Alastu kawan, bintang selalu sahaja berbicara aneh, yang aneh-aneh. Pagi ini, ketika gue melangkah ke pejabat, untuk hari ketiga berturut,di waktu cuti hujung minggu untuk apa yang boleh disumbangkan pada anak bangsa, gue disampuk rindu berat. Lalu, gue membawa bersama di dalam beg, kiffiyeh. Aneh! Selalu, dalam kesibukan gue bisa sahaja melupakan. Bahkan gue mungkin sengaja menyibuk diri untuk melupakan. Lantas, mengapa gue membawa juga kiffiyeh itu ke pejabat? Kawan, atas segala apa, gue mensyukuri apa yang loe anggapkan gue. Gue berbangga menjadi sebahagian dari hidup loe, menyentuh beberapa detik dalam pengalaman loe. Gue yang kerdil, yang tidak punya apa-apa mustahil akan meninggal kesan pada orang. Meski sekelumit, kerana gue tahu yang gue jauh sekali dari layak. Yang gue ada, apa yang teranugerah dari langit. Dia mengilham lalu gue perbuat. Dan gue selayaknya hanya penyampai pada pesan. Kerana gue fana, gue tidak punya tempat mahupun ruang, kawan. Gue tidak punya tempat dan ruang. Itulah gue. Yang sebenarnya. Noktah. Kawan, selagi punya ruang dan peluang berjuanglah. Hanya itu pun bekal kita di hadapan, tiada lain. Itulah yang dinilai, itulah yang ditunjuki Nabi. Diajari Rasul. Disuluh jalan oleh Imam. Seperti diperbuat Ibrahim. Kawan, loe kata mungkin loe mau banget menjadi seperti teratai. Atau menjadi silver sword. Kedua-duanya adalah kuntuman mekar yang sunyi. Meski, ia tetap manifestasi Pencipta yang terlalu Agung. Kalau gue boleh menasihat, harus sahaja gue menasihati loe jangan mimpikan jalan itu. Ia jalan yang sangat asing lagi aneh. Silver sword itu aneh sangat tumbuhnya. Dari rekahan lava yang sudah menyejuk dan mengeras. Tahukah loe seperti apakah lava itu? Tika ia masih lagi di dalam bumi, suhunya 3000 Celcius. Ketika ia menjumpai jalan keluar ke permukaan, suhu sudah menjadi 2000 Celcius. Dan Silver Sword muncul dicelahan itu! Dan kamu lebih tahu, seperti apakah lotus. Ia ada di permukaan kolam. Dan ia timbul sendirian. Lotus tidak berkongsi kembangnya bersama kuntum yang lain, kerana ia hanya akan kekal menguntum seorang, meski disekeliling masih lagi punya jiran. Seorang, seorang! Namun, loe tahu, gue tahu, hidup ini aneh. Kita aneh. Lalu anehkah orang yang aneh mimpikan yang aneh-aneh? Gue sebetulnya tidak pernah terkejut. Kawan, sekali lagi gue tidak akan jemu berbicara, selagi ada ruang juang, juanglah. Kerana itulah jerih payah Nabi. Dan Nabi tidak pula mengeluh, kerana baginda sudah tahu syurga itu mahal harganya. Dan lebih mahal redha Tuhan untuk menganugerahkan darjat hamba. Menjadi hamba Tuhan itu mahal, namun manis nikmatnya luar dari indera. Luar dari dunia. Lalu maqamnya hanya jadi halal di Firdausi. Kawan, hari ini, bila gue menghadap wajah ke skrin, gue lilitkan kiffiyeh Ghazzah di leher. Ya, gue rindu juang. Lalu gue berdoa, pada mereka yang meletak kaki dan sedang berada di medan . Sesungguhnya, kalian sungguh bertuah. Kerana dipilih dan menjadi insan terpilih. Terkorban kalian kerana jalan ini demiNya, ijabnya jihad, kabul hanya sah dengan syahid. Noktah. Sambil gue menyelak langsir masih dengan kiffiyeh di leher, hari sedang lebat dengan hujan! Selagi ada ruang, juang jangan lelah. |
Wednesday, 30 March 2011
SURAT DARI SAHABAT
SURAT UNTUK SAHABAT
Salam
Loe yang gue kasihi selalu.
Selalu sahaja gue meninjau dari bilik kecil gue ini, menyelak langsir, tetapi tidak boleh lama, kerana langsir ini menghalang udara sejuk dari menikam-nikam tulang gue.
Kerana Gue selalu mencari-cari bintang timur itu. Kerana pada bintang itu ada Bunda, ada loe.
Kerana bintang itu seperti silver sword loe. Alone. Aloof. Tapi ada cahaya pengharapan pada nya. Seperti Bunda dan loe yang sentiasa sahaja mendu’akan gue, mengharap yang terbaik untuk gue.
Cahaya kegembiraan yang sentiasa dibawanya, cahaya yang penuh kasih dan sayang.
Loe pernah menulis, silver sword itu membesar dan menguntum di celah rekahan gunung berapi. Apakah ada bunga lain yang sebegitu berani? Dan dari mana bunga ini punya keberanian yang maha tinggi? Lahar api itu bukan main-main. Bunga ini jua cuma berbunga sekali seumur hidup, dan kemudiannya pergi mengadap Rabbul Izzati. Jelas sekali keutuhannya, keanehannya, kesunyiannya. Loe ini memang aneh-aneh.
Tapi gue, gue lebih mahu menjadi lotus, yang sangat pandai membersihkan dedaunnya yang dihinggapi debu, kerana gue tahu, gue masih lagi belajar erti penyucian hati. Seorang ahli filosofi mengatakan teratai tidak berkelopak itu adalah simbol hakikat kewujudan Tuhan. Loe tentu kenal gue ini bukan, mahu tahu, mahu lihat, mahu rasa menifestasi keagungan Tuhan.
Sentiasa.
loe sehat kah?
loe mahu tahu? setiap kali gue jatuh, setiap kali gue kesunyian, setiap kali gue perlukan semangat, pastinya gue baca semula kata-kata hikmah loe. gue tahu gue ini bukan siapa2 dalam hidup loe, tapi gue sangat2 bersyukur loe ada dalam hidup gue. gue mohon maaf sekiranya gue tidak berada disisi loe sentiasa.
tapi nya loe ini, loe ini selalu menyelamatkan gue dari musibah gue yang terlalu.
syukran ya ukht, syukran jazilan...
Tuesday, 29 March 2011
SWEET REVENGE
GOSSIP

HAVE MERCY

















PLANT A HOPE
Monday, 28 March 2011
SONG IN YOUR LAUGHTER
Salams,
Klose has scored again, at this time two goals against the weak Kazakhstan. It is again a mysterious Act of God why he is the deadly striker during the international games, but merely a substitute or a warmed bench at the club level. Hail the real prolific hitman. What makes me love footballs? I think, apart from their impressive forms (none of them are handsome enough to be models, well, few, but most of them are average) and their beautiful games, I really really really love the adjectives used to describe these players. Take this, for example:
In essence, the two parties suit each other. Both demand the spotlight – Real as a totemic institution of Spanish football, Ronaldo as a flair player of the highest order – but this ruthless desire for glory, perceived in some quarters as distasteful or selfish, should not mask a total and utter commitment to the methodologies behind such success.
I could never write like this, nor could I get the same amount of excitement by reading any journals or novels. It seems that the words picture, capture and describe some sort of superb power possessed by humans that nearly elevates them into the goddess status. I love words. I love beautiful words more. I use it excessively, and reading these beautifully written articles have brought me an indescribably pleasure. And it doesn’t hurt to know that Messi has dimples too!
Try reading the economic journal articles written by the Nobel Prize winners, and you could never imagine that economic could also be portrayed beautifully. Goodness me.
Hearing the song in your laughter, a melody I chase after, no one else has done this to me – Have a beautiful week ahead.
