Saturday 2 April 2011

SOTON

Bismillahhir-rahman nir-rahim..

Salam pencinta kebenaran. Moga diberi Allah swt hidayah dan kekuatan.

Saya baru pulang dari Southampton a.k.a Soton. Panjang bangat mau menyebutnya, dipendekkan sahaja. Saya jatuh cinta lagi pada bandarnya dan orang-orangnya. Bandarnya besar, lengkap, dan pada saya yang memerlukan "window shopping" sekali sekala, serta "walk in the park", bandar ini memenuhi cita rasa saya. Sesekali saya membandingkan Durham dengan Soton, ternyata jauh bezanya. Sekiranya diberi peluang, mahukah saya ke University of Southampton? Mau sahaja, asalkan supervisor saya ada disana.

Tujuan saya kesana, adalah mahu menggembirakan hati sahabat saya, sahabat yang sepatutnya menjadi sahabat perjuangan saya. Dia saya kira, dikhianati dan dianiayai oleh pihak-pihak tertentu sehingga tidak dapat melanjutkan pelajaran di Durham University. Nasib kami hampir serupa, cumanya saya lebih berani dari dia dalam memperjuangkan hak. Makanya, saya datang Soton mahu menghadiri majlis konvokesyen untuk ijazah Master dia.

Tapi saya dapat lebih dari itu. Saya jumpa teman-teman baru, yang sembahyang jemaahnya tidak ditinggalkan. Saya jumpa teman baru dari negara seberang yang kesedihan tidak punya kesempatan mahu menghadiri majlis konvonya tahun hadapan. Saya jumpa teman baru yang tabah kerana terpaksa mengulang satu tahun pengajian walaupun ayah bunda tercinta sudah hadir ke UK. Saya jumpa teman baru yang keseorangan semasa majlis konvo, kerana kematian ayahnya tahun lepas, dan ini memustahilkan ibunya hadir. Saya jumpa teman baru yang dianiaya supervisor sehingga tidak berjaya mendapat PhD, pulang dengan tangan kosong ke Malaysia. Saya jumpa teman baru yang ceria, bunga ungu dan bunga kuning.

Semasa penganugerahan mereka, saya hampir mengalirkan air mata. Kun fayakun kah lagi tiga tahun saya berdiri di depan Vice Chancellor, dikalungkan jubah, sambil di saksikan oleh kedua ibu bapa saya?

InsyaAllah. Kun Fayakun.Dan saya tersenyum sendiri, saya tidak perlu melutut diatas kerusi kecil semasa pengalungan jubah , kerana saya sedia kalanya rendah!

Dan kamu, jangan ragu-ragu ya.




No comments: