Sunday, 20 March 2011

MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH SWT

Salams,

Teruskan lah memohon perlindungan kepada Allah swt dari syaitan yang terkutuk itu!

___________________________________________________________________


Memohon perlindungan Allah


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII | Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

2640452162_3ca25887fc_bThe Salah Series

Tahukah anda syaitan menjadi sangat cemburu apabila seseorang berdiri dalam solatnya di hadapan Tuhan? Lantas dia sanggup melakukan apa saja untuk mengganggu – dengan membuatkan seseorang itu berfikir tentang perkara lain. dan malangnya, selalunya, kita menerima ajakan itu. Kesungguhan syaitan ini seperti seekor lalat – setiap kali kita menghalaunya, ia akan datang balik.

Syaitan

Kita telah diajar untuk meminta perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam sebelum mula membaca ayat Qur’an dalam solat. Kesan ajakan jahat ini sangat berkesan – apabila kita bersolat kita mula ingat perkara-perkara yang kita lupa sebelumnya dan memikirkan penyelesaian kepada masalah-masalah kita. Apabila kita memberi salam pada penghujung solat, kita lupa apa yang kita baca dalam solat atau berapa rakaat yang kita solat. Jika kenyataan ini menggambarkan diri kita, Ibn Al-Qayyim berkata orang ini menghabiskan solatnya sama dengan ketika dia memulakannya – dengan semua solat dan bebannya tidak tertebus. Jika beginilah caranya, boleh kita bayangkan apa akan terjadi seterusnya? Dalam Qur’an, Allah memberitahu kita senario pada hari akhirat:

14:22
“Berkata syaitan, setelah diputuskan hukuman itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar dan aku telan menjanjikan pula kepadamum, tetapi aku memungkiri janjiku. Tidak ada kekuasan bagiku atas kamu, kecuali bahawa aku menyerumu, lantas kamu terima. Sebab itu janganlah kamu mencercaku dan cercalah diri kamu sendiri.” (14:22)

Bayangkan – ditipu dan diganggu dan ia akan berkekalan sehingga ke hari akhirat. Rasulullah (ﷺ) berkata:

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته ، تسعها ، ثمنها ، سبعها ، سدسها
خمسها ، ربعها ، ثلثها ، نصفها

“Seseorang hamba itu bersolat dan hanya mendapat satu persepuluh daripada solatnya, atau satu persembilan, atau satu perlapan, atau satu pertujuh, atau satu perenam, atau satu perlima, atau satu perempat, atau satu pertiga atau separuh.” (Abu Dawud)

Jadi syaitan mahu mengurangkan pahala kita dengan mencuri seberapa banyak dalam solat kita. Ia seperti kita telah diberikan semua ganjaran tapi kita mesti menjaganya – setiap kali kita lalai syaitan akan mencuri sebahagiannya. Dan sesetengah daripada kita, syaitan terus mencuri sehingga tiada apa yang tertinggal.

Penyelesaian

Sheikh Al-Shinqiti memberitahu Allah telah menunjukkan cara bagaiman untuk menjaga diri daripada kejahatan manusia dan kejahatan jin. Allah berfirman:

41:33
41:34

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslimin. Tidak sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan orang) dengan (cara) yang terbaik, lalu sekonyong-konyong orang yang ada permusuhan antara engkau dengan dia menjadi sahabat yang karib.” (Qur’an, 41:33-34)

Jadi untuk mempertahankan diri kita dari kejahatan manusia, lakukan perkara dia tas – membalas kejahatan dengan kebaikan. Ini bukan sahaja melindungi kita tetapi boleh membuatkan musuh menjadi kawan. Ini bukan senang, sebab itu Allah menyambungnya dengan:

41:35
“Tetapi tiadalah yang melakukannya (membalas kejahatan dengan kebaikan) kecuali orang-orang yang sabar dan tiadalah yang melakukannya, kecuali orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (Qur’an, 41:35).

Bagaiman dengan kejahatan daripada jin? Kita tidak boleh menggunakan cara yang sama seperti di atas. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Mohon perlindungan Allah, sebagaimana yang diberitahu dalam ayat yang seterusnya:

41:36
“Jika engkau dihasut oleh syaitan dengan suatu hasutan, maka berlindunglah engkau kepada Allah. Sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Qur’an, 41:36)

Telah diriwayatkan seorang lelaki tua bertanya seorang lelaki muda apa yang akan dilakukannya jika dia nampak syaitan.

“Saya akan pukulnya,” kata lelaki muda itu.

“Dan jika ia datang balik?”

“Saya akan pukul lagi,” balasnya.

Dan lelaki tua itu menanyakan soalan yang sama lagi, dan lelaki muda itu memberikan jawapan yang sama.

Menggelengkan kepalanya, lelaki tua itu berkata, “jika kamu berjalan di sebatang jalan dan seekor anjing yang ganas datang kepadamu, berapa kali kamu mahu memukulnya untuk memastikan dia tidak menyerang lagi? Padahal cara yang lebih bijak adalah meminta tuan anjing itu untuk membawa anjing itu jauh dari laluanmu.”

Dan sebab inilah kita memohon perlindungan Allah apabila kita memulakan solat. Ibn Al-Qayyim berkata telah diriwayatkan apabila kita mula bersolat, Allah memerintahkan penghalang di antara kita untuk dialihkan dan kita menghadap terus kepada Tuhan, tapi jika kita berpaling (tidak khusyuk) penghalang itu akan diletakkan kembali. Dan pada masa cuai inilah syaitan akan berusaha untuk mengganggu pemikiran kita tetapi apabila penghalang itu dialihkan, syaitan tidak berani mengganggu kita.

Maka, marilah kita meminta perlindungan Allah daripada diganggu syaitan, hayati maksud doa tersebut, dan pelihara diri kita daripada syaitan sepanjang solat.

RENDAH DIRI: PERMULAAN SOLAT

Salams,

Bacalah Al-Quran, bacalah al-Quran, bacalah al-Quran!

_______________________________________________________________________

Rendah Diri: Permulaan Solat


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

image018Lower your head

Tundukkan kepalamu

Kita sekarang telah memulakan solat, dan kita perlu tundukkan kepala kita untuk menyanjung Allah s.w.t. Apabila Rasulullah ﷺ hendak bersolat, dia akan menundukkan kepalanya dan menetapkan pandangannya ke tanah tempat baginda bersujud, dalam kerendahan hati kepada Allah s.w.t. Ibn Al-Qayyim berkata tanda seorang pencinta apabila bertemu kekasih hatinya adalah dia memandang ke bawah, dengan rasa malu dan sanjungan – inilah sepatutnya kita buat. Rasulullah ﷺ bersabda:

فإذا صليتم فلا تلتفتوا فإن الله ينصب وجهه لوجه عبده في صلاته ما لم يلتفت

“Apabila kamu bersolat, jangan pusing ke sana ke mari kerana Allah menghadapkan mukaNya terus ke muka hambaNya, selagi mana dia tidak berpaling.” (Tirmidhi)

Rasulullah ﷺ turut bersabda:

لا يزال الله مقبلا على عبده ما لم يلتفت

“Allah (swt) tidak berhenti menghadap seseorang hamba di dalam solatnya selagi dia tidak berpaling.” (Abu Dawud)

Bagaimana jika kita berpaling? Rasulullah ﷺ berkata:

فإذا صرف وجهه صرف عنه

“… Jika dia berpaling, Allah (swt) akan berpaling daripadanya.” (Abu Dawud)

Dan ingat, ‘berpaling’ mempunyai 2 maksud,: 1) berpaling hati, bermakna tumpuan terganggu dan memikirkan perkara lain, dan 2) berpaling pandangan, iaitu memandang atas atau kiri kanan.

Jika anda bayangkan pertemuan dengan raja atau seseorang berpangkat tinggi, anda tidak akan berpaling ke kanan kiri, ataupun memandang terus ke matanya. Allah s.w.t. berkata tentang sifat rendah diri Rasulullah ﷺ, apabila Allah mengangkat baginda ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj:

53:17

“Tidaklah miring (salah) pemandangan (Muhammad) dan tidaklah pula melampauinya.” (Qur’an, 53:17)

Ibn Al-Qayyim berkata tindakan ini menunjukkan ketinggian adab. Amr bin Al-Aas r.a. sebelum memeluk Islam, berkata dia benar-benar tidak menyukai Rasulullah ﷺ selepas dia memeluk Islam, matanya tidak lekang untuk memandang Rasulullah ﷺ tetapi sekiranya diminta untuk menjelaskan tentang baginda, dia tidak dapat menceritakannya kerana dia tidak pernah melihat terus ke muka baginda – inilah adab dia di hadapan Rasulullah ﷺ

Rendah diri

Jangan fikir apabila anda merendah diri di hadapan Tuhan, anda melemahkan diri. Rasulullah ﷺ bersabda:

من تواضع رفعه الله

“Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim)

Mengangkat pandangan semasa solat adalah ditegah oleh Rasulullah ﷺ Sesetengah orang bertanya sekiranya perlu menutup mata? Menutup mata bukan daripada sunnah, tetapi Ibn Al-Qayyim mengatakan jika anda benar-benar tidak dapat khusyuk dengan mata terbuka, tidak mengapa untuk menutup mata.

Kedudukan tangan

Selepas kita mengangkat takbiratul ihram dan menundukkan pandangan dengan kerendahan diri kepada Allah s.w.t., kita letakkan tangan kanan ke atas tangan kiri, atau memegang pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan. Terdapat perbezaan pendapat tentang kedudukan tangan; sama ada di bawah pusat, seperti mana dalam mazhab Hanafi, atau di atas pusat seperti dalam mazhab Shafie. Boleh juga seperti pegangan sesetengah seseorang untuk meletakkan tangan ke atas dada, atau membiarkannya di sisi, seperti mana dalam mazhab Maliki.

Apakah sebabnya meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri? Imam Ahmad juga ditanya soalan yang serupa, dan menjawab, “Kerendahan diri kepada Allah. Jika kamu ingin memasuki istana, dan melihat mereka mendongak kepala dan tangan di pinggang mereka, dan melihat kumpulan yang lainnya dengan kepala yang tunduk dan tangan mereka dirapatkan ke dada, dan kamu tertanya ‘Siapakah raja dan siapakah hamba?’ Kamu pasti dapat memberikan jawapannya.”

Doa al-Istiftah – doa pembukaan

Ini adalah doa pembukaan yang dibaca sebagai kata-kata aluan kepada Tuhan. Apabila anda bertemu seseorang, terutama orang yang anda sanjung, anda pasti akan menegur mereka dengan baik. Dalam bahasa arab, terdapat pelbagai cara untuk menegur pelbagai orang. Contohnya, apabila mengucapkan selamat pagi kepada seseorang yang anda sayang, anda sebut, “Sabah al-khayr!” (selamat pagi) or “Sabah al-ward!” (pagi yang wangi). Dalam solat, doa pembukaan adalah sunnah, tapi di sini memandangkan kita ingin membaguskan solat kita, mari kita perbaguskan dari semua sudut dan solat sebagaimana Rasulullah ﷺ bersolat.

Jika seseorang yang anda sayang minta anda lakukan sesuatu dan anda tidak melakukannya, dan apabila dia memanggil anda, anda pastinya tidak akan menjawab tanpa rasa malu kerana tidak memenuhi permintaan tersebut. Ini sepatutnya keadaan kita dengan Allah, berapa banyak perintahNya yang tidak kita penuhi? Berapa banyak laranganNya yang kita langgar? Jadi apabila memulakan solat kita, kadang-kadang kita ada rasa tidak senang sebegini. Inilah sebabnya Rasulullah ﷺ ajar kita ayat-ayat yan g indah, dalam doa pembukaan ini:

اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب اللهم نقني من خطاياي كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس اللهم اغسلني من خطاياي بالثلج والماء والب

Allahumma baa’id bayni wa bayna khataayaaya kama baa’adta bayna al-mashriqi wa’l-maghrib. Allahumma naqqini min khataayaaya kama yunaqqa al-thawb al-abyad min al-danas. Allaahumma ighsilni min khataayaaya bi’l-thalji wa’l-maa’i wa’l-barad.

“Ya Allah, besarkanlah jarak antara aku dan dosa-dosaku, sehebat jarak yang Engkau jadikan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada dosa sebagaimana bersihnya kain putih daripada kotoran. Ya Allah, hapuskanlah dosaku dengan salji dan air dan hujan.” (Bukhari)

Dalam bahagian pertama, kita meminta Allah menjauhkan kita daripada dosa yang kita belum lakukan. Dalam bahagian kedua, kita meminta Allah untuk membersihkan kita daripada dosa yang telah kita lakukan. Dan bahagian ketiga lagi hebat, kerana kita meminta Allah untuk menyucikan kita. Pemilihan kata “salji dan air dan hujan” menunjukkan pembersihan dosa kita. Salji dan hujan memberi kedinginan, seperti mana keampunan Allah ke atas dosa-dosa kita.

Ada satu lagi doa istiftah yang menjadi kebiasaan Rasulullah ﷺ:

سبحانك اللهم وبحمدك وتبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك

Subhanaka Allahuma wabi hamdik, wata-baraka ismuk, wa ta’ala jad-duka wala ilaha ghyruk.

“Maha Suci ke atas Engkau Ya Allah, dan segala puji bagiMu, dan berkat ke atas namaMu, dan tingginya kedudukanMu dan tiada siapa yang layak disembah melainkanMu.” (Sahih Jami’)

Apabila anda menyebut “subhanaka Allahuma wa bihamdik” anda mengatakan Allah mengatasi segala-galanya dan tiada cacat cela dan segala puji bagiNya; “tabarak ismuk” menunjukkan apabila nama Allah dikaitkan dengan sesuatu, Dia merahmatinya dan mengangkatnya; “wa ta’ala jadduk” adalah menyanjung ketinggian Allah; dan “la ilaha ghayruk” adalah hasil kepada semua yang telah dinyatakan tadi – bagaimana mungkin ada tuhan lain yang layak disembah apabila kita telah nyatakan semua sifat-sifat tersebut?

Indahnya doa ini, Rasulullah ﷺ berkata ia adalah salah satu ayat yang digemari Allah (Sahih al-Albani). Sebahagian ulamak menyatakan doa yang pertama dibacakan dalam solat fardhu, manakala yang kedua dalam solat sunat.

Dimulakan dengan doa ini untuk mengosongkan minda, merendahkan diri kita dan membuang gangguan sebelum kita mula membaca ayat Qur’an, insyaAll

PERTUKARAN PERGERAKAN

Salams,

Kawan, janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah!
__________________________________________________________________

Pertukaran Pergerakan


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI | Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

3484726514_a6812dd48c_b

Takbiratul Ihram

Takbiratul Ihram adalah salah satu rukun dan pergerakan pertama dalam solat; ia mengisytiharkan Allahu Akbar pada permulaan solat.

Kenapa Allahu Akbar? Kenapa tidak Alhamdulillah, atau La Ilaha Illallah? Kerana Allahu Akbar bermaksud Allah itu besar dan hebat dan lagi penting daripada segala apa yang anda fikirkan tentang dunia. “Allahu Akbar” ada dalam semua pernyataan; apabila kita solat, azan, apabila melontar di jamrah, semasa hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Allah berfirman dalam Qur’an pada ayat terakhir mengenai Ramadhan:

“…hendaklah kamu besarkan Allah, kerana petunjukNya kepadamu; dan mudah-mudahan kamu bersyukur kepadaNya.” (Qur’an, 2:185)

Apabila anda menyebut Allahu Akbar, anda sedang memulakan pertemuan dengan Tuhan. Anda menyebut, “Allah lebih hebat” daripada segala kebimbangan kerja, atau makanan yang anda rancang untuk masak atau perjalanan yang anda rancang dengan rakan-rakan. Allah lebih hebat daripada segala apa di hati anda kecuali Dia. Itulah sebabnya, setiap pertukaran pergerakan, anda menyebut Allahu Akbar – mengingatkan anda daripada mula lalai, bahawa Allah lebih hebat daripada segala apa di dalam fikiran anda. Hanya ada satu bahagian anda tidak menyebut Allahu Akbar iaitu apabila bangun dari rukuk. Ini akan dibincangkan kemudian InsyaAllah.

Mengangkat tangan

Apabila kita takbiratul ihram, kita mengangkat tangan. Ada 3 cara Rasulullah yang dilaporkan:

1. Mengangkat tangan sebelum menyebut Allahu Akbar; anda angkat takbir, meletakkan tangan ke perut untuk qiam dan menyebut Allahu Akbar.

2. Mengangkat tangan semasa menyebut Allahu Akbar; anda angkat takbir berserentak dengan menyebut Allahu Akbar

3. Mengangkat tangan selepas menyebut Allahu Akbar: anda sebut Allahu Akbar, kemudian angkat takbir, dan qiam.

Semua cara ini boleh dilakukan untuk mengangkat takbir. Dan di mana tangan perlu diangkat? Separas bahu atau telinga – kedua-duanya boleh.

Mishary Al-Kharaz, da’iya, mencadangkan bertukar-tukar cara tersebut, supaya solat kita tidak menjadi mekanikal, supaya kita melakukannya dengan sengaja dan berhati-hati. Anda juga memastikan sunnah yang berbeza tidak ditinggalkan. Rasulullah ﷺ bersabda:

من أحيا سنة من سنتي فعمل بها الناس كان له مثل أجر من عمل بها لا ينقص من أجورهم شيئا

“Sesiapa yang mengamalkan sunnahku (yang dilupakan selepas kewafatanku), dia akan diberi ganjaran yang sama dengan orang yang mengikutnya, tanpa ada berkurang sedikit pun.” (Ibn Majah)

Apa maksud sebenar Allahu Akbar?

Sesetengah orang mula bersolat dengan menipu. Sesetengah orang menyebut Allahu Akbar dan memaksudkannya; yang lain menipu kerana menyebut Allahu Akbar tetapi di hati mereka dunia lebih besar. Mereka tidak merasa intipati sebutan mereka.

‘Allah’ adalah nama unik tuhan kita, tiada yang lain boleh dipanggil Allah, dan ia bermaksud yang disembah. Nama-nama Tuhan yang lain digunakan untuk menyifatkan orang, contohnya, dalam Surah Hud dikatakan orang kepada Nabi Shuaib a.s.:

انَّكَ لَأَنتَ ٱلْحَلِيمُ ٱلرَّشِيدُ

“Sesungguhnya engkau al-Halim al-Rashid (penyantun lagi cerdik) (Qur’an, 11:87)

Tapi 2 nama yang tidak boleh digunakan untuk manusia adalah “Allah” dan “Ar-Rahman” (Maha Pemurah) – khas untuk Allah.

Akbar” asalnya daripada takbir, yang bermaksud membesarkan. Allah berfirman:

وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

“… besarkanlah Dia sebesar-besarnya” (Qur’an, 17:111)

Allah terlalu hebat sehingga kita tidak mampu memahami semua sifat dan kehebatanNya, namun kita masih boleh faham sedikit dengan menyaksikan ciptaanNya. Dari gunung ke laut sehingga kepada pokok-pokok, haiwan dan manusia, semua ini menghebahkan Allahu Akbar! Semua ini jelas untuk disaksikan.

Ya, tapi kenapa angkat tangan?

Anda angkat tangan sebagai tanda penyerahan kepada Allah, meninggalkan dunia di belakang anda. Jika anda menyerah kepada seseorang, anda mengangkat tangan mengatakan, “saya menyerah.” Di sini anda dengan rela menyerah dan dengan cinta, harap dan kagum, di hadapan Pencipta.

Signifikan untuk rohani

Apabila anda angkat takbir dengan Allahu Akbar, dosa anda mula naik ke kepala dan bahu. Rasulullah ﷺ bersabda:

إن العبد إذا قام يصلي أُتي بذنوبه كلها فوضعت على رأسه وعاتقيه فكلما ركع أو سجد تساقطت عنه

“Apabila seorang hamba mula berdiri dan solat, semua dosanya naik ke kepala dan bahu. Setiap kali dia rukuk atau sujud, sebahagiannya gugur dari tempatnya.” (Bayhaqi, Saheeh al-Jami’)

Hebatnya! Apalagi yang berlaku apabila kita mulakan solat? Allah memandang kita. Rasulullah ﷺ bersabda:

لا يَزَالُ اللَّهُ مُقْبِلا عَلَى الْعَبْدِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ

“Allah menghadap hambaNya yang bersolat selagi dia tidak berpaling.” (Abu Dawud)

Banyak perkara yang berlaku bermula dari pergerakan semudah mengangkat takbir. Syaitan yang tugas khususnya mengganggu solat akan mula datang. Anda tidak bercakap, anda berhenti gelisah. Malah pandangan anda – anda tidak melihat ke atas. Anda sekarang di tempat keramat, sedang berbicara asyik dengan Allah. Rasulullah ﷺ berkata:

مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم

“Kunci solat adalah penyucian, pembukanya adalah menyebut Allahu akbar dan penutupnya adalah menyebut assalamu `alaykum.” (Abu Dawud)

Anda

Ada perkara lain yang datang apabila menyebut Allah Akbar. Anda perlu fikirkan diri anda, tempat anda di dunia ini dan saiz anda. Ambil masa untuk menonton video seminit ini:

Lihatlah bagaimana kecilnya bumi dibandingkan dengan matahari? Dan bagaiman kecilnya matahari dibandingkan dengan bintang-bintang yang lain? Bayangkan jika Red Supergiant datang kepada anda. Betapa kagumnya kita rasa. Dan sekarang ingat; Allahu Akbar, Allah Maha Besar.

Semoga kita mengambil pengajaran untuk solat kita, dan mula memahami maksud-maksudnya. Amin.

DIMENSI WUDHUK

Salams,

Teruskan lah berselawat!


________________________________________________________________

Dimensi wudhuk


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I| Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI| Bahagian VII | Bahagian VIII| Bahagian IX | Bahagian X | Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Penyucian Dalaman

Wudhuk menyucikan luaran kita supaya kita dapat menunaikan solat. Sekarang kita telah menyucikan bahagian luar, kita perlu fikir tentang menyucikan bahagian dalam – dan wudhuk juga membantu kita melakukannya. Ibn Al-Qayyim berkata:

اذا لقي العبد ربه يوم القيامة قبل الطهر التام فإنه لا يؤذن له بالدخول عليه كما أنه لا يؤذن له ان يدخل على ريه للصلاة الا بطهارة

“Jika seorang hamba bertemu Tuhannya pada Hari Akhirat tanpa penyucian yang sempurna (iaitu daripada dosa), maka dia tidak akan dibenarkan masuk [jannah] – Begitu juga, seseorang itu tidak dibenarkan bertemu Tuhannya dalam solat melainkan dalam keadaan suci.”

Mari kita renungkan sejenak tentang doa yang dibaca selepas wudhuk:

اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين

“Ya Allah jadikan aku antara orang yang bertaubat kepadaMu dan jadikan aku antara orang yang menyucikan diri mereka.” (Tirmidhi)

Jadi, sebelum seseorang itu mencantikkan dirinya untuk bertemu Allah, dia perlu membersihkan dirinya daripada dosa-dosa. Cuba bayangkan: jika anda mahu memakai baju baru, basuh dulu baru mewangikannya, atau wangikannya kemudian basuh? Mesti anda akan basuh dulu.

Uthman r.a. berkata Rasulullah ﷺ bersabda:

من توضأ فأحسن الوضوء خرجت خطاياه من جسده حتى تخرج من تحت أظفاره

“Seseorang yang mengambil wudhuk dengan sempurna akan digugurkan dosa dari tubuhnya, termasuk dosa-dosa dari bawah kukunya.” (Muslim)

Dan dalam satu riwayat oleh Abu Hurairah, dikatakan dosa itu gugur “dengan titisan air yang terakhir” (Muslim).

Subhanallah betapa wudhuk boleh menghapuskan dosa, apabila membuat persiapan untuk bertemu dengan Allah. Telah diriwayatkan daripada Uthman bin Affan (ra):

إن العبد إذا دعا ‏ ‏بوضوء ‏ ‏فغسل وجهه حط الله عنه كل خطيئة أصابها بوجهه فإذا غسل ذراعيه كان كذلك وإن مسح برأسه ‏ ‏كان كذلك وإذا طهر قدميه كان كذلك

“Apabila seorang hamba [Allah] membersihkan mukanya (semasa berwdhuk), segala dosa mukanya akan dihapuskan, apabila dia membersihkan tangannya, perkara yang sama juga berlaku, apabila dia membersihkan kepalanya, perkara yang sama juga berlaku dan apabila dia membasuh kakinya perkara yang sama juga berlaku” (Ahmad).

Jadi bayangkan dosa-dosa yang kita lakukan dengan mata kita akan dihapuskan, dan dengan telinga, juga akan dihapuskan, begitulah seterusnya. Apabila kita mengambil wudhuk nanti, kita perlu bayangkan seolah-olah kita melihat dosa-dosa itu gugur. Dan selalulah bersangka baik dengan Allah bahawa dia akan mengampunkan (untuk imbas kembali, sila rujuk artikel Rajah).

Abu Hurairah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Patutkah aku tidak menunjukkan kamu bagaimana Allah menghapuskan dosa dan meninggikan darjat?” Mereka menjawab, “Pastinya wahai Rasulullah.” Baginda menjawab:

إسباغ الوضوء على المكاره وكثرة الخطا إلى المساجد وانتظار الصلاة بعد الصلاة فذلكم الرباط فذلكم الرباط فذلكم الرباط

“Mengambil wudhuk dengan sempurna walaupun dalam kesusahan, memperbanyakkan langkah untuk ke masjid, dan menunggu masuk waktu solat yang seterusnya setelah selesai menunaikan solat, dan itulah suatu peringatan.” (Muslim).

Lakukan sesuka hati anda?

Seseorang mungkin berkata, “Jadi, baguslah aku boleh buat dosa sebanyak mana pun, lepas tu ambil wudhuk. Aku ada peluang percuma!” Tapi ini tidak benar. Kita tidak patut mempermainkan rahmat Allah dengan kemungkaran yang dirancang. Allah berfirman:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan mereka [orang-orang kafir] merancang, dan Allah merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang” (Qur’an, 3:54).

Apa yang Allah akan lakukan? Dia boleh menarik kelebihan wudhuk daripada kita kerana mempermainkan rahmatNya.

Tanda Wudhuk

Kita semua tahu hadis di mana Rasulullah melalui sebuah perkuburan dan berkata:

“Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu semua wahai orang beriman. Dan sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kamu. Aku teringin sangat melihat saudara kita.” Para sahabat terkejut dan bertanya, “Bukankah kami adalah saudaramu ya Rasulullah?” Rasulullah ﷺ bersabda, “Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah mereka yang belum datang.

Sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana kamu mengetahui umatmu yang akan datang selepasmu? Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kalian mengetahui mengenai seseorang yang memiliki kuda dengan tanda putih di dahinya di antara kuda yang sangat hitam? Apakah ia boleh mengenali kudanya?”

Para sahabat menjawab, “Ya.”

Baginda SAW bersabda, “Mereka akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang putih cemerlang kerana bekas air wudhuk dan aku akan berada di hadapan mereka di Hawd (telaga)” (Muslim)

Inilah salah satu cara untuk baginda mengenal kita pada hari Akhirat kelak. Allahuakbar.

Tingkatkan darjat dengan wudhuk

Rasulullah ﷺ bangun pada suatu pagi dan mendapatkan Bilal r.a. sambil berkata, “Wahai Bilal, bagaimana aku telah mendengar bunyi tapak kakimu di dalam Jannah?”

Bilal r.a. menjawab, “Ya Rasulullah, aku tidak pernah melakukan dosa melainkan aku solat taubat 2 rakaat; dan setiap kali wudhukku batal, aku akan memperbaharuinya.”

Rasulullah ﷺ menjawab, “Ya itulah sebabnya (aku mendengar bunyi tapak kakimu).” (Ibnu Khuzaima)

Perkara yang membatalkan wudhuk

Pastinya tujuan siri ini bukan hanya untuk merasa kehebatan di sebalik wudhuk dan solat tanpa mengambil kira perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Contohnya berikut:

1. Berhadas kecil, besar atau terkentut

2. Tidur sehingga tidak sedar keadaan sekeliling

3. Pitam

4. Berjimak

(Ini bukan senarai penuh.)

Siwak

Rasulullah ﷺ bersabda:

لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك مع كل وضوء

“Jika bukan kerana aku bimbang membebankan umatku, pasti aku akan menyuruh mereka bersiwak setiap kali berwudhuk [dalam riwayat lain, setiap kali sebelum solat]” (Bukhari).

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

السواك مطهرة للفم مرضاة للرب

Siwak membersihkan mulut dan membuatkan Tuhan suka” (An-Nisaa’i).

LIhat bagaimana Rasulullah ﷺ begitu teliti dan menjaga hubungannya dengan Allah – baginda mahu bertemu Allah dalam setiap solat dengan mulut yang bersih dan suci. Rasulullah ﷺ gemar bersiwak sehinggakan pada ketika baginda sakit sebelum hari kewafatan baginda, baginda bersama Aisyah r.a. apabila abangnya Abdur Rahman r.a. melangkah masuk dan dia membawa siwak. Aisyah melihat Rasulullah ﷺ melihatnya dan dia tahu baginda menginginkannya. Lalu dia meminta daripada Abdur Rahman, melembutkan siwak itu untuk Rasulullah dengan mengunyahnya, dan memberikan kepada Rasulullah. (Untuk maklumat lebih lanjut tentang siwak, klik sini.)

Semoga kita sempurnakan wudhuk kita kerana Allah dan mengikut contoh Rasulullah ﷺ Amin.