Wednesday 30 March 2011

SURAT DARI SAHABAT

Balasan dari sahabat gue, moga-moga kalian yang membacanya akan mendapat manafa'at nya. Ya, dia penulis terbaik bagi gue.

________________________________________________________________________

Alastu kawan, bintang selalu sahaja berbicara aneh, yang aneh-aneh.

Pagi ini, ketika gue melangkah ke pejabat, untuk hari ketiga berturut,di waktu cuti hujung minggu untuk apa yang boleh disumbangkan pada anak bangsa, gue disampuk rindu berat.

Lalu, gue membawa bersama di dalam beg, kiffiyeh.

Aneh! Selalu, dalam kesibukan gue bisa sahaja melupakan. Bahkan gue mungkin sengaja menyibuk diri untuk melupakan. Lantas, mengapa gue membawa juga kiffiyeh itu ke pejabat?

Kawan, atas segala apa, gue mensyukuri apa yang loe anggapkan gue. Gue berbangga menjadi sebahagian dari hidup loe, menyentuh beberapa detik dalam pengalaman loe. Gue yang kerdil, yang tidak punya apa-apa mustahil akan meninggal kesan pada orang. Meski sekelumit, kerana gue tahu yang gue jauh sekali dari layak.

Yang gue ada, apa yang teranugerah dari langit. Dia mengilham lalu gue perbuat. Dan gue selayaknya hanya penyampai pada pesan. Kerana gue fana, gue tidak punya tempat mahupun ruang, kawan.

Gue tidak punya tempat dan ruang. Itulah gue. Yang sebenarnya. Noktah.

Kawan, selagi punya ruang dan peluang berjuanglah. Hanya itu pun bekal kita di hadapan, tiada lain. Itulah yang dinilai, itulah yang ditunjuki Nabi. Diajari Rasul. Disuluh jalan oleh Imam. Seperti diperbuat Ibrahim.

Kawan, loe kata mungkin loe mau banget menjadi seperti teratai. Atau menjadi silver sword. Kedua-duanya adalah kuntuman mekar yang sunyi. Meski, ia tetap manifestasi Pencipta yang terlalu Agung.

Kalau gue boleh menasihat, harus sahaja gue menasihati loe jangan mimpikan jalan itu. Ia jalan yang sangat asing lagi aneh.

Silver sword itu aneh sangat tumbuhnya. Dari rekahan lava yang sudah menyejuk dan mengeras. Tahukah loe seperti apakah lava itu? Tika ia masih lagi di dalam bumi, suhunya 3000 Celcius. Ketika ia menjumpai jalan keluar ke permukaan, suhu sudah menjadi 2000 Celcius. Dan Silver Sword muncul dicelahan itu!

Dan kamu lebih tahu, seperti apakah lotus. Ia ada di permukaan kolam. Dan ia timbul sendirian. Lotus tidak berkongsi kembangnya bersama kuntum yang lain, kerana ia hanya akan kekal menguntum seorang, meski disekeliling masih lagi punya jiran. Seorang, seorang!

Namun, loe tahu, gue tahu, hidup ini aneh. Kita aneh. Lalu anehkah orang yang aneh mimpikan yang aneh-aneh? Gue sebetulnya tidak pernah terkejut.

Kawan, sekali lagi gue tidak akan jemu berbicara, selagi ada ruang juang, juanglah. Kerana itulah jerih payah Nabi. Dan Nabi tidak pula mengeluh, kerana baginda sudah tahu syurga itu mahal harganya. Dan lebih mahal redha Tuhan untuk menganugerahkan darjat hamba. Menjadi hamba Tuhan itu mahal, namun manis nikmatnya luar dari indera. Luar dari dunia. Lalu maqamnya hanya jadi halal di Firdausi.

Kawan, hari ini, bila gue menghadap wajah ke skrin, gue lilitkan kiffiyeh Ghazzah di leher.

Ya, gue rindu juang.

Lalu gue berdoa, pada mereka yang meletak kaki dan sedang berada di medan .

Sesungguhnya, kalian sungguh bertuah. Kerana dipilih dan menjadi insan terpilih. Terkorban kalian kerana jalan ini demiNya, ijabnya jihad, kabul hanya sah dengan syahid. Noktah.

Sambil gue menyelak langsir masih dengan kiffiyeh di leher, hari sedang lebat dengan hujan!

Selagi ada ruang, juang jangan lelah.

No comments: