Tuesday, 16 November 2010

A LETTER TO FRIENDS

Salam

How are u? Hope you are fine, be blessed by Him in any ways, in any means.

I’m good. But not mentally and spiritually. Just wanna share with you what had happened to me in this late evening. I’m taking a break, after reading 3 articles. It was very moving, it isn’t like articles at all, ops pardon me, academic journal at all. It was more like a story, and I love stories, which make me go and go and go.

I have a class between 4-6pm. It wasn’t a class actually; it was a film screening, The Battle of Algiers. Have you watch it? I recommend it. It will change your entire feelings about colonialism, and perhaps change my direction of academic life a.k.a my thesis. Never, in my entire life, I hasve experienced a greater feeling of being a patriot. And you know I was never a patriotic.

Algeria was ( I repeat was) asking, demanding independence from the colonist – the French. And of course, being an old bastard, the French never gave in. Thus, French involved in the most hallucinating war, in which they didn’t even acknowledge it as a war, instead they called it rebellion, terrorism etc. What draw me here are: first, the brutal, sadist ways of French use in attempts to defeat the rebel. I cried for many parts of the movie, and just imagine the women were wearing veils. Just like me.

Second, the length of the Moslem women took, Algiers women took/did in supporting the revolution. They bare their faces, bodies, throwing away the veils, and pretended to be Europeans, so they could plant the bombs in the café, stadium, cinema and disco in the European areas. ( Algiers lived in Kaswah, the lower caste place –imagine, again, u are the locals, the bastards come and conquer your country, and force you to live only in certain areas). I would never take my veil, I mean, in today’s time, not for any reasons. I could never imagine the heroic efforts , being naked not only for certain parts of your bodies, but your souls as well. God.

And third, the scene where the last rebels, Ali de Pinto (cant remember, blasah jer la) and his comrades, being cornered by the French, and were blown up as they refused to surrender, is really2 touching. The director was purposely took a shoot where many Algiers prayed ( by menadah tangan –tak larat nak translate ) while crying, hoping that Allah heard their pleas, their du’a, so there were, perhaps, some miracles happened, that there was an Act of God which could saved Ali etc.but of course their prayers weren’t granted.

I was almost praying myself. And wishing like hell that Ali etc will be saved. Or there was another version of this film. And I remember our ancestors, guard jealously our cultures, values, beliefs, tradition. Like what Faisal Tehrani is doing now. Tok Janggut. Dato’ Maharajalela. Mat Salleh. Mat Kilau..eh ader ker..hahahha…Temenggung Jugah Anak Barieng. And the nameless warriors that weren’t recorded as hero. The bastard Britishs.

And the reading is mocking about wearing veils.

Algiers fought for 6 years, genocide happened, and of course, they won.

Excuse me. I’m tired. Jaded. Emotional. Grief.

DATANG DARI SUKMA, MASUK MENYELINAP SUKMA


OLEH FAISAL TEHRANI

(Tersiar di Dewan Sastera Mac 2006)

SEPERTI biasa, seperti pagi-pagi terdahulu, sebelum berangkat ke Eminonu, saya akan singgah mencicip teh hangat dan mencebis simit di kafe tersebut dahulu. Kafe kecil tersebut terletak di Kadikoy, benar-benar menghadap stesen bas yang sibuk, di sebelah kedai pengurup wang, betul-betul di hadapan laluan masuk menuju ke sebuah hamam dan butik jeans Mavi.

Musim gugur telah bertukar menjadi musim dingin. Saya harus membalut tubuh tiga atau empat lapis baju, mengenakan sarung tangan dan balaclava, supaya telinga tidak akan menjadi kebas perit. Salji belum turun lagi dan saya tertunggu-tunggu musim dingin ketiga di Istanbul. Beberapa hari sebelumnya, di Kocaeli memang ada gerimis salji tak menjadi, turun erang erot kecil-kecil mendarat longlai ke bumi dibawa kelembubu.

Kafe kecil tersebut selalu taru disesaki manusia, sentiasa disendati pengunjung hingga jarang-jarang sekali akan ada kerusi atau meja kosong. Kafe Simit Saray tetap memanggil-manggil pelanggan yang melintas untuk singgah sebentar.

Pagi tersebut, seperti pagi-pagi terdahulu, saya mampir sebentar untuk meneguk satu atau mungkin lebih cawan teh, melihat ragam manusia di sekeliling, atau memperdiarkan mereka sahaja, kerana sibuk menulis puisi atau sebarang catatan kembara.

Namun kehadiran landahur itu lain, kehadirannya menandakan kewujudannya. Dia berlesung pipit jika tersenyum dengan mata bulat terbuka serta bibir yang terukir elok membuatkan banyak mata berhenti seketika, paling tidak menjeling kepadanya sebelum meneruskan semula aktiviti masing-masing. Pengunjung kafe semua mengerling bukan kerana pakaiannya mesum atau pipi ramus atau mata rudunya menyimpan makhfi tetapi saya kesani orang memandang belia tersebut dengan tatapan penuh cinta. Seolah-olah dialah insan yang membawa pedoman untuk setiap penghuni kota. Akhlak apakah pakaiannya hingga mempesonakan dan menggamamkan setiap yang menatap?

Oleh kerana tiada lagi tempat duduk, maka dia duduk di hadapan saya selamba tanpa meminta keizinan. Ya, dia tak perlu minta kebenaran pun, kerusi kosong di kafe tersebut bukan milik saya tentunya.

Dia datang menatang seteko penuh teh (sedang pelanggan lain hanya membawa secawan kecil). Sungguh dia pelanggan rasmi di kafe ini tetapi baru pagi ini saya menyedari. Masakan dia dapat keistimewaan untuk minum teh sebanyak itu. Pedulikanlah dia, dia penggemar teh agaknya dan membayar lebih untuk mendapat bekalan tambahan.

Tetapi yang menjadikan kami kawan seterusnya ialah kerana dia menyedari mata saru saya. Dan saya, saat menyeluruhi mukanya mendapati warna matanya taruk bersinar-sinar.

‘Apa sahaja yang merusuhkan kalbumu sahabat?’

Saya pura-pura tidak memahami bahasa Turki, menggeleng-gelengkan tangan tanda malas melayan.

Namun dia sudah tahu pekerti saya selama ini, setiap pagi di Simit Saray, minum teh dua cawan, tenggelam membaca bermacam buku dan sesekali benar membalas pertanyaan pramusaji atau pelanggan lainnya.

Dia mungkin telah lama memerhatikan saya secercah mata.

‘Sayang sekali kau kesunyian.’ Begitu dakwa landahur. ‘Namaku Abdullah…’ Dia menghulur tangan yang membuatkan saya tidak dapat mengelak sama sekali dari berjabat.

Pagi tersebut mulanya persahabatan kami atau seperti yang Abdullah sebutkan, ‘percintaan’ kami tanpa rasa segan malu. Setiap pagi kami bertemu di Simit Saray, bergarah bergurau, bercanda berlucu, berjenaka berlelucon. Kata-katanya menyentak nubari saya, berdetak, dan barangkali inilah mata dan bicara yang bergabung bersama untuk menjangkau jiwa sepi ini dan saya menafsir-nafsir ungkapan lama, ‘Ja’a mina’l qalbi fadakhala’l-qulub (Ia datang dari sukma, masuk menerobos sukma).’

Abdullah pemuda yang tidak terjangkau dek saya menerusi mata ungunya, mata nilam itu yang mengejip tatkala menanti saya tiba dari pangkalan feri Eminonu dan mata itu jugalah yang terkejap kaget mendengar apa yang saya lalui sepanjang kembara sejauh ini dan Abdullah sentiasa memberikan mata yang tidak kaku, ungu, mata yang menatang lembayung pada hari petang dan menampung biru kala setiap kesegaran pagi. Mata yang melembak kasih.

Sungguh, di situlah agaknya keisimewaan landahur tegap tersebut sehingga membuatkan selalu pengunjung di Simit Saray berhenti melakukan apa-apa dan menjeling sesaat sebelum kembali meneruskan perlakuan sebelumnya. Cinta. Dia adalah manusia cinta dengan zikir dan ulang-ulang bicara tentang Cinta. Tasbih tersebut memang selalu berkitar di jarinya.

Abdullah memberitahu saya dalam tutur yang rapi bahawa cinta sahaja akan menyelamatkan manusia dari kepunahan dan perbalahan. ‘Formulanya cinta…’

Saya terkerlip sampul yang sama dihantar Rasulullah S.A.W untuk memanusiakan manusia di zamannya. Bukankah Aus dan Khazraj yang berperang beratus tahun itu disatukan Nabi dengan cinta mulus dan kasih kudus? Bukankah cinta menghapuskan perhambaan dan menjadikan manusia berkulit hitam, kuning langsat dan putih merah dapat memberi salam hormat dan mendoakan keselamatan sesama mereka (meski kadang-kala mereka tak saling mengenal).

Tolong, tolong jangan tafsirkan cinta di sini sesempit yang dipadatkan Barat, terhad pada satu-satu ruang, sehingga cinta yang mulus telah menjadi serong pada waktu tertentu atau cinta itu hanya mengandung makna noda. Mesti berakhir dengan tilam, bantal dan dosa.

‘Bukan begitu sahabat.’ Tutur Abdullah sambil membawa ketawa sopan.

Cinta tak perlu hubungan jasmaniah semata-mata.

Cinta tunjang futuwwah dan ukhuwwah. Cinta adalah bumbu kesatuan akidah, ratna kesepaduan syariah dan manikam akar ihsan.

Kalau tidak kerana cinta Tuhan takkan menghantar kita ke dunia. Kalau tidak kerana cinta Tuhan tak akan menguji menduga manusia hamba-Nya. Kalau tidak kerana cinta Tuhan tidak akan menganugerahkan sawab-Nya.

Cintalah yang membuatkan umat kuat perkasa. Kerana cinta kepada akhlak Rasulullah maka setiap generasi umat Islam kembali melakukan tajdid. Yang dikatakan oleh Allahyarham Dr Martin Ling atau Abu Bakr Siraj-ad Din sebagai tajdid itu satu gerakan untuk mengundur ke belakang (bagi mendapat dan menatap kembali era generasi al-Quran di kala hidupnya Rasulullah) bukan satu gerakan menjauhi cinta yang maju ke hadapan dan meninggalkan segala sunnah dan ajaran baginda.

Pagi itu, pagi musim dingin yang sangat membeku membungkam kata-kata, saya membuat keputusan untuk pulang tiba-tiba, dia membelanja saya secawan teh atau seingat saya dua. Sarapan pagi di Simit Saray sebelum berangkat pulang. Saya dapat melihat dia sebak, matanya ungu bertukar menjadi abu-abu dan dalam sukmanya, bintang suraya mengerdip cinta luluh.

‘Kita akan bertemu lagi pastinya.’ Kata saya perlahan, berharap, berdoa, kata-kata tersebut seakan-akan bertelut di satu simpangan jalan kehidupan yang libat melibat.

Dia sahabat saya, saudara saya, di saat kembara dalam susah penuh bahana, dan kesempitan wang, rezeki saya dihantar Tuhan menerusinya dan mata itu, mata ungu itu sentiasa mengasihi musafir yang lelah.

Saya akan berangkat pergi, entah bila Tuhan izinkan saya ke sini lagi. Bertemu dengannya, bergurau dan ketawa dengannya, ya seraya minum teh, dan kami akan saling berbisik tentang impian melihat khilafah kembali tertegak, cinta kembali mendapat takhtanya dan manusia akan berdamai kerana Tuhan itu satu, Dia Maha Kuasa, Tuhan yang menjadikan manusia atas dasar cinta dan manusia seharusnya, akan kembali kepada-Nya dalam keadaan serupa.

Sebelum dia menghantar saya naik feri membawa langsung ke Eminonu. Dia membuka telapak tangan dan meletakkan sebentuk cincin nilam. ‘Maafkan aku, tak banyak aku dapat berikan untuk kau bawa hatiku pulang ke negerimu.’

Saya senyum pilu. Kami berdakapan. Oh erat dan hangat sekali persaudaraan ini, meski di sekeliling cuaca amat dingin sekali.

Kemudian Abdullah bersuara lagi. ‘Aku pernah terbaca hadis diriwayatkan oleh Abi Dawud yang berbunyi lebih kurang begini: ’Andai seseorang dari kamu mencintai sahabatnya kerana Allah, maka hendaklah kamu memberitahunya.’

Abdullah memandang saya sungguh-sungguh. ‘Demi Allah aku mencintaimu sahabatku.’

Saya menahan sendu, bergerak pergi ke Lapangan Terbang Attaturk. Sungguh kata-kata yang baik, jalinan kisah-kisah yang indah mempesona menusuk sukma.

Dalam pesawat terbang ke Tashkent saya menitip puisi untuk landahur penuh cinta di Simit Saray:

(Kau bacakan aku apa ya,
malam hari aku berdoa untukmu
dalam mimpi aku bermain guli denganmu
dalam pagiku ada kasih kalbumu
dalam senja senyummu ranum
masih
harum
teh dalam cangkir kecil itu
aku tertanya
apa sudah kau bacakan dalam renung matamu?)

Sungguh ja’a mina’l qalbi fadakhala’l-qulub. Datang dari sukma, menyelinap ke dalam sukma.

I'M A MUSLIMAH AND VERY HAPPY



Bagaimana tidak bahagia, kalau dengan kemuslimahan ini kami masih tetap bisa melakukan banyak hal tanpa perlu melanggar aturanNya. Bagaimana tidak bahagia, kalau dengan kemuslimahan ini kami menjadi lebih baik dari hari ke hari dalam ketaatan karenaNya. Dan bagaimana kami tidak bahagia, karena semakin kami bangga dengan kemuslimahan ini, maka semakin Allah menyayangi kami.

Tahukah engkau apa artinya jika Allah telah sayang pada seseorang? Mari kita dengar firmanNya dalam sebuah hadits qudsi :

Berkata Abu Hurairah RA bahwasanya Nabi SAW bersabda :

Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia Ta’ala memanggil Jibril AS seraya berfirman :

"Sesungguhnya Aku mencintai si Fulan maka cintailah dia.”

Beliau SAW kemudian bersabda :

Maka Jibril AS pun mencintainya. Kemudian Jibril memanggil terhadap penghuni langit : ‘Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah ia.’ Maka seluruh penghuni langit mencintainya. Kemudian di bumi ia diterima.

Apabila Allah membenci seorang hamba, maka Dia Ta’ala memanggil Jibril AS seraya berfirman :

"Sesungguhnya Aku membenci si Fulan, maka bencilah ia"

Lalu ia dibenci oleh Jibril AS. Kemudian Jibril AS memanggil penghuni langit : ‘Sesungguhnya Allah membenci Fulan, maka bencilah kamu sekalian terhadapnya.'

Kemudian Beliau SAW bersabda : Kemudian ia di bumi dibenci oleh orang-orang.

[HQ. 3.5 Ditakhrijkan oleh Al-Bukhari, Muslim] [MZ74-79]

Lalu, apa lagi yang kurang dalam hidup ini jika Allah SWT, para malaikat, penghuni langit, dan penghuni bumi sedemikian istimewa menempatkan kita? Yakinlah, kita tak kan pernah merasa sendiri meski sedang seorang diri.

Akan selalu ada kebaikan dalam kebaikan tercipta, karena memang demikianlah keberkahan hidup terengkuh. Dan pastinya berbeda sekali dengan kedudukan orang kedua dalam hadits tersebut, dimana pasti menjadi pilihan berikutnya jika tak memilih pilihan sebelumnya, yaitu menjadi seseorang yang dicintai Allah SWT.

Jika jelas demikian, lalu alasan apa yang masih membuat sebagian dari kita enggan hidup dengan kemuslimahan ini?

Apa? Jadi muslimah itu ribet?

Apakah yang kau anggap ribet itu mengenakan kain penutup kepala yang lebar hingga menjuntai ke dada? Sementara itu adalah penjagaan terbaik dari Allah yang disebut hijab. Yang maknanya lebih dari sekedar kain penutup kepala. Yang dengannya engkau tak hanya aman, namun juga mengamankan mata dari yang bukan haknya.

Apakah yang kau sebut ribet itu harus memakai pakaian panjang longgar dan tidak transparan? Sementara justru itulah letak harga diri fisikmu. Pun demikian, kau juga aman dan mengamankan syahwat para lelaki tak kuat iman. Itulah yang disebut langkah preventif dari pintu perzinahan, terlebih (na’udzubillahi min dzalik) pemerkosaan.

Kalaupun toh memang ribet, hanya seribet itu kan? Ribet yang tak'kan membuat hidupmu sengsara. Sedikit kepanasan bukan masalah besar, toh akan menjadi sangat biasa jika kau mengenakannya tiap hari.

Ah, jika kita bicara ribet, bukankah shalat lima waktu itu lebih ribet dari pada yang “sembahyang” sepekan sekali? Jangan-jangan kau mengatakan shalat lima waktu juga ribet? Ups, maaf… bukan bermaksud su’udzan, hanya selintas pikiran yang tiba-tiba muncul sebagai bahan perbandingan.

***

Apa? Jadi muslimah itu sulit?

Hei, jangan membuatku tertawa. Bukannya justru sangat simple dan sangat nyaman dengan apa yang ada. Tidak perlu punya se-tas make-up tuk memoles wajah agar tetap terlihat cantik menarik, toh wanita bukanlah benda pajangan yang harus menarik perhatian. Kita sedang tidak jualan diri kawan! Tapi kita sedang hidup dengan akal, hati, dan jasad kita sebagai manusia yang bemartabat.

Muslimah tidak perlu update fashion hanya agar tidak dibilang kampungan dan ketinggalan jaman. Karena pakaian takwa ini adalah model yang tidak pernah lekang dimakan jaman. Akan tetap seperti ini dari dulu dan sampai kapanpun. Kenapa bisa demikian? Karena acuan syarat pakaian takwa ini sudah dipatenkan langsung dari yang menciptakan jaman, yang tentu saja lebih tahu tentang perkembangan jaman. Acuan syarat yang jauh lebih valid dan sempurna, karena juga diperhatikan efek samping untuk diri sendiri maupun untuk orang di sekitar.

Jadi, apanya yang sulit? Oh, apakah tidak bersentuhannya dengan lawan jenis yang bukan mahram, meskipun hanya berjabat tangan itu yang disebut sulit? Ketahuilah, bahwa justru itulah bagian dari istimewanya muslimah. Tak disentuh selain pada yang sudah berhak. Dengan garis jelas antara haram dan halal.

Dan siapa bilang sulit? Hanya perlu sedikit bersiasat agar tetap aman dan nyaman. Misalnya engkau hanya perlu menelangkupkan kedua tangan di depan dada, sedikit tersenyum sambil berucap, “Maaf, saya sudah wudhu.” kalau ketemu lawan dan suasana yang tidak kondusif untuk menjelaskan bahwa memang selain mahram dilarang bersentuhan. Karena tidak bisa dipungkiri masih banyak yang “belum bisa menerima” bahkan ada yang belum mengerti tentang hukum yang satu ini, dimana pernah dikisahkan bahwa Nabi SAW lebih memilih ditusuk dengan besi panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.

Dan ini sedang tidak berbohong, karena kalimat bentuk lampaunya tidak menjelaskan kapan waktu wudhunya, “sudah wudhu” bisa berdurasi sejam yang lalu, sehari yang lalu, seminggu yang lalu, sebulan yang lalu, atau kalau perlu setahun yang lalu. Jadi, kalau masih juga bilang sulit, itu tandanya sih kurang kreatif saja kali ya?

***

Apa? Jadi muslimah itu kudu pinter ngaji? Banyak tahu tentang hukum agama? Tidak boleh tertawa cekakan? Tidak boleh teriak-teriak? Tidak boleh jutek? Tidak boleh bla, bla, bla…

Ayolah kawan, jangan lagi cari alasan, karena semakin banyak alasan semakin menunjukkan kualitas diri, pun semakin menunjukkan kesalahan. Semuanya ada awal mulanya, semua ada proses dan alurnya. Engkau hanya perlu satu kata kunci sukses menjadi muslimah, yaitu taat. Bahasa Al-Qur’an-nya sih sami’na wa atha’na. Karena demikianlah sikap dan sifat para sahabat/sahabiyah dahulu ketika menerima ketentuan syari’at dari untaian tutur sang Nabi SAW.

Taatlah niscaya akan bahagia. Bukan bahagia yang semu, bukan bahagia yang dibayangi kekhawatiran takut kehilangan kebahagiaan itu sendiri. Tapi ini bahagia yang menghujam ke dasar kalbu. Bahagia yang membahagiakan. Karena hanya ada kata sabar dan syukur di dalamnya, yang bermula dari rasa yang sama; percaya akan kebaikan-kebaikan di setiap takdirNya. Tak ada umpatan, keluhan, apalagi penyesalan tentang kehidupan.

Jadi jika demikian tentang kebahagian itu, maka kamilah yang paling lantang berkata, “I’m muslimah and very happy.”

***

RF_Hayuh… Tunjukkan kemuslimahanmu…

Tetap survive untuk rentang waktu yang pajang dan melelahkan, dalam batasan usia kita. Karena memang, ya, kita sedang menapaki jalan terjal dan berliku, penuh onak duri.

Kiriman: "rifatul farida"

Monday, 15 November 2010

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu sama lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia pernah kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan apabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.

Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam…. Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.

Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekahkan oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke Rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmum yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan…

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.

Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .

Ya, Badan jenazah itu amat berseri dan masih kelihatan darah mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M…

Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk terus memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;

“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah……. ……”

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang merai dan menantikan kedatangan bakal penghuni syurga! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!

Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain agar memahami dan mengerti bahawa inilah balasannya pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri imam yang dimuliakan oleh Allah tentang apakah amalan si arwah pada masa hidupnya sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersama perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut. Wallahua’lam.

“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut: -

[101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.

