Saturday 22 October 2011

The Science of Heart-Jantung –Part 5

Salams,


Still about the heart. All credit is due to Nur Huda. May Allah bless her, protect her from any harms: seen and unseen.

__________________________________________________


The Science of Heart-Jantung –Part 5

Degupan jantung yang pelbagai boleh diukur dengan alatan electrocardiogram di mana dikatakan denyutan yang menghasilkan ritma yang berbeza itu di pengaruhi oleh emosi, pemikiran dan aktiviti fizikal. Keadaan denyutan jantung yang berubah-rubah ritmanya bukan hanya memberi kesan kepada jantung malah boleh mempengaruhi keupayaan otak untuk memproses maklumat termasuk ketika membuat keputusan, menyelesaikan masaalah dan juga mempengaruhi kreativiti. Contoh yang sangat ringkas: ketika dalam keadaan panic, kita dapat rasakan denyutan jantung kita adalah deras dan kita jarang dapat berfikir dengan waras.

Lihat sahaja graf di bawah dalam keadaan ‘frust’ atau marah, menunjukkan graf degupan jantung sangat tidak teratur berbeza ketika dalam keadaan tenang, degupan jantung sangat harmonic dan stabil. SubhanAllah.

Apa kaitan semua ini? yang paling penting apa kepentingannya pada manusia?

Manusia tidak mampu untuk mengawal suasana, keadaan hidup yang stress, manusia yang berlumba-lumba mengumpul kekayaan, ujian-ujian; kesemua ini adalah faktor-faktor yang tidak mampu dikawal oleh manusia. Ia mempengaruhi denyutan jantung secara tidak langsung dan tanpa kita sedari. Allah beri nikmat pada manusia dengan ibadah; solat 5 waktu, zikir, doa untuk mengembalikan keadaan jantung kepada denyutan yang harmonic.

Janji allah:

أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d : 28)

Untuk mengembalikan ketenangan; denyutan yang harmonic pada jantung kita ibadahlah jawapannya; jika dengan ibadah masih gagal; maka eloklah kita kena re-check amalan ibadah kita dan keadaan 'spiritual jantung kita'. Peringatan untuk saya. Pentingnya mempunyai dengupan jantung yang harmonic ini dan kaitannya dengan otak (termasuk bagaimana kita dapat membaca message rindu kawan kita dari benua yang berbeza huhu) akan diterangkan pada post akan datang. :D

wallahuaklam.

No comments: