Tuesday, 1 March 2011

OLD WRITING PART 9

Salam pembaca yang dimuliakan Allah swt. Betapa besarnya kemuliaan seorang tetamu sehingga Rasululah saw bersabda:


Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Saya rindukan chess. Abah selalu sahaja bermain chess dengan kami semasa kecil. Antara adik beradik saya, cuma Cod sahaja yang tidak pandai bermain chess. Dan tentunya pabila kami bermain chess, kami bermain mati-matian. Walaupun pisang goreng sepinggan disebelah, bercicahkan susu, akan dilupakan sejenak. Dan selalunya, Abah is unbeatable. Walaupun kami adik-beradik bersatu tenaga mahu mengalahkah Abah, even victory is nearly in our hands, he will suddenly makes a move that will totally change the rhythm of our game, and BOOM, he wins. We will stare at him, speechless, how could he change the direction of the game?

We are so sure of our winning, even smiling and laughing smugly. And when we lose, he will merely smile and make a move to surau. And leave us wonder, and ponder, how could he possibly overcomes the difficult, if not impossible, situations? Clearly, we are the novices compare to him.

Ada diantara kami yang akan menangis-nangis sekiranya kalah. Memang kelakar, tapi itu lah realiti nya, sehingga terpaksa dipujuk oleh Emak supaya si menang memberi peluang kepada si kalah. Masalah utamanya, si menang memang degil. Mana pulak mahu memberi peluang kepada si kalah itu. Terpaksa lah Emak memujuk si kalah dengan membeli sekerim.

I have a love-hate relationship with the chess tournaments. The tensions are never greater than being in the best team, and sitting and playing with enormous pressure to win. If I am to have a blood pressure test, I have no doubt that I am the worst patient.

Scary. Because I’m not a gifted players like the others. Who have thousands tactical moves. Who can beat me within 5 minutes, or even within 10 moves.

But I do know, when I play for fun, I could win.

Pressure ruins everything. Including your life.

Chess imitates real life. Play safely, play dangerously. Play nicely, play terribly. Play kindly, play mischievously. Play for fun, play seriously. Play lightheartedly, play treacherously. Play humbly, play deceitfully. Play sincerely, play wickedly. Play honestly, play awfully. Play genuinely, play riskily. Play respectably, play cruelly. Play maliciously, play fairly. Play nastily, play elegantly.

Play classily.

But unlike chess, when you are stumbling, it doesn’t mean you are falling. Play it beautifully then.

OLD WRITING PART 8

Salam pembaca yang dimuliakan.

Gerimis pulak petang petang ini. Mengingatkan saya kepada suatu petang dimana Abah membawa saya makan di kedai makan baru di Batu 6. Tepi sungai. Saya selalu sahaja takut dengan sungai, kerana selalu sahaja membayangkan ada buaya bersedia menerkam. NGAP! Mati gue.

Makanan nya tidak sedap (I’m a fastidious eater). Tapinya Abah selalu sahaja makan dengan gembiranya. Dan selalu nya mencuba menu baru yang kadangkala tidak masuk akal bagi saya – contoh utama, semasa saya berumur 9 atau 10 tahun, Abah memesan sup ekor. Sup ekor! Membayangkan ekor lembu sahaja sudah memualkan saya.

Saya selalu perhati, sekiranya saya sedih (saya tidak pasti adakah konsep ini Abah praktiskan untuk adik-adik yang lain), Abah akan membawa saya seorang keluar makan. Mencuba sedaya upaya menggembirakan hati saya yang sedih, dengan harapan saya tidak akan tenggelam dalam kesedihan. Kerana dia tahu, masalah saya selalunya teramat besar-besar belaka. Yang tidak tertanggungkan oleh saya. Owh ya, dalam hidup saya pembaca yang dimuliakan, ujian nya aneh-aneh belaka, kerana ya, saya ini seorang yang aneh.

Mau sekali pulang menemui Abah dan Mak. Saya mahu sekali menangis di bahu mereka. Teringat perenggan di dalam Seteguh Karang yang ditulis oleh Tuan Faridah Syed Abdullah itu - berkata Budi, seorang anak muda merantau dari Indonesia bekerja di ladang kelapa sawit di Johor, kepada Anisa (the narrator) – ku kira, sampai mati aku tidak kapan berjumpa ibu bapa ku, kerananya tambang kapal terbang itu sangat mahal.

I know exactly how you feel Budi.

OLD WRITING PART 7

Bimillah hir-Rahman nir-Rahim,

Salam pembaca yang dimuliakan, semoga diberi keberkatan dalam apa jua bidang yang dilakukan. Mahu menulis lagi, ia, kegilaan meng “update” blog ini datang tiba-tiba, tapi saya berfikiran positif - ia penting untuk keselamatan kewarasan saya.

Semalam, dan kelmarin-kelmarin jua, saya sudah bercadang mahu menulis entri ini. Bagi saya, cukup sebagai peringatan ngeri untuk diri sendiri, serta adik-adik dan sahabat-sahabat yang dicintai.

Penglihatan. Anugerah Tuhan yang Maha Agung. Semalam mata saya termasuk syampu, subhanAllah! Mahu apa rasa nya, dibasuh dengan air berkali-kali sambil berselawat syifa’ (mungkin sebahagian anda berkata saya bida’ah, kata sahaja, tidak berkudis pada saya- kerana lidah saya alhamdulillah, at least mengagung kan lelaki paling mulia itu, dan bukannya mencarut dan memaki hamun, kan? ), sambil berdu’a, jangan jangan jangan nerve atau neuron saya diambil Tuhan, jangan dirabun kan saya, dan paling teruk, jangan dibutakan mata saya!

Disaat itu, saya sangat menghargai anugerah penglihatan ini. Kerana saya pernah mendengar nasyid oleh ImamShaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy dari Kuwait (http://www.youtube.com/watch?v=s_iVH1qfQ5I&feature=related) berkenaan dengan nikmat peNglihatan – seorang anak yang buta bertanya kepada ibu nya, owh Mother, what is the shape of the sky? What is light? What is the moon? What is the beauty you talk? And I see no trace of it. Is this world full of continuous darkness?

Runtuh hati saya saudara, dan bagaimana kah agaknya perasaan ibu anak muda itu? Dan saya ini, dengan izin-Nya, boleh melihat bintang bulan dan matahari? Dan daisies dan bunga biru?

Dan anak muda hari ini rata-ratanya melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Syara’. Paling teruk, menonton filem lucah yang bersepah-sepah dijual dimana-mana, yang boleh di download dengan mudahnya dari internet. Hati-hati ya, jangan tiba-tiba kamu dibutakan sekelip mata. Tidak percaya? Pernah dengar seorang lelaki muda tiba-tiba hilang penglihatannya diatas sebab-sebab yang hingga kini doktor masih lagi mengkajinya?

Teringat saya kisah adik lelaki bongsu saya, yang konon-kononnya bermalam di rumah kawan nya, tetapi dikatakan niat mereka adalah untuk menonton cerita lucah (Sebab itu lah sekiranya saya in charge dengan adik saya itu, tidak saya benarkan dia keluar dengan kawan-kawan nya yang mempunyai akhlak yang meragukan). Tetapi belum sempat niat suci murni mereka itu diteruskan, abang saya yang sudah diberitahu tentang itu, datang ke rumah tersebut dengan membawa kayu hoki. Nah, jangan main2 dengan anak Pak Marwan.

Pasti pucat lesi muka sahabat-sahabat adik saya itu. Argh…boleh kah di panggil sahabat mereka itu?

OLD WRITING PART 6

Salam pembaca yang dimuliakan, moga di bulan Rejab ini, kemuliaan mu bertambah-tambah, benar, ujian yang mendatang bukan sahaja mampu menggugah iman, malah mampu mengkufurkan, moga-moga kaki mu tetap teguh berdiri bersandarkan kalimah Lailahaillallah.

SPONGE BOB

Kami semua nya Sponge Bob, cuma seorang sahaja Elmo. Walaupun ia bukan karektar kartun yang saya gemari kerana saya lebih memilih Calvin, Sponge Bob is actually a nice character. He is so honest and lurus bendul (am I like that ????), lots of silly things happen to him, but eventually, like Min said, he will always turn out to be well. I hate the yellow colour, perhaps if they repainting it to red, I might consider to like him. And the words of caution to all the Sponge Bobs, do not befriend with the traitors and jealous persons. However, as Zeah pointed it out, how could we recognize that they are traitors? Ehmm, true, how true.

But Zeah, we love Elmo too.

WISHES

Lots of my dreams have come true this month. I would like to write it down and share it with you, but as my eyes have rebel againts my heart (traitors!), I bid you good bye, good nite, and may Allah’s love and grace and rahmah be with you. And to those who are struggling againts the laziness and writer’s block syndroms, have no fear friends of heart, let’s enjoy the summer while it lasts (and don’t believe my advice, I’m trying to lure you to the forbidden path of happiness. And this advice is applicable to all of my friends here, in UK, the students in Malaysia). I have, indeed, been blessed with the good food, good friends and good books in this summer.

But as they are saying, every good thing will come to the end. And I’m dreading to wait for the end. Perhaps I will say this again and again, there is no use to love people, to love anything, because ultimately, it will be taken from you.

But, I can’t resist to love, after all, I’m alive.

OLD WRITING PART 5

Salam Pembaca yang dimuliakan, moga Anda berada di bawah Limbungan Rahmah-Nya.

Saya sangat-sangat marah hari ini, bangun pagi saja sudah dikejutkan dengan berita yang membuatkan darah saya mendidih-didih, menyala-nyala api kemarahan saya. Saya tahu larangan Rasulullah SAW itu:

“Sesungguhnya marah itu bara api yang dapat membakar lambung anak Adam. Ingatlah bahwa sebaik-baik orang adalah orang yang melambatkan (menahan) amarah dan mempercepat keridhaan dan sejelek-jelek orang adalah orang yang mempercepat amarah dan melambatkan ridha” (HR. Ahmad dari Abu Sa’id al-Khudriy).

Saya juga tahu larangan dari Sang Pengasih itu:

“Dan bersegeralah menuju ampunan Allah yang memiliki surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang dijanjikan untuk orang-orang yang bertakwa, yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun di waktu sempit. Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan”. (Ali-Imran : 133-134)

Tapi! Saya sangat-sangat marah! Saya sangat marah dengan tindakan kerajaan MALAYSIA yang mengamalkan dasar Islam Hadhari ini, yang menaikkan harga petrol sebanyak 40.6%, dan diesel 58.2%. Tangan saya menggeletar-geletar semasa menulis entri ini.

Sepanjang perjalanan kaki ke sekolah, hati saya menggelegak, badan saya menggeletar dan muka saya memerah. Atas apa jua alasan untuk menaikkan harga bahan asas ini, tidak logik. Saya tidak mahu menulis panjang lebar dari segi ekonomi, cukup lah saya beri satu analogi ini.

Mahu tahu kenapa harga beras meningkat? Banyak faktor-faktor nya, antaranya permintaan semakin mendadak naik (read – manusia makan melebihi kadar). Tetapi antara hidden factor ialah Kerajaan Thailand(dimana Negara ini adalah pengeluar beras terbesar didunia) dan Kerajaan India telah mengharamkan export beras ke Negara-negara lain. Tindakan ini diikuti oleh kerajaan lain seperti China,Egypt,Vietnam dan Cambodia. Kenapa mereka mengharamkan penjualan beras kepada Negara-negara lain? Kerana beras sendiri tak cukup untuk rakyat mereka, toksah nak ngada2 jual kat Negara lain. Pada pelajar yang pernah mengambil subjek ekonomi, situasi ini sangat senang untuk difahami. Apabila beras kurang (less supply), harga akan naik (price will increase).

Setengah-setengah manusia berpendapat elok lah jual petroleum kat Negara luar, sebab petroleum kita high quality, so kita dapat untung juta-juta…owhh silap…berbilion-bilion, nanti duit itu boleh guna untuk menda lain…owh…aper ya Negara buat dengan duit itu? (nada kasar sedikit perenggan ini)

Ikut lah contoh cerita beras tadi.

Saya mahu bertaruh dengan sepenuh jiwa rasa saya, seluruh diri saya, dan seluruh harta saya, bahawa kadar jenayah akan naik. Tidak perlu kajian ilmiah mengapa kadar jenayah (crime rates) sangat tinggi di Negara kita, kerana semua orang maklum, kemiskinan dan kefakiran akan menyebabkan kekufuran (feel free to interpret this quote).

Dimana economists lain? Mati agaknya. Mati jiwa dan roh nya. Harga diri dan kemanusian nya.

Tetapi, semasa berjalan pulang ke kolej, tiba-tiba saya berjumpa rakan baru, bunga pink, light pink. Owhhhh, sangat-sangat cantik! Dan saya jua bertemu bunga biru, bunga ungu, bunga putih, dan bunga kuning. Dan saya mengerti, jangan bersedih Nur, jangan Marah, kerana saya masih mempunyai kekuatan paling utuh di jagat raya, iaitu du’a. Saya punya Tuhan yang bersifat Al-Hasiib - Yang Memiliki Mutlak sifat, Maha Membuat Perhitungan. Saya tahu, seluruh zarah-zarah, atom-atom, seluruh makhluk di langit dan di bumi (kenal kah anda pada mereka?) ini akan turut mengaminkan du’a orang-orang yang teraniaya.

Termasuk lah rakan baru saya itu!

OLD WRITING PART 4

Saya menunggu keajaiban lagi. Meskipun du’a saya tidak ada magis nya, saya yakin du’a orang-orang yang saya cintai dan hormati itu tiada hijabnya. Especially kamu. Ya Kamu. Ayuh. Du’a sahaja. Kerana menifestasi kun fayakun itu sudah lama diajar pada saya. Saya disini, menanti dan menanti, biar air mata saya melimpah ruah di setiap sujud, biar hati saya pedih menahan api kemarahan hingga sakitnya menusuk di lubuk paling dalam, biar perasaanhopeless ini sangat memalukan saya, ya! Ayuh! Du’a sahaja!

Dan Aku menanti Janji-Mu Tuhan ku, kerana Engkau, Ku tahu, dari sifat-sifat-Mu, yang tidak akan mungkin memungkiri janji.

OLD WRITING PART 3

Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

Assalamualaikum pembaca yang dimuliakan, moga-moga anda berada dalam keadaan yang ceria.

Saya mahu membetulkan entri DATING saya itu. Ramai pulak bertanya. Saudara-saudari, itu semua fiction semata-mata. Tidak pernah pulok saya berdating dengan mat-mat salleh ini, rambut blond mahupun red, blue eyes or green. Saya cuma menggunakan metafora itu untuk memperli theory-theory yang saya perlu baca. Semua nama-nama yang saya tulis itu, adalah pengasas teori tersebut. Pasti nya sudah mati. (Kak, aku tidak boleh menulis dalam bentuk satirical jawap nyer kalau begini!)

Maka, jangan salah erti ya?

Mana mungkin saya keluar dating disini. Dan kamu, jangan keluar dating. Ngerti?

Ah, lama juga tidak menulis.

Partly because I’m so busy with my thinking and lost in my thoughts. I’m not a brilliant student compare with my contemporaries. I have to read and read and read…and then sit down and think. Think and think. Until I understand. I can understand better when it is accompanied by graphs. So, when I read the theory, without a graph, phewwwww, it makes my head spins. I become stuck with my readings, because I CANT picture it. I couldn’t understand the theory of growth, for example, if they just explain it by words. I need the graphs. How the aggregate demand and aggregate supply shift. How unemployment happens.

Ahh, this is not what I intend to write.

Apa yang sebenar nya saya mahu tulis adalah berkenaan dengan simpai keramat. Mati-mati saya ingat dia adalah sejenis kuih koci, tetapi bukan rupa nya. Sahabat saya yang nakal itu memberitau definasi perkataan ini hingga mati2 jua saya percaya kata-kata dia. Tetapi…sebenarnya simpai keramat adalah – guess – saya mahu kamu cari sendiri.

Kita akan jadi simpai keramat akhirnya. Moga-moga Al-Baari’ tidak uji saya dengan ujian ini. Kerana saya cengeng. Cengeng sekalik. Moga-moga kamu, simpai keramat, dilindungi AL-Fattaah. Di tunjuki Al-Qaabidh. Di pelihara Al-Mu’izz. Dikasihi Al-Hakam. Dimuliakan Al-Muqiit. Dirahmati Al-Haqq. Diberkati Al-Mushii. Dilindungi Al-Hayyu. Dididik Al-Qayyuum. Didakapi Al-Muqtadir. Dinaungi Al-Afuww. Di angkat nama mu dikalangan malaikat-malaikat dan bidadari syurga, serta makhluk-makhluk di langit serta dibumi. Moga du’a-du’a kami yang tiada magis ini, jadi magis bila mana mengenai kamu.

Kerana gue tau, kamu, simpai keramat, sangat dicintai Ar-Rahim. Tidak mungkin Ar-Rahman meninggal kamu bersendirian. Agak cemburu, kerana pastinya kasih Allah swt melimpah-limpah untuk kamu.

Sahabat saya itu berkata, simpai keramat itu adalah anugerah. Yang membuat kamu tinggal hanya satu pergantungan – iaitu tali yang Maha Kuat. Moga kamu setiap malam berjumpa dan dibelai Bonda Zainab r.a dan Khadijah r.a..atau sahaja Fatimah r.a. – lucid dreaming. Saya du’akan.