Salams,
Bismillah hir-rahman nir-rahim.
Allah humma Solli 'Ala Saidina Muhamad, wa'ala A'ali Saidina Muhamad.
Sahabat-sahabat yang dikasihi, yang sentiasa dihati, yang sentiasa mempercayai keajaiban, yang mencintai kebenaran, yang mencari erti kehidupan sebenar.
Saya baru habis menanda kertas. Secara puratanya, tidak ramai yang gagal. Dalam satu kelas itu, cuma terdapat 5-6 orang sahaja yang gagal. Bahkan, ramai yang mencapai markah 48 - 49% . Patutkah saya menambah satu dua lagi markah supaya mereka lulus?
Saya memandang langit yang ditaburi bintang. Saya mengajar mereka supaya tidak menipu – supaya berlaku jujur dan amanah. Be fair to me, and to themselves. Makanya, apa perlu saya menipu diri saya dan mereka dengan menambah markah?
Saya baru menonton 3 idiots. Filem paling sempurna, pada pendapat Kak As. Bagi saya, terdapat adegan yang tidak masuk akal dan mencacatkan kesempurnaan filem itu – tetapi mesej dan elemen murni didalamnya, masyaAllah, tidak dapat ditandingi oleh mana-mana filem pun. Terutamanya untuk kami yang berada di dalam bidang pendidikan.
Berkali-kali saya menegaskan, tidak mengapa kalau tidak lulus di dalam ujian 1 ini, cumanya – fail with dignity, or pass with dignity. Dan saya mahu mereka mengerti mengapa mereka mempelajari ekonomi, mahu lihat dunia dengan sisi pandangan lain yang berbeza, dan tahu bahawa ekonomi adalah kehidupan. Bukan setakat menghasilkan graduan yang hanya tahu ‘parroting the facts’.
Mahu mereka tahu bahawa segala-galanya berpaksikan carian keredhaan-Nya. Supaya setiap pelajaran itu, ada Tuhan disebaliknya.
Dan saya sangat bersyukur. Terlalu. Mahu tersungkur menangis. Apa tidaknya, mereka tiada kelas selama 5 minggu, kerana saya mengerjakan haji, serta bercuti sakit. Saya mengajar laju. Sangat laju. Saya tiada masa membuat tutorial. Dan mereka, alhamdulillah, by the grace of Allah swt, kebanyakannya lulus.
MasyaAllah. Tidak masuk akal sama sekali. Cuma 24.5% sahaja yang gagal, 10.4% mendapat 75-79% dan 12.3% mendapat 80% ke atas. Taburan yang sempurna saya kira.
Saya berdoa berkali-kali dihadapan Ka’abah, supaya dikurniakan pelajar-pelajar yang pandai, serta baik hati dan berpekerti mulia. Doakan doa saya diangkat ke langit – supaya kami sama-sama ikhlas, saya ikhlas dalam menyampaikan ilmu, dan mereka ikhlas mempelajarinya, insyaAllah.
Semalam saya bertanya – Aishah nangis lagi ke rindukan Abah? Aishah menjawap sepatah – Nangislah. Saya? Saya terlalu penat secara fizikal dan emosi sehingga tiada masa mahu menangis. And let me tell you the secret – I always get the feeling that he’s here, besides me. He’s not gone.
Dan 26th Januari ini adalah ulangtahun kelahiran Abah yang ke-65. Mungkin kalau saya ada kekuatan, saya akan menziarahi kubur beliau esok. Abah. I miss thee. I’ll make sure that I’ll be in the Jannah with you, InsyaAllah.
Al-Fatihah to Haji Marwan Bin Saliman.
3 comments:
ada kat kpg lagi ke????? ingat dah balik! ada orang anto kad kat ko kat umah aku.
there's an entry in my blog. the latest one.
simple humble present for you. perhaps. :)
hope you'll accept it. :)
Erm...cikgu rupenya...
Post a Comment