Thursday, 19 April 2012

ABAH - 66

Salams,
Hari ini, harijadi Abah yang ke-66. Saya menggunakan hp Abah, dan tertera mesej – My Birthday 66.
I miss thee, so much.
Seperti biasa, saya tiada kekuatan menziarahi kuburnya.
Al-Fatihah.
DSC01487DSC02730DSC01493DSC01533DSC01549DSC01575DSC01689DSC01746DSC01884DSC01932DSC01991DSC02019DSC02084DSC02132DSC02421DSC02460DSC02560DSC02719DSC02727DSC00051DSC00091DSC00102DSC00118DSC00147DSC00181DSC00216DSC00239DSC00269DSC00307DSC00406DSC00482DSC00539DSC00559DSC00570DSC00577DSC00610DSC00647DSC00714DSC00734DSC00748DSC00889DSC00893DSC00918DSC00925DSC00951DSC01009DSC01099DSC01120DSC01250DSC01318DSC01427

ORANG LONDON

Salams,

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, Wa'aala 'Aalii Saidina Muhamad.



1
Saya terpegun. Baru saya tahu di London, ada kempen mahukan pihak US/UK/ISRAEL LAKNATULLAH berhenti daripada merancang menyerang IRAN/SYRIA.

Ya Allah. Saya baru tahu, padahal orang-orang London sudah lama tahu, siap berkempen lagi. Dimana kesedaran saya? Cetek sangat. Baca akhbar malas. Baca jurnal lagi malas. Padahal perintah pertama Allah adalah Iqra' - Bacalah. Kata kerja. Verb.

Ini satu perkembangan dunia yang sangat membimbangkan. Kawan saya kata, meh lah beli beras dan barang-barang seisi rumah. Saya jua bercadang mahu bercucuk tanam - seperti kawan saya yang seorang lagi.



2
I like this quote: I believe God is managing affairs and that He doesn't need any advice from me. With God in charge, I believe everything will work out for the best in the end. So what's there to worry about.

Saya bimbangkan banyak perkara, terutamanya rezeki saya.

Ada nama Allah swt - ArRazzaq. Pernah terbaca, rezeki yang tertulis untuk kita di Luh Mahfuz, akan tetap kita dapat, tetapi dengan kemuliaan Nama Allah yang ini, ia bermaksud bahawa kita sangat perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Contoh - sudah tertulis saya akan melanjutkan pelajaran di luar negara, tetapi saya berusaha semaxima mungkin untuk melayakkan diri ke sana. Membuat proposal, mengambil IELTS, menjalani interview. Ah, tahun yang sangat pahit untuk dikenang, saya berusaha selama setahun, saudara saudari sekalian untuk terbang. Ya, memang sudah tertulis saya ke UK, padahal saya mahu sekali belajar di Texas, US (dekat sedikit dengan Nouman Ali Khan). Itulah, Ar-Razzaq.

Tetapi, ada nama indah yang lain untuk Allah swt - Al-Wahhab. The Bestower. Sang Pemberi Hadiah Terbaik Yang Paling Baik ( I do not know how to put it in Malay, forgive me). Dia memberi hadiah. Dan bukan calang-calang hadiah, hadiah itu adalah yang terbaik sekali untuk kita. Apa maksud hadiah? Hadiah itu bukannya kerana Dia mahukan sesuatu dari kita ( seumpama berbalas-balas hadiah gitu), tetapi itu sifatnya, The Constant Giver of the Gifts, out of love and mercy.

Dan pabila saya renungkan kembali seluruh hidup saya, ia adalah hadiah dari-Nya. Seluruh hidup saya. Datang dari keluarga yang baik, mempunyai ayah ibu yang sangat baik, berpelajaran sangat tinggi, mempunyai status yang, masyaAllah, sangat tinggi sekali di mata dunia (Ya Allah, tolongi aku dari sifat riak' dan syirik'), kawan-kawan yang superb, boleh melihat dengan jelas, alhamdulillah, tanpa perlukan kacamata, sudah menjelajah hampir separuh dunia, ah, kalau mahu di listkan, saya ini patut nya sujud sahaja selama hidup saya.

Itulah Dia, al-Wahhab.



3
I like this quote too - It happens without my permission, my heart clings to people who love Allah swt.

"Indeed, those who have believed and done righteous deeds - The Most Merciful will appoint them love" - 19:96

Tell me, who are here do not fall in love with someone? Either secretly, or openly? Love is a big word, full of wonderful things, and it could be a noun or a verb, depending on how you view it.

But - it's very easy to cling, to love, to want those hearts that are in love with The Loving (Al-Waddud) himself.

And when I remember you, and you, and you and you - I send the selawat to Rasulullah saw, as I am truly weak.










Saturday, 14 April 2012

KEKASIH

Salams,

Bismillah hirrahman nirrahiim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'aala 'Aali Saidina Muhamad.



Saya rindu Rasulullah saw. Baru menonton youtube Dato' Harun Din bermimpi menemui Baginda. Allah. Allah. Allah.

Kalau saya diberikan anugerah menemui Baginda, akan saya khabarkan bahawa - ulama' terkini meninggalkan kami, umatmu ya Rasulullah. Tiada pembelaan terhadap kaum wanita yang lemah, janda-janda dan anak-anak yatim terbiar. Orang-orang tua yang dicampakkan di kamar usang. Yang ditindas terus ditindas. Yang dizalimi terus dizalimi. Kami dihidangkan dengan pelbagai hukum-hukum yang keras, tidak lagi fokusnya pada ingatan Robbul Izzati.

Sedangkan kami tahu, 13 tahun pertama perjuanganmu adalah membetulkan akidah.

Ya Rasulullah saw! Ya Rasulullah. Pelbagai cercaan terhadap mu, terhadap orang-orang yang ingin memujimu, terhadap kaum keluargamu terutamanya Ayah Bondamu, terhadap sunnahmu.

Sedangkan mereka itu tahu benar siapakah dirimu - Manusia paling sempurna pernah dicipta. Atau setepatnya, ciptaan-Nya yang paling sempurna, surpass everything else.

Tidak boleh menangis ketika di Raudhah menziarahimu, atau didepan kubah hijau - haram katanya. Bagaimana mahu menahan tangisan? Kalau meninggalkan ibu bapa semasa bepemergian sahaja saya sudah meraung-raung, apatah lagi menziarahimu, yang hanya sekali dua seumur hidup, dirimu yang diwajibkan dicintai melebihi dari segala-galanya, kecuali Allah swt.

Saidina Bilal bin Rabah tidak mampu dan tidak mahu menjadi muazin lagi sesudah kewafatanmu, kerana pabila melaungkan kalimah syahadah itu, segala kenangan bersamamu terlintas. Bagaimana kami ini, ya Rasulullah saw?

Ya Rasulullah.











Friday, 13 April 2012

JATUH KASIH

Salams,


Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli 'Alaa, Saidina Muhamad, wa'aali Saidina Muhamad.


1
Selama ini, saya cuma membaca sahaja bahawa ahli zikir itu akan bercahaya-cahaya wajahnya. Redup hati melihatnya. Jatuh kasih hanya dengan sekali memandangnya. Saya tidak pernah merasakan semua ini, barangkali saya tidak pernah berkawan dengan mereka-mereka ini. Ya, saya akui, saya memang selalu berada di dalam golongan elit, golongan elit dalam kacamata dan neraca pandangan manusia.

Tetapinya, saya ngga pernah berada di dalam golongan elit di dalam pandangan Allah. Ahli zikir. Ahli Al-Quran. Ahli selawat. Hatinya berdendang sayang pada Sang Maha Pengasih itu dan kekasih-Nya - Nur Muhamad. Hatinya sudah berada di syurga, sebelum syurga yang sebenarnya.

Hari ahad lepas saya diberikan peluang, dengan rahmat-Nya, melihat golongan elit kedua ini. Saya menghadiri Manhaj Nabawi sempena pelancaran Universiti as-Sofa di KL. SubhanAllah. MasyaAllah. Allahu Akbar. Indah sungguh wajah mereka. Terutamanya perempuan-perempuan ini (takkan lah saya nak memandang lelaki-lelaki pula). Cantik-cantik sungguh. Tidak berkelip mata saya. Ya, I'm the slave of beauty. Hingga saya berfikir, dimana mereka-mereka ini, saya ngga pernah bertemu dengan perempuan seindah ini? Hingga hari ini, tidak pernah saya ketemu dengan wajah indah bercahaya di institusi yang saya belajar mahupun mengajar.

SubhanAllah.

Yes, I'm jealous. Kalau boleh saya coretkan, saya cemburu dengan kecantikan mereka.



2
Dengan izin-Nya, saya jua diberikan peluang menghadiri majlis anjuran golongan yang cukup elit di dalam pandangan manusia, dan insyaAllah , Allah swt jua. Majlis ini adalah anjuran Majlis Professor Negara, dimana keahliannya adalah semua professor yang berada di dalam negara kita. Golongan cukup elit ini membincangkan cara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ekonomi di wilayah pantai timur.

Saya mencari-cari wajah-wajah yang akan membuatkan saya jatuh kasih lagi. Ngga ada. Mungkin sekali saya akan jatuh kasih dengan intellektual mereka, ya, pasti sahaja. Tapi, golongan yang sangat elit ini, ngga sekali pun menyebut tentang agama, tentang keadilan Tuhan, tentang rahmat Tuhan.

Bagaimana mahu membangun kalau tidak beserta redha Tuhan?



3
Semalam saya menyaksikan banyak kesedihan yang dialami oleh rakan-rakan yang sangat dekat dengan hati saya.

Cukup sahaja saya katakan, bahawa, ini semua ujiannya. Seorang rakan pernah berkata - semua manusia akan mengalami cabaran, rintangan dan ujian, tidak pernah sedetik pun manusia itu tidak akan diuji. Kunci untuk menghadapinya adalah dengan sabar.

Teruskanlah membuat kebaikan, tetaplah berbuat baik, dalam apa jua bentuk. Kerana orang-orang yang berbuat baik ini, akan diganjari Sang Maha Baik itu, di dunia dan di akhirat.

"Barangsiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya" - Al-An'am: 160.



4
Dalam perjalanan pulang ke rumah dari KL, kami ditemani dengan limpahan cahaya bulan penuh.

Ya Rasulullah, Muhamad saw, yang wajahnya lebih indah dari bulan.

Saya berangan-angan bahawa Nabi kita itu, sudi menemani kami yang dhoif ini.









Tuesday, 3 April 2012

SELAMAT MELIHAT

Salams,

Ah, wajar sekali bukan, kalau kali ini saya menulis Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh? Kerana imbalannya pasti besar kalau kalian menjawap salam dengan jawapan yang cukup berkah pula. Aduhai, manis pula rasanya, kalau kita sama-sama diberkahi, bukan?

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, Wa'ala A'ali Saidina Muhamad.


1
Setelah beberapa hari bertungkus lumus memahami paper Norlin, baru kali ini saya berkesempatan mahu menulis paper sendiri. Oh, silap. Bukan menulis, tapi meng'convert'nya dalam bentuh jurnal. Sudah diemeli SV saya nun diseberang benua, begitu pantas balasannya, dan diakhiri dengan:

take care and do not dissapear.

Aduh, ini perasaan nya selepas dimarahi dengan cara halus ya? Saya bukan mahu melarikan diri, tapi kalau diberi alasan sibuk, saya sangat pasti alasan itu terlebih dangkal yang akan menunjukkan saya ini dungu sekali. SV saya terlebih sibuk dari saya, tapi mampu sahaja meng'graduate'kan saya tepat dalam 3 tahun.

InsyaAllah selepas ini mahu belajar ARDL. Yuk. Siapa mahu sangat dialu-alukan.



2
Bonda ke Serawak melawat Yol. Saya agak terkilan, disaat-saat saya tidak ada kerja ini (kecuali membuat papers dan buku), Bonda tiada di Teluk Intan. Saya sudah rancang percutian saya, yang pasti sahaja melibatkan laut dan laut. Tetapi, Teluk Intan itu adalah destinasi utama percutian saya. Arwah Abah dan Nenek berada disana. Pisang goreng tersedap ada di sana, satey jua. Kalau mahu ikan bakar, mari ke Batu 6 (kot!).

Saya rindu Abah.

Kadang-kadang pantas sahaja mahu sms Abah. Atau mahu telefon dan menghamburkan segala resah dijiwa. Tapi, saya pujuki hati, kita punya Tuhan bukan? Sang Maha Pengasih itu pasti ngga meninggalkan kita didalam keadaan yang lewat sedih ini.



3
Saya mahu menulis mengenai politik. Tapi muak pula. Semua pemimpin tidak bermoral. Tidak percaya dengan hari pembalasan, mungkin.

Padanlah didalam Surah Al-Fatihah yang diulang 17 kali dalam sehari itu, kita menegaskan bahawa Allah adalah Raja di Hari Pembalasan. Sehebat mana pun anda, anda ngga akan dapat melepaskan diri dari hari ini.

Anda ngga percaya? Mungkin. Al-Quran menegaskan bahawa kebanyakan manusia tidak percaya, until they die.

Doakan kita semua ini diberikan iman yang sebenarnya, sehingga nafas terakhir.

Oh, mungkin jua kalian berfikir, kalian muda lagi, maut hanya akan dapat dalam 30-40 tahun lagi. Anda boleh pergi ke hospital untuk melihat, statistic kematian yang melibatkan golongan muda.

Selamat melihat!