LABBAIKALLAH


Salams,

I was trying to write beautifully in English, however, since it had been months since I touched any journals, as expected, my language ability has been drown into the Elvet River.

I was trying to write anything worthwhile, but nothing comes. It is just a black hole whenever I think about the blog entry. Seriously. It is not a depression. No. I have long learned that fate could not bow onto me, it is the other way around.

My anger has been dissipated. No. It is not an anger, perhaps it is close to an anger. I could direct it to whomever I want, but since I realise now it is not an anger, I'm lost at how to get rid of it. I really want to hurdle it to someone, but it is not a negative, ugly feeling that I should free it.

My close friends, Huda and Cikpa are now in Arafah, zikr and pray to the Most Exalted. Jealousy, ectasy, joy and sadness envelope me. I would be among the choosen ones, but again, have I stated it before that who are you to predict the fate?

I remember our last Arafah Day, where we celebrated it by eating at the pizza hub - in which I could not even remember its name now. I prayed hard that I will be among the Haj pilgrims next year. InsyaAllah, insyaAllah, the moment will come. I do know now that my preparation is nil, that is why Allah swt hasn't call me yet.

Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah. - Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi.


Labbaikallah, may this Eid bring you inner peace.

Salams.



TERNYATA TAK SESOLEHAH YANG KU KIRA




“Pagi yang istimewa”, sahutku. Sembari mengeluarkan motor dari garasi, aku baru saja menyadari ada yang berbeda di pagi ini. Nuansa alam yang kusuka : mendung. Itulah yang membuatku makin terbakar untuk bersemangat menuntut ilmu ke kampus. Ya, aku hanya butuh waktu tujuh menit untuk tiba dikampus. Kali ini aku tidak sedang ingin mengebut. Rasanya menikmati mendung pagi hari menjadi karunia tersendiri.

Setiba disana, aku menjalani kehidupan kampus dengan ceria. Kuliah kali ini cukup menyenangkan, setidaknya kali ini wawasanku teruji lantran beberapa kali diberi pertanyaan oleh dosen dan aku bisa menjawabnya. Meskipun tidak semua jawaban yang kuberi adalah sempurna, namun sang dosen cukup puas dengan argumen ilmiah yang kujabarkan. Hmm, menjadi wanita populer memang menyenangkan. disapa banyak kalangan, diperhatian banyak orang, dan yang pasti ini menjadi peluang agar bisa memberi lebih banyak manfaat bagi orang..

Sore menjelang petang. ” Saatnya pulang”, pikirku. Langkah kecil ini mengarah pada lapangan parkir yang terletak di sudut kampus. Masih tersisa 5 motor, motorku salah satunya. Hmm, cukup sepi ternyata. Tanpa pikir panjang, kusegerakan diri mengeluarkan kunci motor dari saku rok-ku dan mengeluarkan STNK yang nantinya akan kusodorkan pada pak satpam untuk di perikasa di ujung gerbang kampus. Namun tiba-tiba, aku mengernyitkan dahi dan tanganku tertahan.Ada amplop cantik berwarna biru muda terselip di keranjang kecil motor ”Mio” ku. Awalnya tangan ku ragu untuk mengambilnya, sampai akhirnya kuyakini amplop itu tak lain adalah untukku, walau identitas pengirim tak terbaca oleh mata jeliku.
Kucoba merobek tepi amplop itu, hingga kutemukan secarik kertas berwarna putih dengan tulisan besar memenuhi kertas ukuran F4.

Deg!
Seketika mataku terbelalak, bibirku tak bergeming, tanganku berkeringat dingin, dan ... ”Allah!” aku berteriak. ”Ternyata, tak sesholihah yang kukira”. Lututku lemas, dan tubuhku jatuh terduduk.. Aku.. aku menangis seketika itu juga membaca sepucuk surat yang hanya bertuliskan 1 kalimat itu. Tulisan tangan berwarna merah yang dibuat dengan ukuran ekstra besar. Sepanjang perjalanan pulang dengan mengendarai motor, hampir sering aku melamun. Klakson motor dan mobil menegurku berkali-kali. Puffh, di otakku hanya ada kejaidan itu. Hanya itu. Hanya itu. Sampai akhirnya setibaku dirumah, wudhu menjadi pelarianku. Adzan magrib yang bersahut-sahutan itu makin membuatku ingin bergegas. Bergegas takbir, sujud dan salam. Sudah cukup, hatiku tak kuat lagi menahan teguran itu..

***
Aku hanya wanita yang dititipkan keindahan oleh-Nya. Pintar, kaya, cantik dan sholihah. Begitu kebanyakn penilaian orang padaku. Namun, sejak kejadian sore itu, hatiku terhenyak, seakan aku disadarkan akan suatu hal sering terlupakan.

Kupikir aku termasuk muslimah yg cukup berilmu. Tapi ternyata, seminggu sekali meluangkan waktu untuk memperdalam ilmu agama, membuatku pandai mencari-cari alasan untuk menghindar dari kajian keIslaman. Ya, kupikir aku sholihah. Tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira.

Kupikir aku termasuk muslimah yang dicintai banyak orang. Tapi ternyata, tak sedikit yang sakit hanya karena lisan. Apa karena aku masih kekanak-kanakan, sehingga tak cukup dewasa menanggapi omongan orang? Ya, kupikir aku sholihah, tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira.

Kupikir aku termasuk muslimah yang teguh dalam pendirian. Tapi ternyata, aku sempat terpikir untuk melepas jilbab yang telah lama kupakai. Entah mengapa, hal itu justru kejadian. Kini aku bebas bermain dengan teman-teman lelaki hingga larut malam, berfoto bersama mereka, mengupload-nya di facebook kesayangan. Hmm, bertelanjang dada dan paha menjadi keseharianku. Mungkin sekarang aku terlihat makin cantik dihadapan orang lain. Tapi entah, apakah aku terlihat cantik dihadapan penciptaku? Ya, kupikir aku sholihah, tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira.

Kupikir aku termasuk muslimah yang mampu menjaga pergaulan. Tapi ternyata, aku masih saja teguh dengan statusku sbg pacar dari lelaki yang bagiku dia adalah lelaki tertampan dan baik agamanya. Dulu, tepat 3 bulan yang lalu, aku sadar Allah sempat menegurku dengan ayat ini : ”Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-Israa’ : 32). Ya, mendekati zina! Aku.. aku mengakui itu adalah kebenaran. Tapi kini aku merasa aku menjadi wanita yang lemah tak berdaya, karena aku menyerah saat tahu bahwa aku terlanjur terpenjara oleh perasaan cinta yang tak halal. Ya, kupikir aku sholihah. Tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira.

Kupikir aku termasuk muslimah yang mampu menjaga niatan dalam hati. Tapi ternyata, aku bangga menjadi wanita populer yang sering menampakkan diri di depan umum. Aku memang bukan sedang mengikuti ajang
puteri indonesia yang intinya pamer kecantikan dan kepintaran. Aku juga bukan sedang mengikuti ajang miss universe yang salah satunyaa adalah pamer lekukan tubuh yg aduhaii.. tapi, hatiku gampang terkotori untuk bangga mendapatkan pujian. Hatiku mudah terprovokasi untuk riya’.. Ya, kupikir aku sholihah. Tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira.

Kupikir aku termasuk muslimah yang istiqomah mengamalkan ilmu agama. Tapi ternyata, aku pernah berdua-duaan dengan seorang lelaki yang bukan mahram. Aku menyadari, ada muslimah lain yang bisa kuajak menamaniku bertemu lelaki itu, tapi entahlah.. aku segan memintanya menemaniku. Hhmm segan? Tidak. Aku hanya ingin sedikit menikmati rasanya berdua dengan seorang lelaki walau dalam tempo yang tidak lama Ya, kupikir aku sholihah. Tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira.


Kupikir aku termasuk muslimah yang lembut hati dan tuturkatanya. Tapi ternyata, diusiaku yang dewasa, masih saja aku membentak orang tua. Sedikit membentak, lebih tepatnya.Aku tahu, orang tua adalah harta berharga. Aku tau lambat laun mereka akan dipanggil oleh-Nya, tapi entah mengapa.. aku tidak cukup sabar melayani nasihat mereka. Ya, kupikir aku sholihah. Tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira.

Kupikir, aku termasuk muslimah yang berkontribusi banyak untuk umat. Tapi ternyata, aku menjadi muslimah yang tidak jauh beda dengan orang-orang yang sukanya menghina dan mencela jam'aah yang berjuang di jalan dakwah. aku sadar, menjadi orang yang tidak mencintai dakwah, menghambat dakwah, dan menjatuhkan citra dakwah, adalah sama halnya dengan menjadi musuh agama Allah. Ya, kupikir aku sholihah, tapi ternyata aku tak sesholihah yang kukira. Aku hampir saja sombong dalam menilai diriku sendiri. Sampai akhirnya, Allah menegurku dengan kuasa-Nya. Aku tertipu tak lain oleh diriku sendiri. Ya, kupikir aku sholihah. Tapi ternyata, aku tak sesholihah yang kukira...


*artikel dari milis tetangga*
semoga bermanfaat ^_^

Saturday, 13 November 2010

JANGAN KUATIRKAN REZKIMU

http://bangaziem.wordpress.com/2010/11/04/jangan-kuatirkan-rizkimu/


Menurut riset, sebagian besar waktu manusia tersita dengan persoalan harta. Sejak bangun tidur sampai menjelang tidur, manusia selalu mempersoalkan harta. Bahkan, mimpinya pun kerap dihiasi persoalan harta. Tak heran, hatinya gelisah manakala ia tidak berharta dan berlaku angkuh manakala ia berpunya.

Saya hanya ingin berkisah kepada Anda.

Abu Manshur as-Samarqandi berkata, ‘Imam yang zuhud, Abu Abdullah, ingin meyakinkan dirinya tentang sebab-sebab mendapat rizki. Maka, ia pun mendaki gunung dan masuk ke sebuah gua. Ia bergumam sendiri, ‘Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku, bagaimana Engkau memberikan rizki kepadaku’. Tiba-tiba hujan lebat mengguyur dan menyebabkan jalan-jalan di gunung tidak terlihat. Namun, orang-orang lain yang ada di sekitar gunung itu pun menemukan gua tersebut. Mereka masuk ke gua itu dan melihat Abu Abdullah sedang meringkuk di dalamnya.

Mereka mengajaknya berbicara, namun ia tidak menyahut sepatah kata pun, sepertinya ia tidak menghiraukan pertanyaan mereka. Mereka berkata, ‘Mungkin orang ini kedinginan, sehingga ia tidak bisa berbicara’. Kemudian, mereka menyalakan api di mulut gua hingga hawa panasnya merasuk ke dalam gua. Mereka mengajak Abu Abdullah berbicara, namun tetap saja ia diam seribu bahasa. Mereka berkata lagi, ‘Mungkin orang ini telah lama tidak makan apapun. Karena itu, ia butuh makanan ringan yang panas, sehingga pencernaannya kembali normal’.

Lalu mereka memasakkan sesuatu untuk Abu Abdullah dan menyuguhkan makanan itu kepadanya. Namun, ia tetap tidak bergeming. Mereka berkata lagi, ‘Mungkin gigi-giginya telah rapat’. Lalu, dua orang dari mereka berdiri dan mengambil dua buah pisau untuk membuka mulutnya dan memasukkan makanan ke dalamnya.

Tiba-tiba, Abu Abdullah tertawa. Mereka pun heran dan berkata, ‘Kamu gila ya?’. Ia menjawab, ‘Tidak, saya bukan orang gila. Hanya saja, saya sedang membuktikan bahwa Tuhanku akan memberikan rizki kepadaku, ternyata benar. Tuhan telah memberikan rizki kepadaku dan akan memberikan rizki kepada semua hamba-Nya, di manapun mereka berada’.

Hatim al-Asham rahimahullah pernah ditanya, ‘Apa yang membuatmu kukuh dengan tawakal?’. Ia menjawab, ‘Ada empat hal yang membuatku selalu tawakal. Pertama, saya mengetahui bahwa rizkiku tidak akan dimakan orang lain, karena itu jiwaku tenang. Kedua, saya mengetahui bahwa pekerjaanku tidak akan dapat dilakukan oleh orang lain, karena itu saya sibuk dengan pekerjaanku. Ketiga, saya mengetahui bahwa kematian datang secara tiba-tiba, karena itu saya harus menyiapkan bekalnya. Keempat, saya mengetahui bahwa saya tidak akan luput dari pengawasan Allah di mana pun saya berada, karena itu saya merasa malu kepada-Nya’.

Ibnu Athaillah as-Sukandari dalam al-Hikam berkata, ‘Salah satu tanda akan suksesnya seseorang dalam akhir perjuangannya adalah menyerah pada Allah sejak awal perjuangannya’.

Anda masih tidak percaya bahwa Allah adalah ar-Razaq, Sang Pemberi Rizki? Lihatlah bagian atas uang dollar. Di situ tertulis, ‘In God We Trust’, yang artinya ‘Hanya Kepada Tuhan Kita Percaya’. Jadi, buat pemburu dollar (harta), percayalah bahwa Allah yang mengatur rizki. Biarlah Allah yang mengatur hidup kita. Jangan kita mengatur Diri-Nya.