelah dua tahun, ia melihat anaknya sudah mahu memegang roti, maka segera ia mengerti bahawa anaknya sudah mampu disapih, iapun datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, “Bunuh dan sucikanlah aku.” Rasulullah bersabda, “Berikan anak itu.”

(Siapa yang lebih mahal, anak atau ibu? Anak itupun diambil, tetapi lihatlah pada masyarakat ketika itu yang mempunyai ukhuwwah yang mantap. Apa yang mereka katakan kepada anak tersebut? Adakah anak penzina? Tidak! Orang Islam tidak akan mengatakan pada anak mereka dengan perkataan itu.)

Rasulullah SAW mengangkat anak itu, lalu berkata, “Siapa yang mahu menjamin anak ini, ia akan menjadi pendampingku di Syurga!” Anak itupun diambil dan Al-Ghamidiyyah pun direjam.

(Ia adalah seorang wanita, yang kalau sahaja ia lari daripada batu tentu mereka akan meninggalkannya.)

Al-Ghamidiyyah pun dibelenggu hingga mati. Lalu Nabi SAW berdiri untuk melakukan solat (jenazah), maka ‘Umar pun berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Anda akan mensolatkan dia sedangkan dia itu penzina?” Nabi SAW bersabda sambil marah, “Celaka kau ‘Umar, ia telah bertaubat dengan taubat yang kalau dibahagi-bahagi kepada 70 orang penduduk Madinah tentu akan mencukupi mereka. Apakah kau pernah melihat taubat yang lebih baik dari mendermakan jiwanya kepada Allah?”

(Kisah ini beserta komentar tambahannya adalah sebagaimana yang telah dipaparkan oleh Sheikh Amru Khalid di dalam bukunya “Islahul Qulub”.)

Lihatlah betapa hebat dan mantapnya taubat Al-Ghamidiyyah tersebut, tidak berpaling sedikitpun, malah terus-terusan berusaha untuk membersihkan dirinya. Allahuakbar...

Teman, fitrah manusia itu sangat-sangat mahu kepada kebaikan. Berlarilah sejauh mana pun bersama kejahatan, kau pasti tetap akan tiba di garis permulaan tempat kau mula menapaki pelarian. Erti kehidupan itu teman, terletak pada satu tujuan. Dan tujuan itu tidak pernah berbeda dari saat kau dilahirkan hingga menginjak dewasa. Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. (2:207)

Seperti kerasnya buluh, ia masih bisa dibuat bina jambatan atau rakit, menopang kukuh struktur bangunan dan paling terpopular, buat diguna di hari lebaran mengisi beras pulut dan santan dalam balutan daun pisang – iya, namanya lemang. Asal tahu tujuan, InshaAllah bisa teradaptasi menuju destinasi – mencari redha Illahi. Dan teman, biarpun hidayah itu milik Tuhan, jangan pernah lelah berusaha memiliknya jua. Sungguh, belum pernah terlambat untuk bertaubat, biar ditinggal berapa jauh pun kerana bukan masa yang menjadi hitungan, amal yang diredhai jualah menjadi pergantungan. Biar - sedikit mana pun, teman.

Justeru teman, beritahu padaku, benar payahkah melentur setelah rebung keras menjadi buluh?

Entah.

Lenturlah berkali-kali, InshaAllah kan bisa lebih lembut dari rebung nanti.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (Ali 'Imran:134)

"Jangan pernah berubah kerana orang, takut nanti bila kau sudah bosan dengan perubahan itu, kau akan kembali kepada dirimu yang dahulu. Biarlah perubahan itu datang dari hati. Hati yang telah dibersihkan."

Wallahua'lam.



Dalam sela-sela tawa, aku mengharap hadirnya basah mata,

Monday, 12 April 2010

DISCRETION IS ADVISED

Bismillah hir-rahman nir-Rahim,

I've written this post years ago, and I reproduce it here because it exactly mirrors what I feel right now. This post contains some unsuitable languages, therefore, reader discretion is advised. Parental guidance is a must, and *biting my finger* well, I do not think it is suitable for you guys anyway. In fact, dont read it. All damages are your own responsibility.

Must dash!
Love always.
_________________________________________________________________________

In my trying journey to finish one of the volumes of economics of migration, I feel dizzy. Here I am, unbelievably forcing my brain to meet my intellectual obligation, trying hard to not abandon my academic responsibility, then BOOM, my stomach takes over.

Ever hear about Siapa Makan Cili, Dia Terasa Pedasnya? I’m the one who have eaten the chilis. Even I know my lower tolerance of hot food, my curiosity of what is the nasi goreng cili padi UK cooked by Putri taste like triumph. I’m not like my mother, and my other best friends, who love hot food. I can’t barely eat it, I do not know why, I should be able to consume it, since Minangkabau is in my blood. And now every nerves and veins in my body is screaming for being abused.

Perhaps I’m more like a Briton then!

Some people say we can judge people by the type of food that they like- clustering people according to their preferences criteria. Food has become an industry - a rich industry indeed. Thousands papers have ever written on it, countless students study how to be great chefs, no movie film fails to include this element, many scholars attempt to learn it in different angles – be it social, economics, politic, history, crime, science and health.

But I find it amusing, almost with a cynical tragedy, that the world can truly be divided into three categories- the filthy rich and wealthy who have enormous bellies that never know the meaning of scarcity, the skinny anorexics who starving themselves – slaves to a superficial concept of beauty, and the skeletal who have no choice but to fasting, because of the extreme poverty and famine. Face this – everyday, almost 16,000 children die from hunger-related causes – one child every five seconds.

Damn the globalization that destroys people more than they can realize, damn the stupid politicians who put their bellies need above all, damn the entrepreneurs who savour the neoclassical concept of profit-maximization. Damn you, Adam Smith, and you Keynes – who had introduced the concept of greedy government interventions, and you above all Ravenstein, who proposed that emigration was absolute in need to achieve economics prosperity – which led to colonialism.

Damn the chilis who make me feel edgy tonight.

Friday, 26 February 2010





1
Just believe. Just breathe. Just.


2
Fly above the clouds. The star is waiting.


3
A survivor. A warrior. A.


4
The light is given. A happiness is chased. A tear is dropped. Dont.


5
It might all be gone. It might stay. It might be the best.


6
Look, the sun comes out.

Sunday, 14 February 2010

NUMEROUS NIKMAT

Funny isn’t it, how listening to some songs will transport you into the unbelievably melancholic state and inevitably inviting you to think the saddest tragedies enveloping the current world.

The higher divorce rates resulting from the implementation of endogenous growth theories that view human capital is the utmost importance in generating sustainable economic prosperity thus encourage higher female labour force participation.

Unending domestic violence, in which it stems from the incomprehensible reasons, and the lack of women protection from the state.

Unnecessarily wars and casualties of the innocence.

Child sex tourism, along with the child prostitution, pornography and sex trafficking, is especially prevalent in Asia and Central and South America.

9 out of 10 children in Sub-Saharan Africa are living with HIV.

Famines resulted from the World Bank’s stricture of preventing governments, in particular Third World countries, to subsidize their farmers.

25,000 children die every day due to poverty.

Corruptions that lead to massive amount of nation’s treasures being stolen by the perverted leaders.

The absolute injustice that makes me puke.

And it humbles me that I am being blessed by numerous nikmat.

Tuesday, 10 November 2009

PENGEMIS DAN DOSA NEGARA

Salaams,

Bismillahir-Rahman nir-Rahim,

Buat kamu yang dimuliakan, moga Redha Allah swt itu menjadi milik kamu hari ini.

Ini saya copet dari Blog Liputan 6, ah, mahu menulis tajuk ini dengan baik belum mampu lagi. Topic ini sangat dekat dengan hati saya. Bahkan, melebihi dari segala-galanya.

Menurut Ketua MUI Sumenep KH Syafraji mengemis akan menjadikan diri hina dan merugikan orang lain. “Islam sudah secara tegas melarang kegiatan mengemis karena termasuk bermalas-malasan,” paparnya.

Ini fatwa yang dikeluarkan oleh negara jiran kita (malas bangat kamu ini Nur, mahu meng'google' fatwa mengemis di Malaysia?). Tapi ini bukan soalnya, yang mahu saya bicarakan ialah tentang dosa negara.

Selama kesejahteraan tak bisa diwujudkan negara, akan selalu ada pengemis. Kesejahteraan itu luas maknanya, mencakupi segala-galanya, tapi paling utama adalah keperluan jasmani. Nah, ini peranannya kerajaan yang ditubuhkan. Bukan semata-mata untuk menjadikan bangsa kita sebagai bangsa terhormat, termulia dan termaju di dunia, bahkan harus memperhatikan tentang perut rakyatnya dahulu.

Bagaimana mahu membina negara, walhal kemiskinan adalah musuh utama? Dosa kerajaan kepada rakyat itu adalah dengan tidak memberikan dan menyediakan peluang-peluang pekerjaaan. Yang hanya pemimpin-pemimpin zalim itu kira, kekayaan negara harus menjadi kekayan peribadi. Kemiskinan itu, adalah masalah paling utama perlu diselesaikan. Bukan pertelingkahan antara parti, bukan persengketaan antara mazhab, bahkan bukan pula tentang ketidakcukupan masjid dan surau2! Ah pembaca yang dimuliakan, negara kita itu, kaya bangat! Tetapi, ada yang menerima pingat darjah kebesaran negara, ada pula yang menadah tangan mengemis seringgit dua? Sungguh ngga masuk akal sekali negara ku ini.

Mengapa Islam sangat memperhatikan tentang kepentingan memberi makan? Kerana itu adalah keperluan nombor wahid. Kerana kepala bisa bengong jikalau perut mu kosong. Saya berani jamin, pembaca-pembaca sekalian ini tidak pernah mengalami kelaparan,bahkan ngga pernah menjiwai istilah kebuluran. Bahkan dalam Al-Quran itu, banyak sekali ayat-ayat yang menganjurkan memberi makan.

Cukuplah ayat Tuhan Yang Maha Mulia ini menjadi peringatan:

“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak Yatim, dan tidak mengajurkan memberi makan orang MISKIN" (QS 107:7).

Dan ini adalah rintihan para penghuni neraka:

“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin." ( Al-Mudatsir ayat 42-44).

Masih ada esok hari untuk kita bersedekah bukan? :) Tapi di Durham ini, siapa pula muslim yang miskin?

Salam Sayang.

Friday, 21 August 2009

ABU DZAR AL-GHIFARI : Tokoh gerakan hidup sederhana

TOKOH GERAKAN HIDUP SEDERHANA

Ia datang ke Mekah terhuyung-huyung letih tetapi matanya bersinar bahagia…..Memang, sulitnya perjalanan dan panasnya telah menyengat badannya dengan rasa sakit udara padang pasir dan lelah, tetapi tujuan yang hendak dicapainya telah meringankan penderitaan dan meniupkan semangat serta rasa gembira dalam jiwanya. Ia memasuki kota dengan menyamar seolah-olah ia seorang yang hendak melakukan thawaf keliling berhala-berhala besar di Ka’bah atau seolah-olah musafir yang sesat dalam perjalanan atau lebih tepat orang yang telah menempuh jarak amat jauh, yang merlukan istirahat dan manambah perbekalan. Padahal seandainya orang-orang Mekah mengetahui babwa kedatangannya itu untuk menemui Muhammad dan mendengar keterangannya, pastilah mereka akan membunuhnya!

Tetapi ia tak perduli akan dibunuh asal saja setelah melintasi padang pasir luas, ia dapat menjumpai laki-laki yang dicarinya dan menyatakan iman kepadanya. Kebenaran dan da’wah yang diberikan Muhammad dapat memuaskan hatinya. Ia terus melangkah sambil memasang telinga, dan setiap didengarnya orang memperkatakan Muhammad , ia pun mendekat dan menyimak dengan hati-hati; hingga dari cerita yang tersebar di sana-sini, diperolehnya petunjuk yang dapat menunjukkan tempat persembunyian Muhammad , dan mempertemukannya dengan beliau.

Di pagi suatu hari ia pergi ke tempat itu, didapatinya Muhammad sedang duduk seorang diri. Didekatinya Rasulullah, katanya: “Selamat pagi wahai kawan sebangsa!” “Alaikum salam, wahai shahabat”, ujar Rasulullah. Kata Abu Dzar: “Bacakanlah kepadaku hasil gubahan anda!” “Ia bukan sya’ir hingga dapat digubah, tetapi adalah Al Quran yang mulia!”, Ujar Rasulullah. dibacakanlah oleh Rasulullah, sedang Abu Dzar mendengarkan dengan penuh perhatian, hingga tidak berselang lama iapun berseru: “Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh”. Anda dari mana, saudara sebangsa?”, tanya rasulullah. “Dari Ghitar”, ujarnya. Maka terbukalah senyum lebar di kedua bibir Rasulullah, sementara wajahnja diliputi rasa kagum dan ta’jub. Abu dzar tersenyum pula, karena ia mengetahui rasa terpendam di balik rasa kagum Rasulullah demi mendengar bahwa orang yang telah mengaku Islam di hadapannya secara terus terang itu, seorang laki-laki dari Ghifar.

Ghifar adalah suatu kabilah atau suku yang tak ada taranya dalam soal menempuh jarak. Mereka jadi tamsil perbandingan dalam melakukan perjalanan yang luar biasa. Malam yang kelam dan gelap gulita tak jadi soal bagi mereka, dan celakalah orang yang kesasar atau jatuh ke tangan kaum Ghifar di waktu malam!

Sekarang, dikala agama Islam yang baru saja lahir dan berjalan sembunyi-sembunyi, mungkinkah ada diantara orang-orang Ghifar itu seorang yang sengaja datang untuk masuk Islam?

Berkatalah Abu Dzar dalam menceritakan sendiri kisah itu: “Maka pandangan Rasulullah pun turun naik, tak putus ta’jub memikirkan tabi’at orang-orang Ghifar, lalu sabdanya : ” Sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada yang disukaiNya…! Benar, Allah menunjuki,siapa yang Ia kehendaki ! Abu dzar salah seorang yang, dikehendaki Allah beroleh petunjuk , orang yang dipilihNya akan mendapat kebaikan Dan memang, Abu Dzar ini seorang yang tajam pengamatannya tentang kebenaran.

Menurut riwayat, ia termasuk salah seorang yang menentang pemujaan berhala di zaman jahiliyah, mempunyai kepercayaan akan Ketuhanan serta iman kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa, maka iapun menyiapkan bekal dan segera mengayunkan langkahnya. Abu Dzar telah masuk Islam tanpa ditunda-tunda lagi….! urutannya dikalangan Muslimin adalah yang kelima atau keenam. Jadi ia telah memeluk agama itu pada hari-hari pertama, bahkan pada saat-saat pertama agama Islam, hingga keIslamannya termasuk dalam barisan terdepan. Ketika ia masuk Islam, Rasulullah masih menyampaikan da’wahnya secara berbisik-bisik. Dibisikkannya kepada Abu Dzar begitupun kepada lima orang lainya yang telah iman kepadanya. Dan bagi Abu Dzar, tak ada yang dapat dilakukannya sekarang selain memendam keimanan itu dalam dada, lalu meninggalkan kota Mekah secara diam-diam dan kembali kepada kaumnya.

Tetapi Abu Dzar yang nama aslinya Jundub bin Junadah, seorang kuat dan revolusioner. Telah menjadi watak dan tabi’atnya menentang kebathilan dimanapun ia berada. Dan sekarang kebathilan itu berada dihadapannya serta disaksikannya dengan kedua matanya sendiri….Batu-batu yang ditembok, yang dibentuk oleh para pemujanya, disembah oleh orang-orang yang menundukkan kepala dan merendahkan akal mereka, dan diseru mereka dengan ucapan yang muluk : Inilah kami , kami datang demi mengikuti titahmu! memang, ia melihat Rasulullah memilih cara bisik-bisik pada hari-hari tersebut, tetapi tidak dapat tidak harus ada suatu teriakan keras yang akan dikumandangkan pemberontak ulung ini sebelum ia pergi.

Baru saja masuk Islam, ia telah menghadapkan pertanyaan kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa yang saya kerjakan menurut anda?” “Kembalillah kepada kaummu sampai ada perintahku nanti!”, ujar Rasulullah. “Demi Tuhan yang menguasai nyawaku”, kata Abu Dzar pula, “saya takkan kembali sebelum meneriakkan Islam dalam masjid!” Bukankah telah saya katakan kepada kalian…..? Jiwa yang kuat dan revolusioner!

Apakah Abu Dzar pada saat terbukanya alam baru secara gamblang, yang jelas terlukis pada Rasulullah yang diimaninya, serta da’wah yang uraiannya disampaikan dengan lisannya…, apakah pada saat seperti itu ia mampu kembali kepada keluarganya dalam keadaan membisu seribu bahasa ? Sunguh, hal itu diluar kesanggupan dan kemampuannya! Abu Dzar pergi menuju masjidil haram dan menyerukan dengan sekeras-kerasnya suaranya: “Asyhadu Alla ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah”.

Setahu kita, teriakan ini merupakan teriakan pertama tentang Agama Islam yang menentang kesombongan orang-orang Quraisy dan memekakkan telinga mereka…., diserukan oleh seorang perantau asing yang diMekkah tidak mempunyai bangsa, sanak keluarga maupun pembela. Dan sebagai akibatnya, ia mendapat perlakuan dari mereka yang sebetulnya telah dimaklumi akan ditemuinya…. Orang-orang musyrik mengepung dan memukulnya hingga rubuh. Berita mengenai peristiwa yang dialami Abu Dzar itu akhirnya sampai juga kepada paman Nabi, Abbas. Ia segera mendatangi tempat terjadinya peristiwa tersebut, tapi dirasanya ia tidak dapat melepaskan Abu Dzar dari cengkeraman mereka kecuali dengan menggunakan diplomasi halus, maka katanya kepada mereka : “Wahai kaum Quraisy! Anda semua adalah bangsa pedagang yang mau tak mau akan lewat dikampung Bani Ghifar. Dan orang ini salah seorang warganya, bila ia bertindak akan dapat menghasut kaumnya untuk merampok kafilah-kafilahmu nanti!” merekapun sama menyadari hal itu, lalu pergi meninggalkannya.

Tetapi Abu Dzar yang telah mengenyam manisnya penderitaan dalam membela Agama Allah, tak hendak meninggalkan Mekkah sebelum beroleh tambahan dari darma baktinya. Demikianlah pada hari berikutnya, tampak olehnya dua orang wanita sedang thawaf keliling berhala-berhala Usaf dan Na-ilah sambil memohon padanya. Abu Dzar segera berdiri menghadangnya, lalu dihadapan mereka berhala-berhala itu dihina sejadi-jadinya. Kedua wanita itu memekik berteriak, hingga orang-orang gempar dan berdatangan laksana belalang, lalu menghujani Abu Dzar dengan pukulan hingga tak sadarkan diri. Ketika ia siuman, maka yang diserunya tiada lain hanyalah “bahwa tiada Tuhan yang haq diibadahi melainkan Allah, dan bahwa Muhammad itu utusan Allah”.

Maklumlah sudah Rasulullah akan watak dan tabi’at murid barunya yang ulung ini serta keberaniannya yang menakjubkan dalam melawan kebathilan. Hanya sayang saatnya belum lagi tiba, maka diulanginyalah perintah agar dia pulang, sampai bila telah didengarnya nanti Islam lahir terang-terangan ia dapat kembali dan turut mengambil bagian dalam percaturan dan aneka peristiwanya……

Abu Dzar kembali mendapatkan keluarga serta kaumnya dan menetapkan kepada mereka tentang Nabi yang baru diutus Allah, -yang menyeru agar mengabdi kepada Allah Yang Maha Esa dan membimbing mereka supaya berakhlaq mulia. Seorang demi seorang kaumnya masuk Islam; Bahkan usahanya tidak terbatas pada kaumnya semata, tapi dilanjutkannya pada,suku lain – yaitu suku Aslam:-di tengah-tengah mereka: dipancarkan cahaya islam…..

Hari-hari berlalu mengikuti peredaran , Rasulullah telah hijrah ke Madinah dan menetap di sana bersama Kaum Muslimin. Pada suatu hari, suatu barisan panjang yang, terdiri atas para pengendara dan pejalan kaki menuju pinggiran kota, meninggalkan kepulan debu belakang mereka, Kalau bukanlah bunyi suara takbir mereka yang gemuruh tentulah yang melihat akan menyangka mereka itu suatu pasukan tentara musyrik yang hendak menyerang kota. Rombongan besar itu semakin dekat….. lalu masuk ke dalam kota dan menujukan langkah mereka ke masjid Rasulullah dan tempat kediamannya. Ternyata rombongan itu tiada lain dari kabilah-kabilah Ghifar dan Aslam yang dikerahkan semuanya oleh Abu Dzar dan tanpa kecuali telah masuk Islam; laki-laki, perempuan, orang tua, remaja dan anak-anak. Sudah selayaknyalah Rasulullah semakin ta’jub dan kagum!

Belum lama berselang, ia ta’jub ada seorang Iaki-laki dari Ghifar yang menanyakan keislamannya di hadapannya. Sabdanya menunjukkan keta’juban itu: “Sungguh Allah memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya” Maka sekarang yang datang itu adalah seluruh warga Ghifar yang menyatakan keIslaman mereka.

Telah beberapa tahun lamanya mereka menganut Agama itu, semenjak mereka diberi hidayah Allah di tangan Abu Dar. Dan ikut pula bersama mereka suku Aslam. Raksasa garang dan komplotan syetan telah beralih rupa menjadi raksasa kebajikan dan pendukung kebenaran !

Nah, tidaklah sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ?

Rasulullah melayangkan pandangannya kepada wajah-wajah yang berseri-seri, pandangan yang diliputi rasa haru dan cinta kasih. Sambil menoleh kepada suku Ghifar, ia bersabda: ” Suku Ghifar telah di-ghafar — diampuni — oleh Allah.” Kemudian sambil menghadap kepada suku Aslam, sabdanya ” Suku Aslam telah disalam – diterima dengan damai – oleh Allah.” Dan mengenai Abu Dzar, muballigh ulung yang berjiwa bebas dan bercita- cita mulia itu, tidakkah Rasulullah akan menyampaikan ucapan istimewa kepadanya? Tidak pelak lagi, pastilah ganjarannya tidak terhingga, serta ucapan kepadanya dipenuhi berkah! Dan tentulah pada dadanya akan tersemat bintang terfinggi, begitu pun riwayat hidupnya akan penuh dengan medali. Turunan demi turunan serta generasi demi generasi akan berlalu pergi, tetapi manusia akan selalu mengulang-ulang apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. mengenai Abu Dzar ini:• Takhan pernah lagi dijumpai cli bawah langit ini, orang yang lebih bencrr ucapannya dari Abu Dzar …! Kemudian pula: Lebih benarkah ucapannya dari Abu Dzar …?

Sungguh, Rasulullah saw. bagai telah membaca hari depan shahabatnya itu, dan manyimpulkan kesemuanya pada kalimat tersebut. Kebenaran yang disertai keberanian, itulah prinsip hidup Abu Dzar secara keseluruhan! Benar bathinnya, benar pula lahirnya. Benar ‘aqidahnya, benar pula ucapannya. Ia akan menjalani hidupnya secara benar, tidak akan melakukan kekeliruan.

Dan kebenarannya itu bukanlah keutamaan yang bisu, karena bagi Abu Dzar, kebenaran yang bisu bukanlah kebenaran! Yang dikatakan benar ialah menyatakan secara terbuka dan terus terang, yakni menyatakan yang haq dan menentang yang bathil, menyokong yang betul dan menidakkan yang salah. Benar itu kecintaan penuh terhadap yang haq, mengemukakannya secara berani dan melaksanakannya secara terpuji. Dengan penglihatannya yang tajam, bagai menembus ke alam ghaib yang jauh tidak terjangkau atau samudera yang tidak terselami, Rasulullah saw. menampakkan segala kesusahan yang akan dialami oleh Abu Dzar sebagai akibat dari kebenaran dan ketegasannya. Maka selalu dipesankan kepadanya agar melatih diri dengan keshabaran dan tidak terburu nafsu.

Pada suatu hari Rasulullah mengemukakan Irepadanya pertanyaan berikut ini: “Wahai Abu Dzar, bagaimana pendapatmu bila menjumpai para pembesar yang mengambil barang upeti untuk diri mereka pribadi?” Jawab Abu Dzar: “Demi yang telah mengutus anda dengan kebenaran, akan saya tebas mereka dengan pedangku!” Sabda Rasulullah pula: Maukah kamu aku beri jalan yang lebih baik dari itu….? Ialah bershabar samapai kamu menemuiku ”

Tahukah anda kenapa Rasulullah mengajukan pertanyaan seperti itu? Itulah persoalan pembesar dan harta …! Nah itulah persoalan pokok bagi Abu Dzar dan untuk itu ia harus membaktikan hidupnya, suatu kemusykilan menyangkut masyarakat ummat dan masa depan yang harus dipecahkannya! Hal itu telah dimaklumi oleh Rasululiah, dan itulah sebabnya kepada beliau mengajukan pertanyaan seperti demikian, yaitu untuk membekalinya dengan nasihat yang amat berharga: “Bershabarlah sampai kamu menemuiku” Maka Abu Dzar akan selalu ingat kepada wasiat guru dan Rasul ini. Ia tiadalah akan menggunakan ketajaman pedang terhadap para pembesar yang mengaut kekayaan dari harta rakyat sebagai ancamannya dulu …,tetapi juga ia tidak akan bungkam atau berdiam diri walau agak sesaat pun terhadap mereka!

Memang, seandainya Rasulullah saw. melarangnya menggunakan senjata untuk menebas leher mereka, tetapi beliau tidak melarangnya menggunakan lidah yang tajam demi membela kebenaran. Dan wasiat itu akan dllaksanakannya …!

Masa Rasulullah berlalulah sudah, disusul kemudian oleh masa Abu Bakar, kemudian masa Umar. Dalam kedua Khilafah ini masih dapat dijinakkan sebaik-baiknya godaan hidup dan unsur-unsur fitnah pemecah belah, hingga nafsu angkara yang haus dahaga tidak beroleh angin atau mendapatkan jalan. Ketika itu tidak terdapat penyelewengan-penyelewengan yang akan mengakibatkan Abu Dzar bangkit menentang dengan suaranya yang lantang dan kecamannya yang pedas. Telah lama berlaku dalam pemerintahan Amirul Mu’minin Umar keharusan hidup sederhana dan menjauhi kemewahan serta menegakkan keadilan bagi setiap pejabat dan pembesar Islam. Begitu pun para hartawan di mana mereka berada, telah melaksanakan disiplin ketat yang hampir saja tidak terpikul oleh kemampuan manusia. Tiada seorang pun di antara pejabatnya, baik di Irak, di Syria, Shan’a, atau di negeri yang jauh letaknya sekalipun, yang memakan panganan mahal yang tidak terjangkau oleh rakyat biasa, kecuali selang beberapa hari berita itu akan sampai kepada Umar dan perintah keras pun akan memanggil pejabat yang bersangkutan menghadap Khalifah di Madinah untuk menjalani pemeriksaan ketat. Akan tenanglah Abu Dzar kalau demikian …tenteram dan damai, selama al-Faruqul ‘adhim’) masih menjabat Amirul Mu’minin ….

Dan selama Abu Dzar dalam kehidupannya tidak diganggu oleh kepincangan-kepincangan seperti penumpukan harta dan penyalahgunaan kekuasaan, maka dengan pengawasan Umar ibnul Khatthab’ yang ketat terhadap fihak penguasa dan pembagian yang merata terhadap harta, berarti telah memberikan kepuasan dan kelegaan kepada dirinya ….

Dan dengan demikian dapatlah ia memusatkan perhatiannya dalam beribadat kepada Allah penciptanya dan berjihad di jalan-Nya, tanpa sedikitpun hendak berdiam diri jika melihat kesalahan-kesalahan di sana-sini, yang ketika itu memang jarang terjadi …. Akan tetapi setelah khalifah terbesar yang teramat adil dan paling mengagumkan di antara tokoh kemanusiaan telah pergi, terasa adanya kehampaan dalam kepemimpinan. Bahkan hal tersebut menimbulkan kemunduran yang tak dapat dikuasai dan dibatasi oleh tenaga manusia. Sementara itu meluasnya ajaran al-Islam ke berbagai pelosok dunia menumbuhkan kemakmuran hidup. Orang yang tidak dapat menahan godaan dunia banyak yang terjerumus ke dalam kemewahan yang melebihi batas.

Abu Dzar melihat bahaya ini …. Panji-panji kepentingan pribadi hampir saja menyeret dan mendepak orang-orang yang tugasnya sehari-hari menegakkan panji-panji Allah. Dan dunia, dengan daya tarik serta tipu muslihatnya yang mempesona, hampir pula memperdayakan orang-orang yang mengemban risalah untuk menpergunakannya sebagai wadah untuk menyemai dan menanamkan kebajikan!

Dan harta yang dijadikan Allah sebagai pelayan yang harus tunduk kepada manusia, cenderung berubah rupa, menjadi tuan yang mengendalikan manusia. Al-Faruqul ‘adhim, yakni pemisah antara haq dan bathil yang perkssa. Al-Faruq, ialah gelar kepahlawanan Umar ibnul Khatthab yang dianugerahkan oleh RasululIah saw. Dan kepada siapa.. .? Tiada lain kepada shahabat-shahabat Muhammad saw., yang di waktu wafatnya baju besinya sedang tergadai, sementara gundukan upeti dan harta rampasan perang bertumpuk di bawah telapak kakinya! Hasil kekayaan bumi yang sengaja diperuntukkan Allah bagi semua ummat manusia, dengan menjadikan mereka mempunyai hak yang sama, hampir berubah menjadi suatu keistimewaan dan hak monopoli bagi mereka yang terbenam dalam kemewahan. Dan jabatan, yang merupakan amanat untuk dipertanggungjawabkan kelak di hadapan pengadilan ilahi, beralih menjadi alat untuk merebut kekuasaan, kekayaan dan kemewahan yang menghancur binasakan.

Abu Dzar melihat semua ini. Ia tidak memikirkan apakah itu menjadi kewajiban dan tanggung jawabnya. Hanya ia langsung menghunus pedang, meletakkannya ke udara dan membedahnya. Kemudian ia bangkit berdiri dan menantang masyarakat yang telah menyimpang dari ajaran islam dengan pedangnya yang tak pernah tumpul itu. Tetapi secepatnya bergemalah dalam kalbunya bunyi wasiat yang telah disampaikan Rasulullah ke padanya dulu. Maka dimasukkannya kembali pedang itu ke dalam sarungnya, karena tiada sepantasnya ia akan mengacungkannya ke wajah seorang Muslim. Dan tidak ada haq bagi seorang Mu ‘min untuk membunuh Mu ‘min lainnya kecuali karena keliru (tidak sengaja). (Q,S. an-Nisa ) Bukankah dulu Rasulullah telah menyatakan di hadapan para shakabatnya bahwa di bawah langit ini takkan pernah lagi muncul orang yang lebih benar ucapannya dari Abu Dzar? Orang yang memiliki bemampuan seperti ini, berupa kata-kata tepat dan jitu, tidak memerlukan lagi senjata lainnya.

Satu kalimat yang diucapkannya, akan lebih tajam dan banyak hasilnya daripada pedang walau sepenuh bumi. Maka dengan senjata kebenarannya ia akan pergi mendapatkan para pembesar, kaum hartawan; pendeknya kepada dunia manusia yang cenderung menumpuk kekayaan yang membahayakan Agama, yakni Agama yang sengaja datang untuk memberikan bimbingan dan bukan untuk memungut upeti, sebab kenabian bukan suatu kerajaan, menjadi rahmat karunia bukan adab sengsara, mengajarkan kerendahan hati bukan kesombongan diri, persamaan bukan pengkastaan, kesahajaan bukan keserakahan, kesederhanaan bukan keborosan, kedamaian dan kebijaksanaan dalam menghadapi hidup bukan terpedaya dan mati-matian dalam mengejarnya…..!

Baiklah ia pergi mendapatkan mereka semua, dan biarlah Allah menjadi hakim diantaranya dengan mereka, dan dialah sebaik-baik hakim!. Maka pergilah Abu Dzar menemui pusat-pusat kekuasaan dan gudang harta, dan dengan lisannya yang tajam dan benar merubah sikap mental mereka satu persatu. Dalam beberapa hari saja tak ubahnya ia telah menjadi panji-panji yang di bawahnya bernaung rakyat banyak dan golongan pekerja, bahkan sampai di negeri yang jauh yang penduduknya selama itu belum pernah melihatnya.

Nama Abu Dzar bagaikan terbang ke sana …, dan tak satu daerah pun yang dilaluinya — bahkan walau barn namanya yang sampai ke sans — menimbulkan rasa takut dan ngeri hati fihak penguasa dan golongan berharta yang berlaku curang. Seandainya penggerak hidup sederhana ini hendak mengambil suatu panji bagi diri pribadi dan gerakannya, maka lambang yang akan terpampang pada panji-panji itu tiada lain dari sebuah seterika dengan baranya yang merah menyala. Sedang yang akan menjadi semboyan dan lagi yang selalu diulang-ulangnya setiap waktu dan tempat, dan diulang-ulang pula oleh para pengikutnya seolah-olah suatu lagu perjuangan, ialah kalimat-kalimat ini: “Beritakanlah kepada para penumpuk harta, yang menumpuk emas dan perak, mereka akan diseterika dengan seterika api neraka, menyeterika hening dan pinggang mereka di hari qiamat”

Setiap ia mendaki bukit, menuruni lembah memasuki kota; dan setiap ia berhadapan dengan seorang pembesar, selalu kalimat itu yang menjadi buah mulutnya. Begitu pun setiap orang melihatnya datang berkunjung, mereka akan menyambutnya dengan ucapan: “Beritakan kepada para penumpuk harta…!”

Kalimat ini benar-benar telah menjadi panji-panji suatu missi yang menjadi tekad serta pendorong dalarfi membaktikan hidupnya, demi dilihatnya harta itu telah ditumpuk dan dimonopoli, serta jabatan disalahgunakan untuk memupuk kekuatan dan mengaut keuntungan; serta disaksikannya bahwa cinta dunia telah merajalela dan hampir saja melumari hasil yang telah dicapai di tahun-tahun kerasulan, berupa keutamaan dan keshalihan, kesungguhan dan keikhlasan. Abu Dzar menujukan sasarannya yang pertama terhadap poros utama kekuasaan dan gudang raksasa kekayaan, yaitu Syria, tempat bercokolnya Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang memerintah wilayali Islam paling subur, paling banyak hasil bumi dan paling kaya dengan barang upetinya. Mu’awiyah telah memberikan dan membagi-bagikan harta tanpa perhitungan, dengan tujuan untuk mengambil hati orang-orang terpandang dan berpengaruh, dan demi terjaminnya masa depan yang masih dirindukannya, didambakan oleh keinginannya yang luas tidak terbatas ….

Di sana tanah-tanah luas, gedung-gedung tinggi dan harta berlimpah telah menggoda sisa-sisa yang tinggal dari pemikul da’wah, maka Abu Dzar cepat mengatasinya, sebelum hal itu berlarut-larut, sebelum pertolongan datang terlambat hingga nasi telah menjadi bubur.