Wednesday, 19 October 2011

SEMAKIN HAMPIR

Salams,


1
Ada ustaz cakap, berkirim salam pada Rasulullah saw melalui orang yang mahu mengerjakan haji dan umrah itu bid'ah. Entah. Sudah berbincang dengan Huda, mahu pula bertanya pada pembaca blog ini.


2
Semakin hampir, semakin lompong ilmu didada. Allahim.


3
How's Teluk Intan? As usual. Mungkin memuakkan pada sesetengah orang, mungkin menggembirakan pada yang lain. Saya...gembira. I've been travelling around the world, except to a few continents, yet this small village gives me something beyond words. As long as you be grateful for whatever Allah swt has provided you - you will be the happiest person ever.


4
Dengar-dengar tahun ini Haji Akbar. Dan salah satu teori mengatakan Imam Mahdi akan muncul pada Haji Akbar. WaAllah hu'alam. Dunia semakin pelik - terlalu corrupt dan mengejar keduniaan. Membunuh dianggap biasa. Mencuri di anggap biasa. Zina dianggap biasa. Homoseksual dianggap biasa. Tidak menutup aurat dianggap biasa. Bergaduh dianggap biasa. MasyaAllah.

Apa yang tidak biasa? Membaca al-Quran di dalam bas/keretapi. Menutup aurat sepenuhnya. Bersolat ditengah-tengah kesibukan bermesyuarat. Dan perkara-perkara yang mengikut ajaran Islam.

Dalam masyarakat Islam sendiri ada yang berpecah belah. Dan tidak mahu berlapang dada dalam menerima perbezaan. Ingat, inilah lorong syaitan yang paling halus dan paling bijak. Dalam mahu 'membetulkan' umat, dengan tidak berhikmahnya dengan lidah dan hati kita, jangan-jangan kita dihumbankan dalam neraka. Nauzubillah. Dan tugas kita, sahabat-sahabat sekalian, hanya menyeru/mengingatkan/berdakwah, tidak memaksa mereka menerima pendapat kita.



"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)



Salam kasih.

Nur
















Tuesday, 18 October 2011

HAJAR

Bismillah hir-rahman nir-rahiim,

Assalamualaikum,

Sahabat-sahabat yang dimuliakan, semoga Allah swt memuliakan anda pada hari ini.

Sebelum saya membalas komentar terdahulu (maaf!), ingin saya lontarkan satu soalan.

Siapakah Hajar itu, ya sahabat-sahabatku?

Secara literal dan structuralnya?




Monday, 17 October 2011

MAU TEKA

Salams,

Masih dalam kembara.

Let the pictures speak for themselves.











Malas nak cerita. Mau teka kah?


:)



ROTI

Salams,

Kembara Europe kami, tetapi terasa sangat kehilangan, kerana Abah tiada.

Abah, I miss thee.

Dan mengutip kata-kata Kak As - kami di panggil, Abah. Dan akan ku mohon supaya, kalau ada rezki, diizinkan berjumpa dengan Abah, tidak secara realiti, di dalam mimpi.

Al-Fatihah to Haji Marwan Bin Saliman.



p/s: tajuk tiada kene mengena dengan isi kandungan, saya tengah menikmati roti Gardenia .





Anak Saudara di Frankfurt.




Anak Saudara , Adik dan Bonda di Belgium.



Bonda dan Adik di Volendam.





Adik, anak saudara dan Bonda di London.



Lunch di Oxfort Street, London.

Saturday, 15 October 2011

MALAS

Salams,

Semoga anda dilindungi Sang Maha Pengasih itu hari ini.

Saya sangat malas mahu ' to keep in touch'. Ya, salah satu kelemahan saya. Malas. Kalau mereka yang menghubungi saya melalui e-mail atau pun facebook, memang kadang-kadang saya balas dalam hati sahaja - merepeknya - dengan harapan, mereka akan mendapat balasan nya. Ya, lempang sahaja saya ini.

Tapi kalau melalui blog, cepat pula. Tidak tahu mengapa, saya memang orang blog. Tak payah teka-teka.

Friday, 14 October 2011

ERL

Salams,

Pertama kali menggunakan ERL ke Putrajaya.

Waduh, macam rusa masuk kambing teman ni. Ramai bebno orang di KL ni.

And I already missed Durham and Jengka. Peaceful.

Thursday, 13 October 2011

SARAWAK

Salams,

Di Kuantan, tepatnya di Vistana Hotel menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh DBP.

Saya ditanya oleh speaker - anda ini dari Sarawak kah?

SARAWAK?

Jauh sungguh.