Saturday 2 April 2011

SELF-JOURNEY

Salams,

I should travel, I must travel, I need to travel. But my heart has no no heart at all.

_____________________________________________________

Bismillahhir-rahman nir-Rahim,

Salam Pencinta Kebenaran, moga Allah s.w.t sentiasa bersamamu,itu du’a saya.

Perjalanan ke Southampton adalah perjalanan paling jauh setakat ini, 7 jam by train. Dan saya keseorangan, kerana ini perjalanan ini adalah untuk sahabat saya, bukan untuk saya. Pada mulanya saya berkira, bagaimana saya boleh bersetuju untuk ke Southampton? Dengan masalah kewangan, perjalanan yang jauh, dan berseorangan? Tapi hati saya kali ini mudah sahaja membuat keputusan.

Tiada apa yang menarik dalam perjalanan pergi. Tetapi perjalanan pulang menjanjikan pelbagai peristiwa yang hingga kini membuatkan saya tersenyum, walaupun ketika kejadian berlaku, hati saya bagai apa sahaja.

Train saya pukul 615. Selepas solat subuh, saya sudah tidak mampu untuk menyambung tidur, hati sudah mahu terbang ke Durham, where my heart resides. Kami tiba lewat di Southampton Central, dan saya berlari ke Platform 1, memasuki Couch B, where there is free-seating.

Mahu berjaga melihat sun rises, tapi saya sudah dipanggil ke alam mimpi.

Saya terjaga setiba di Oxford, tempat tinggal sahabat MRSM saya, teringat janji mahu menziarahi, tetapi sehingga kini Allah swt tidak mengizini. Saya terbau sesuatu yang mengjengkelkan, sememangnya hidung saya sensitive, rupanya ada dua ekor anjing di hadapan saya! Seekor sudah mampir dan menyeringei, saya apa lagi, menjerit sehingga tuan punya anjing menjeling tajam! Memang kebanyakan kucing dan anjing sukakan saya, adakah saya ini pantas mengeluarkan aura ketakutan kepada haiwan-haiwan ini? Hati saya berdegup kencang, sebelum sempat saya marah-marah ketakutan, saya dipanggil lagi ke alam mimpi.

Saya terjaga di Derby, kerana aroma ayam masak kari menusuk-nusuk hidung. Rupanya tempat duduk tuan punya anjing itu diganti dengan sebuah keluarga Pakistan/ India/ Bangladesh yang sedang menikmati breakfast. Terus perut saya membuat kugiran. Dan kemudiannya anak perempuan mereka menyanyi-nyayi lagu kanak2 seperti Twingkle2 little stars, ABC, CInderela, Papa Mama etc. Sakit kepala saya kerana dia menyanyi on top of her lungs. Kuat. I wonder, why her parents let her do that kind of things? Kalau saya, sudah lama dicubit oleh Emak.Behaving properly in public is one of her main concerns. Sebelum sempat saya marah-marah menyampah, saya dipanggil lagi ke alam mimpi.

Kemudian saya terjaga lagi di Leeds. Terlalu bising di Couch B ini. Rupa2nya terdapat pemuzik-pemuzik jalanan bersembang-sembang kosong, saya lihat muka mereka memerah, sudah separuh mabuk kah? Sebelum sempat saya marah-marah panas, saya kembali lagi ke alam mimpi.

Kemudian di York, dimana saya bernekad mahu berjaga melihat keindahan UK diwaktu summer. Kambing biri-biri yang asyik makan, lembu-lembu yang ada polkodot, kuda-kuda yang berlari-larian, ladang kuning, ladang ungu, ladang hijau, yang semuanya tidak termasuk dalam pengetahuan saya.

Syukur saya tidak dipanggil lagi ke alam mimpi sehingga ke Durham. Kalau tidak, mungkin ada tragedy ke Edinburgh. Dan alam mimpi banyak menyelamatkan saya dari marah-marah yang sia-sia!


No comments: