Saturday, 14 April 2012

KEKASIH

Salams,

Bismillah hirrahman nirrahiim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'aala 'Aali Saidina Muhamad.



Saya rindu Rasulullah saw. Baru menonton youtube Dato' Harun Din bermimpi menemui Baginda. Allah. Allah. Allah.

Kalau saya diberikan anugerah menemui Baginda, akan saya khabarkan bahawa - ulama' terkini meninggalkan kami, umatmu ya Rasulullah. Tiada pembelaan terhadap kaum wanita yang lemah, janda-janda dan anak-anak yatim terbiar. Orang-orang tua yang dicampakkan di kamar usang. Yang ditindas terus ditindas. Yang dizalimi terus dizalimi. Kami dihidangkan dengan pelbagai hukum-hukum yang keras, tidak lagi fokusnya pada ingatan Robbul Izzati.

Sedangkan kami tahu, 13 tahun pertama perjuanganmu adalah membetulkan akidah.

Ya Rasulullah saw! Ya Rasulullah. Pelbagai cercaan terhadap mu, terhadap orang-orang yang ingin memujimu, terhadap kaum keluargamu terutamanya Ayah Bondamu, terhadap sunnahmu.

Sedangkan mereka itu tahu benar siapakah dirimu - Manusia paling sempurna pernah dicipta. Atau setepatnya, ciptaan-Nya yang paling sempurna, surpass everything else.

Tidak boleh menangis ketika di Raudhah menziarahimu, atau didepan kubah hijau - haram katanya. Bagaimana mahu menahan tangisan? Kalau meninggalkan ibu bapa semasa bepemergian sahaja saya sudah meraung-raung, apatah lagi menziarahimu, yang hanya sekali dua seumur hidup, dirimu yang diwajibkan dicintai melebihi dari segala-galanya, kecuali Allah swt.

Saidina Bilal bin Rabah tidak mampu dan tidak mahu menjadi muazin lagi sesudah kewafatanmu, kerana pabila melaungkan kalimah syahadah itu, segala kenangan bersamamu terlintas. Bagaimana kami ini, ya Rasulullah saw?

Ya Rasulullah.











Friday, 13 April 2012

JATUH KASIH

Salams,


Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli 'Alaa, Saidina Muhamad, wa'aali Saidina Muhamad.


1
Selama ini, saya cuma membaca sahaja bahawa ahli zikir itu akan bercahaya-cahaya wajahnya. Redup hati melihatnya. Jatuh kasih hanya dengan sekali memandangnya. Saya tidak pernah merasakan semua ini, barangkali saya tidak pernah berkawan dengan mereka-mereka ini. Ya, saya akui, saya memang selalu berada di dalam golongan elit, golongan elit dalam kacamata dan neraca pandangan manusia.

Tetapinya, saya ngga pernah berada di dalam golongan elit di dalam pandangan Allah. Ahli zikir. Ahli Al-Quran. Ahli selawat. Hatinya berdendang sayang pada Sang Maha Pengasih itu dan kekasih-Nya - Nur Muhamad. Hatinya sudah berada di syurga, sebelum syurga yang sebenarnya.

Hari ahad lepas saya diberikan peluang, dengan rahmat-Nya, melihat golongan elit kedua ini. Saya menghadiri Manhaj Nabawi sempena pelancaran Universiti as-Sofa di KL. SubhanAllah. MasyaAllah. Allahu Akbar. Indah sungguh wajah mereka. Terutamanya perempuan-perempuan ini (takkan lah saya nak memandang lelaki-lelaki pula). Cantik-cantik sungguh. Tidak berkelip mata saya. Ya, I'm the slave of beauty. Hingga saya berfikir, dimana mereka-mereka ini, saya ngga pernah bertemu dengan perempuan seindah ini? Hingga hari ini, tidak pernah saya ketemu dengan wajah indah bercahaya di institusi yang saya belajar mahupun mengajar.

SubhanAllah.

Yes, I'm jealous. Kalau boleh saya coretkan, saya cemburu dengan kecantikan mereka.



2
Dengan izin-Nya, saya jua diberikan peluang menghadiri majlis anjuran golongan yang cukup elit di dalam pandangan manusia, dan insyaAllah , Allah swt jua. Majlis ini adalah anjuran Majlis Professor Negara, dimana keahliannya adalah semua professor yang berada di dalam negara kita. Golongan cukup elit ini membincangkan cara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ekonomi di wilayah pantai timur.

Saya mencari-cari wajah-wajah yang akan membuatkan saya jatuh kasih lagi. Ngga ada. Mungkin sekali saya akan jatuh kasih dengan intellektual mereka, ya, pasti sahaja. Tapi, golongan yang sangat elit ini, ngga sekali pun menyebut tentang agama, tentang keadilan Tuhan, tentang rahmat Tuhan.

Bagaimana mahu membangun kalau tidak beserta redha Tuhan?



3
Semalam saya menyaksikan banyak kesedihan yang dialami oleh rakan-rakan yang sangat dekat dengan hati saya.

Cukup sahaja saya katakan, bahawa, ini semua ujiannya. Seorang rakan pernah berkata - semua manusia akan mengalami cabaran, rintangan dan ujian, tidak pernah sedetik pun manusia itu tidak akan diuji. Kunci untuk menghadapinya adalah dengan sabar.

Teruskanlah membuat kebaikan, tetaplah berbuat baik, dalam apa jua bentuk. Kerana orang-orang yang berbuat baik ini, akan diganjari Sang Maha Baik itu, di dunia dan di akhirat.

"Barangsiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya" - Al-An'am: 160.



4
Dalam perjalanan pulang ke rumah dari KL, kami ditemani dengan limpahan cahaya bulan penuh.

Ya Rasulullah, Muhamad saw, yang wajahnya lebih indah dari bulan.

Saya berangan-angan bahawa Nabi kita itu, sudi menemani kami yang dhoif ini.









Tuesday, 3 April 2012

SELAMAT MELIHAT

Salams,

Ah, wajar sekali bukan, kalau kali ini saya menulis Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh? Kerana imbalannya pasti besar kalau kalian menjawap salam dengan jawapan yang cukup berkah pula. Aduhai, manis pula rasanya, kalau kita sama-sama diberkahi, bukan?

Bismillah hirRahman nirRahiim,

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhamad, Wa'ala A'ali Saidina Muhamad.


1
Setelah beberapa hari bertungkus lumus memahami paper Norlin, baru kali ini saya berkesempatan mahu menulis paper sendiri. Oh, silap. Bukan menulis, tapi meng'convert'nya dalam bentuh jurnal. Sudah diemeli SV saya nun diseberang benua, begitu pantas balasannya, dan diakhiri dengan:

take care and do not dissapear.

Aduh, ini perasaan nya selepas dimarahi dengan cara halus ya? Saya bukan mahu melarikan diri, tapi kalau diberi alasan sibuk, saya sangat pasti alasan itu terlebih dangkal yang akan menunjukkan saya ini dungu sekali. SV saya terlebih sibuk dari saya, tapi mampu sahaja meng'graduate'kan saya tepat dalam 3 tahun.

InsyaAllah selepas ini mahu belajar ARDL. Yuk. Siapa mahu sangat dialu-alukan.



2
Bonda ke Serawak melawat Yol. Saya agak terkilan, disaat-saat saya tidak ada kerja ini (kecuali membuat papers dan buku), Bonda tiada di Teluk Intan. Saya sudah rancang percutian saya, yang pasti sahaja melibatkan laut dan laut. Tetapi, Teluk Intan itu adalah destinasi utama percutian saya. Arwah Abah dan Nenek berada disana. Pisang goreng tersedap ada di sana, satey jua. Kalau mahu ikan bakar, mari ke Batu 6 (kot!).

Saya rindu Abah.

Kadang-kadang pantas sahaja mahu sms Abah. Atau mahu telefon dan menghamburkan segala resah dijiwa. Tapi, saya pujuki hati, kita punya Tuhan bukan? Sang Maha Pengasih itu pasti ngga meninggalkan kita didalam keadaan yang lewat sedih ini.



3
Saya mahu menulis mengenai politik. Tapi muak pula. Semua pemimpin tidak bermoral. Tidak percaya dengan hari pembalasan, mungkin.

Padanlah didalam Surah Al-Fatihah yang diulang 17 kali dalam sehari itu, kita menegaskan bahawa Allah adalah Raja di Hari Pembalasan. Sehebat mana pun anda, anda ngga akan dapat melepaskan diri dari hari ini.

Anda ngga percaya? Mungkin. Al-Quran menegaskan bahawa kebanyakan manusia tidak percaya, until they die.

Doakan kita semua ini diberikan iman yang sebenarnya, sehingga nafas terakhir.

Oh, mungkin jua kalian berfikir, kalian muda lagi, maut hanya akan dapat dalam 30-40 tahun lagi. Anda boleh pergi ke hospital untuk melihat, statistic kematian yang melibatkan golongan muda.

Selamat melihat!





Friday, 30 March 2012

A FORTUNATE LADY



Salams,

Bismillah hir-Rahman nir-Rahiim,

Allahumma Solli 'Ala, Saidina Muhamad, wa'aala Saidina Muhamad.



1
Bertemu kita kembali ke Jumaat yang mulia ini. Umur semakin hari semakin menghampiri maut. Sungguh celakalah manusia itu sekiranya masih berada di dalam mabuk duniawi. Fitnah memfitnah. Cela mencela. Kutuk mengutuk. Allah. Saya jua masih terlalu lemah dalam menghampiri segala mehnah dan tribulasi dunia.

Benarlah - lahawlawala quwata'illa billah hil 'ali yul 'azim.

Kalau bukan Allah swt yang melindungi kita dari segala akhlak buruk ini, siapa lagi yang mampu?



2
Bagi saya, cinta bukan lagi terbang ke langit biru. Ya, saya ingin benar mahu merasainya lagi. Seperti berjalan di atas awan. Tapi kini cinta, definasinya bagi saya, sungguh berlainan. Bukan lagi api menyala-nyala, tetapi sesuatu yang menyamankan. Dia, yang akan membawa saya dan anak-anak ke syurga.



3
Dibawah ini, kuih apa ya? Sungguh pelik bila menaip kuih. Saya ngga tahu mahu ditulis apa. Ini kuih yang selalu saya beli semasa saya belajar sarjana. Harganya sungguh mahal. Makanya, saya hanya mampu membelinya sebulan sekali. Tapinya, seringkali sahaja saya menahan perut, mata dan nafsu.

Kini, saya agak berada. Kalau mahu ke Secret Resepi itu, bila-bila sahaja. Ah, the trial for being a fortunate lady.






4
Saya sedang mengedit paper kawan saya, Norlin, yang bertajuk - Regime Switching Policy Rules and The Eff ect on Long Run Economic Growth: An Empirical Study. Tajuknya bukan main, tapi, waduh, payahnya bukan kemain. *ampun norlin*. Ini bukan bidang saya, masyaAllah. Kelip-kelip mata saya memandang skrin. Alhamdulillah saya boleh memahami sedikit-sedikit. Bukankah kefahaman itu adalah salah satu anugerah paling bernilai?

Kawan saya kata - dia sungguh beruntung kerana dia diberikan kefahaman didalam ilmunya.

Saya, saya cemburu.




5
Something beautiful to look forward to. Ini kata-kata azimat yang sentiasa saya bisikkan didalam hati pabila hati ini terlalu sedih, meluat, menyampah, marah dan muak dengan segala-galanya disini.

I hope, that's including you too.





Friday, 23 March 2012

TAHNIAH SIR LEICESTER!

Salams,


*menulis sambil menunggu Kak Asmidar solat, serta Norlin menghantar document yang diperlukan. Sumpah, hidup di dalam minggu ini sungguh kacau bilau*


Bismillah hirRahman NirRahiim,

Allahumma Solli A'ala Saidina Muhamad, Wa'ala A'lii Saidina Muhamad.



1
Pertamanya, congratulation to Sir Mahyudin Ahmad of Leicester, who has just finished his viva with minor correction of one month. Oh, saya rasa sungguh bersyukur, kawan-kawan saya ramai yang berjaya. Saya menunggu beberapa orang lagi, yang hampir habis seperti Norlin dan Huda, yang sedang bertungkus lumus seperti Ija, dan akan menyambungkan pelajaran seperti Kak As.


2
Sudah lama saya mahu menulis. Cuma, saya tidak punya hati mahu bercerita. Terlalu sibuk sampai tiada masa mahu merenung langit. Sini, di tengah ladang kelapa sawit, tiada yang indahnya pada saya. Oh, apa khabar musim bunga disana? Saya cemburukan mata-mata yang diberi kesempatan oleh Sang Maha Pengasih itu untuk menatap daffodils dan sakura. Pasti burung-burung bersiut-siut girang, merayakan pengakhiran musim sejuk yang mencengkam jiwa. Kalau saya diberi peluang sekali lagi, saya ngga mahu berada di dalam dakapan musim sejuk. Ia mematikan segala deria saya, dan semangat saya untuk terus hidup.

Musim bunga paling indah sekali? Pastinya ia didalam tahun 2009, dimana kedua ibu bapa saya datang mengelilingi Eropah. Alhamdulillah. Saya khabarkan pada para pelajar saya, ngga mahukah bawa ibu bapa kamu keliling dunia? Ia antara nikmat terbesar yang pernah saya kecapi, masyaAllah. Walaupun sumber kewangan kami sangat terhad, dengan masa yang sangat singkat, alhamdulillah saya berjaya jua membawa mereka melihat alam.

Tuhan, sesungguhnya Engkau Maha Baik.



3
Para pelajar saya tidak dapat menjawap soalan dengan baik. Dan ini adalah pelajaran untuk saya sebenarnya. Seusai menanda kertas, saya termenung panjang. Menangis mengenangkan segala dosa-dosa saya. Pertamanya, saya terlalu percaya bahawa para pelajar saya akan berjaya di dalam peperiksaan , sehingga saya terlupa untuk terus berdoa untuk mereka. MasyaAllah. Menangis saya. Saya tidak lagi meletakkan seluruh harapan kepada Allah, Tuhan Yang Memberi segala-galanya itu. Tawakal saya kurang, doa saya terlebih lagi kurang. Tuhan, ampunilah dosa-dosa ku.

Tetapi, saya sangat bersyukur kerana mereka tidak meniru. Alhamdulillah.



4
Haziq datang menemui saya petang tadi. Beliau adalah pelajar yang saya ceritakan dahulu, yang dapat kosong didalam quiz, kemudiannya mendapat 90 di dalam test. Pelajar yang saya nasihati supaya solat 5 waktu sehari semalam.

Pabila ditanya, dengan jujurnya beliau menjawap solat-solatnya masih lompong-lompong. Ah, geram jua dihati. Saya katakan padanya, solat adalah wajib, ikhlas tak ikhlas lain cerita, solat lah yang membezakan antara seorang muslim dan kafir.

Saya katakan padanya jua, saya lihat potensi besar dalam dirinya. Kalau dia cukup solat, saya cukup yakin tenaga dalam yang diperoleh dari solatnya itu akan dapat mengeluarkan potensi dalam dirinya.

Entah berkesan entah tidak nasihat saya. Cuma saya akan terus berdoa, supaya kita semua akan terus diberi petunjuk dan hidayah oleh-Nya, kerana bagi saya, itulah nikmat terbesar.


5
Kak Asmidar mengatakan, tulislah cerita mengenai ayah saya. Ia adalah legacy, dan semoga cerita-cerita ini akan dapat menghantar pahala kepada kami.

Ah, saya masih tidak punya ungkapan terindah untuknya.




Wednesday, 21 March 2012

MANDROM

Salams,

Bismillah hirRahman NirRahiim,

Allahumma Solli A'aala Saidina Muhamad, Wa'aala A'ali Saidina Muhamad.


1
Rakan saya mengatakan, bahawa entri terdahulu adalah cheating, I just put the pictures and write a few sentences.


2
Saya sudah menanda beratus-ratus skrip peperiksaan, berbinau mata saya. Sudahlah jawapan-jawapan kanak-kanak riang ria itu sudah cukup membuatkan jantung saya jatuh berdebuk-debuk.

Tinggal lagi beratus-ratus skrip. Allah.


3
Sila baca entri ini yang ditulis semalam telah membuatkan saya mandom satu hari. Terus saya teringat Abah tercinta. Abah, I miss you so much. I hope that I can be in Jannah with you.


4
Entri kawan saya yang menulis cerita saya. Boleh lah di baca disini. Kalau saya ada masa, akan saya olah balik semula.





Tuesday, 20 March 2012

THE ABOVE ROAD




Salams,


This is what I miss most.

If I have even a slightest chance of going to Ummul Qurro or University of Madinah, I would not hesitate in taking it. Not even a slightest doubt.

I miss the above road.

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah 5:16)