Thursday, 20 December 2012

TRUTH

The truth is out.

The students that I teach this sem are outstanding.

There.

So believe in yourself.

Wednesday, 19 December 2012

ZIKIR ISTIGFAR (2)

Salam,

Bismillah hir Rahman nir Rahim.

Allahhumma Solli A'ala Saidina Muhamad, wa'ala A'ali Saidina Muhamad.

Ini sambungan fadilat zikir.

Allah akan mengampuni dosa kita. Ya, dosa terhadap ibu bapa. Dosa menipu, dosa melihat perkara-perkara yang haram, dosa lidah mengata mengumpat mencaci dan menghina, dan paling banyak, dosa hati, benci marah dan saling berdendam.

Allah.

Kita ni banyak dosa, sahabat yang dimuliakan. Guru saya berkata, tujuan kita hanya untuk memujiNya, dan seorang ustaz berkata, penuhilah siang dan malam mu dengan istigfar.

Keduanya, agar Allah memperbaiki hidup kita, tidak hanya di dunia, di akhirat jua. Diberi guru yang mursyid, di anugerahi teman hidup dan sahabat sejati. Diberi iman yang lebih murni dari emas. Diberi kefahaman bahawa hidup ini enteng sahaja, ianya dibawah genggamanNya, dan Dia, Dia Maha Baik.

Ketiganya, menjadikan akhlak kita baik. Berdepan dengan seribu macam perangai, sangat memerlukan hati yang lapang, menerima segala-galanya. Misalannya, kalau saya masuk kelas, ada 31 pelajar, ada 31 kerenah. Itu tidak termasuk di pentadbiran, di library, di tandas, di kedai, memang sangat memerlukan hati emas.

Anyway, perempuan kedah ni, cantik-cantik kome. Terasa jealous- macam mana nak jadi secantik diorang ni?

Banyak lagi fadilat istigfar ini. Kalian boleh merujuknya di web-web utama, atau buku2 karangan ulama' besar. Peringatan ini untuk saya jua, berbuih nasihat orang, diri sendiri terkapai-kapai.

Sebenarnya saya cuak gila ada orang search nama saya beserta title. Fuh, title saya sangat berat, mau erase tak boleh pula. Well, I really pray that it will be beneficial to you.

Ngantuk gile, tulis ayat pun tak cantik. Nite. Salam.

Monday, 17 December 2012

ZIKIR ISTIGFAR? (1)

Assalamualaikum

( Jawap dulu ya)

Bismillah hirrahman nirrahim.

Allah Humma Solli A'ala Saidina Muhamad, wa'aala A'li Saidina Muhamad.

Salam Pencinta Kebaikan, semoga kebaikan dari Tuhan itu sentiasa datang menghampiri mu, memelukmu, melindungi mu dari segala kejahatan. Salam Pencinta Kebenaran, moga segala kebenaran itu tetap bertapa didadamu. Salam Pencinta Keajaiban, moga segala keajaiban itu selalu berlaku didalam hidup mu, setiap masa dan ketika.

Saya mahu mengupas tentang istigfar. Salah satu amalan yang sangat hebat, sangat dahsyat, hanya sebaris kata, akan menyebabkan kita meraup sejuta hikmah.

Izinkan saya memetik beberapa fadhilat, kalau anda mahu menggunakan perkataan itu. Atau kelebihan. Atau kebaikkan. Kerana orang awam seperti kita ini, kadangkala melakukkan ibadah kerana mahukan pahala, mahukan fadhilat nya, mahukan segala-gala hajatnya tercapai.

Bagi saya yang dangkal ini, tidak ada salahnya beribadat kerana ini. InsyaAllah suatu hari nanti, dengan izinNya, Allah perkenan kita, beribadah hanya keranaNya, untukNya dan demiNya.

Concept carrot and stick, Allah swt lah yang memperkenalkannya. Syurga dan neraka. Pahala dan dosa.

Oh, berbalik pada istigfar, kerana kita ini hanya manusia biasa yang diberikan akal dan nafsu, dengan segala kelemahan kita, kita akan sentiasa melakukan dosa.

Guru saya berkata, sedetik kita lupakan Dia, Allah Sang Maha Perkasa itu, kita sudah dikira melakukan dosa. Terjelma setitik noda hitam di hati kita.

Maka basuh lah kekotoran hitam itu dengan istigfar. Sedangkan kita mandi setiap hari ( insyaAllah for most of us, kalau tiada air lain cerita, kalau tiada duit... Pergi le masjid tumpang mandi) untuk membersihkan segala anggota fizikal kita, maka jatuh wajib bagi kita untuk membersihkan hati kita.

Kalau degil kekotoran dibadan mau hilang, kita sabun sepuloh kali serta sental. Mungkin kita pakai scrub. Hebat.

Untuk hati? Cer try istigfar seribu kali. Tak mampu 100 kali. Jangan kurang dari 70 kali kalau boleh sebab Rasulullah saw yang maksum itu pun memohon ampun sekurang2 nya 70 kali sehari semalam.

Guru saya kata, kot pemalas tahap gaban, 3 kali je le.

Sambung esok, ni istigfar tak cukup lagi.

( some people will sceptically ask why do we need to have a target in zikir? Like, a thousand, a hundred? Dey, I ask my students to draw any graphs at least 10 times to force their brains to remember. Ini kan zikir)


Saturday, 15 December 2012

KAPAN?

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa dihati, yang sentiasa mempercayai keajaiban, yang mencintai kebenaran, yang mencari erti kehidupan sebenar.

Yang sentiasa percaya kepada kekuatan doa.

Yang sentiasa memerangi segala seteru di luar dan di dalam diri.


1
Seorang hamba Allah yang datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus malam tadi telah menderma sebanyak RM 100,000, cash. Saya menggosok-gosokkan mata, tidak percaya. Wallah, saya begitu cemburu. Hamba Allah yang begitu kaya dan begitu tenang mengorban harta. Jihad harta ini, payah Tuan-Tuan, mahu jaga niat, mahu jaga hati, paling penting , mau ikhlas. Syaitan dan iblis tidak akan putus-putus mahu membisikkan tentang natijah bersedeqah- iaitu jatuh miskin.

Dan saya cukup cemburu dengan karisma Ustaz AI. Mampu membuatkan hamba Allah itu menderma di dalam majlisnya.


2
Menonton rancangan TV al-hijrah tidak silap, tentang pendapat orang Arab berkenaan dengan orang bukan Arab. Pemuda- pemuda Arab ini, pabila ditanya hafal ngga surah al-ikhlas dan ayat Qursi? Menggelengkan kepala, sambil tersenyum malu.

Allah.

Moga- moga generasi di luar sana akan kenal Al-Quran. Ajaklah dengan berhikmah. Saya jua cuma kenal ayat Qursi di Form One, itu pun kerana ketakutan di kacau jin. Padahal sudah lama dilantunkan kerana ia adalah sebahagian dari maksurat. ( Oh, kami diwajibkan membacanya selepas subuh dan asar, kebiasaan yang sudah hilang, lempang sahaja saya ini).


3
Kawan saya dilanda musibah sangat besar. Sudilah kiranya sahabat- sahabat yang dimuliakan mensedekahkan alFatihah pada rohnya.

Sangat sukar berperang dengan nafsu kita, apatah lagi diketuai oleh Iblis dan pengikutnya. Tambahan lagi,

....


Mungkin kapan jiwaku ini akan bersih?

Friday, 14 December 2012

Allah'a emanet olun.

Sahabat,

Take care, lihatlah, musim bunga akan tiba. Semoga mentari itu akan tetap membawa kebahagian di dalam hidup kita, insyaAllah. Kekal cekal lah, kerana itu adalah sifat-sifat orang beriman.

Salam sayang,

Nur

Monday, 10 December 2012

DIBUKA SEMULA - KISAH HAJI

Assalamualaikum,

Semoga kalian dilindungiNya dari segala dukacita, lara, nestapa, musibah badan dan hati, serta gangguan jin dan manusia durjana.

Ameennn.

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahhumma Solli wasallim A'ala Saidina Muhamad, wa'ali Muhamad.

Saya mahu menukilkan sebuah kisah, takut saya lupa di kemudian hari, dan sudilah kalian mengambil pengajaran dan iktibar darinya.

Seorang ustaz mendapat panggilan haji pada saat-saat terakhir, yakni 4-5 hari sebelum hari wukuf. Ya, panggilan haji tahun inilah, yang sudah berlalu itu.

Beliau sebenarnya tidak mendapat visa sebelumnya, kerana Kerajaan Arab Saudi tahun ini tidak mengeluarkan visa tambahan.

Berkat solat hajatnya yang tidak putus2, beliau akhirnya dipanggil. Ajaib.

Tetapi sebenarnya yang terlebih ajaib adalah, tidak pernah lapangan terbang jeddah dibuka semula selepas mendapat arahan supaya ditutup selepas kemasukan rombongan jemaah haji terakhir dari seluruh dunia.

Tidak pernah.

Alhamdulillah, Raja Arab Saudi memerintahkan supaya lapangan terbang dibuka semula, membenarkan kemasukkan jemaah haji saat-saat akhir.

Ribuan jemaah ini disertai oleh ustaz ini.

Sebenarnya, ini adalah titah perintah dari Sang Raja Penguasa Langit dan Bumi.

Kerana ada jemaah yang telah ditulis di Luh Mahfus bahawasanya ruh nya akan ditarik disana.

Seusai tawaf Qudum, sahabat-sahabat yang dimuliakan. Selesai mengucapkan selamat datang pada tanah dan kota yang mulia itu, melambai Ka'bah yang dicintai itu, jemaah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sedangkan esok nya adalah Hari Wukuf.

Kemuliaan yang diberikan padanya. Kerananya, lapangan terbang jeddah mesti dibuka semula, untuk membenarkan jasadnya masuk. Kerana beliau tidak akan meninggal dunia di Malaysia.

Takdir yang telah tertulis pasti berjalan. Cantik sekali.

Sunday, 9 December 2012

UNTUK MU SAHABAT

Assalamualaikum,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allah Humma Solli wa Sallim A'ala Saidina Muhamad, wa'aali Muhamad.

Sahabat-sahabat yang dicintai, ku hadiahkan al-Fatihah untuk ruh mu yang kelihatan capek. Moga-moga dengan usaha kecil ku ini, ruh mu akan bersinar dengan cahaya-Nya, yang terlalu indah untuk digambarkan.

Sekalung tahniah untuk Dr. Norlin Khalid, yang telah berjaya dalam viva nya baru- baru ini. Tuhan memberkati mu, friend of heart. Memberkahi mu kerana engkau selalu memberikan hatimu kepada semua orang.

Post ini untuk Rabiah. Maaf kerana memeram emel mu, ngga punya kekuatan untuk membalasnya buat masa ini. Dan saya sudah ketemu rakan baikmu, SubhanAllah, indah sungguh wajahnya, bercahaya-cahaya bak bulan purnama!

---------------------------------------------


Salam

Gimana keadaannya di irbid?

Masih bergema kah laungan protest?

Dan gimana keadaanmu?

Saya membaca quran, sampai di surah al-an'am, ayat 12, saya teringat tulisan mu mengenai ayat itu, tpi sebenarnya saya ngga ngerti entri mu itu.

Mau bertnya di dalam blog malu pula, malu dikatakan terlalu dangkal hahaha.

Care to share here?

---------------------------------------------

Maaf kak lewat. Sibuk kononnya.

Masih bergema, cuma sayup. Entah apa seterusnya terjadi pada rantau tak terjangka ini, saya harapkan yang baik-baik.

Bagaimana saya? Begitulah. Masuk tahun empat, dunia baru, hari-hari bertemu pesakit, hari-hari (perlu) ngadap buku. Interesting, and tiring. I wonder why those two words love to stay in (my) same breath. hehe

Oh, tentang tulisan itu. Saya pun sebenarnya sudah ingat-ingat lupa.
Saya tak pun membuka mana-mana tafsiran quran untuk ayat itu, jadi mungkin saya hanya dapat kongsikan apa yang saya rasa tika itu. Mungkin kalau ada kelapangan akak boleh bertanya pada mana-mana ustaz, dan kemudian kongsikan dengan saya? =)

Seperti dalam entri, saya sedang manaiki bas ke universiti ketika mendengar ayat itu.

Terjemahan langsung dalam kepala saya ketika itu,

"(Tuhan) menulis atas dirinya rahmah"

Saya 'tafsirkan' dengan pemahaman saya secara umum, berdasar sastera melayu.Saya faham bukan dengan kekayaan perbendaharaan bahasa Arab, lalu mungkin sekali terdapat kesilapan.

'menulis' bagi saya menggambarkan sesuatu yang diinginkan lebih kekal, dengan keinginan lebih bersungguh. Lebih dari bercakap. Sesuatu yang ditulis lebih sukar dipadam.

'Atas dirinya', yang lekat pada diri. Ditulis sendiri, diakui sendiri, diazamkan sendiri. Saya terbayang seperti kita mungkin mereka lencana sekolah sendiri, atau 'nametag' sendiri, lalu disemat di dada penuh bangga.

'rahmah', yang saya faham sebagai kasih sayang belas kasihan.

Seolah Tuhan boleh memilih untuk 'menulis atas dirinya' perkara lain, namun Tuhan memilih 'rahmah', dengan penegasan yang sangat kuat. Tentu di tempat lain tersebut juga Tuhan itu 'sangat keras seksanya', dan lain-lain, namun sepertinya tidaklah sebegini ayatnya.

Juga mengesankan saya, build up kepada ayat itu. Tentang orang-orang yang menolak Tuhan, menolak rasul. Menolak Tuhan yang 'mencipta kegelapan dan cahaya', 'yang mengetahui rahsia dan zahir'. Kemudian, diminta rasul bertanya dan menjawab sendiri, 'untuk siapa apa yang di langit dan bumi?' "Allah". yang menulis atas diri-Nya rahmah. Pasti akan mengumpulkan kalian...rugilah yang tak percaya...

Pemahaman yang benar dari bahasa Arab tentulah lebih besar dan lebih luas.

Sejujurnya saya sedang 'gelung' err, macam tak betul sikit dalam minggu itu. Mendengar ayat sebegini sangat-sangat menyegarkan dan menginsafkan.

Lalu saya teringat dalam satu buku yang saya baca lama dulu, buku terjemahan dari tulisan Amr Khaled. Disebutkan dalam buku itu, Pakcik Amr bertanya pada sekumpulan remaja, 'apakah nikmat paling nikmat yang kalian rasakan.'

Pelbagai jawapan diberikan. Saya lupa, tapi mungkin sekali seperti jika diajukan soalan itu pada kita, ada tentu yang menjawab makanan, negara tercinta, ibu, dan lain-lain. Ada juga yang menjawab nikmat islam, nikmat iman.

(sampai disini saya tersedak membaca balasan emelnya. Saya lah tu, yang sangat mencintai makanan)

Jawapan yang paling menarik pada Pakcik Amr ini datangnya dari seorang remaja yang menjawab, " Nikmat yang paling besar ialah mendapat Allah sebagai Tuhan saya."

Jawapan sangat menakjubkan. Saya tak ingat ulasan Pakcik Amr selepas itu.

'Mungkin' juga kan, kita mendapat Tuhan yang bukan Allah. Tak seadil itu, tak sepenyayang itu, tak se'murah hati' itu. Dan kita tak mungkin mempertikaikan. Tak mungkin memilih. Kerana Dia Tuhan, dan kita bukan siapa-siapa. Lalu remaja tadi menzahirkan kesyukurannya punya Tuhan seperti ini.

Sesuatu yang saya tak pernah terfikir sebelumnya. Dan dalam bas itu, saya diingatkan semula.


Sekian, ampun salah silap kak. =)
Selamat!