Saturday 25 December 2010

AMBOI, SOMBONGNYA

Salams,

Kerja ngga siap lagi, tapi mahu menunaikan Hak Allah swt supaya menyebarkan peringatan:

"Demi massa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal sholih dan saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam (menetapi) kesabaran.” "[ al-Ashr [103]: 1-3 ]



Saya masih belajar cara apa yang paling efektif dalam memberikan peringatan. Saya sangat pasti ada sahaja tulisan saya yang ngga dapat diterima, tapi niat saya satu, insyaAllah, saya mahu kita saling ingat mengingati. Kerana saya hanya manusia. Tolongi lah saya dalam menggapai syurga.

Sedang menelaah, saya tiba-tiba terfikir, bahawa dosa pertama adalah engkar, sombong dan angkuh, mirip sekali dengan perbuatan Iblis semasa disuruh sujud kepada Adam. Bahawa aku dari api, kata Iblis, berani sekali memberitahu Allah swt, apa kelas sujud pada Adam yang di buat dari tanah yang hina, hitam?


“Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir).” [surah Al-Baqarah, ayat 34]


Bukankah kejadian ini berlansung terus menerus? Dari kejadian pembunuhan pertama, Qobil membunuh Habil, sehinggalah sekarang. Sombong, angkuh. Saya lebih baik dari engkau, makanya engkau ngga berhak mendapatkan apa-apa dari saya, waima penghormatan. Yang tua menyangka dirinya lebih baik dari yang muda, yang kaya menyombongkan diri kepada yang miskin, yang kuat angkuh sekali pada yang lemah, yang guru menyangka lebih hebat dari anak murid, yang berilmu sombong pada yang jahil, yang pemimpin bongkak sekali pada rakyat. Yang pakai tudung menyangka lebih baik dari yang tidak. Yang solat menyangka lebih bagus dari yang tidak. The list goes on.


“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” [surah Luqman, ayat 18]


Ya, kadang-kadang saya jua tidak dapat lari dari perasaan 'aku lebih baik'. Saya ini benar-benar fakir. Syaitan itu benar-benar bijak, dan bukan kah iblis sudah berjanji akan mendatangi kita dari segenap arah? Kalau diteliti dengan ayat-ayat quran balasan untuk si sombong, ah, kecut perut saya, sahabat-sahabat sekalian:


'Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedangkan kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong' - Al Mukmin: 76


Aduhai, syukurlah kita ada 'taubat' dan 'istigfar'. Ini hadiah yang sangat bernilai dari Allah swt. Ini adalah senjata yang sangat ampuh untuk mematahkan serangan syaitan, iblis dan manusia-manusia keji. Jangan sesekali, sahabat-sahabat sekalian, berputus asa pada rahmat-Nya, keaampunan-Nya, cinta-Nya. Selagi hayat di kandung badan, selagi nafas tidak sampai ke kerongkong, pintu taubat itu masih terbuka lebar. Seluas-luas langit dan bumi. Kalau luas bumi sudah diketahui, luas langit, subhanAllah, hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.


'Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihani' - An-Nisaa: 106.


Istigfarlah, kerana makna istigfar itu luas sekali, tidak hanya memohon ampun, bahkan menghilangkan kesan-kesan bahaya dari dosa-dosa lampau. Dan kita ngga tahu apa kesan dari perbuatan angkuh, sombong dan engkar yang pernah kita lakukan. Ya, sahabat-sahabat yang dimuliakan, semoga rintihan kita ini, di dengari Allah Maha Mendengar. Dan Dia, Dia itu amat suka mengampuni, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Ah, hebat sekali. Manis sekali.









No comments: