Monday, 20 June 2011

THE UTMOST KIND





Salams,


Syukran for the encouraging words, to live strongly, to accept (redha) and to be grateful and syukr. Many bloggers have made a personal entry about me, and I am really touched. Ya Allah Ya Maha Pengasih, please grace your unbounded blessings to these friends and strangers.

Yesterday, I was deeply, extremely sad.

It really hurts, until now, and to be honest, I'm not good. Not good at all. Broken, all over the places.

Tetapi, sahabat-sahabat yang dimuliakan, sudah ku khabarkan bahawa Allah itu Maha Baik? The Utmost Kind. Kerana hiburan yang dihantarkan kepada saya bukan calang-calang nilainya. yang membuatkan saya begitu humble sekali, dan mengutuk diri sendiri yang tidak pernah berasa syukur dalam erti kata sebenar.

Saya ditegur oleh rakan lama semalam. Dia, yang mengerti bahawa peritnya erti kehilangan. Dia, yang mengetahui bahawa luka saya, akan mengambil masa yang panjang untuk sembuh.

Dia, the only child.

Dia, who lost a mother at the tender age of 16.

Dia, who has a severe relationship with a daddy.

Dia, yang masih 'sane', and still able to smile.

Dia, yang masih solat, tunduk mengadap Allah swt dan memohon keampunan untuk ibunya.



Seharusnya saya patut lebih kuat dari dia.


Alfatihah- to my late dad, to all deceased muslimin and muslimat, mukminin and mukminat.



Thursday, 2 June 2011

AL-FATIHAH TO ABAH HAJI MARWAN

Salams,

This will be my last entry.

Dari dahulu lagi saya sudah mau menutup blog ini, atas sebab-sebab kecil. Tetapi ya, kali ini, saya sedar, saya sudah tidak akan mampu menulis lagi. Mungkin jua saya akan kembali ke dunia blog, insyaAllah, di masa akan datang. Mungkin.

Abah saya bertemu Rabbul Izzati pada 1/6/ 2011. Bermula dari kemasukan di dalam wad kecemasan, dan di pindahkan di ward biasa, dan kemudiannya ke ICU Hospital Ampang. Dan di sepanjang masa, tidak putus-putus air mata dan doa. Terutamanya ketika beliau berada di dalam ICU. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa beliau, yang tidak bisa saya tuliskan disini.

Hari terakhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, kondisinya sangat bagus berbanding hari pertama di ICU. Saya sampai percaya yang beliau akan dipindahkan ke ward biasa, dan mula merancang untuk pulang ke rumah di kampung atas beberapa urusan penting.

How wrong I am, or was.

Ketika saya melawat Abah pada tenghari itu, luruh air mata saya melihat keadaannya yang nazak. MasyaAllah. Kalimah tauhid tidak putus-putus saya bisikkan di telinga.

Dan pada saat-saat akhir Abah? Siapa bisa melihat ayah sendiri menghembuskan nafas terakhir?

Saya kira, saya tidak akan pernah bersedia menghadapi ujian ini. Pernah jua saya berniat, biarlah Abah pergi semasa saya di luar negara, supaya saya tidak menghadapi segala pengalaman ngeri ini.

Ya, ngeri sekali melihat orang-orang yang anda paling cintai menghadapi sakratul maut. Berat, sangat berat. Entah kenapa setiap kali saya datang melawat, Abah akan memberikan respon yang lebih. Tangannya yang saya genggam akan diangkat-angkatnya. Pehanya jua. Abah jua akan cuba bercakap-cakap dengan saya, sayang tiub di mulut tidak mengizinkan. Matanya akan terbuka memandang saya, sambil berkedip-kedip. Padahal dengan adik saya, cuma tangannya sahaja yang akan bergerak-gerak. Dan semasa di ward kecemasan dan di ward surgery, hanya meraung sahaja yang Abah saya lakukan, sakit perut yang teramat sangat. "Kakak, sakit Kak."

Tahu apa rasanya, saudara saudari sekalian, melihat Abah di dalam kondisi tersebut? Mendengar raungan itu?

Tahukah kalian bahawa saya serasa mahu gila melihat Abah begitu?

Dan saya sudah merancang, sehabis talkin dibacakan, saya mahu ke KLIA dan pergi ke London, atau Istanbul, supaya segala kenangan yang teramat pahit ini dapat, setidak-tidaknya, saya lupakan.

Percayalah saudara-saudari sekalia, saya tidak sekuat yang kalian sangka kan.

Saya berasa teramat benci dengan kehidupan saya.

Cuma ada satu peristiwa yang menyelamat saya dari menjadi separuh gila. Ya, Tuhan itu, Amat Baik. Maha Baik. Jenazah Abah sangat lembut, Abah tersenyum gembira dan dahinya berpeluh. Semasa saya mencium dahinya buat kali terakhir, dahinya basah walaupun sudah di lap berkali-kali. Dan semasa tangan saya mengelus lembut dahi Abah sebelum jenazah di turunkan ke liang lahad, dahinya masih basah.

Dan itu adalah tanda-tanda mati di dalam Husnul Khotimah, insyaAllah.

Saya cuma punya Tuhan yang akan menjaga Abah saya di alam barzah. Cuma punya Allah Yang Maha Pengasih untuk menerima taubat Abah dan Maha Baik untuk tidak menyeksanya disana.

Kubur Abah bersebelahan dengan kubur Nenek. Petang tadi, saya melawat kedua-duanya. InsyaAllah pasti bahagia mereka disana. Sudahkah mereka berjumpa dengan Rasulullah saw yang mulia itu?

Walaubagaimanapun, saya rasa, ini mimpi belaka. Adik kata saya menjerit-jerit di hospital, melihat kereta sorong mayat. Saya tidak sedar, atau mungkin separa sedar. Alhamdulillah, saya masih waras lagi. Cuma mungkin rasa hidup ini kosong, sekosong-kosongnya. Berilah saya masa 3 hari berkabung, dan insyaAllah.

Ramai bangat kawan-kawan Abah yang datang melawat, memandikan dan menyembahyangkan jenazah Abah. Ramai sekali kawan-kawan Abah yang menangis ketika melihat wajah Abah. Ketika di surau, adik kata, sewaktu doa seusai solat subuh, ramai sekali yang merah mata. MasyaAllah, SubhanAllah. Ramai sekali yang menyayangi Abah.

Akhir sekali, syukran tidak terhingga kepada ucapan takziah dari rakan-rakan di Durham dan di mana-mana. Doa kalian amat kami butuhkan. Please, send al-Fatihah to my arwah Abah, Haji Marwan B. Saliman / Binti Gemi.

Abah, I miss you so, so, so much. It's really hurt, really really hurt, when you are not around anymore.

I love you very much.

Kepada pembaca sekalian, syukran kerana sudi membaca tulisan saya selama ini. Saya doakan kalian tetap berusaha untuk berada di Sirotol Mustaqim, insyaAllah.

Salam sayang.





Saturday, 28 May 2011

ABAH DI ICU

Salams,


Abah yang sangat saya cintai itu, Hj. Marwan Bin Saliman, berada di dalam ICU Hospital Ampang. Mohon doa kalian, kerana doa-doa kalian terus ke arasyi tiada hijab.


Semoga segala-galanya dipermudahkan.

Syukran tidak terhingga kepada Ija, Huda, Yus dan Kak As kerana sudi melawat serta memberi kata-kata semangat kepada Abah dan kami sekeluarga. Serta atas doa-doa kalian.


Monday, 23 May 2011

PUNGGUK



Adik: Kak, pungguk tu apa?

Saya menjengilkan mata. Ya ampun, hampir pitam saya mendengar soalannya.

Adik: Kalau punggung, Aishah tahu lah.

Saya: Pungguk tu burung le, ya Allah, takkan pungguk tak tahu, kamu sekolah cikgu BM mesti ajar. Macam peribahasa bagai pungguk rindukan bulan tu. Kamu tahu tak peribahasa tu, kan mak dah ajar.

Adik: Pungguk tu burung apa kak?

Arghhh...I don't deserve this sister!

Saturday, 21 May 2011

CANTIK

Salams,


Adik saya sangat cantik. Benar, ia datang bukan kerana blood-related, tetapi secara objective nya. Apa motif puji adik sendiri ini? Tetapi saya selalu ingatkan, cantik ini bila-bila sahaja Allah swt boleh tarik. Iskh, nauzubillah.

Dia tidak kisah kalau terpaksa tidur di lantai beralaskan selimut nipis sahaja. Amazing. Sedangkan kakak-kakak nya sangat demanding untuk memperoleh tilam empuk yang enak, dia rela sahaja tidur di 'store' kami, ketika ramai yang bertandang ke rumah Abah dan Emak.

Dia ini degil sekali! Kalau saya katakan masuk simpang kanan pukul 3, atau terus sahaja pukul 12, boleh pula dia belok kiri pukul 9? Aduhai. Dan kami terpaksa berpeluh-peluh mencari simpang untuk u-turn. Saya tenang-tenang sahaja, kerana saya sangat pasti, bahawa ada jalan untuk kami pulang.

Antara perbualan yang menyebabkan saya rasa begitu amaze padanya adalah seperti dibawah:

Adik: Kak, ini ferrero rocher yang mana, warna coklat dia lain lah, hitam.

Saya: Ini macam dark coklat je. Nak skit Shah.

Adik terus memasukkan seluruh coklat (ya, yang bulat itu!) ke dalam mulutnya.

Saya: Aishah!

Dia terus berjalan ke peti sejuk untuk mengambil satu coklat lagi. Ya ampun.

Adik: Ini coklat apa kak, macam sedap jer, putih pula.

Saya: (sambil menguyah, eeiiii ngga sedap dark chocolate ini) Mungkin white coklat kot. (Lihat dengan lebih dekat) Tapi macam coconut la Shah.

Adik: Kakak nak separuh? (sambil terus membelah coklat itu menjadi dua).

Saya sudah terkekeh-kekeh: Amboi, coklat tadik kamu tak offer pun, terus masuk mulut. Yang ini sudah tahu ngga sedap terus dibagi dua ya!!!

Dia sudah mendapat scholarship Bank Rakyat, Alhamdulillah. Belum-belum sudah di listkan apa yang mahu dibeli. Jumlahnya tidak tahu, dan tidak tahu bila dapatnya, tetapi sudah berangan-angan mahu apa. Bonda kata, burung terbang dipipiskan lada.

Hahaha. Saya jua mahu pau dia! *wink wink*

Monday, 16 May 2011

HAPPY

Amsterdam in Spring


Amsterdam in Winter






Salams,


1
Most of my friends have i-phones, blackberry, or any other androids. Me? I was and am tempting of having one. Just because I do feel inferior when my handphone is placed beside theirs. Nevertheless, I just use it for calls and sms. I'm not even interested in listening to the songs stored, nor do I incline to read al-quran through it. Or taking pictures. Yes, I'm that primitive. Or traditional. Why should I buy one then? But....I do want to have one.



2
Suddenly I remember my memories in Amsterdam. Even though the city is less glamorous in comparison with any Italian cities, it holds a very special meaning to me. I have visited the city for four times, and in different seasons. In the Summer, in the Winter, and in the Spring. But I never have a chance to visit the city during the graceful Autumn, simply that autumn is the busiest time for studying, where our SV will demand to see us for every fortnightly. Let me tell you, two weeks are not enough for thinking stuff, let alone writing . I'm a very slow learner, and a slow reader.



3
Teacher's Day. Happy Teacher's Day to Mum and Dad. And to you, my fellow friends. We are, at some points of our lives, a teacher. I doubt it if you claim that you never teach. Perhaps not in a formal way, but in an informal way. I love teaching, simplifying a difficult concept. Showing how wonderful a knowledge is. Implementing it in our lives. Influencing it. Moulding it.

I couldn't remember all of my teachers' names, as I am very very bad at remembering names. But insyaAllah, I always remember them in my du'a. The most influential teacher that I have ever had is Mr. Brian Silverstone, who teaches me Macroeconomics II, and my goodness he does have a quirky side, as every other teachers. As he is a part of policy-making team in the Reserve Bank, he teaches us as we are the members of the Reserve Bank, so fast, with a little explanation. But I love, love him, as he has taught me that the highest standard doesn't come cheap. I memorize every single word in the notes that he has given us, including the crazy mathematical theories. I am that diligent, at that time.


Well, for those who are teachers, or plan to be a teacher, or just plainly love teaching: Happy Teacher's Day!

SEJUTA

Salams,

Kita kira kita mencintai Rasulullah saw. Buktinya perlulah kita sentiasa mengulang-ulang selawat. Dan mengikuti segala sunnahnya.

Walaupun jalannya sangat payah, kita sangat perlu untuk memaksa diri kita supaya tetap tunduk dan mengikuti jalan yang telah digariskan oleh Rasulullah saw. Dan jalan ini yang telah dilorongkan dengan mudahnya oleh ulama'-ulama' terdahulu. Idok la payah kita pulak nak cipta jalan sendiri untuk menemui Tuhan, bahkan ilmu yang kurang dari setitis air laut ini tidak akan mampu.

Bersihkan hati dengan istigfar, dan gapailah maqam yang lebih tinggi dengan selawat. Peringatan ini ditujukan terutamanya kepada penulis blog yang kadang-kadang sangat malas dan tidak istiqomah. Doakan saya, sahabat, kerana doa-doamu, tidak ada hijab, terbang menuju ke langit ke tujuh.



Salam sayang.
________________________________________


Sejuta Fadhilah Shalawat

Submitted by forsan salaf on Wednesday, 26 January 201115 Comments

sholawat

Kalam Habib Ahmad Bin Zein Al-Habsyi

Al-Mushtafa SAW. Sebingkai mozaik nan indah. Kontruksi cita rasa Sang Kuasa yang sempurna. Cahaya yang bertahta megah di atas cahaya-cahaya. Makhluk terindah, termulia, tersantun, yang tiada duanya.

“Dialah yang di langit dikenal sebagai Ahmad, sedang di bumi dikenal sebagai Muhammad.” begitulah Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi melukiskan sosok Rasulullah SAW dalam kata-kata. “Dialah penguasa maqam mahmud. Bendera puja dan puji tegak dalam genggamannya.”

“Tidaklah ia dikenal sebagai Muhammad sebelum diseru sebagai Ahmad. Sebab (di langit) ar-Robb SWT telah memuji sosoknya jauh sebelum seluruh makhluk mengenalnya. Ia mengagul-agulkannya jauh sebelum manusia menyanjung-nyanjungnya. Engkau bakal menjumpai nama Ahmad pada kitab-kitab suci terdahulu. Sedang dalam al-Qur’anul Karim, termaktub nama Muhammad. Dialah yang terlayak menuai pujian-pujian. Dialah yang teragung diantara insan-insan yang layak dipuji.”

“Hanya untuknya, kelak maqam mahmud disingkap diiringi pujian-pujian. Tak pernah tersingkap untuk selain dirinya. Dengan maqam mahmud itu, Sang Kuasa senantiasa memujinya. Berbekal maqam mahmud itu, ia menjelma sebagai pemberi syafaat tertinggi. Bendera puja dan puji terajut hanya untuknya, seorang. Umatnya disebut-sebut sebagai al-Hamidun (Orang-orang yang gemar memuji) dalam kitab-kitab terdahulu. Dan tatkala kakeknya, Abdul Muthalib, menyematkan nama Muhammad, ia mengunjuk doa, “Aku berharap kelak seluruh penghuni langit dan bumi akan senantiasa memujinya.”

Tidak terpungkiri, Rasulullah SAW memang sempurna. Tiada celah untuk mencela, kecuali hati yang buta oleh kabut kemusyrikan. Begitu sempurnanya sang nabi. Hingga lisan mukminin tak lelah memadahkan puja dan puji, dari dulu hingga kini.

SALAWAT

Puncak kekaguman Sang Pencipta terhadap mahakarya yang satu ini adalah salawat. Habib Ahmad mengurai, “Salawat Allah SWT kepada Nabi SAW adalah cucuran kebaikan-kebaikan, sifat-sifat luhur, karakter yang elok, nikmat-nikmat, penghargaan, penghormatan, dan anugerah-anugerah yang meruah. Sedang salam-Nya adalah penjagaan-Nya dari pelbagai aib dan mala, karunia yang berupa ketentraman, kesempurnaan, dan kemegahan. Sebentuk penghormatan yang indah dan penuh berkah dari-Nya.”

Mari kita bersalawat kepada Nabi SAW. Mari kita haturkan salam kepada Rasul SAW.

“Dalam sepenggal ayat, ar-Rahman ar-Rahim menfirmankan,

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Rasulullah SAW sendiri bersabda, “Manusia yang paling dekat denganku pada hari akhir adalah orang yang paling banyak bersalawat kepadaku.”

Sabda beliau yang lain menyebutkan, “Tidaklah seseorang bersalam kepadaku, kecuali Allah SWT pasti mengembalikan ruhku. Hingga aku pun bisa membalas salamnya.” Kata ruh dalam hadis ini bisa bermakna bicara, atau sesuatu hal yang berkenaan dengan “aktifitas” ruh. Sebab, senyatanya, ruh Beliau SAW senantiasa hidup.”

“Masih banyak lagi hadis-hadis nabawiy yang mengulas faedah salawat. Tercatat lebih dari 40 sahabat terkemuka yang meriwayatkan hadis ragam ini.”

Habib Ahmad meneruskan, “Dalam satu salawat, terpendam 40 faedah. Diantaranya; menghapus dosa-dosa, mengusir kesumpekan, menuntaskan cita-cita, memercik kabar gembira akan surga sebelum ajal tiba, membersihkan diri, menanggung keselamatan dari kecamuk hari kiamat, mengharumkan majelis-majelis, menafikan kefakiran dan sifat kikir, mengukuhkan langkah kala di atas sirath, mengenyahkan kekeringan, menabur berkah pada raga, umur, dan amal, memantik rahmat Allah dan rasa cinta dari nabi SAW, menghidupkan nurani, dan memancing hidayah ilahi.”

“Walhasil, faedah salawat tak terbilang, duniawi maupun ukhrawi. Tak terhitung, betapa sering Allah membukakan pintu hajat, melonggarkan keruwetan, dan melipatkan anugerah dengan salawat. Salawat adalah amalan istimewa dan penuh berkah. Ia adalah penjamin rasa aman dari murka Allah dan neraka-Nya. Ia adalah pelantar kesucian amal dan ketinggian derajat. Ia adalah perniagaan yang takkan pernah merugi.”

Alangkah istimewanya salawat. Hanya dengan sebaris kalimat itu, kita bisa meraup pahala-pahala semegah gunung. Tanpa terlalu berpayah-payah, kita bisa melampaui amalan-amalan umat terdahulu. Semua berkat salawat kepada sang Nabi SAW.

Akan tetapi, perlu dicatat, ada adab yang mesti diperhatikan dalam salawat. “Salawat adalah Zikir. Karena itu disyaratkan khusuk dan hudlur, serta takzim kepada Nabi SAW saat bersalawat. Dianjurkan pula menghadirkan zat Nabi SAW kala berdoa dalam salawat, dengan harapan agar curahan anugerah kepada beliau senantiasa lestari. Dengan adab inilah, segala faedah salawat niscaya tergapai. Bahkan bisa lebih dari itu. Salawat tak hanya berarti zikir, salawat juga bermakna doa, bahkan ia adalah esensi doa itu sendiri”

Begitu gamblang paparan Habib Ahmad bin Zein mengenai fadilah salawat di atas. Tunggu apa lagi, marilah kita-sedari sekarang- menggemari salawat, demi kita, demi keluarga, demi umat, dan demi pertiwi yang telah lama dirundung sedih ini….!